Islam mengajar umatnya supaya memberi perhatian yang bersungguh kapada details.Dalam bercuci sebagai contoh,kita diminta supaya membersih segala najis dengan bersih sebersih-bersihnya supaya apabila kita bersolat menyembah Allah SWT kita benar-benar dalam keadaan bersih yang sebersih-bersihnya.Islam juga mengkehendakki hati kita bersih sebersihnya tanpa sedikit pun ada lintasan di hati kita perasaan riak atau membenci sesiapa sahaja.
Contoh-contoh ini mengambarkan betapa pentingnya kita tidak cincai dalam kerja kita.Kita perlu teliti dalam semua perkara yang kita lakukan,tanpa tertinggal sesuatu pun,walaupun ianya adalah sesuatu yang kecil dan dianggap tidak penting.Sama saperti membersihkan najis,ia mungkin telah hilang secara fizikalnya,tetapi baunya mungkin masih wujud,maka wajib kita hilangkan bau tersebut hingga benar-benar tidak lagi berbau.Dot your ‘i’ and cross your ‘t’.
Realiti Dalam Kehidupan
1.Terlalu banyak laporan khususnya dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara dimana berlaku elemen-elemen salah urus dalam berbagai projek kerajaan untuk rakyat.Akibatnya rakyat dan taxpayers selaku stakeholders yang sepatutnya dapat penuh nikmat dan faedah dari projek-projek tersebut,hanya mendapat sebahagiannya sahaja.Katakan kalau kita quantify kan faedah tersebut rm 1.00,apa yang rakyat dapat hanya 60 sen sahaja,mungkin 40 sen lagi berlaku ketirisan atau hilang entah kemana.Yang pasti ianya telah pun berada dalam poket pihak-pihak tertentu.
2.Melalui forensic audit tentu sekali rakyat akan mengetahui ke mana perginya 40 sen tersebut.Ia mungkin dalam bentuk projek terbengkalai,projek jadi gajah putih,projek sakit,projek ditender semula, dan berbagai bentuk ketidaksempurna yang lain atau telah pun berada dalam akaun bank sesaorang entah di mana.Ini semua akibat kecuaian dan tidak memberi perhatian kapada perkara details dalam menilai sesuatu projek yang ingin dijalankan oleh mana-mana pihak yang terlibat.
3.Selalu kita terbaca dalam berbagai bentuk media bahawa terdapat diantara anak-anak syarikat GLC atau GLC itu sendiri yang mengalami kerugian sehingga RM berjuta-juta malahan berbillion pun.Kerugian pelaburan yang demikian sebenarnya hasil dari kecuain para analis dan CEO organisasi yang terlibat itu sendiri.Mereka tidak membuat due dilligent yang proper,menyeluruh dan mendalam terhadap setiap cadangan pelaburan yang dibuat.Atau mungkin juga berlaku penyalahgunaankuasa atau conflict of interst oleh mereka yang terlibat membuat keputusan dalam pelaburan tersebut.Mungkin juga berlaku penyalahgunaankuasa atau conflict of interest oleh pihak pengurusan dalam GLC dan anak-anak syarikat yang berkaitan.
4.Selalu juga kita terbaca dalam media bahawa ada diantara agensi kerajaan atau GLC yang asyik menjual harta-harta yang strategic dan menguntungkan tanpa sebab-sebab yang sebenarnya dapat diterima oleh stakeholders.Harta-harta atau pelaburan tersebut sebenarnya sentiasa memberi keuntungan yang tinggi dan membayar dividen yang lumayan.Kenapa perlu dijual?Ada juga diantaranya yang membeli harta-harta atau melabur dengan harga yang terlalu mahal berbanding dengan nilai pasaran.Pembelian sedemikian juga tentunya tidak memberi justifikasi dan meragukan stakeholders.Sebenarnya banyak lagi berbagai bentuk corporate exercises yang meragukan berlaku.Semua transaksi-transaksi corporat ini sebenarnya melibatkan kepentingan stakeholders dan shareholders,khususnya gulungan minority,dan mereka tidak berpuas hati.
5.Ini semua akibat kecuaian dan tidak memberi perhatian kapada perkara details dalam menilai sesuatu projek yang ingin dijual,dibeli atau dijalankan oleh agensi-agensi atau GLC tersebut.Kemungkinan nya ada semasa berlakunya transaksi-transaksi ini ada pihak-pihak tertentu dari dalam atau luar organisasi berkenaan yang mendapat komisyen atau habuan yang lumayan.Sekiranya semua system yang digunapakai adalah bersifat telus, terbuka dan terperinci,mungkin segala bentuk penyelewengan dapat dielakkan dari berlaku.
6.SOP atau system pengawasan dan pengawalan yang wujud mungkin yang terbaik di gunapakai oleh pihak kerajaan.Tetapi kecuaian dalam memberi perhatian kapada details oleh semua pihak yang terlibat dalam membuat feasibility sudy atau due diligent,menyebabkan para pembuat keputusan terlepas pandang terhadap kelemahan yang sedia wujud dalam sesuatu projek yang sedang dipertimbangkan itu.
Tips
1.Kebiasaannya kontrak CEO mana-mana GLC atau agensi kerajaan tidak melebihi 2 tahun dan boleh diperbaharui setiap 2 tahun.Ini mewujudkan keadaan yang tidak menentu dan stabil dari segi kerjaya sesaorang CEO.Polisi ini perlu diubah supaya setiap kontrak pekerjaan hendaklah tidak kurang dari 5 tahun dan boleh diperbaharui untuk setiap 5 tahun seterusnya.Ini bagi menjamin keselamatan kerjaya penjawat tersebut.Jaminan kerjaya yang berterusan membolehkan beliau memberi perhatian yang focus kapada mencemerlangkan prestasi agensi yang diketuai beliau.Kalau kontrak hanya untuk setiap 2 tahun atau 1 tahun,ianya menggalakkan kecenderungan untuk penjawat tersebut ashik memikirkan cara atau strategi untuk mengumpul wang peribadi sebanyak mungkin,in case beliau ditamatkan perkhidmatan setelah hanya baru 2 tahun bekerja.Suasana kerja yang sedemikian menyebabkan wujud ruang dalam pemikiran penjawat ini untuk melakukan sesuatu bentuk penyalahgunaan kuasa demi untuk kekayaan peribadi,bukannya untuk prestasi organisasi.
2.Tetapi sekiranya soal career development CEO itu terjamin,maka sudah tentu beliau akan memberi perhatian yang teliti dan focus kapada kerja sehariannya.Walaupun ada kemungkinan,selepas kontrak habis,beliau disambung lagi 1 atau 2 tahun,tetapi kerjayanya yang bersifat interim itu tetap menghantui pemikiran dan semangatnya untuk memberi 100% jiwa raga dan commitment kapada tugas dan tanggungjawap hariannya.
3.Blog ini secara keseluruhan menggalakkan kita semua professional yang think big dream high berjaya dari tahap zero kapada tahap hero,tetapi ada pula polisi kerajaan yang tidak friendly professional,menjadikan kita dari hero kapada zero.Selepas kontrak 2 tahun tamat, seorang CEO tiba-tiba menjadi penganggur.Ini tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan polisi sedemikian.
4. Berumur sinonim dengan berpengelaman,muda sinonim dengan kuat bekerja.Untuk melantik menjadi ketua atau CEO sesabuah organisasi sekarang ini ada kecenderungan oleh pemimpin Negara untuk memileh orang muda yang berkelulusan tinggi saperti seorang akauntan.Menjadi ketua atau CEO sesuatu GLC yang besar dan mempunyai kakitangan yang ramai bukan sesuatu yang mudah.Ia bukan sehaja semata-mata mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi saperti akauntan.CEO bukan technician atau pengurus semata-mata,CEO adalah pemimpin.Pemimpin untuk memimpin para pekerja kearah mencapai matlamat atau KPI organisasi.
5.Technician menghasilkan numbers.Tetapi beliau mungkin ditolak oleh para pekerja yang mengeluarkan numbers.Majority mereka pun lebih tua dan berpengelaman dari CEO muda ini.CEO muda bekerja untuk capai KPI dan prestasi peribadi.Tetapi pemimpin mengembangkan numbers yang dihasilkan.Ia lebih kapada prestasi kumpulan.Hanya melalui semangat berkumpulan para pekerja secara natural dapat meningkatkan prestasi organisasi.Seorang CEO muda tetapi gagal untuk memimpin para pekerja yang ramai tentu sekali gagal.Beliau secara peribadi mungkin sangat mahir,tetapi kerana kurang pengelaman memimpin,beliau sebenarnya gagal.Disini pengelaman adalah lebih utama berbanding dengan kemahiran atau kerja kuat.Bermakna CEO yang berumur adalah lebih berkesan berbanding dengan CEO yang muda walaupun ia berkelulusan dari universiti terbaik di dunia.
6.Seorang CEO yang mempunyai pengelaman yang luas tentu sekali dapat dengan mudah mengesan tanda-tanda sesuatu projek itu bermasalah atau tidak.Pengelaman beliau yang pernah dilalui sepanjamg kerjayanya memudah untuk beliau pick up apa-apa unsur-unsur yang anih dari norm yang sedang dialami oleh sesuatu organisasi.Sepak terajang,penipuan atau penyalahgunaan kuasa sepintas selalu sahaja dapat dikesan beliau.Mungkin beliau sendiri pernah mengelami bagaimana manupulasi dan penyelewengan dunia korporat dilakukan didepan mata beliau sendiri.Dengan pengetahuan dan pengelaman beliau yang berharga ini,sudah tentu beliau dengan berkesan dapat memperincikan punca masalah secara focus dan membetulkannya sebelum ianya terlewat.Pengelaman sedemikian tentu sekali lebih baik dan berfaedah berbanding dengan kemahiran dan kerja kuat.
7.Amalan system pengawalan,pengawasan dan wujudnya berbagai kumpulan watchdog yang bebas,telus,terbuka dan terperinci dapat menolong mengurangkan risiko sesuatu perniagaan.Masalah yang dapat dikesan lebih awal dapat me rectify kan segala kelemahan dengan pantas.Senarai semakan yang details dan comprehensive dapat menolong pihak stakeholders dan shareholders memastikan sesuatu projek itu dapat berjalan lancar,walaupun dari peringkat ianya belum dimulakan lagi,Perlu diingati stakeholders dan shareholders terbesar dalam semua projek kerajaan dan GLC adalah taxpayers dan rakyat.Mereka sangat berhak menegur dan memantau prestasi kita.
8.Hadith Rasullullah SAW mengatakan bahawa,”Allah SWT suka sekiranya salah satu dari kamu melakukan sesuatu kerja dengan sebaik mungkin”.Allah SWT juga dalam ayat 128 surah Annahl berfirman,”Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikkan”.Dalam ayat 88 surah Annaml Allah juga berfirman,”Engkau lihat gunung-gunung ,engkau kira ia tetap,padahal ia berlari saperti awan.Begitu lah perbuatan Allah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapinya,dengan sebaik-baiknya,dengan sempurnanya.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa-apa yang kamu perbuat”.
9.Hadith dan ayat-ayat diatas jelas sekali mengajar kita manusia umumnya dan khusus untuk kita seorang professional yang sentiasa think big dream high dan memilikki strong heart,supaya setiap masa dan ketika wajib membuat kerja kita dengan betul,beri perhatian kapada details, penuh dedikasi,komited dan mengingati bahawa Allah SWT sentiasa hadhir dalam hati kita.Apabila menulis,pastikan setiap ‘i’ ada titiknya dan setiap ‘t’ ada palangnya.
10.Pihak kerajaan,khususnya bahagian yang bertanggungjawap membuat polisi harus merangka sesuatu polisi yang berkaitan dengan isu ini dengan memberi perhatian dan rujukan kapada roh,semangat dan pengajaran yang terdapat dalam Hadith dan ayaat-ayat AlQuran diatas.
No comments:
Post a Comment