Monday, March 07, 2011

Orang Tak Nak Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain-Coretan 20

Ikhlas berdoa dan menolong untuk kejayaan orang lain akan mempercepatkan kejayaan kita sendiri.Jarang terlintas difikiran kita bahawa dengan kita menolong kejayaan orang lain tanpa kita sedari ia juga menolong diri kita mencapai kejayaan.Berhasad dengki bermakna kita cemburu kapada kejayaan orang lain tetapi kita tidak selesa dengan kejayaan tersebut,dalam masa yang sama kita tidak pula melakukan sesuatu untuk menambah kejayaan kita.Kita perlu cemburu terhadap orang lain yang berjaya dengan harapan kita pun mencapai kejayaan yang sama.Kita menjadikan orang yang berjaya itu sebagai pemberi semangat untuk kita.Sebagai role model untuk kita ikuti.Sebagai pendorong untuk kita berusaha lebih keras untuk sama-sama berjaya.Kita sepatutnya bersyukur terhadap kejayaan kawan kita.Kejayaan kawan kita akan menjadi penanda aras untuk mengukur kejayaan kita sendiri.Apabila kita tiada perasaan cemburu terhadap kejayaan orang lain,maka kita sendiri tidak mempunyai apa-apa petunjuk,apa-apa kayu pengukur dan apa-apa cabaran untuk kita jadikan sebagai pedoman dalam usaha kita mencapai kejayaan.Cemburu dengan kejayaan orang lain bermakna kita akan pelajari pengelaman mereka,kita contohi kejayaan mereka,kita memperbaikki kelemahan mereka,kita tiru secara lebih kreatif kejayaan mereka,sehingga lah kita lebih berjaya dari mereka.Disamping itu kita terus berharap mereka juga lebih berjaya,kerana dengan itu sahaja kita akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan kita yang lebih cemerlang lagi.Kejayaan orang lain sebenarnya adalah batu lonchatan kita untuk lebih berjaya.Satu strategi leap frogging untuk kejayaan kita.

Realiti Dalam Kehidupan.

Kita kadang-kadang terlalu mementingkan diri sendiri.Kita terlalu selfish.Kita terlalu angkuh.Kita terlalu bangga diri.Kita kadang-kadang tertutup mata kita untuk melihat kelemahan kita sendiri.Kita kadang-kadang berfikir dengan orang lain berjaya ianya akan mengurang peluang kita pula untuk berjaya.Kita tidak gembira bila orang lain berjaya.Kita bimbang apabila orang lain berjaya,kita kehilangan peluang.Biarlah orang lain gagal asal kita seorang sahaja berjaya.Kita takut orang lain lebih berjaya dari kita.Kita tidak mahu melihat orang lain hidup lebih selesa dan mewah dari kita.Sebolehnya biarlah orang lain gagal tetapi kita seorang yang berjaya.Apabila kawan kita naik pangkat,kita berdengki dan bermasam muka,apabila kawan kita mendapat lebih increment dan bonus sampai 18 bulan gaji, kita berdengki dan tidak pasal-pasal rasa sakit hati.Bagi kawan lelaki pula apabila orang perempuan di lantik menjadi ketua,mereka berdengki dan tidak bagi kerjasama.Kita sekali-kali tidak suka apabila orang lain berjaya.Jauh sekali kita berasa bersyukur dengan kejayaan orang lain.Jauh sekali untuk kita menolong dan berdoa supaya orang lain mencapai kejayaan,mencapai kebahagian.

Tips

Dalam Islam apabila kita berdoa,disamping kita berdoa kapada diri kita sendiri,kita juga berdoa untuk kebahagian orang lain ,untuk kaum muslimin dan muslimat sekaliannya. Ini ajaran agama kita.Keberkatan,keridhaan,kesihatan,keselamatan,rahmat,nikmat dan rezeki Allah SWT adalah luas dan semuanya milik Allah SWT.Apa yang orang lain dapat tidak semestinya bahagian kita berkurangan.Dengan sifat mencemburui kejayaan orang lainlah ramai jutawan baru lahir,banyak syarikat-syarikat berlipat kali ganda berkembang dan membuat untung,banyak Negara khususnya saperti Jepun,Korea dan China dapat mengatasi teknologi Negara-negara Barat dan sekarang lebih kehadapan dalam bidang teknologi,perindustrian dan perdagangan berbanding dengan Barat.Walaupun pada peringkat permulaan setiap teknologi baru itu mereka tiru dari Barat.Ini semua berlaku kerana sifat cemburu yang positif yang ada dalam diri mereka dan para pemimpin mereka.Ini semua berlaku kerana sifat cemburu yang positif yang ada dalam diri setiap ahli masyarakat mereka.

Apabila orang lain dapat nombor satu,kita juga ingin mendapat nombor satu.Ini secara tidak langsung akan menyebabkan setiap orang ingin mendapat nombor satu dan berusaha keras untuk dapat nombor satu.Maknanya walaupun seorang sahaja yang akhirnya dapat nombor satu,tetapi tahap produktiviti keseluruhan kita yang berlumba-lumba untuk dapat nombor satu, akan naik, akan berlipat kali ganda bertambah.Ianya releven untuk semua sektor baik ianya pelajaran,pekerjaan atau perniagaan.Untuk sektor pelajaran tahap kecermelangan semua pelajar bertambah.Untuk sektor pekerjaan,tahap perkhidmatan keseluruhan dipejabat bertambah.Untuk sektor perusahaan atau perniagaan tingkat pendapatan dan keuntungan bertambah.Ini sebenarnya makna kejayaan yang kita semua perlu idam-idamkan.Iaitu satu kejayaan hasil dari setiap orang merasa cemburu dengan kejayaan orang lain,akhirnya menyebabkan kita semua beroleh kejayaan.Tetapi bukan untuk diri kita sahaja,tetapi untuk semuanya kita,untuk masyarakat dan Negara kita.

No comments:

Post a Comment