Kecekalan hati atau courage adalah tahap kebolehan,kebijaksanaan dan keberanian kita untuk melakukan sesuatu yang berisiko dengan penuh tawakkal tanpa merasa apa-apa bentuk kebimbangan dan ketakutan.Hanya kapada Allah SWT sahaja kita bertaqwa dan takuti.Walaubagaimana pun ia tidaklah bermakna keberanian yang membuta tuli,tetapi keberanian yang penuh berhemah.Risiko yang di ambil adalah risiko yang berasas,bukan risiko yang mengandungi unsur-unsur riak,kebodohan dan kesombongan.
Coretan ini lebih memberi perhatian kapada budaya kerja dan perhubungan antara ketua dengan orang bawahan.Tentu nya terdapat banyak aspek-aspek lain yang tidak dapat di sentuh dalan artikel yang sekecil ini,saperti perhubungan persahabatan,pensyarah murid,suami isteri,ahli keluarga,perniagaan,politik,agama atau sosial.Tetapi ia dirasakan telah memadai untuk memahami konsep dan pengertian asas terhadap kecekalan hati atau courage ini.Melalui contoh yang dibincangkan dalam artikel ini jelas kapada kita bahawa untuk berjaya kita perlukan kecekalan hati atau courage.Orang yang pengecut tidak akan berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburinya.
Realiti Dalam Kehidupan
Setiap masyarakat ada gulungan pengecut.Pengecut untuk menyatakan yang benar dan menegakkan kebenaran.Pengecut untuk mencuba sesuatu yang ganjil,unik dan agak mahal kos nya.Pengecut tidak akan terlintas untuk mencipta sesuatu yang baru.Tidak terdorong untuk melakukan sesuatu perubahan dan innovasi.Tidak berani untuk mengatakan tidak kapada perkara yang salah.Tidak terbuka pintu hati untuk menzahirkan kebencian kita kapada perkara yang mungkar walaupun ia berlaku didepan mata kita.Kita rela menjalani kehidupan yang penuh hipokerit.Kita bersedia untuk sekongkong dengan kepalsuan dan kemaksiatan.Pengecut adalah mereka yang takut kapada bayang-bayang mereka sendiri,takut kapada manusia melebihi takut kapada Allah SWT.
Fikiran kita di cemari dengan andaian bos adalah segala-gala nya.Bos adalah penentu pangkat kita.Bos adalah penentu gaji kita.Bos adalah sumber rezeki kita.Tunduk dan patuh nya kita kapada bos kadang-kadang boleh memesongkan akidah kita.Boleh menjatuhkan keislaman kita.Semua ancaman kapada akidah dan keimanan kita,tidak kita ambil perkiraan.Perkiraan kita hanya lah bos kita perlu diambil hati dan di raikan.Bos kita perlu di jagai perasaannya.Kita perlu buat apa yang bos kita suka dan gemari sahaja.Kita perlu buat apa yang bos kita selesa dan perkenan.Kita perlu layan bos kita dengan penuh kepatuhan dan penghormatan.Kita bodek bos kita secukup-cukupnya.Kadang-kadang kita terlebih membuat andaian terhadap apa yang bos kita tidak suka.Kita terlebih tapis apa yang boleh,apa yang tidak boleh untuk bos tahu.Kita terlalu membuat keputusan yang bercirikan lebih sudu dari kuah.
Ini lah contoh senario budaya kerja dan perhubungan diantara anak buah dengan orang atas,pekerja dengan bos,pengikut dengan ketua.Kita sebagai anak buah,pekerja atau pengikut tidak berani,tidak ada kecekalan dan tidak ada courage untuk menegur atau menasihati orang atas,bos atau ketua kita.Lebih-lebih lagi sekiranya orang atas,bos atau ketua kita itu terdiri samada Sultan,Raja,Perdana Menteri,Menteri atau Ketua dalam institusi,jabatan atau organisasi.Kita kecut perut takut kena marah,takut kena turun pangkat,takut kena potong gaji,takut kena tengkeng,takut kena maki hamun,takut kena baling fail kemuka kita,takut kena pulau,takut kena di cold storage kan atau takut kena singkir dari posisi atau jawatan kita.
Sekiranya kita memilikki segala sifat-sifat ini atau mengamalkan budaya kerja sedemikian,tidak mungkin kita boleh think big dream high.Bos kita juga tidak mungkin boleh think big dream high.Seluruh institusi,jabatan atau organisasi kita tidak mungkin boleh think big dream high.Kita,bos kita dan semua stake holders atau pihak yang terlibat dengan organisasi kita sebenarnya terdiri dari mereka yang pengecut,tiada kecekalan hati,tiada courage,syok sendiri dan penghalang kapada segala bentuk perubahan,kemajuan dan perkembangan.Satu budaya dan sistem pengurusan yes bos,baik bos,no problem bos ini boleh meruntuhkan ketamadunan institusi,jabatan,organisasi malahan sebuah Negara sekali pun.
Tips
Seseorang yang think big dream high memerlukan courage untuk mendaki laluan berintangan kekemuncak cita-citanya.Kta perlu bersedia untuk menjadi seorang yang luar biasa keberanian kita.Kita perlu bersedia mengatasi segala bentuk ketakutan dan kebimbangan kita.Kita perlu bersedia untuk tidak menjadi pengecut dan mudah menyerah kalah.Kita perlu bersedia mengambil pendekatan yang payah dan berliku dalam menyelesai sebarang masalah.Kita perlu bersedia menyatakan masalah sebenar kapada bos atau sesiapa yang berkaitan demi cita-cita kita.Kita perlu bersedia untuk menerima sebarang bentuk kritikan orang terhadap kita.Kita perlu bersedia untuk sanggup memohon dan menerima maaf atas sebarang bentuk kesalahan.Kita perlu bersedia untuk sanggup mempertahankan pihak yang benar walaupun menyebabkan kita tidak popular.Kita perlu bersedia untuk menyatakan kebenaran walaupun pahit.Kita perlu mengamalkan budaya ketelusan dan keterbukaan.Kita perlu yakin bahawa sesuatu yang benar itu akhirnya terbukti kebenarannya.
Kita perlu berorientasikan menyelesai segala masalah,bukannya bijak mencetus alasan untuk menjustifikasikan masalah yang dicipta sendiri.Kita perlu cukup bermaklumat benar dan tepat untuk mempertahankan idea atau cadangan kita.Kita perlu membina dan mendidek dalam pendekatan kita.Kita perlu ada pilihan yang terbaik sebagai sandaran kapada cadangan kita.Kita seorang yang bertanggupjawap dan accountable terhadap segala kenyataan, pendirian dan tindakan kita.Kita sentiasa ada pakar rujuk untuk menjadi penasihat,mentor dan pembimbing kita.Kita sanggup menerima buah fikiran orang lain sekiranya ia membina dan boleh menyumbang kapada kejayaan kita.Kita hidup untuk berjaya,oleh itu kita harus ada courage dalam membuat keputusan yang baik untuk kejayaan kita.Keputusan kita mungkin tidak popular,tetapi ia adalah betul dan selari dengan matlamat kita.
No comments:
Post a Comment