Friday, November 04, 2011

Think Big Dream High,Keyakinan 4,Kita Adalah Labah-Labah-Coretan 61.

Sarang labah-labah dibentuk dalam berbagai corak dan reka bentuk yang cantik,kreatif dan unik.Ahli seni dapat menghayati kecantikkan,kreativiti dan keunikkan sarang labah-labah ini.Sarang labah-labah adalah rumah kediaman labah-labah dan keluarganya,kerana disini lah mereka menginap.Sarang labah-labah adalah stadium labah-labah dan keluarganya,kerana disinilah mereka semua berekreasi dan eksesais.Sarang labah-labah adalah tempat kerjaya labah-labah dan keluarganya,kerana disinilah mereka berinnovasi dan bekerja untuk membuat,mencantik dan memperbaikki sarangnya yang tersangat mudah rosak dan roboh itu.Sarang labah-labah adalah premis perniagaan labah-labah dan keluarganya,kerana disinilah juga merupakan perangkap serangga lain yang menjadi makanan kapada mereka.Sekiranya mangsa yang terperangkap mengganas,labah-labah akan melemah dan mematikan mangsa ini dengan racun yang akan disengatkan kebadan mangsa ini.Setiap ahli keluarga labah-labah ini berhubung diantara satu dengan lain dengan benang sutera halus keluar dari kelenjar masing-masing berfungsi seolah-olah saperti telefon.

Realiti Dalam Kehidupan

1.Kehidupan kita sabenarnya pun sama saperti kehidupan labah-labah.Tinggal di rumah-rumah bunglow atau kondomiun yang cantik dan mewah.Berekreasi dan eksesais di jim,kelab atau stadium yang besar dan lengkap.Berkerjaya di pejabat korporat yang kondusif dan canggih.Berniaga di premis-premis perniagaan yang strategik dan gah.Dalam perniagaan ada saingan,sekiranya saingan kita kuat maka berbagai cara kita akan guna untuk lemahkan atau mungkin menggulung tikarkan pesaing kita.Yang lebih ganas sehingga sampai ke tahap bunuh membunuh.Berkomunikasi dengan perantaraan dan peralatan-peralatan berteknologi yang termodern dan terkini.

2.Cuma lainnya kita dengan labah-labah ialah dari segi persepsi sahaja.Bagi kita kediaman labah-labah ini terlalu mudah rosak dan roboh.Angin yang kuat,binatang yang lebih besar atau tangan manusia yang ganas akan menjahanamkan tamadun labah-labah ini sekali rempuh sahaja.Inilah tanggapan kita.Sebenarnya kita dengan labah-labah ini sama sebenarnya.Dari kaca mata dan tanggapan Allah SWT,tamadun kita manusia pun secara berbanding dari nisbah masa dan kekuatan,kita sama dengan labah-labah ini.Kalau tamadun labah-labah terlalu mudah porak peranda,tamadun kita manusia pun sebenarnya bila-bila masa boleh porak peranda dengan kadar kerosakkannya yang terlalu amat dahsyat dengan kejadian gempa bumi,gunung berapi,banjir besar,kebakaran atau tanah runtuh.Semua ini boleh kita saksikan sendiri semasa hidup kita.Umur labah-labah bagi kita adalah terlalu pendek,umur kita pun bagi Allah SWT adalah terlalu sangat pendek.

Tips

Terlalu mendalam pengertian tamadun labah-labah.Kita selaku seorang professional yang think big dream high harus menghayati segala bentuk pengajaran di sebalik kenapa Allah SWT menjadikan Al-Ankabut atau labah-labah sebagai satu surah didalam AlQuran.Pengajaran utama darinya adalah kehidupan kita didunia ini adalah sementara dan kita perlu bersungguh-sungguh mempersiapkan diri kita untuk hidup dengan penuh keyakinan di dunia akhirat nanti.

1.Kita mengetahui dan yakin dengan jelas masa untuk kita bersiap sedia secara ikhlas dan bersungguh-sungguh menuju dunia akhirat adalah terlalu pendek,sependek riwayat dan sarang labah-labah dapat bertahan.

2.Kita mengetahui dan yakin dalam usaha kita yang ilkhlas dan bersungguh-sungguh melebihi dari yang bertaraf biasa,untuk memurnikan keimanan dan ketaqwaan kita,Allah SWT sentiasa menolong kita dengan kaffarah dan rahmatNya kearah itu,walaupun kita pernah bergelumang dengan berbagai dosa kecil dan besar.Kecuali bagi mereka yang berharap kapada maklok atau manusia lain saperti bos selain dari Allah SWT,bagi mendapatkan sesuatu bagi dirinya.

3. Kita mengetahui dan yakin rezeki adalah dari Allah SWT setelah kita melakukan segala usaha,saperti mana labah-labah juga berusaha membuat perangkap dan menanti rezekinya didatangkan oleh Allah SWT.Usaha labah-labah membuat perangkap,kerja Allah yang mendatangkan serangga lain memasukki perangkap tersebut.

4.Kita mengetahui dan yakin bahawa ada diantara umat islam yang terlalu bertolak ansur dengan rakan mereka yang tidak beriman walaupun sampai keperingkat agama islam di cela secara langsung atau tidak lansung,demi keutamaan,sebab atau muslihat tertentu. Allah SWT mengetahui segala lintasan dihati kita,segala bentuk kepalsuan lakunan kita,kepura-puraan tindaktanduk kita.Kita akan mendapat layanan setimpal dari Allah SWT diatas apa yang kita niat dan lintaskan dalam hati kita.Lebih-lebih lagi sekiranya kita tonjolkan melalui perbuatan kita.

5.Kita mengetahui dan yakin bahawa ilmu kita,kefahaman kita,hidup kita dan hasrat kita adalah selari dengan kemurnian perbuatan,perencanaan,pemikiran,matlamat dan amalan kita yang bertunjangkan Cahaya atau Ajaran dari Allah SWT yang sentiasa Hadir dan Mengetahui segala sesuatu.

6.Kita mengetahui dan yakin bahawa kita memilikki sifat sopan santun,keikhlasan,ketulusan dan kebaikkan terhadap orang lain yang tidak beriman.Kita tidak bermusuh dengan sesiapa.Kita bukannya orang yang aneh,bukannya orang yang mempunyai kepentingan untuk diri sendiri atau bukannya orang yang bertujuan melakukan sesuatu yang orang lain boleh pertikaikan atau kita berniat atau melakukan apa-apa perubahan terhadap apa-apa aspek kesuciaan agama Allah SWT ini iaitu Islam.Kita hanya umat yang cintakan kedamaian,keadilan dan kebenaran kerana Allah SWT.

7.Kita mengetahui,yakin dan beriman dengan AlQuran,Injil,Taurat dan Zabur.Orang lain juga seharusnya menerima AlQuran saperti kita menerima Injil,Taurat dan Zabur yang asli dan tidak diubah-ubah,iaitu kitab-kitab mereka juga.Semua pihak menerima bahawa kitab-kitab ini diturun oleh Allah SWT,jadi tidak mungkin ianya bersalahan,bercanggahan atau bertentangan diantara satu dengan lain dari segi Roh dan Ajarannya walaupun diturunkan kapada Rasul-Rasul,di tempat dan masa yang berbeza,walaupun dengan syariat masing-masing Rasul yang berbeza.Demi keadilan mereka juga harus menerima AlQuran saperti mana kita terima kitab-kitab mereka.Kita tidak minta yang lebih,kita cuma minta mereka terima kitab kita AlQuran kerana kita sayangkan mereka.Kita tidak mahu mereka terlalu mengagongkan kehidupan sementara di dunia ini.Kita mahu mereka juga kekal bersama kita disyurga nanti.Ini lah pengharapan kita secara tulus ikhlas selaku seorang yang berjiwa besar,selaku seorang yang think big dream high.Ianya semata-mata demi keharmonian kehidupan kita semua didunia dan diakhirat.

No comments:

Post a Comment