Monday, March 28, 2011

Pemain Atau Permainan,Mana Yang Lebih Supreme?-Coretan 28

Kedua-dua penting.Pele penting,bola sepak pun penting.Tiger Woods penting,golf pun penting.Dato Nicol penting,squash pun penting.Pele sebenarnya lebih popular dan menjadikan bola sepak begitu digemari di seluruh dunia.Bagitu juga Tiger Woods,ianya lebih popular dari golf.Dinegara kita Dato Nicol lebih popular dari squash.Tetapi mana Pele sekarang?Bola sepak menjadi lebih popular dengan pemain-pemain baru.Mana Tiger Woods sekarang?Golf terus popular dan melahirkan pemain-pemain yang lebih muda dan cemerlang.Ini maknanya para pemain boleh datang dan pergi,tetapi pemainan itu sendiri tetap unggul sampai bila-bila.Para peminat yang menentukan hala tuju permainan tersebut.Permainan itu yang harus diperbaikki dari masa kesemasa,permainan dan peralatan-peralatan yang berkaitan dengannya harus dipertingkatkan mutu dan teknologinya dari masa kesemasa.Dengan berlakunya penambahbaikkan maka peminat pun akan lebih gembira dan bertambah.Peminat gembira dan bertambah,maka permainan tersebut juga akan menjadi semakin maju,semakin di gemari dan semakin terkenal.Kenapa Pele sinonim dengan bola sepak dan Tiger Woods sinonim dengan golf?Jawapannya ialah peranan media,baik media elektronik mahupun media cetak.Pihak medialah mempopularkan pemain dan permainan masing-masing hingga begitu terkenal sekali.Peranan media terlalu sangat berkesan.Kalau A kata media maka A lah kata orang ramai.Kalau B kata media maka B lah kata orang ramai.Sebab itu lah kebertanggungjawapan dan sumber rezeki untuk anak isteri para wartawan tentu sekali akan disoalsiasat serapi-rapinya oleh Allah SWT diakhirat kelak.Balasan yang setimpal juga akan menunggu mereka kelak.Pada asasnya syurga untuk yang jujur dan ikhlas tulisannya dan neraka untuk yang berunsur fitnah dan pembohongan.

Analogi ini sama dengan perkaitan seorang pemimpin dengan rakyat dan negaranya.Pemimpin hanya akan di ingati sepanjang hidupnya sekiranya ia berjaya memajukan Negara dan menaikkan taraf hidup rakyatnya.Rakyatnya akan terus menerus menghargai dan berterima kasih kapada saseorang pemimpin,sekiranya pemimpin tersebut benar-benar berjasa kapada bangsa dan negaranya.Sekali lagi peranan media lah yang akan mempopularkan saseorang pemimpin itu di negaranya.

Realiti Dalam Kehidupan


Seorang pemimpin penting.Tetapi pemimpin datang dan pergi.Negara dan rakyat?Negara dan rakyat tetap wujud untuk selama-lamanya.Bola sepak semakin popular kerana Pele mempopularkan nya.Negara maju atau mundur juga begitu,ia terletak dan bergantung kapada pemimpinnya.Apa peranan kita sebagai rakyat?Peminat cintakan bola sepak kerana Pele.Rakyat semakin sayang kapada negaranya kerana jasa pemimpinnya.Pemimpin yang mempopularkan dan memajukan negaranya sehingga kita berbangga dengan Negara kita.Peranan kita sebagai rakyat ialah memastikan pemimpin kita terus memberi fokus kapada membangunkan Negara.Peranan pemimpin bukan terlalu sangat terpesong kapada perkara-perkara lain yang tidak termasuk dalam agenda membangunkan Negara.Pemimpin bertanggungjawap menetapkan halatuju pembangunan Negara.Kita pula sebagai rakyat semestinya sentiasa memberi signal dan amaran kapada pemimpin supaya mereka sentiasa berada dalam landasan yang betul.Tidak terlalu banyak berpolitiking.Tidak terlalu banyak masa terpesong dan dibazirkan.Tidak terlalu banyak tersasar dari halatuju.Tidak terlalu banyak beretorik tetapi hasilnya tiada.Rakyat semakin terdidek dan cerdik.Rakyat semakin perihatin dan bijak.Rakyat semakin pandai menapis berita.Rakyat semakin analitikal.Rakyat tahu mana intan mana berlian,mana perak mana emas,mana batu mana permata.Rakyat akan bijak memilih pemimpin yang benar-benar amanah,adil dan bertanggung jawap kapada mereka.

Tips.

Media kita baik yang bercetak atau elektronik terlalu banyak melaporkan perkara-perkara yang mencabar kebijaksanaan minda rakyat.Media kita kerap mempersendakan intelektual kita rakyat.Kita menuju Negara maju.Media juga seharusnya memain peranan yang bersifat kontributif kapada pembangunan intelektual minda pembaca dan rakyat.Media harus juga selari dengan program dan agenda pembangunan pemimpin untuk majukan Negara.Pemimpin tidak melakukan fitnah dan tidak bercakap pun soal fitnah..Maka media juga harus tidak terlalu banyak membawa berita-berita bersifat fitnah dan pembohongan.Yang menyebabkan pembaca jelak dan naik muak!Pemimpin siang malam tonjolkan soal bagaimana nak senangkan hidup rakyat.Maka media juga harus membuat homework membawa berita-berita yang boleh membuka minda rakyat untuk bersama pemimpin memajukan Negara.Bukannya berita-berita bersifat sensasi,negatif dan menyinggung perasaan orang lain.Rakyat juga tersinggung dengan berita-berita destruktif begini.Melalui berita-berita sedemikian menyebabkan kita sebagai rakyat kadang-kadang tersalah membuat andaian yang negetif kapada para pemimpin kita.Walaupun pada hakikatnya mereka semua adalah ikhlas ingin berkhidmat untuk rakyat dan mempunyai sifat yang terpuji.

Media kita sebenarnya jauh lagi dari bertaraf world class kalau masih bergelumang dan memukadepankan berita-berita negetif dan tidak inklusif ini.Inklusif bermakna sesuai,selesa dan menyenangi semua,bukan hanya untuk memuaskan selera sebahagian kumpulan sahaja.Pemimpin hak rakyat.Media juga hak rakyat.Tidak perlu lah media kita bertindak secara kurang matang.Berpegang teguh lah kapada professionalisma kewartawanan sejati dengan melaporkan perkara yang benar dan tidak dipertikaikan.

Media harus fokus dan highlightkan apa yang sebenarnya kebaikkan yang pemimpin kita lakukan untuk kita rakyat.Kalau media terlalu berat sebelah dalam laporan mereka kapada mana-mana kumpulan,kita takut rakyat beranggapan bahawa pemimpin lah disebalik semua laporan itu.Akibatnya rakyat juga tersalah membuat tafsiran sehingga naluri mereka mahu saseorang pemimpin itu ditolak.Rakyat akan memilih pemimpin dengan bijaknya,dengan berhemahnya.Rakyat tahu berterima kasih kapada pemimpin yang benar-benar berjasa kapada rakyat.Rakyat boleh nampak.Rakyat boleh rasa.Rakyat boleh dengar.Rakyat boleh nikmati.Rakyat tahu bahawa pemimpin ini sebenarnya memajukan Negara mereka dengan program yang boleh di percayai pula untuk generasi mereka yang akan datang.Rakyat tahu siapa pemimpin yang patut di beri penghargaan.Siapa pemimpin yang mereka akan berterima kasih.Pokok pangkalnya yang penting tugas utama pemimpin adalah mensejahterakan hidup rakyat.Rakyat sememangnya inginkan kemajuan untuk negaranya.Rakyat tidak mahu berlaku pecah belah.Rakyat cintakan perpaduan sejati.Tidak perlulah media kita terlalu memanipulasikan isu-isu yang terlalu bersifat perkauman.Utamakan usaha untuk menyatu padukan bangsa sendiri,menyatupadukan semua rakyat.Negara akan lebih berjaya sekiranya semua kita bersatu padu.Negara maju,rakyat secara automatik juga akan maju.Rakyat dan Negara adalah supreme.

Walau apa pun terjadi pada Pele,walau apa pun terjadi pada Tiger Woods,peminat bola sepak dan golf tetap akan mengenang,menghargai dan berterima kasih kapada kedua-dua mereka ini kerana mereka lah yang masing-masing bertanggung jawap mempopularkan kedua-dua sukan bola sepak dan sukan golf ke seluruh dunia.Tetapi diantara Pele dengan bola sepak,bola sepak lah lebih supreme.Diantara Tiger Woods dengan golf,golf lah lebih supreme.Bola sepak dan golf akan terus wujud dan diminati setiap hari dan sampai bila-bila.Begitu juga pemimpin dengan rakyat dan negaranya.Rakyat dan negaranya lah lebih supreme.

Friday, March 25, 2011

Orang Tidak Suka Berkorban-Coretan 27

Berkorban secara umumnya adalah satu tindakan yang secara ikhlas menyerah atau menyumbang secara percuma sesuatu yang menjadi kesayangan dan milik kita.Setinggi-tinggi nilai pengorbanan sesaorang ialah nyawanya dan serendah-rendahnya adalah masanya.Pengorbanan hanya mempunyai nilai di sisi Allah SWT sekiranya pengorbanan kita itu semata-mata kerana Allah SWT.Sekiranya nyawa,harta benda,pemikiran,emosi,nafsu,rohani atau masa yang kita korbankan adalah kerana Allah SWT,maka balasannya adalah pahala dan syurga.

Berkorban bagi seorang pemimpin Negara pula bermakna penyerahan diri pemimpin tersebut kapada Negara dan rakyat.Jasad,nafsu,emosi,rohani,mental dan harta benda milik seorang pemimpin itu di korban dan sedekahkan sepenuhnya untuk menjaga kepentingan rakyat melebihi dari segala bentuk kepentingan yang lain termasuk kepentingan peribadi beliau sendiri.Ini pemimpin sejati yang sangat murni kepimpinannya.

Berkorban bagi seorang ketua keluarga pula bermakna memperuntukkan segala hak milik beliau untuk memastikan semua ahli keluarganya berjaya dalam pelajaran,kerjaya dan kehidupan mereka masing-masing.Ia bertanggungjawap sepenuhnya terhadap kebahagian anak dan isterinya didunia dan juga diakhirat.

Ini bermakna pengorbanan adalah sesuatu yang besar melibatkan penyerahan segala-segalanya baik dari segi dalaman atau luaran,yang tidak nampak atau yang nampak yang menjadi milik sesaorang kapada pihak lain.Pengorbanan ini dibuat demi untuk kepentingan dan kesenangan pihak lain.Bukan untuk kepentingan diri kita sendiri.Ia mencerminkan kemuliaan,keikhlasan dan ketinggian nilai hati budi sesaorang terhadap Allah SWT,dirinya dan orang di persekitarnya yang berkaitan.

Realiti Dalam Kehidupan


FILO atau FINO,ini yang menjadi amalan kebanyakkan kita.First in last out(FILO) atau first in no out(FINO).Kita orang yang pertama ingin menerima pemberian orang lain,tetapi kita juga seboleh mungkin menjadi orang yang terakhir memberi sesuatu kapada orang lain.Atau pun orang yang langsung tidak mahu memberi apa-apa kapada orang lain.Jarang orang yang tersalah melanggar kereta orang lain yang parked akan menyelit sekeping notis di wiper kereta yang dilanggarnya dengan kata-kata “maaf saya telah terlanggar kereta anda,sila telefon saya di nombor ini …….untuk saya membayar anda segala kerosakan dan kesusahan yang anda tanggungi dan alami”.Ini satu contoh kecil pengorbanan nafsu.Nafsu menyuruh kita diam dan cabut sahaja,tiada siapa yang tahu bahawa kita yang melanggar kereta tersebut!Tetapi dengan kita menyelit pengakuan kita di wiper kereta yang kita terlanggar itu,kita telah korbankan nafsu kita semata-mata kerana Allah SWT.Sekiranya tuan punya kereta tersebut adalah seorang gadis yang juga berjiwa murni,mungkin balasan yang akan di berikan oleh gadis tersebut kapada kita adalah linangan air mata syahadu terima kasih beliau kapada kita yang tersalah langgar keretanya.Ini lah murninya nilai pengorbanan walau pun sekecil itu.


Tips

Bertekad untuk menjadi seorang yang mulia dan murni hati budinya.Bertekad untuk menjadi orang yang kaya raya,jutawan tetapi membayar dividen, mewakaf dan menzakatkan sebahagian besar keuntungan dan kekayaan kita untuk Allah SWT.Bertekad untuk menyalurkan pemikiran,emosi,nafsu,kerohanian,masa dan kudrat kita untuk agama Islam kita.Bertekad untuk terlibat secara langsung dalam menyumbang kearah kejayaan keluarga kita,masyarakat kita dan Negara kita.Bertekad untuk tidak meminta apa-apa bentuk pembalasan diatas apa-apa bentuk pertolongan yang kita bagi.Tiada lagi mr 10%,tiada lagi datin 20%.Tiada lagi istilah USA,untuk saya apa?Kita bantu dan tolong adalah ilkhlas.Kita aturkan appointment dengan orang besar-besar adalah ikhlas.Kita lobby projek dengan orang besar-besar adalah ikhlas,yang diminta hanya professional fees sahaja,itu pun sekadar yang sepatutnya sahaja.Sekadar selaras dan setimpal dengan perkhidmatan kita sahaja.Kalau pun kita dapat,kita bertekad untuk zakatkan,sedekahkan dan agehkan kapada orang-orang yang berkeperluan saperti fakir miskin dan anak-anak yatim.Kita bertekad kalau masih ada rasa dendam kita terhadap sesaorang,kita akan hapuskan dendam kesumat kita itu.Kita bertekad untuk korbankan rasa enak tidor kita ditilam yang empok untuk bangun menunaikan solat sunat malam kita.Kita bertekad untuk korbankan kenyang kita untuk lakukan lebih banyak puasa sunat.Kita bertekad untuk berhenti berseronokan,berempit dengan kawan-kawan motor kita kerana sekarang kita akan mulakan program distant learning kita untuk ijazah dalam bidang business administration. Ini lah tekad kita,azam kita dan hasrat kita untuk menjadi seorang yang setiap waktu dan ketika sentiasa bersedia dan sanggup untuk berkorban.

Thursday, March 24, 2011

Orang Yang Berat Untuk Senyum-Coretan 26

Semakin tinggi kedudukan dan pangkat sesaorang itu semakin sukar beliau secara sengaja memberi senyuman kapada orang lain.Begitu juga semakin rendah kedudukan dan pangkatnya semakin sukar juga secara semula jadi beliau memberi senyuman kapada orang lain.Orang sederhana saperti kita yang tidak loket dengan senyuman.Orang besar tidak senyum secara sengaja kerana ingin tunjukkan dia seorang yang berkuasa,ponggah, serious dan sukar di dekati.Orang bawahan sukar senyum kerana dah semula jadi merasa dirinya tidak boleh senyum kerana kesempitan hidupnya.Semua tindaktanduk kita ada sebab musababnya.Dalam Islam kita disunatkan selalu senyum.Senyuman adalah sedekah.Ia mengembirakan orang yang kita berdepan dan ia juga mengembirakan diri kita sendiri.

Realiti Dalam Kehidupan


Orang besar ada ketikanya mereka senyum dan ketawa besar,apabila mereka dikelilingi oleh orang-orang besar juga.Tun akan mengilai sesama Tun.Tan Sri akan mengilai sesama Tan Sri.Tetapi adakalanya orang-orang besar ini bergelak ketawa bersama-sama dengan macai-macai mereka.Sama saperti Raja Serama selalu di hibur dan bergelak ketawa dengan kerenah Wak Long,Pak Dogol atau Wak Yah.Watak-watak macai dalam cerita Raja Serama wayang kulit Kelantan.Begitu juga orang-orang besar ada ketikanya sengaja senyum apabila ada kemera tv atau surat khabar yang sedang merakamkan gelagat mereka.Mereka perlu tunjuk kemesraan mereka kapada rakyat jelata.Mereka perlu menampakkan diri mereka adalah mesra rakyat.

Majoriti masyarakat kita adalah terdiri dari mereka yang kurang senyum disebabkan kesempitan hidup mereka.Tidak ada sebab untuk mereka senyum sebenarnya,selagi kehidupan mereka tidak banyak berubah sepanjang kehidupan mereka.Negara kita berkembang pesat setiap hari.Mereka yang dikenali sebagai kapitalis atau orang-orang kaya berkembang dan bertambah maju setiap saat.Perkembangan mereka dan kemajuan mereka berganda-ganda berlaku setiap saat.Ini sudah menjadi adat sistem ekonomi berasaskan kapitalisma.Mereka sentiasa boleh senyum sesama mereka melebihi dari gulungan majoriti masyarakat kita.

Apabila ada sahaja program-program yang diumumkan oleh orang besar maka faedah yang serta merta akan dapat di nikmati oleh gulungan kapitalis yang kaya raya ini.Hari ini orang besar umum sesuatu program atau projek,seolah-olah besuk orang kaya-kaya ini bertambah kekayaan mereka.Mereka terus menerus boleh senyum lebar kerana kebanyakan program-program yang orang-orang besar umumkan adalah lebih kapada untuk faedah dan kepentingan mereka,berbanding dengan untuk faedah dan kepentingan kita.Tetapi cara pengumuman dibuat seolah-olah kita orang kebanyakan yang mendapat faedahnya secara langsung dan segera.Itu kuat dan pandainya kuasa serta peranan pihak media massa melakukan strategi PR dan publisiti mereka.

Tips

Untuk kita mencapai keadaan majoriti masyarakat kita sentiasa terukir senyuman mereka,maka orang-orang besar perlu melakukan sesuatu program yang boleh memberi senyuman kapada gulungan ini.Program-progam untuk orang kaya-kaya terus menerus wajib dilaksanakan,kerana program-program ini mampu mencipta peluang-peluang pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan secara berantai.Program-program ini akan menyumbang kapada proses pembangunan Negara dengan lebih cepat lagi.Ini kita tidak sekali-kali nafikan.Tetapi dalam masa yang sama program-program untuk majoriti rakyat bawahan perlu juga dilaksanakan.Kita tidak mahu pendapatan kita yang majoriti ini naik disebabkan heretan oleh pendapatan orang kaya-kaya ini yang berganda-ganda naik.Apa yang kita kehendakki ialah pendapatan kita sendiri sesama kita yang naik.Bukannya pendapatan kita naik di sebabkan purata pendapatan kita ditarik keatas oleh pendapatan orang-orang kaya ini.

Kita sangat memerlukan program-program bercorak saperti FELDA dan FELCRA.Program-program saperti ini yang sepatutnya lebih kerap diumumkan oleh orang-orang besar kita.Mungkin sekarang program exactly macam FELDA dan FELCRA tidak sesuai lagi kerana masa dan struktur masyarakat kita telah berubah dari persekitaran tahun 50han,60han dan 70han.Tetapi program-program yang berkonsepkan sedemikian mampu membuat kita masyarakat majoriti tersenyum sepanjang hayat kita.Program-program berasaskan konsep sebagini yang mampu menjana dan menaikkan pendapatan purata kita secara menyeluruh.Mampu membolehkan masyarakat terbanyak mengumpul simpanan secara berterusan.Mampu membolehkan kita masyarakat terbanyak memilikki hartanah secara beransur-ansur dan mempunyai nilai tambah.Ini jenis program-program yang perlu difikirkan oleh kumpulan-kumpulan think-thank orang-orang besar kita. Ini jenis program-program yang perlu dilaksanakan oleh orang-orang besar kita untuk kita masyarakat terbanyak.Program-program yang mampu menambah pendapatan kita,mengumpul simpanan kita dan mencipta serta mempertahan pemilikkan harta masyarakat kita yang terbanyak dan menyeluruh.Dengan adanya program-program begini,kita masyarakat terbanyak tidak lagi berat untuk senyum.Malahan kita,anak-anak kita dan anak-anak kapada anak-anak kita(tidak mahu guna cucu kerana nampak seolah-olah kita dah tua) boleh mampu tersenyum untuk sepanjang hayat kita.

Monday, March 21, 2011

Orang Terlalu Tidak Terkawal Dari Suka Menfitnah orang Lain-Coretan 25

Fitnah adalah salah satu dosa terbesar bagi kita orang Islam.Kita di akhirat kelak akan memakan daging saudara kita sendiri akibat perbuatan kita ini.Kita yakin hal ini.Tetapi kita juga yakin yang kita tidak boleh mengawal diri kita dari suka menfitnah orang,memburuk orang dan mengumpat orang.Tentu sekali kita ada sebab tertentu kenapa kita suka mengata perkara yang buruk-buruk tentang orang lain.Mengata,mengumpat atau menfitnah orang tidak perlu bayar apa-apa,ini anggapan kita.Kita lupa sebenarnya ia tidak lah percuma,kerana di akhirat kelak kita dipaksa oleh Allah SWT membayarnya juga.Itu perkara akhirat,ianya lambat lagi.Orang yang terlalu tidak terkawal dari suka menfitnah dan memburukkan orang lain sebenarnya berpenyakit.Dia tahu salah,tetapi dia buat juga.Hatinya sakit.Pemikirannya sakit.Jiwanya sakit.Rohaninya sakit.Emosinya sakit.Fizikalnya nampak tidak sakit.Mentalnya nampak tidak sakit.Dia nampak waras secara sepintas selalu.Tetapi hakikatnya dia adalah sakit.Beliau perlu diubati.Beliau perlu di kaunseling.Beliau perlu menjalani rehabilitation,perlukan pemulihan.Kita tidak dapat apa-apa pun sekiranya kita suka menfitnah orang.Cumanya kita telah semula jadi suka sangat menfitnah orang,itu aje.Seolah-olah ianya satu hobby pula.Kalau satu hari tidak mengata orang,kita rasa tidak sah pula hidup kita hari itu.Sekarang untuk fitnah orang terlalu mudah melalui blog,ceramah politik,buku,media elektronik dan media cetak.Berita fitnah ini akan tersebar dengan cepat dan meluas.A fitnah B tetapi kita yang tidak terlibat pun terpedaya sama.Mungkin kita juga tumpang sekaki.Tak pasal-pasal kita pun merasai dosa kering!

Semua kita ada rasa nak marah kapada orang yang sememangnya kita tidak suka.Kadang-kadang marah kita mendideh meruap-ruap.Tetapi boleh tak kita simpan dan kawal sedikit marah kita itu,sehingga tidak terbawa-bawa sehingga kita sanggup menfitnahkannya di kalayak ramai.Biar lah kita ada sedikit reservation, walaupun kemarahan kita itu berapi-api.

Kenapa isu ini dipilih dalam coretan kali ini,kerana penulis merasakan kegilaan masyarakat kita menfitnah diantara satu sama telah terlalu parah.Dah jadi macam satu penyakit sosial pula._Penyakit sosial untuk orang pandai-pandai dan dewasa!Sedangkan kita tahu melalui fitnah ini ia mampu memecahbelahkan masyarakat kita sendiri.Yang kita fitnah itu sebenarnya saudara kita seagama juga,bukan orang lain.Orang yang kita malukan itu kenalan kita juga.Mungkin satu masa beliau yang kita terlanjangkan itu adalah sahabat karib kita sendiri.Kita tidak perlu meninggalkan contoh sedemikian kapada masyarakat kita,kapada generasi kita yang akan datang.Kita perlu wariskan aspek moral kita yang paling mulia,yang paling tertinggi,aspek kehormatan diri kita yang tidak tercela dan aspek kemulian hati kita yang paling disegani,bila kita dah meninggalkan alam maya ini.Kita perlu meninggalkan nama yang tersohor,terhormat dan bukan yang terkeji dan di caci oleh orang ramai.Sebaliknya kita perlu ramai orang dengan sukarela membaca diatas kubur kita AlQuran,surah yasin dan zikir.

Realiti Dalam Kehidupan.


Ada sekeping daging dalam diri kita.Sekeping daging ini adalah merupakan pusat kawalan kehidupan kita.Kitab menyatakan daging ini adalah hati kita.Putih bersih daging ini maka putih bersih lah pula perangai kita.Hitam legam daging ini maka hitam legam pula lah segala tindak tanduk kita.Pada hakikatnya boleh dikatakan warna daging ini untuk majoriti manusia didunia ini adalah berwarna warni,tidak semuanya hitam legam,tidak semuanya pula putih bersih.Kalau kita gerafkan jumlah manusia ini, mode atau majoriti nya mungkin sekitar 90% adalah berwarna warni,8% hitam legam dan 2% lagi putih bersih.Statistik ini tidak lah tepat cumanya sekadar satu perbandingan dan andaian penulis sahaja.Segala perbuatan yang termasuk dalam ketogori dosa besar dan yang diharamkan saperti berzina,homoseksual,menfitnah,mencuri,menghukum secara tidak adil,membunuh,minum arak,hisap dadah dan sebagainya jelas di lakukan oleh gulungan yang hatinya hitam legam ini.Perbuatan-perbuatan yang termasuk dalam ketogori dosa ringan dan makruh dilakukan oleh gulungan yang dagingnya berwarna warni.Manakala gulungan yang dagingnya putih bersih adalah gulungan yang tidak melaku dan mencegah segala perbuatan munkar serta melaku dan menggalakkan segala perbuatan yang baik.

Tips


Boleh atau tidak warna sekeping daging ini di basuh,di kelorokkan dan dicucikan sehingga putih melepak?Kitab menyatakan dengan jelas bahawa ianya boleh.Kita masih ada pengharapan,kita masih ada peluang.Pintu taubat kita masih luas terbuka.Kita perlu minta ampun dan maaf dari orang yang kita umpati dan fitnahkan itu.Kita perlu cucikan daging ini dengan banyakkan zikir.Kita perlu bersihkan daging ini dengan banyak membaca AlQuran dan tafsirnya,kita perlu membaca banyak AlHadith dengan tafsirnya.Kita perlu banyak berpuasa sunat dan solat sunat.Kita perlu banyak membayar zakat dan bersedekah.Kita perlu masuk pusat pemulihan dan rehabilitation.Tidak lain tidak bukan pusat ini hanyalah surau atau masjid.Kita perlu banyak berintikaf dimasjid.Sekarang banyak masjid beraircondition dan di buka 24 jam.Kita bebas masuk pusat ini tanpa apa-apa bayaran pun.Tuan punya pusat ini tidak lain dan tidak bukan adalah Allah SWT sendiri!Dia sangat menggalakkan kita memasukki rumah Dia ini.

Tiada doktor yang boleh ubati penyakit kita ini.Tiada pedoman dan panduan yang boleh mengajar kita untuk kita buang kegemaran kita ini.Ia hanya boleh di cuci bersihkan melalui keinsafan dan kesedaran kita sendiri.Kita perlu balik kepangkal jalan melalui muhasabah diri,banyakkan istirafar dan mengingati Allah SWT.

Friday, March 18, 2011

Orang Yang Tiada Iltizam-Coretan 24

Iltizam adalah janji dan komitmen yang kita buat kapada diri kita sendiri untuk kita mencapai sesuatu niat atau hajat kita.Warna-warna kehidupan penuh dengan kepelbagaian dan ragam.Tidak mudah kita mengharungi kehidupan kita mengikut sepenuhnya acuan kita.Mengikut sepenuhnya kehendak dan kerenah kita.Banyak faktor-faktor di persekitaran kita yang boleh mempengaruhi kehidupan kita seharian.Yang mempengaruhi keputusan yang kita ambil dalam kehidupan kita.Peranan kawan-kawan,pengaruh TV,pengaruh pembacaan kita,pengaruh pergaulan kita,pengaruh para pemimpin kita,pengaruh guru-guru dan pengaruh tok guru tok guru kita,semua nya memainkan peranan untuk mempengaruhi kehidupan kita.Pengaruh ini bukan kecil,ianya boleh merubah kehidupan kita yang sepatutnya menjadi seorang X kapada menjadi seorang Y.

Realiti Dalam Kehidupan

Berbagai penyakit sosial saperti mengandung tanpa nikah,buang bayi,dadah,merokok,zina,bersekedudukan,homoseksual,lesbian,pelacuran,arak,penderaan dan banyak lagi gejala penyakit sosial lain wujud dalam masyarakat Melayu kita.Semua wujud akibat kita kehilangan pedoman dan pegangan hidup.Penghayatan terhadap ajaran agama tidak mantap.Kita tidak punya iltizam untuk tidak terlibat.Ada statistik menyatakan lebih 20,000 anak-anak gadis semuda 13 tahun hingga 25 tahun,khususnya yang tinggal di kawasan perumahan PPRT terlibat dalam gejala sosial sedemikian.Statistik ini menakutkan walaupun sejauh mana ianya benar.Hakikatnya ia benar-benar wujud dan trend nya semakin meningkat dan membimbangkan.Anehnya satu kajian di USA mendapati satu trend yang menurun dikalangan remaja USA yang terlibat dengan gejala sosial saperti melepak,sex bebas,arak,merokok dan dadah.Di negara kita trend nya menaik,di negara maju saperti USA trend nya menurun.Kajian mendapati remaja USA faham bahawa sekiranya mereka rosakkan hidup mereka sekarang,mereka akan hancurkan kebahagian hidup mereka di masa hadapan. Kita beranggapan remaja di USA tentunya lebih parah,tetapi sebenarnya tidak.Mereka sebenarnya lebih bertanggungjawap terhadap diri dan masa depan mereka.Mereka perpandangan jauh dan bijak dalam menentukan corak masa depan mereka.Mereka hargai masa depan mereka,mereka tidak rela masa depan mereka rosak dan hancur dek kerana kemarukkan keseronokan sementara semasa remaja mereka.Hakikatnya remaja kita sebenarnya yang lebih membimbangkan.Remaja kita patut sangat belajar dari aspek positif ini dari remaja USA.






Tips

Di USA kajian mendapati bahawa remaja di sana menyedari bahawa kepentingan menjayakan cita-cita dan mempunyai kerjaya yang setabil dan terjamin adalah lebih penting dari melepak,sex,arak,merokok dan dadah.Mereka mulai sedar bahawa pasangan mereka akan lebih mempercayai dengan pasangan mereka yang berjaya dalam kerjaya dari mereka yang melepak tanpa kerjaya yang setabil dan lumayan.Mereka dapat menilai dan menghargai masa depan dan kehidupan berkeluarga yang sempurna adalah lebih bermakna berbanding dengan keseronokan yang bersifat sementara.Di sekolah-sekolah di USA juga para guru sentiasa menasihati dan mengingati para pelajar supaya menghindari dan menjauhkan diri dari perbuatan lepak,sex bebas,arak,merokok dan dadah.

Seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun di Atlanta,USA menyatakan sex,arak,rokok dan dadah tidak termasuk dalam radar pemikiran dan kehidupan beliau seharian.Beliau memulakan routine hariannya dengan bangun tidor jam 5.00 pagi dengan aktiviti saperti berenang,pergi sekolah,pergi jimnasium,berjogging dan berlari,berenang lagi,buat homework dan melakukan aktiviti NGO dengan membawa bersiar-siar memimpin orang tua bersama angingnya.Beliau akhiri aktiviti hariannya dengan sambung belajar dan tidor jam 10.30 malam.Kehidupan hariannya penuh bermakna dan memuaskan hati dan sanubari beliau sendiri.Tentu lebih-lebih lagi mengembirakan kedua ibu bapa beliau.

Kita di Malaysia sebenarnya lebih banyak aktiviti-aktiviti rekreasi terpimpin dan bermoral yang para remaja boleh ikuti.Kita ada berbagai program saperti Rakan Muda,berbagai NGO,aktitivi masjid,berbagai co-curriculum disekolah,perpustakaan,kelas tambahan,kelas mengaji quran dan agama,kelab belia,berbagai kem motivasi,kem agama,kelas seni mempertahankan diri,bersukan dan tentu sekali kita perlu juga peruntukan banyak masa kita untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran kita saperti kemahiran berkomputer,memasak,berkebun dan sebagainya.Kita ada banyak aktiviti yang menjadi pilihan kita.Disamping itu kita juga ada pilihan untuk lepak di pasaraya,bergaul dengan mat rempit,pergi disko,bergaul dengan perokok atau pengambil dadah.Pilihan kita sebenarnya luas sekali.Tetapi kita sebenarnya ada class,kita sebenarnya ada standard,kita sebenarnya bijak.Kita perlu berbangga dengan diri kita yang berkualiti ini.Tentu sekali apa-apa pun jalan yang kita pilih ianya sesuatu yang mengambarkan kualiti kita ini.Mungkin kita kurang didikan agama kita,kita ada masalah keluarga dirumah,ibu bapa kita berpisah,kita adek beradek selalu tak ngam,jiran kita selalu ganggu kita,rumah kita sempit macam sarang burung,tetapi kita sendiri masih ada fikiran yang waras.Kita masih mampu berfikir sendiri.Kita masih ada rasa cinta kita kapada diri kita.Kita masih ada self-esteem kita sendiri.Sedikit sebanyak apa yang guru-guru kita selalu nasihat dan pesan kapada kita tentu sedikit sebanyak masih terlekat di fikiran kita.Kita masih dapat berfikir bahawa belajar bersungguh-sungguh akan dapat menjamin kita mendapat kerjaya yang setabil dan lumayan dimasa depan.Berusaha keras akan menjamin kita mencapai cita-cita kita.Kita perlu ada iltizam untuk berjaya.Kita perlu bendung dan didik nafsu kita.Kita perlu percaya kita tidak lah seburuk dan seteruk mana perangai kita.Kita perlu berjanji pada diri kita untuk mencapai apa yang kita hajati dan inginkan.Kita perlu ada komitmen untuk memperolehi apa yang kita sangat hajati dan inginkan tersebut.Kita ada nilai dan harga diri.Kita ada maruah dan martabat diri.Kita tidak mahu dianggap sebagai sampah masyarakat.Kita juga ingin menjadi penyumbang bermakna kapada proses pembangunan Negara kita.

Wednesday, March 16, 2011

Kecewa Dan Gagal Adalah Sementara-Coretan 23

Kelahiran kita di dunia ini adalah untuk berjaya.Kita dilahirkan bukan untuk kecewa dan gagal.Allah Jadikan kita sebagai khalifah.Mana boleh,seorang khalifah kecewa dan gagal.Kalau pun ada kekecewaan dan kegagalan ia hanyalah sementara.Kecewa dan gagal sebenarnya sebahagian dari proses mencapai kejayaan.Kejayaan akan lebih mantap dan berkekalan setelah melalui kekecewaan dan kegagalan.Orang yang tidak pernah menempuh kekecewaan dan kegagalan tidak dapat menghargai dan merasai sepenuhnya nikmat kejayaan.Ini bukan pula bermakna kita inginkan kekecewaan dan kegagalan terlebih dahulu sebelum berjaya.Sebaiknya semua kita tidak mahu wujud langsung istilah kekecewaan dan kegagalan dalam perbendaharaan hidup kita.Kita hanya mahu kejayaan sahaja dalam hidup kita.

Realiti Dalam Kehidupan

Pada umumnya setiap orang pernah mengalami kekecewaan dan kegagalan sepanjang hidup kita.Kebanyakan juga menganggap dengan kekecewaan dan kegagalan maka tiada lagi pengharapan baginya untuk bangun kembali.Tiada harapan untuk pulih kembali.Kekecewaan dan kegagalan melumpuhkan segala aspek kehidupannya.Memusnahkan segala bentuk impian dan cita-citanya.Bagi gulungan pelajar dan remaja kekecewaan dan kegagalan berpunca dari pergaulan,percintaan dan pepereksaan(pelajaran).Bagi gulungan dewasa ia berpunca dari kerjaya,perniagaan,cara hidup dan rumahtangga.Sementara bagi gulungan tua pula berpunca dari kesihatan,agama,harta dan perhubungan kekeluargaan.

Akibat kekecewaan dan kegagalan berangkai dan berantai dari satu bentuk kekecewaan dan kegagalan kapada satu bentuk kekecewaan dan kegagalan yang lain pula.Contohnya dari kekecewaan dalam percintaan kapada kegagalan dalam pepereksaan,kapada kegagalan dalam kerjaya,dari kerjaya merebak kapada keluarga dan rumahtangga,dari rumahtangga menjangkit pula kapada kesihatan dan bagitu lah seterusnya hingga kapada aspek keagamaan dan cara hidup.Ia juga mungkin membawa kapada kematian yang tidak dikehendakki dan sepatutnya.Di Negara bukan Islam saperti Jepun,Taiwan dan Korea jumlah mereka yang membunuh diri akibat kekecewaan dan kegagalan disemua peringkat umur adalah meningkat dari tahun ke tahun.Alhamdullillah wabak ini tidak serious dalam masyarakat kita.Tetapi sintom nya telah ada!

Tips

Berpindah dari situasi kekecewaan dan kegagalan bukan sesuatu yang mudah.Terdapat banyak perangkap yang menanti mangsanya.Kekecewaan dan kegagalan berkaitan dengan soal perasaan atau emosi,kerohanian atau spiritual,berkaitan dengan soal saikologi.Keupayaan mengawal perasaan dan emosi, dapat mempengaruhi kesan dari kekecewaan dan kegagalan.Keupayaan mengawal pula bergantung kapada kekuatan yang sesaorang itu milikki.Kekuatan emosi (berfikiran positif dan tahap kesabaran),kekuatan kerohanian(keimanan dan ketaqwaan),kekuatan mental(ilmu pengetahuan) dan kekuatan fizikal(kesihatan dan diet) memain peranan penting mempengaruhi tahap dayatahan dan tahap dayakawal sesaorang yang mengalami kekecewaan dan kegagalan.Hanya dengan adanya kekuatan-kekuatan ini sahaja menguatkan benteng dayatahan dan dayakawal kapada kesan buruk akibat kekecewaan dan kegagalan.Dengan kuatnya benteng ini segala perangkap yang menunggu mangsa kekecewaan dan kegagalan dapat dimusnahkan.Segala kesan-kesan buruknya dapat diatasi dan dapat dicari ubat dan penawarnya.Bermula dari sini lah titik-titik hitam dalam hidup kita mula dapat kita jauhi dan tinggalkan.Kita mula nampak ada cahaya dihujung terowong hidup kita.

Monday, March 14, 2011

Orang Yang Selesa Dengan Zon Selesa-Coretan 22

Kejayaan adalah proses.Ia nya bermula dengan impian,cita-cita,kepercayaan dan keyakinan yang tinggi oleh sesaorang yang ingin berjaya.Proses ini hanya lengkap dengan tindakan demi tindakan.Pembaikkan demi pembaikkan.Peningkatan dari satu tahap kepuasan kapada satu tahap kepuasan yang lebih tinggi.Dan yang terpenting orang yang inginkan kejayaan demi kejayaan,beliau tidak harus selesa dalam zon selesa.Orang yang tidak selesa dengan zon selesa akan meminimakan peluang untuk beliau gagal dan memaksimakan peluang untuk beliau lebih berjaya.

Realiti Dalam Kehidupan


Keselesaan kebiasaannya membunuh usaha untuk memperbaikki dan meningkatkan tahap kejayaan kita.Kita terlepas tahap kesedaran kita untuk mengenalpasti segala kelemahan kita.Kita terlalu dibuai oleh keseronokan hasil dari kejayaan kita.Seekor katak akan mati tanpa disedari nya apabila bekas penuh air yang katak itu diami dipanas secara perlahan-lahan dengan api yang perlahan pula.Katak ini yang selesa dengan air tempat kediamannya menjadi semakin panas secara perlahan-lahan dan menyeronokkan ini hingga akhirnya mati tanpa disedari dalam air yang sedar-sedar telah mendidih.Untuk kita tidak senasib dengan katak ini,kita perlu sentiasa peka dan berwaspada.Apabila air telah mendidih tak ada cara lagi untuk katak itu menyelamatkan diri.Ajal nya telah tiba.Kita juga tidak berkeupayaan untuk bertindak apabila nasi telah menjadi bubur.Hakikatnya, ini lah yang sentiasa kita mengalami dan lalui.Kita setiap waktu merasakan kita masih punya banyak masa untuk membetuli kesilapan kita.Kerap kali kita dengar,ah nanti dulu,enjoy dulu sekarang, bila sampai masa kita bertaubat lah.Taubat kita hanya diterima oleh Allah SWT semasa kita sihat walafiat.Dah tiba saat sakaratulmaut pintu taubat telah tertutup rapat!

Tips

Jangan terlalu cepat berpuashati.Jangan terlalu cepat mendabit dada.Jangan terlalu cepat mengaku berjaya.Jangan terlalu awal merasa selesa.Anggaplah perjuangan kita setiap masa dan ketika masih belum selesai.Anggap lah kita sentiasa ada perkara yang perlu kita bereskan,ada saja perkara yang masih perlu kita perbaikki,ada saja perkara yang kita perlu pertingkatkan prestasi kita.Orang sekeliling kita pada kebiasaannya akan melaporkan perkara-perkara yang manis dan sedap kita dengari sahaja.Kita sendiri pun memang suka mendengar perkara-perkara yang positif sahaja.Kita selalu memarahi kalau ada staf atau orang sekeliling kita yang melaporkan sesuatu yang tidak kita gemari,yang pahit untuk kita telan,walaupun kita juga tahu yang pahit itu sebenarnya jadam,sebenarnya ubat untuk kita.Itu lah salahnya kita.Kita dilindungi dari terdedah kapada perkara-perkara yang negatif.Kita perlu ada spy kita sendiri untuk mendapat maklumat sebenar mengenai perstasi kita,jabatan kita atau syarikat kita.Kita perlu ada sistem kita tersendiri yang akan trigger kecuaian kita,yang akan memberi kita amaran awal yang boleh menyedarkan kita dari lamunan kejayaan kita.Kita perlu ada early warning system kita tersendiri.Semua ini penting untuk mengelak diri kita dari memasukki dan terperangkap kedalam zon selesa.Zon yang boleh membunuh bukan sahaja katak yang tidak berakal,tetapi juga manusia intelektual saperti kita.

Wednesday, March 09, 2011

Orang Yang Takut Melaksanakan Idea-Coretan 21

Idea terbaik hanya bermakna apabila dilaksanakan.Untuk laksanakan idea perlu keberanian,courage dan resources.Semua orang mempunyai idea,ada yang baik dan bernas,ada yang tidak baik.Idea yang diperolehi bergantung kapada latarbelakang kita,pengelaman kita,pelajaran kita,persekitaran kita,pembacaan kita dan pergaulan kita.Tidak semestinya semakin tinggi pelajaran kita semakin baik idea kita.Walau apa pun idea itu dan dari siapa,ia tidak penting.Yang penting apabila idea tersebut dilaksanakan ianya mendatangkan hasil yang berkesan dan lumayan.Tidak semua idea releven untuk setiap masa.Idea yang berkaitan dengan peluang perniagaan biasanya mempunyai life span yang singkat.Lambat membuat keputusan dan bertindak melaksanakan idea tersebut menyebabkan peluang tersebut hilang meninggalkan kita,dan kemungkinan ianya tidak akan kembali lagi!

Realiti Dalam Kehidupan

Kita terlalu banyak idea-idea yang baik.Kita terlalu banyak mengambil masa dan menggunakan segala macam resources berbincang tentang segala macam idea.Kita juga berulang kali berbincang tentang idea yang sama dalam waktu yang berbeza.Kita juga sering melepas tanggungjawap dengan passing around idea tertentu kapada pihak-pihak lain dengan alasan ianya tidak selari dengan tugas dan peranan pihak kita..Yang tidak banyak ialah mereka yang sanggup untuk melaksanakan idea-idea ini.Yang tidak banyak ialah mereka yang berani mengambil risiko untuk melaksanakan idea-idea ini.Yang tidak banyak ialah mereka yang sanggup mengambil langkah pertama untuk melaksanakan idea-idea ini.

Secara umumnya semua idea dapat kita bahagikan kapada dua ketogori iaitu idea yang di ilhamkan oleh orang biasa dan idea yang di keluarkan oleh gulungan professional yang terlibat dalam bidang R&D yang sememang nya innovasif dan kreatif.Idea dari gulungan pertama keluar secara adhoc tidak memerlukan disiplin berfikir untuk keluarkan sesuatu idea.Sementara dari gulungan kedua pula lebih struktur dan di keluarkan dari makmal secara penuh berdisiplin.Idea dari gulungan kedua lebih berkaitan dengan teknologi. Sebagai contoh mengeluarkan model kereta menggunakan tenaga solar,design kereta yang aerodynamic dan sebagainya.Ia diluar dari kemampuan kita orang biasa.Perbincangan kita lebih khusus kapada katogeri pertama,yang melibatkan kita orang biasa.Kita selalu mendengar cerita seorang pegawai pemasaran mencadang supaya satu syarikat kasut membuka pasaran kasut di Afrika satu masa dahulu,sedangkan masa tersebut tiada seorang pun orang Afrika yang ditemui memakai kasut.Bos beliau kata dia gila kerana nanti tidak akan ada orang akan beli kasut syarikatnya.Sebenarnya idea ini baik,kerana ini bermakna peluang untuk menjual kasut di Afrika begitu luas jika dibanding dengan pasaran yang semua penduduknya telah memakai kasut. Bagitu juga seorang budak pejabat memberi idea supaya menggantikan pokok hidup dipejabat dengan pokok plastik.Ia baik kerana pokok plastik lebih murah maintenance nya kerana tidak perlu disiram air setiap hari.Berapa banyak syarikat ini untung menggantikan beribu pokok untuk setiap pejabat dalam bangunan setinggi 38 tingkat..Kedua-dua idea ini telah dilaksanakan oleh bos masing-masing dan ianya terbukti berkesan dan menguntungkan.

Tips


Setiap orang mahu laksanakan semua idea yang bernas.Seorang ibu kapada anak yang berumur 4 tahun mendapati anak nya terikut dengan minat ayahnya yang lebih cenderong dalam bidang seni saperti menyanyi dan menari.Ibu ini risau takut anaknya menjadi penyanyi.Ibu ini mendapat idea dari seorang kenalannya supaya beliau asuh anaknya ini supaya menjadi seorang doktor,tetapi mengekalkan minatnya dalam bidang nyanyian untuk dirinya sahaja.Ibu ini tertarik dengan idea ini.Kawan beliau menasihati,memandangkan anak ini berada dalam bidang kuasanya,maka mulai sekarang beliau asuh anak ini supaya mula meminati mathematik dan sains,kurangkan kegemarannya menyanyi secara sedikit demi sedikit.Ini telah berjaya dilakukannya,anaknya dah mula menunjuk minatnya dalam kedua-dua subjek mathematik dan sains.Langkah pertama beliau ialah membeli untuk anaknya ini permainan yang berkaitan dengan mathematik,sains dan doktor,bukan berkaitan muzik dan anaknya menunjuk respon yang positif.Ini mengembirakan beliau.Langkah kedua beliau ialah membuka akaun ASB Remaja atas nama anaknya sebanyak RM 10,000 dengan harapan dalam masa 15 tahun lagi pelaburan ini dengan compounded dividen akan menjadi lebih RM150,000,cukup untuk membiayai anak beliau menjadi seorang doktor, walaupun tanpa biasiswa atau pinjaman kerajaan.

Yang menjadi penghalang kapada setiap idea itu dari dilaksanakan ialah kefahaman kita yang mendalam terhadap idea tersebut.Kita tahu idea ini baik.Tetapi kita kabur tentang bagaimana untuk laksanakan idea yang baik ini.Apa prosesnya yang mesti di lalui.Apa langkah pertama kita hendak lakukan.Berapa resources yang diperlukan.Apa penanda aras kejayaannya.Apa akibat baik dan buruknya.Bagaimana membendung dan apa cara penyelesaiannya jika terdapat masalah.Apa syarat-syarat,peraturan atau polisi untuk pastikan ianya dapat dilaksana dengan lancar.Bagaimana menangani perkembangan dan kejayaan yang diluar jangka.Kita perlu buat analisa yang munasabah tentang kemungkinan atau feasibilitinya.Kita perlu jelas tentang apa yang perlu kita lakukan untuk pasti idea ini sebenarnya berkesan dan lumayan.Kita mesti pastikan tiada yang kabur dan samar-samar dalam proses pelaksanaannya.Kita perlu brainstorm dengan kawan-kawan,pekerja kita,bos kita dan mereka yang berkaitan dengan pelaksanaan idea tersebut terlebih dahulu.Proses konsultasi ini penting supaya isu-isu berkaitan dengan idea itu tidak terlepas pandang.Dan yang terpenting ialah apa rasa dan gerak hati kita terhadap idea ini,boleh buat atau tidak boleh buat.Hati kita perlu yakin dan ada kepercayaan yang penuh yang ianya boleh berjaya.Sebagai orang Islam kita perlu buat istikorah untuk mendapat petunjuk terakhir kita dari Allah SWT.Bila petunjuknya jelas maka baru kita GO!

Monday, March 07, 2011

Orang Tak Nak Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain-Coretan 20

Ikhlas berdoa dan menolong untuk kejayaan orang lain akan mempercepatkan kejayaan kita sendiri.Jarang terlintas difikiran kita bahawa dengan kita menolong kejayaan orang lain tanpa kita sedari ia juga menolong diri kita mencapai kejayaan.Berhasad dengki bermakna kita cemburu kapada kejayaan orang lain tetapi kita tidak selesa dengan kejayaan tersebut,dalam masa yang sama kita tidak pula melakukan sesuatu untuk menambah kejayaan kita.Kita perlu cemburu terhadap orang lain yang berjaya dengan harapan kita pun mencapai kejayaan yang sama.Kita menjadikan orang yang berjaya itu sebagai pemberi semangat untuk kita.Sebagai role model untuk kita ikuti.Sebagai pendorong untuk kita berusaha lebih keras untuk sama-sama berjaya.Kita sepatutnya bersyukur terhadap kejayaan kawan kita.Kejayaan kawan kita akan menjadi penanda aras untuk mengukur kejayaan kita sendiri.Apabila kita tiada perasaan cemburu terhadap kejayaan orang lain,maka kita sendiri tidak mempunyai apa-apa petunjuk,apa-apa kayu pengukur dan apa-apa cabaran untuk kita jadikan sebagai pedoman dalam usaha kita mencapai kejayaan.Cemburu dengan kejayaan orang lain bermakna kita akan pelajari pengelaman mereka,kita contohi kejayaan mereka,kita memperbaikki kelemahan mereka,kita tiru secara lebih kreatif kejayaan mereka,sehingga lah kita lebih berjaya dari mereka.Disamping itu kita terus berharap mereka juga lebih berjaya,kerana dengan itu sahaja kita akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan kita yang lebih cemerlang lagi.Kejayaan orang lain sebenarnya adalah batu lonchatan kita untuk lebih berjaya.Satu strategi leap frogging untuk kejayaan kita.

Realiti Dalam Kehidupan.

Kita kadang-kadang terlalu mementingkan diri sendiri.Kita terlalu selfish.Kita terlalu angkuh.Kita terlalu bangga diri.Kita kadang-kadang tertutup mata kita untuk melihat kelemahan kita sendiri.Kita kadang-kadang berfikir dengan orang lain berjaya ianya akan mengurang peluang kita pula untuk berjaya.Kita tidak gembira bila orang lain berjaya.Kita bimbang apabila orang lain berjaya,kita kehilangan peluang.Biarlah orang lain gagal asal kita seorang sahaja berjaya.Kita takut orang lain lebih berjaya dari kita.Kita tidak mahu melihat orang lain hidup lebih selesa dan mewah dari kita.Sebolehnya biarlah orang lain gagal tetapi kita seorang yang berjaya.Apabila kawan kita naik pangkat,kita berdengki dan bermasam muka,apabila kawan kita mendapat lebih increment dan bonus sampai 18 bulan gaji, kita berdengki dan tidak pasal-pasal rasa sakit hati.Bagi kawan lelaki pula apabila orang perempuan di lantik menjadi ketua,mereka berdengki dan tidak bagi kerjasama.Kita sekali-kali tidak suka apabila orang lain berjaya.Jauh sekali kita berasa bersyukur dengan kejayaan orang lain.Jauh sekali untuk kita menolong dan berdoa supaya orang lain mencapai kejayaan,mencapai kebahagian.

Tips

Dalam Islam apabila kita berdoa,disamping kita berdoa kapada diri kita sendiri,kita juga berdoa untuk kebahagian orang lain ,untuk kaum muslimin dan muslimat sekaliannya. Ini ajaran agama kita.Keberkatan,keridhaan,kesihatan,keselamatan,rahmat,nikmat dan rezeki Allah SWT adalah luas dan semuanya milik Allah SWT.Apa yang orang lain dapat tidak semestinya bahagian kita berkurangan.Dengan sifat mencemburui kejayaan orang lainlah ramai jutawan baru lahir,banyak syarikat-syarikat berlipat kali ganda berkembang dan membuat untung,banyak Negara khususnya saperti Jepun,Korea dan China dapat mengatasi teknologi Negara-negara Barat dan sekarang lebih kehadapan dalam bidang teknologi,perindustrian dan perdagangan berbanding dengan Barat.Walaupun pada peringkat permulaan setiap teknologi baru itu mereka tiru dari Barat.Ini semua berlaku kerana sifat cemburu yang positif yang ada dalam diri mereka dan para pemimpin mereka.Ini semua berlaku kerana sifat cemburu yang positif yang ada dalam diri setiap ahli masyarakat mereka.

Apabila orang lain dapat nombor satu,kita juga ingin mendapat nombor satu.Ini secara tidak langsung akan menyebabkan setiap orang ingin mendapat nombor satu dan berusaha keras untuk dapat nombor satu.Maknanya walaupun seorang sahaja yang akhirnya dapat nombor satu,tetapi tahap produktiviti keseluruhan kita yang berlumba-lumba untuk dapat nombor satu, akan naik, akan berlipat kali ganda bertambah.Ianya releven untuk semua sektor baik ianya pelajaran,pekerjaan atau perniagaan.Untuk sektor pelajaran tahap kecermelangan semua pelajar bertambah.Untuk sektor pekerjaan,tahap perkhidmatan keseluruhan dipejabat bertambah.Untuk sektor perusahaan atau perniagaan tingkat pendapatan dan keuntungan bertambah.Ini sebenarnya makna kejayaan yang kita semua perlu idam-idamkan.Iaitu satu kejayaan hasil dari setiap orang merasa cemburu dengan kejayaan orang lain,akhirnya menyebabkan kita semua beroleh kejayaan.Tetapi bukan untuk diri kita sahaja,tetapi untuk semuanya kita,untuk masyarakat dan Negara kita.

Wednesday, March 02, 2011

Orang Tak Nak Berfikir Secara Mudah-Coretan 19

Setiap orang sememangnya nak tunjuk pandai.Bila berintraksi dengan orang lain kita cuba impress orang yang kita berdepan itu.Itu sepatutnya dilakukan.Kalau kita tidak dapat impress audience kita, maka matlamat kita berkomunikasi gagal.Isu yang kita nak bawa kapada orang yang kita nak impress itu tidak sampai.Tetapi dalam kita cuba untuk impress orang,kita terlalu menyampainya secara rumit dan berbelit-belit.Kita cuba guna bahasa yang nampak seolah-olah intelektual.Guna bahasa yang ada style.Guna bahasa yang ada class.Penuh dengan statistik,penuh dengan peratusan hingga ke dua angka perpuluhan.Semua audience nampak berminat dan beri fokus kapada apa yang kita sampaikan.Tetapi kita lupa isu kita yang sebenarnya.Apa yang kita bincang adalah isu sampingan.Memang ianya baik,impressed,ada class,sophisticated tetapi malangnya ia tersasar dari isu sebenar.Ini berlaku bukan salah sesiapa pun,ia semata-mata kerana kadang-kadang kita terlalu terlebih fikir!

Realiti Dalam Kehidupan


Isu sebenarnya hilang dan isu sampingan yang di perdebatkan.Isu nya ialah mengenai nelayan,tetapi apa yang diperkatakan ialah kucing.Kenapa kucing?Kerana nelayan kerjanya menangkap ikan.Ikan adalah kegemaran kucing.Hilang isu nelayan,hilang isu ikan,tetapi yang timbul dan diperbesarkan adalah isu kucing!Kita seronok dan syok sendiri,walaupun apa yang sepatutnya di bincang dan di cari solution ialah mengenai nelayan,tetapi kita tersasar jauh,kita tunjuk kehebatan kita dan impressed the audience dengan cerita kucing.Kita kupas,kita ulas,kita analisa segala macam statistik,geraf dan charta.Kita rujuk berbagai kajian orang lain sebagai reference kita.Tetapi semuanya tidak pasal nelayan,kebanyakannya lebih kapada kucing.Malahan mengenai ikan pun mungkin ada sedikit,tetapi jauh sekali dari soal nelayan yang sepatutnya menjadi topik utama diperbincangkan.Kita merumus solution yang salah untuk masalah yang salah juga.Masalah sebenar kita tidak dapat selesaikan sampai bila-bila.Sebab itu lah year in year out kita tidak pernah dapat selesai masalah sebenar kita,walaupun bertimbun sudah resolusi kita sedia dan kemukakan kapada pihak berkuasa,masalah yang sama tetap juga wujud.Seorang pelajar salah tafsir soalan peperiksaan menyebabkan hanya beliau seorang sahaja gagal dalam hanya satu kertas pepereksaannya.Tetapi kalau pihak berkuasa salah melaksanakan satu polisi,jutaan rakyat Melayu akan menerima akibat buruk dan teraniaya.Kesannya bukan sahaja kapada mereka tetapi berterusan kapada generasi mereka yang akan datang.Dahsyat sekali akibatnya!

Felda merupakan program paling berjaya dan paling berkesan untuk atasi kemiskinan orang Melayu.Ia berjaya kerana Allahyarham Tun Ab Razak ayahnda PM kita sekarang, memahami perkara asas untuk Melayu dan Negara menjadi kaya dan mencapai kemajuan,iaitu i.Melayu perlu memilikki hartanah,ii.Melayu perlu lakukan kerja sepenuh masa sesuai dengan strength dan kelebihan yang mereka milikki iaitu bertani,menoreh getah,menanam atau berkebun,iii.Negara keseluruhan mendapat kemajuan.Ini lah Felda yang menyediakan peluang kapada orang Melayu untuk hidup senang lenang dan berharta.Berjuta mulut-mulut Melayu mendapat faedah dari skim Felda ini.Negara kita pula menjadi terkenal sebagai pengeluar kelapa sawit dan getah terunggul didunia.Satu program yang berasaskan isu dan cara berfikir yang mudah,cara pemikiran kita yang back to basic.



Tips

Kita harus sentiasa kembali kapada asas isu yang kita ingin selesaikan.Amalkan berfikir secara mudah tetapi benar.Tidak perlu fakir yang payah-payah.Terlalu berfikir yang rumit dan cloudy sifatnya.Hinggakan program yang kita laksanakan juga bersifat cloudy dan tidak jelas matlamatnya.Sebagai contoh isu mengenai sumber tenaga manusia masyarakat Melayu dalam memberi sumbangan berkesan dan bermakna kapada proses pembangunan ekonomi Negara.Isu nya disini ialah apakah jenis profeshen dan jumlahnya guna tenaga manusia masyarakat melayu supaya kita mendapat menafaat sepenuhnya dalam proses pembangunan ekonomi Negara?Supaya kita dapat lahirkan ramai pekerja, usahawan dan peniaga yang mahir dan berkualiti.Supaya pendapatan purata masyarakat kita naik berganda seiring dengan national average.Kita panggil berbagai gulungan pakar dan cendikiawan untuk berbincang dan mencari jawapan kapada permasalahan ini.Banyak kajian dan rujukan di buat.Banyak perbincangan,idea,komen dan pandangan di perolehi.Banyak resolusi diputuskan.Tetapi kebanyakan resolusi nya menjurus kapada perkara-perkara saperti contoh ini; i.kita perlu tambah kelas tution kapda anak-anak kita,ii.kita perlu wujud tabung pelajaran khas untuk membiayai pengajian dan tution anak-anak kita,iii.kita perlu ada kelas satu sesi sahaja disekolah dari jam 7.30 pagi hingga jam 4.30 petang,iv.kita perlu ajar pelajaran sains dan mathermatik dalam bahasa melayu,v.kita perlu adakan banyak asrama penuh khususnya untuk pelajar-pelajar dari luar Bandar dan sebagainya lagi yang berkisar kapada isu-isu sampingan.Hakikatnya isu-isu ini juga nampak sangat penting.Maka kita pun banyak masa berbincang mengenai kenapa kita tidak cemerlang dalam pelajaran.Pada hal kita memang dah tahu kenapa pelajar kita lemah.Bertimbul statistik menjelaskan subjek ini.Tetapi kita kurang berbincang kapada bagaimana dan apa program kita untuk ramaikan pelajar kita mengikuti aliran teknikal dan engineering.Kita tidak berbincang tentang bagaimana kita nak tambah gunatenaga Melayu dalam masa 5 tahun atau 10 tahun akan datang menjadi 70% adalah terdiri dari mereka yang berkelulusan teknikal dan engineering,yang sangat diperlukan untuk bangunkan Negara.Kita hilang fokus kerana kita tidak memahami isu sebenar yang kita ingin selesaikan.Jadi banyak resources kita terbuang,walaupun segala perbincangan adalah terlalu bagus dan bernas.Semua pembentang kertas kerja adalah sangat jujur dalam persediaan dan pembentangan nya.Semua peserta juga sangat komited dan ikhlas dalam memberi pandangan.Tetapi disebabkan kita tidak memahami isu sebenar yang ingin kita selesaikan maka segala efforts kita walaupun tidak sepenuhnya membazir, tetapi kita terlibat sama dalam memberi solution kapada permasalan dan isu yang tidak pokok atau mungkin tersasar jauh.

Tuesday, March 01, 2011

Orang Tiada Cita-Cita-Coretan 18

Menjangkau tangan ada hadnya,tetapi menjangkau cita-cita tiada batasan.Semua kita mempunyai cita-cita.Walaupun begitu ramai di kalangan masyarakat kita tidak mempunyai cita-cita yang bermakna dalam hidup.Tidak mempunyai cita-cita yang realistik.Tidak mengetahui hakikat sebenar bahawa cita-cita kita sebenarnya dapat mempengaruhi hidup kita.Bila kita mempunyai cita-cita kita wajib berusaha untuk mencapainya.Tetapi kita tidak mengambil berat tentang penting dan berkesannya cita-cita terhadap kita.Kita cuai untuk mempunyai cita-cita yang bermakna.Kita tidak memahami bahawa dengan adanya cita-cita lah yang dapat memperbaikki kehidupan kita dan keluarga kita.

Realiti Dalam Kehidupan

Apa yang sebenarnya kita milikki ialah bukannya cita-cita tetapi angan-angan kosong.Angan Mat Jenin.Angan-angan yang tidak mengikat kita untuk menperolehinya.Dengan kehidupan sekarang mengikut definasi dan anggapan kita telah agak selesa,maka kita tidak perduli dan ambil berat sangat soal cita-cita.Yang kita ada ialah angan-angan untuk menjadi penghibur dan penyedap hati dan nafsu kita sahaja.Pada hakikatnya walaupun kita hidup ia seolah-olah hidup sebagai kerangka yang bernyawa.Sehari ke sehari, in and out, kehidupan kita adalah sama dan mendatar sahaja.Ia mengikut routine kita yang sama dari masa bangun tidor hingga kemasa kita tidor kembali.

Tips

Cita-cita seharusnya menjadi panduan dan pedoman kita dalam menjalanai kehidupan kita seharian.Ia akan menambah excitement dalam hidup kita.Ia akan mewujudkan challenges dalam hidup kita.Ia menjadi kita sebenar-benarnya hidup,bukan setakat bernyawa sahaja.Kehidupan yang ada peranan dan tanggung jawap.Kehidupan yang perlu aktif,perlu action-oriented.Kehidupan yang menjadi kita sentiasa menanti nanti untuk terus hidup pada keesukkan hari dan hari seterusnya.Cita-cita harus lah yang spesifik dan mampu kita mencapainya(aku ingin menjadi jutawan).Cita-cita perlu jelas bila masa,tempoh dan tarikh kita ingin mencapainya(pada hari jadiku yang ke 30 tahun).Cita-cita juga perlu jelas apa cara dan tindakan yang perlu di lakukan untuk mencapainya(terlibat dalam perniagaan hartanah sebaik sahaja aku graduate).Cita-cita juga ada proses dan penanda aras status pencapaiannya(baki wang dalam akaun ASB ku bertambah 50% dari baki setiap 3 bulan sebelumnya).Cita-cita perlu ada ruang untuk diperbaikki segala kelemahan sehinggalah akhirnya ia dapat di capai sepenuhnya(perniagaanku tidak hanya tertumpu di Klang Valley tapi harus berkembang ke Johor Baru mulai bulan hadapan dan ke Mekah mulai awal tahun hadapan.Aku memerlukan seorang Arab sebagai rakan kongsi ku mulai bulan Jun tahun ini).Otak orang yang mempunyai cita-cita adalah ligat macam gasing,berfikir tidak putus-putus menghidu dan mengenal pasti peluang walaupun apa dan dimana ianya wujud.Cara beliau berfikir tidak dalam bentuk single dimension tetapi multi dimensions.Beliau bukan hanya nampak gelas ini separuh kosong,tetapi bagi beliau ianya separuh penuh.Ini menjadikan orang yang ada cita-cita adalah orang yang tidak berhenti-henti beribadat seolah-olah dia akan mati keesukan harinya dan berusaha seolah-olah ianya akan hidup walaupun seribu tahun lagi.Hidup yang penuh dengan aktiviti.Hidup yang penuh dengan bersebab,rational dan justifikasi.