Tuesday, December 06, 2011

Think Big Dream High,Keyakinan 8,Sememangnya Benang Yang Basah Tidak Boleh Ditegakkan-Coretan 65.

Ruang untuk pihak yang ketinggalan zaman berbohong,memutarbelitkan fakta,menegakkan benang yang basah,menggoreng dan mengkelentung hampir tertutup sekarang.Teknologi maklumat terlalu canggih dan terkemaskini untuk berbuat demikian.Lambat bangat perkara sebenarnya akan terbongkar juga.

Kebanyakkan manusia khususnya yang menganggap diri mereka pandai,contohnya orang politik,terlalu gemar bercakap.Banyak fakta yang dicakapkan tidaklah semuanya betul.Tetapi mereka terus juga bercakap.Tidak henti-henti mereka bercakap.Publik yang mendengar pula sangat seronok mendengar.Mereka tidak kisah sangat soal fakta,yang penting mereka terhibur dengan cakap-cakap orang politik mengenai satu-satu isu tertentu.

Orang politik terlalu banyak kali membuat kenyataan baik dikelayak ramai,dimedia massa atau diblog-blog yang kadang-kadang membelakangi kebijaksanaan publik. Sebenarnya publik semakin sehari semakin berilmu pengetahuan.Publik tidak boleh selama-lamanya diperbodohkan.Publik tidak boleh sentiasa di insult intelligent mereka.

Negara kita telah memasukki era pembangunan yang pesat dan hampir mencapai status negara maju maka para pemimpin dan orang politik juga harus mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang terkemaskini.Setiap perkara yang kita perkatakan,persuratakan,blogkan,laporkan atau didokumenkan hendaklah yang sahih dan benar dan boleh dipertahankan.Sebarang keraguan tentang kebenaran fakta nya harus dihapuskan sama sekali.Research atau kajian rapi perlu dijadikan disiplin sebelum membuat sebarang bentuk kenyataan umum.

Realiti Dalam Kehidupan

1.Lari dari isu sebenar.Isu yang tidak releven menjadi keutamaan,isu utama tenggelam.Banyak terdapat kes-kes di mana ada sesuatu pihak membangkitkan dan membuat laporan kapada pihak berkuasa tertentu tentang sesuatu penyalahan kuasa oleh pihak yang berkuasa.Tetapi disebabkan pihak yang terbabit ada kuasa maka orang yang ikhlas ingin menegakkan kebenaran pula yang disoalsiasat oleh pihak berkuasa tertentu itu.Isu asal terkubur bagitu sahaja,isu yang berkaitan dengan pelapor pula yang dijadikan isu.

2.Pihak media massa memutarbelitkan berita sehingga orang yang bersalah menjadi tidak bersalah dan orang tidak bersalah menjadi bersalah.

3.Sengaja menjadikan diri kebal,penting atau indispensable dengan bersangkut kapada kedudukan sebagai pemimpin untuk menenggelam atau menutup kesalahan yang berbentuk peribadi.Ugutan untuk menarik sokongan dibuat kapada pihak berkuasa atau kumpulan sendiri,sekiranya kes berkaitan dengan pemimpin tersebut tidak digugur atau diketepikan.

4.Kempen diadakan secara bertubi-tubi dan besar-besaran untuk menegakkan benang yang basah.Akhirnya benang tersebut tertegak juga kerana mata publik telah dikaburkan,dikelabukan dari perkara yang sebenar-benarnya benar dengan perkara yang salah sesalah-salahnya.Perkara yang salah nampak benar dimata publik dan perkara yang benar nampak salah.Maka berkuburlah perkara yang benar tersebut.

Tips

1.Mewujudkan ‘the truth squad’.Badan-badan R&D khususnya di pusat-pusat pengajian tinggi awam harus mewujudkan satu jabatan ‘the truth squad’ yang khusus bertindak untuk verify semua maklumat-maklumat yang disampaikan kapada publik oleh mana-mana pihak.Publik dinegara hampir maju ini berhak untuk mendapat maklumat-maklumat yang sebenar-benarnya benar.Jabatan ini harus mengutamakan kebenaran mengatasi segala-gala kepentingan mana-mana pihak berkepentingan tertentu.Pertahankan status ‘the truth squad’ bukan bertukar sedikit demi sedikit menjadi ‘the false squad’ pula demi untuk mendaulatkan kebenaran dan benang yang basah tetap tidak bolej ditegakkan.

2.Berusaha yang berterusan untuk menjadikan diri kita sendiri adalah seorang yang bermaklumat dan maklumat itu adalah benar.Disiplinkan diri kita dengan membuat penyelidekan sendiri.Wujud sahaja keraguan atau ketidakpastian maka kita harus merujuk maklumat tersebut kapada sumber-sumber yang asal dan sahih.Timbul lagi kemusykilan rujuk kapada jabatan ‘the truth squad’ untuk pastikan ianya adalah benar sebenar-benarnya.Apabila setiap kita bermaklumat maka akhirnya seluruh masyarakat kita menjadi masyarakat yang bermaklumat.Masyarakat bermaklumat adalah masyarakat yang paling terdahulu terdedah kapada segala macam peluang yang menguntungkan.Masyarakat bermaklumat adalah masyarakat yang bijak dalam membuat keputusan dan pilihan,termasuk dalam pilihanraya atau pemilihan para pemimpin yang akan menjadi pemimpin-pemimpin kita.

3.Berusaha menjadikan masyarakat kita masyarakat yang sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik dari para pemimpin kita.Pemimpin bukan hamba kita,semua kita adalah hamba Allah SWT,tetapi dengan pilihan yang tepat pemimpin akan menjadi rakan kita yang peka dengan tanggungjawap mereka saperti yang di amanahkan.Mereka puas berkhidmat kapada kita dan kita puas mendapat perkhidmatan daripada mereka.Kita sebagai seorang professional yang think big dream high sudah tentu bila-bila masa sahaja bersedia untuk memilih mereka lagi dengan penuh keridhaan dimasa-masa akan datang.Sesiapa pemimpin yang ada kecenderongan untuk menegakkan benang yang basah,wajib diketepikan.Tiada siapa yang indispensable dalam memberi perkhidmatan kapada kita.Kita tidak boleh terus menerus berkompromi dengan mereka yang tidak lagi mengutamakan kesahihan dan kebenaran.

No comments:

Post a Comment