Monday, September 12, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Ketiga Belas,Eratkan Perhubungan Kekeluargaan Kita-Coretan 53

Organisasi yang paling kecil dan tertua didunia ialah institusi kekeluargaan.Ia bermula dengan keahliannya hanya dua orang iaitu suami dan isteri,saperti Adam dan Hawa.Institusi inilah menjadi pengasas kapada intitusi masyarakat,negara,tamadun dan seterusnya dunia.Harmoninya institusi keluarga ini maka harmonilah institusi-institusi lain yang lebih besar.

Institusi kekeluargaan di abad yang kedua puluh satu ini pada hakikatnya telah menjadi semakin rapuh.Menjadi semakin tidak kukuh dan erat ikatannya.Pengaruh media elektronik,internet,aktiviti hidup,budaya hidup modern dan dunia seolah-olah tiada lagi sempadan dengan konsep globalisasinya,telah merenggangkan perhubungan antara setiap ahli dalam satu-satu institusi kekeluargaan.Dan inilah juga menjadi petanda awal intitusi-institusi lain juga akan rapuh dan boleh roboh,sekiranya tindakan awal tidak segera dilakukan.Tindakan awal ini sebenarnya bermula dengan institusi keluarga kita sendiri terlebih dahulu.

Realiti Dalam Kehidupan

Bapa asyik membaca novel atau surat khabar,ibu membaca majalah,kak long tengah khusuk dengan I Pad nya,adek lelaki tengah dengan mobile nya dan adek lelaki bongsu dengan PS peribadi untuk bermain game kegemarannya.Satu jam setengah mereka sekeluarga bersama-sama,tetapi tidak ada satu patah perkataan pun yang keluar dari mana-mana individu dalam keluarga tersebut.Ini suasana biasa yang kita dapat lihat sekarang ini dimana-mana restaurant keluarga atau dirumah semasa breakfast.Ini trend sekarang untuk satu keluarga modern pada setiap hari minggu mereka.Semua lima beranak tersebut ada aktiviti masing-masing sehingga tiada ruang untuk mereka bersembang.

Selepas breakfast,bapa terus dengan novelnya atau dengan buku management nya atau pada kebanyakkan hari minggu waktu ini beliau telah berada dipadang golf,itu pun kalau tidak ke outstation atau ke luar negara.Ibu terus dengan majalah kegemarannya sebelum ke bilik TV dan kemudian ke dapur,kak long mengunci diri dalam bilik dengan I Pad nya,angah bersendirian juga dalam bilik bacaan bersama komputernya dan si bongsu walau pun bersama emaknya di ruang tamu tetapi tidak terlepas matanya dari PSnya.Masing-masing dengan hal masing-masing.Satu bagusnya dengan keluarga modern ini ialah mereka tidak ada masa untuk mengumpat atau menjaga tepi kain orang lain.Mereka tiada dosa mengumpat saperti keluarga datuk nenek mereka terdahulu.Apabila mati pasti mereka tidak akan memakan daging busuk rakan mereka sendiri,kerana mengumpat tiada lagi dalam vocabulary mereka.

Pada hari biasa,masing-masing tentu lagi sibuk dengan kerjaya,aktiviti dan pelajaran masing-masing.Kadang-kadang mereka tidak bertemu satu dengan lain sepanjang minggu.Pukul 6 pagi angah dan adek bongsu sudah kesekolah balik jam 4 petang selepas koko.Pembantu rumah yang menyiapkan mereka sejak dari jam 5 pagi.Ayah dan emak bangkit untuk solat subuh jam 6.30 pagi..Waktu syuruk masih panjang kira-kira jam 7.08 pagi,jadi sempat sembahyang subuh dalam waktu walaupun telah jam 6.50 pagi.Selepas solat mungkin mereka terus berbaring semula dikatil.Pemandu yang menghantar anak-anak ke sekolah.Si ayah bertolak ke pejabat jam 8.30 pagi.Kak long dah balik semula ke hostel kolej beliau.Emak selepas breakfast menonton drama bersiri Korea yang menjadi kegemaran beliau.Apabila ayah balik dari pejabat,anak-anak telah tidor.Emak mulai 9 malam sambung tenguk filem inggeris pula channel HBO atau Cinemax.Ayah pada kebanyakkan harinya terpaksa sambung kerja pejabat yang belum siap,dirumah hingga larut malam.Begitu lah routine harian keluarga modern ini sepanjang minggu.

Setelah anak-anak graduate dan mempunyai kerjaya masing-masing,mereka lebih selesa dan memilih untuk tinggal bersendirian atau dengan kawan-kawan rapat mereka di condo.Yang telah berkahwin tentunya juga akan menyewa atau membeli condo membentuk keluarga mereka sendiri,berjauhan dari rumah ibu bapa mereka.

Secara keseluruhannya perhubungan diantara satu ahli keluarga dengan ahli keluarga yang lain tersangat terhad secara fizikal.Alaf baru dengan perkembangan teknologi dan budaya hidup baru menjauhkan mereka diantara satu sama lain.Menjauh diri mereka masing-masing dari agama.Menjauh diri mereka masing-masing dari Allah SWT.Mereka lebih fokus kapada aktiviti,pelajaran,kerjaya,perniagaan,kegemaran dan hobby masing-masing.Mereka lebih rapat dengan kawan-kawan mereka masing-masing baik secara fizikal atau maya,dengan para co workers masing-masing,dengan fans club masing-masing,berbanding dengan ahli keluarga mereka sendiri.

Tips

Tiada apa salahnya dengan cara hidup saperti contoh ringkas diatas.Tetapi ini sebenarnya bibit-bibit dan petanda ahli keluarga,masyarakat,negara dan dunia mula berpecah dan tidak bersatu padu.Kita sebagai seorang professional yang think big dream high boleh memainkan peranan kita dengan memastikan kita dan ahli keluarga kita yang kecil ini mula pupukkan diri kita sendiri masing-masing dengan benih-benih perpaduan,rasa kasih, rasa sayang,rasa cinta dan rasa hormat menghormati diantara satu sama lain.

Sekiranya ini berjaya kita lakukan,kita akan berjaya menyumbang kearah melahirkan insan-insan penghuni bumi Allah SWT ini dengan insan-insan yang saling hormat menghormati diantara satu sama lain.Saling sayang menyayangi,saling cinta mencintai diantara satu sama lain,saling balas membalas senyum diantara satu sama lain.Kita bukannya terdiri dari insan-insan yang bersifat,aku aku,engkau engkau,penuh dengan egoistik dan materialistik,yang hanya cintakan diri sendiri dan hak milik kita secara peribadi sahaja.Tanpa mengetahui bahawa ada hak orang lain dari segala harta hak milik kita tersebut.Kita harus mendidek diri kita dan ahli keluarga kita supaya menjadi insan-insan yang sentiasa setiap waktu dan ketika dapat menghargai dan mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kapada kita secara percuma ini.

Mungkin sumbangan kita ini kecil,tetapi sebenarnya ia adalah penting untuk mewujudkan satu masyarkat umat manusia yang bersatu padu,yang dapat hidup dengan penuh harmoni dan penuh dengan kemuliaan.Penuh dengan keberkatan dan penuh dengan barakah dari Allah SWT.Kenapa ianya penting,kerana dalam mana-mana organisasi,negara atau institusi sekali pun, halatuju dan segala keputusan yang dibuat oleh entiti berkenaan sebenarnya di buat oleh para professional dalam entiti tersebut.Dibuat oleh para ketua eksekutif entiti tersebut.Bijak,intelektual dan mulianya para professional ini,maka harmoni,sejahtera dan mulia juga lah keseluruhan entiti dan tamadun berkenaan.

1 comment:

  1. Sama-sama kita amati....
    Sesungguhnya.....
    'Syurga dunia', bermula dalam rumah kita
    BAITI JANNATI (Rumahku Syurgaku). Rumah tangga yang aman damai, penuh kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga...

    ReplyDelete