Monday, March 19, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 21,Strong Heart 9,Bad Things Don’t Last Forever-Coretan 78

Semua masyarakat bertamadun didunia mempercayai bahawa,semua perkara buruk yang dilakukan oleh sesaorang akhirnya,lambat laun akan terbongkar juga kebenarannya.However long the night,the dawn will break.Ini adalah seolah-olah telah menjadi hukum alam semulajadi kehidupan kita manusia.Ini lah juga menandakan bahawa Allah SWT sebenarnya berperanan.Hanya manusia yang angkoh dan tidak beriman sahaja melakukan sesuatu mengikut selera sendiri dan menafikan adanya peranan Allah SWT.Usahkan setiap perbuatan kita,apa-apa sahaja yang terlintas disudut hati kita pun Allah SWT Yang Maha Mengetahui,mengetahuinya.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Semakin tinggi pelajaran,semakin tinggi jawatan dan semakin tinggi kedudukkan sesaorang itu dalam masyarakat,semakin ganas sesaorang itu melakukan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.Dalam bahasa ilmu statistik,seolah-lah macam ada korelasi pula diantara pelajaran,pangkat dan status sosial sesaorang itu dengan kelakuan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

2.Semakin tinggi pelajaran,semakin tinggi pangkat,dan semakin berpengaruh sesaorang itu,maka semakin kerap dan bertambah nilai penyalahgunaan kuasa dan rasuah sesaorang itu.Ketua jawatan A,melibatkan berbillion,jawatan A,beratus million,timbalan A berpuluh million,taraf pegawai A bermillion dan begitu lah seterus yang paling bawah pun melibatkan beratus atau berpuluh USD equivalent.Ia juga semacam ada korelasi diantara tingkat pelajaran,pangkat dan status sosial sesaorang dengan jumlah penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Tips

1.Sesiapa yang berkuasa dan ikhlas,sepatutnya mempunyai courage untuk merombak system pentadbiran Negara dengan menutup langsung ruang-ruang dan kelemahan system tersebut supaya dapat mengelak sama sekali percubaan untuk menyalahguna kuasa dan rasuah oleh sesiapa dan pada peringkat mana sekali pun.

2.Sistem terbaik adalah system yang mengambil kira elemen-elemen keterbukaan,akauntabiliti,kebertanggungjawaban dan corporate covernent dalam segala aspek yang berkaitan dengan segala bentuk keputusan yang melibatkan tender,projek atau peluang-peluang perniagaan.

3.Sesiapa yang berkuasa hendaklah mengamalkan budaya cakap serupa bikin.Menyeru orang lain lebih mudah dari menyeru diri sendiri untuk tidak melakukan apa-apa bentuk kesalahan.Diri sendiri jangan sekali-kali melakukan apa-apa bentuk penyalahguna kuasa,dengan sendirinya orang lain juga akan mengikuti budaya perkhidmatan dan pergurusan yang murni ini.Sekiranya orang lain beranggapan kita terlibat dengan kesalahan,ini akan mendorong orang lain juga untuk mengikuti jejak langkah kita.

4.Sentiasa mengingatkan diri kita selaku seorang yang think big dream high dan memilikki strong heart bahawa bad things don’t last forever.We must at all time feel the presence of Allah SWT in our heart.We must be conscious the presence of Allah SWT.Hadirkan Allah SWT setiap waktu dan ketika dalam hati kita,dalan kehidupan kita.,InsyaAllah,kita akan terpimpin dalam apa jua keputusan yang kita buat.

No comments:

Post a Comment