Thoughts & Memoirs of a High Achiever Who Loves His Religion, Country and his Countrymen
Monday, August 29, 2011
Think Big Dream High,Persediaan Kesebelas Responsibiliti,Akauntabiliti,Transparensi Dan Corporate Governance -Coretan 51
Responsibiliti atau kebertanggungjawapan didefinasikan sebagai satu kewajiban kita untuk menjalankan sesuatu tugasan yang mana sekiranya tugasan tersebut tidak kita laksanakan dengan sempurna maka kita akan dipertanggungjabkan atau disalahkan.
Sebagai contoh seorang pembekal kek mendapat tempahan untuk membuat 100 kilogram kek berbentuk kapal dan bersalutkan icing.Maka beliau bertanggungjawap untuk menyiapkan kek tersebut.Tetapi sekiranya pembekal tersebut membuat bahulu yang berbentuk kapal dan ditutupi oleh icing,maka tentu sekali beliau akan dipersalahkan kerana tidak membuat apa yang ditempah iaitu kek yang berbentuk kapal dan bericing.
Akauntabiliti adalah merupakan kebertanggungjawapan dan kesediaan kita untuk menjelaskan mengenai sesuatu isu yang kita terlibat dalam membuat keputusan atau apa-apa tindakan yang kita ambil mengenainya.
Sekiranya setelah kek tersebut dipereksa,ia sebenarnya bahulu,maka pembekal mesti menjelaskan kenapa yang dihantar adalah bahulu,bukannya kek.Pembekal mungkin cuba mempertahankan bahawa yang beliau hantar itu adalah sememangnya kek bukannya bahulu. Pengurus belian organisasi tersebut sendiri mengesahkan menerima tempahan kek berbentuk kapal tersebut.Jabatan kewangan terus membuat bayaran kapada pembekal kek tersebut apabila mendapat pengesahan dari pihak pengurus belian.Apabila semua dokumen lengkap,maka chek dikeluarkan tanpa mengesyakki apa-apa hanky-panky yang berlaku.
Transparensi adalah ketelusan sesuatu perbuatan yang membolehkan orang lain dapat melihat,memahami dan mengetahui kebenaran secara yang nyata dan mudah.
Dalam contoh ini tidak berlaku transparensi kerana pembekal tersebut sebenarnya telah menipu organisasi berkenaan dengan membekalkan bahulu berbentuk kapal bukannya kek.Penipuan ini tidak dapat dikesan dengan mata kasar kerana kek kapal itu diselaputi icing.Pembekalan dibuat secara tidak telus.
Corporate Governance pula merujuk lebih kapada sistem pengurusan dalaman sesabuah organisasi.Ia meliputi satu set yang melibatkan proses-proses,budaya kerja,polisi,peraturan dan perundangan yang mempengaruhi cara perjalanan,pengawalan,pengawasan dan pengurusan organisasi tersebut demi untuk kebaikkan stakeholders atau mereka yang berkepentingan dengan organisasi tersebut.
Sekiranya organisasi yang membuat tempahan kek tidak mempunyai sistem pengawalan dan pengawasan yang baik,mungkin kes penipuan kek tidak dapat dikesan.Bentuk dan rupa antara kek sebenar dan bahulu tidak sangat berbeza.Tetapi jabatan audit dan survallaice dalam routine biasanya telah mengambil sample kek tersebut dan menghantarnya ke makmal untuk dipereksa secara lebih teliti.Dengan makmal yang modern akhirnya penipuan dapat dikesan,bahan mentah yang digunakan untuk membuat kek adalah sebenarnya majerin.Majerin adalah jauh lebih murah berbanding dengan mentega.Pembekal cuba menipu untuk mendapat keuntungan yang lebih,tetapi akhirnya dengan sistem dalaman yang transparen dan baik,penipuan ini terbongkar dan pembekal dan pengurus belian organisasi tersebut telah ditangkap dan didakwa oleh SPRM.
Realiti Dalam Kehidupan
‘Organisasi kami memerlukan 5000 buah meja dan kerusi yang dibuat dari stainlees steel dan plastic bernilai rm 2.5 juta,kalau kamu boleh bagi gua 20% komisyen gua akan bagi kontrak ini untuk taukeh supply’. ‘Awak tolong saya,tahu lah pula bagaimana saya mahu tolong awak’. ‘Lu kasi sama gua,gua kasi sama lu la’.Semua kata-kata ini menggambarkan keempat-empat konsep ini tidak lagi dapat di amalkan dengan baik.Tidak lagi telus.Dalam contoh diatas,kemungkinan besar pembekal kek dan pengurus belian organisasi tersebut telah berpakat untuk membuat penipuan bersama.Ini sekadar contoh kecil pembekal kek.Pendekatan yang lebih sophisticated dan halus juga sebenarnya sering menjadi amalan para penyanggak korporat dan politik tetapi terlepas begitu sahaja tanpa dapat dibongkar dan dikesan.
Berlakunya penyalahgunaan kuasa,urusniaga yang tidak telus,ketidakbertanggungjawapan dan perlanggaran terhadap sistem bekerja yang baik,betul dan transparen adalah disebabkan amalan budaya pengurusan yang jijik.Lebih jijik dari najis.Perlanggaran dilakukan secara sengaja kerana mengharapkan sesuatu faedah peribadi.Kebiasaannya dalam bentuk kewangan.Tentunya wang ini adalah wang yang diperolehi secara yang tidak halal.Dari sumber yang tidak sah kerana berlakunya kebocoran dalam sistem pengurusan yang tidak lagi telus.Malangnya dari maklumat umum,kes-kes yang begini samada kecil,besar atau tersangat-sangat besar masih wujud dan berlaku dinegara kita.Mereka yang terlibat juga terdiri dari orang-orang kecil,orang-orang besar dan orang-orang yang tersangat-sangat besar.
Tips
Sebagai seorang professional yang think big dream high keempat-empat konsep ini perlu difahami,dan dihayati sedalam-dalamnya.Penghayatan yang mendalam keatas konsep dan pengertiannya akan menjadi kita seorang professional yang dapat mengamalkan budaya,cara bekerja dan pengurusan yang murni dan telus atau tranparen.Telus dengan diri kita sendiri,telus dengan masyarakat dan telus dengan Allah SWT.Profession kita adalah ibadat kita.Sepanjang hidup kita,kita terlibat dalam profession kita.Ini bermakna kita beribadat sepanjang hidup kita.Ketidakmurnian dalam tugas dan cara kita bekerja bermakna tidak murni pula ibadat kita kapada Allah SWT.Tidak murni dan cacat nya ibadat kita kapada Allah SWT bermakna sukar pula bagi Allah SWT untuk menunaikan doa kita supaya kita mendapat kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.Seorang professional yang think big dream high tentu sekali tidak mahu mengalami kekecewaan dan kegagalan baik di dunia mahu pun diakhirat.Lebih lebih lagi diakhirat yang menjadi tempat kediaman kita semua yang abadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment