Monday, April 16, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 25,Strong Heart 13,Right and Wrong,Between Whose Endless Jar Justice Resides-Coretan 82

Yang benar dan yang salah,antara perselisehan yang tidak berkesudahan dalam kedua-duanya,disitulah terdapatnya keadilan.Keseluruhan penulisan dalam blog ini adalah mengenai menggalakkan kita seorang professional yang think big dream high melakukan sesuatu yang benar,dan menegah dari kita melakukan sesuatu yang salah.Dipaparkan juga bagaimana kehidupan kita seharian,baik dalam ibadat kita,kerjaya kita,politik kita atau social kita,kita sentiasa berhadapan dengan situasi untuk membuat pilihan.Kita mempunyai dua pilihan yang jelas,iaitu melakukan sesuatu yang benar atau melakukan sesuatu yang salah.

Dalam membuat pilihan ini,jelas sekali kita akan dipengaruhi oleh latarbelakang ilmu dan pendidekkan yang kita mengelamani dan milikki.Semakin banyak ilmu dan pendedahan mengenai etika murni yang kita milikki dan lalui,maka kemungkinan besar kita sentiasa akan membuat pilihan yang benar,begitu lah juga sebaliknya.

Realiti Dalam Kehidupan

1.Terlalu banyak kes-kes yang dilaporkan setiap hari dalam media berkaitan dengan perbuatan salah yang sentiasa dilakukan oleh berbagai gulungan masyarakat. Apakah bentuk-bentuk kesalahan yang sentiasa dilaporkan setiap hari?Melahirkan anak luar nikah,merogol,berzina,membunuh,mengedar dadah,merempit,minum arak,berkesedudukan,menipu undi dalam pilihan raya,menipu bos,menipu rakyat,mereka dan melaporkan berita yang tidak tepat,menuduh menteri atau sesiapa tanpa bukti,rasuah,berbohong,mencuri atau merompak harta rakyat,mengkhianati,menyihir,bomohkan orang dan segala macam gejala samseng dan penyalahgunaan kuasa lagi.

2.Segala bentuk kesalahan saperti contoh diatas,tidak hanya terhad dilakukan oleh orang yang status sosialnya rendah atau pelajarannya rendah.Tetapi oleh gulungan berkedudukan dan berjawatan tinggi,para pemimpin,para orang kaya,para cendiakawan dan para orang yang ada nama dan kedudukan dalam masyarakat.

Tips

1.Pemerhatian kita jelas menunjukkan bahawa setiap kesalahan bukan sahaja mendapat balasannya di akhirat nanti secara mutlak dan adil.Mereka akan diazab dengan berbagai siksaan termasuk dihumban kedalam api neraka.Tetapi didunia ini lagi mereka ini mendapat seksaan yang tidak tertanggung.Siksaan yang paling hebat ialah seksaan batin,siksaan kerohanian dan siksaan emosi.Siksaan-siksaan ini dikenakan oleh Allah SWT dalam berbagai bentuk saperti,tidak lena tidor,jiwa tidak tenang,runsing,berserabut,sentiasa keletihan,tidak ceria,sentiasa sedih,sentiasa marah-marah,sentiasa kecewa,sentiasa dimalukan,dicemuh oleh orang ramai,diperli oleh orang ramai,dihina oleh masyarakat,sicela dan dimaki hamun dalam blog,dikritik dalam facebook,disindir dalam twitter,tiada nafsu sex,mendapat musibah secara tiba-tiba,ditimpa kemalangan,mendapat penyakit ganjil dan berbagai azab dunia lagi,yang sungguh menyiksa dan mengaibkan sekali zahir dan batin,malahan ada sampai membunuh diri pun,kerana pemikiran kita,jiwa,rohani dan batin kita tidak lagi dapat menanggung segala siksaan didunia ini.

2.Semasa kita asyik dengan melakukan berbagai kesalahan dan mencuri wang rakyat,kita terlalu gembira,terlalu sombong,terlalu angkuh,kita bermegah dengan kereta mewah,bermegah dengan condo berpuluh juta harganya,asyik berkepit dengan girl friend,setiap hari ke kelab social,setiap hari ke jimmasiam,setiap malam dinner di restaurant lima bintang,setiap hujung minggu terbang dengan kelas pertama keseluruh dunia.Ini sebenarnya perangkap yang Allah berikan kapada kita.Ini semua sebenarnya dugaan yang Allah berikan kapada kita.Allah beri semua ujian ini kapada kita sebenarnya supaya kita berkesempatan untuk insaf dan menambah keimanan kita.Untuk kita ingatkan masjid,untuk kita ingatkan solat,untuk kita ingatkan haji dan umrah,sebelum kita mendapat azab dan siksaan dari Allah SWT.Bukannya setelah kita menjadi tersohor dikutuk oleh media kerana kesalahan kita, baru kita ingatkan puasa sunat,ingatkan budak-budak tahfiz,ingatkan Mekah dan Madinah sampai setiap bulan mengerjakan umrah.Kemewahan adalah dugaan dan ujian secara yang tersembunyi,secara ghaib.Kita perlu sentiasa berhati-hati dalam menikmati segalanya.Kita perlu sentiasa berwaspada dalam kegembiraan kita.

3.Sebabnya?Sebabnya hanya kita dan Allah SWT sahaja yang mengetahui bagaimana harta kekayaan tersebut berada dalam milik kita.Ayat 38 surah Fatir,Allah berfirman,"Sesungguhnya Allah Mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi;sesungguhnya Ia Mengetahui dengan sepenuhnya segala isi hati yang terkandung dalam dada (manusia)".

4.Allah SWT sentiasa memberi kita peringatan supaya sentiasa melakukan perkara yang benar dan memberi amaran supaya menghindari dari melakukan perkara yang salah.Ayat-ayat saperti ayat-ayat 51,52,53 dan 54 dalam surah Saba’ merupakan gambaran yang sangat bertenaga berkenaan dengan pertembungan antara yang benar dan yang salah.Sila rujuk tafsir Maulana Abdullah Yusuf Ali.

5.Allah SWT juga dengan sejelas-jelasnya memberi gambaran tentang berbezanya orang yang membuat kesalahan dengan orang yang membuat kebenaran.Saperti berbezanya orang buta dengan orang celik,gelap gelita dengan cahaya terang benderang,keadaan dan cuaca terlalu sejuk dengan keadaan dan cuaca yang nyaman.Ini dapat kita lihat melalui ayat-ayat 19,20,21 dan 22 dalam surah Fatir.

6.Sesaorang yang melakukan kesalahan tidak selamanya boleh hidup dengan tebal muka atau tick skin selama-lamanya.Buat sadin sahaja menghadapi cemuhan oleh masyarakat.Kenapa Allah SWT semasa didunia lagi telah mengenakan siksaan terhadap mereka yang melakukan kesalahan?Ia semata-mata kerana sayangkan maklokNya,ia semata-mata ingin memberi peluang kapada maklokNya supaya bertaubat,supaya insyaAllah dengan rahmatNya beliau dapat terlepas dari siksaan neraka diakhirat kelak.

7.Ayat 30 surah Fatir,Allah SWT dengan jelas menganggap tidak ada insan yang sempurna.Setiap orang ada kelemahan dirinya sendiri.Tetapi bila seseorang itu berusaha dengan sehabis daya upayanya untuk berbakti kapada Allah,maka kelemahannya mungkin dihapuskan,dan dia akan dilayani seolah-olah dia tidak ada melakukan apa-apa
kesalahan,"kerana Allah adalah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (kebaktian hamba-hambaNya)".

8.Kita seorang yang think big dream high dan memilikki strong heart harus sentiasa melakukan pemerhatian kita secara open mind terhadap apa yang berlaku sebenarnya dalam masyarakat kita seharian.Kita juga sentiasa boleh menanya diri kita sendiri setiap kali kita berhadapan dengan situasi untuk membuat pilihan,samada kita perlu memilih A atau B,memilih kebenaran atau kesalahan.Kita sudah tentu selaku seorang yang terdidek dan seorang yang bijaksana akan setiap kali dapat membuat pilihan yang betul dan tepat.Kita akan memilih yang sesuatu yang berasaskan kebenaran,keadilan dan yang hak,bukannya yang berasaskan yang bathil, kepalsuan,munafik dan tiada justifikasi untuk memberi kita kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment