Wednesday, March 09, 2011

Orang Yang Takut Melaksanakan Idea-Coretan 21

Idea terbaik hanya bermakna apabila dilaksanakan.Untuk laksanakan idea perlu keberanian,courage dan resources.Semua orang mempunyai idea,ada yang baik dan bernas,ada yang tidak baik.Idea yang diperolehi bergantung kapada latarbelakang kita,pengelaman kita,pelajaran kita,persekitaran kita,pembacaan kita dan pergaulan kita.Tidak semestinya semakin tinggi pelajaran kita semakin baik idea kita.Walau apa pun idea itu dan dari siapa,ia tidak penting.Yang penting apabila idea tersebut dilaksanakan ianya mendatangkan hasil yang berkesan dan lumayan.Tidak semua idea releven untuk setiap masa.Idea yang berkaitan dengan peluang perniagaan biasanya mempunyai life span yang singkat.Lambat membuat keputusan dan bertindak melaksanakan idea tersebut menyebabkan peluang tersebut hilang meninggalkan kita,dan kemungkinan ianya tidak akan kembali lagi!

Realiti Dalam Kehidupan

Kita terlalu banyak idea-idea yang baik.Kita terlalu banyak mengambil masa dan menggunakan segala macam resources berbincang tentang segala macam idea.Kita juga berulang kali berbincang tentang idea yang sama dalam waktu yang berbeza.Kita juga sering melepas tanggungjawap dengan passing around idea tertentu kapada pihak-pihak lain dengan alasan ianya tidak selari dengan tugas dan peranan pihak kita..Yang tidak banyak ialah mereka yang sanggup untuk melaksanakan idea-idea ini.Yang tidak banyak ialah mereka yang berani mengambil risiko untuk melaksanakan idea-idea ini.Yang tidak banyak ialah mereka yang sanggup mengambil langkah pertama untuk melaksanakan idea-idea ini.

Secara umumnya semua idea dapat kita bahagikan kapada dua ketogori iaitu idea yang di ilhamkan oleh orang biasa dan idea yang di keluarkan oleh gulungan professional yang terlibat dalam bidang R&D yang sememang nya innovasif dan kreatif.Idea dari gulungan pertama keluar secara adhoc tidak memerlukan disiplin berfikir untuk keluarkan sesuatu idea.Sementara dari gulungan kedua pula lebih struktur dan di keluarkan dari makmal secara penuh berdisiplin.Idea dari gulungan kedua lebih berkaitan dengan teknologi. Sebagai contoh mengeluarkan model kereta menggunakan tenaga solar,design kereta yang aerodynamic dan sebagainya.Ia diluar dari kemampuan kita orang biasa.Perbincangan kita lebih khusus kapada katogeri pertama,yang melibatkan kita orang biasa.Kita selalu mendengar cerita seorang pegawai pemasaran mencadang supaya satu syarikat kasut membuka pasaran kasut di Afrika satu masa dahulu,sedangkan masa tersebut tiada seorang pun orang Afrika yang ditemui memakai kasut.Bos beliau kata dia gila kerana nanti tidak akan ada orang akan beli kasut syarikatnya.Sebenarnya idea ini baik,kerana ini bermakna peluang untuk menjual kasut di Afrika begitu luas jika dibanding dengan pasaran yang semua penduduknya telah memakai kasut. Bagitu juga seorang budak pejabat memberi idea supaya menggantikan pokok hidup dipejabat dengan pokok plastik.Ia baik kerana pokok plastik lebih murah maintenance nya kerana tidak perlu disiram air setiap hari.Berapa banyak syarikat ini untung menggantikan beribu pokok untuk setiap pejabat dalam bangunan setinggi 38 tingkat..Kedua-dua idea ini telah dilaksanakan oleh bos masing-masing dan ianya terbukti berkesan dan menguntungkan.

Tips


Setiap orang mahu laksanakan semua idea yang bernas.Seorang ibu kapada anak yang berumur 4 tahun mendapati anak nya terikut dengan minat ayahnya yang lebih cenderong dalam bidang seni saperti menyanyi dan menari.Ibu ini risau takut anaknya menjadi penyanyi.Ibu ini mendapat idea dari seorang kenalannya supaya beliau asuh anaknya ini supaya menjadi seorang doktor,tetapi mengekalkan minatnya dalam bidang nyanyian untuk dirinya sahaja.Ibu ini tertarik dengan idea ini.Kawan beliau menasihati,memandangkan anak ini berada dalam bidang kuasanya,maka mulai sekarang beliau asuh anak ini supaya mula meminati mathematik dan sains,kurangkan kegemarannya menyanyi secara sedikit demi sedikit.Ini telah berjaya dilakukannya,anaknya dah mula menunjuk minatnya dalam kedua-dua subjek mathematik dan sains.Langkah pertama beliau ialah membeli untuk anaknya ini permainan yang berkaitan dengan mathematik,sains dan doktor,bukan berkaitan muzik dan anaknya menunjuk respon yang positif.Ini mengembirakan beliau.Langkah kedua beliau ialah membuka akaun ASB Remaja atas nama anaknya sebanyak RM 10,000 dengan harapan dalam masa 15 tahun lagi pelaburan ini dengan compounded dividen akan menjadi lebih RM150,000,cukup untuk membiayai anak beliau menjadi seorang doktor, walaupun tanpa biasiswa atau pinjaman kerajaan.

Yang menjadi penghalang kapada setiap idea itu dari dilaksanakan ialah kefahaman kita yang mendalam terhadap idea tersebut.Kita tahu idea ini baik.Tetapi kita kabur tentang bagaimana untuk laksanakan idea yang baik ini.Apa prosesnya yang mesti di lalui.Apa langkah pertama kita hendak lakukan.Berapa resources yang diperlukan.Apa penanda aras kejayaannya.Apa akibat baik dan buruknya.Bagaimana membendung dan apa cara penyelesaiannya jika terdapat masalah.Apa syarat-syarat,peraturan atau polisi untuk pastikan ianya dapat dilaksana dengan lancar.Bagaimana menangani perkembangan dan kejayaan yang diluar jangka.Kita perlu buat analisa yang munasabah tentang kemungkinan atau feasibilitinya.Kita perlu jelas tentang apa yang perlu kita lakukan untuk pasti idea ini sebenarnya berkesan dan lumayan.Kita mesti pastikan tiada yang kabur dan samar-samar dalam proses pelaksanaannya.Kita perlu brainstorm dengan kawan-kawan,pekerja kita,bos kita dan mereka yang berkaitan dengan pelaksanaan idea tersebut terlebih dahulu.Proses konsultasi ini penting supaya isu-isu berkaitan dengan idea itu tidak terlepas pandang.Dan yang terpenting ialah apa rasa dan gerak hati kita terhadap idea ini,boleh buat atau tidak boleh buat.Hati kita perlu yakin dan ada kepercayaan yang penuh yang ianya boleh berjaya.Sebagai orang Islam kita perlu buat istikorah untuk mendapat petunjuk terakhir kita dari Allah SWT.Bila petunjuknya jelas maka baru kita GO!

No comments:

Post a Comment