Monday, November 14, 2011

Think Big Dream High,Keyakinan 5,Penawaran Yang Melebihi Permintaan,Coretan 62.

Dalam teori ekonomi tingkat harga dan kuantiti yang seimbang ditentukan dititik pertemuan diantara jumlah yang ditawarkan dengan jumlah yang diminta.Harga menjadi tinggi sekiranya permintaan melebihi penawaran dan bagitu lah sebaliknya harga menjadi rendah apabila penawaran produk melebihi dari jumlah permintaan terhadap produk tersebut.

Tetapi dalam perhubungan diantara Allah SWT dengan manusia kesaimbangan diantara penawaran dan permintaan ini tidak seimbang.Allah SWT terlalu banyak menyediakan berbagai penawaran kapada manusia sehingga tidak terhitung banyaknya,itu pun semuanya secara percuma.Tetapi sebaliknya manusia yang lemah,hina,bodoh sombong dan tidak tahu bersyukur ini tidak pula bersedia untuk match penawaran ini dengan permintaan kita.

Didalam semua kitab-kitab suci Zabur,Taurat,Injil dan akhir sekali AlQuran Allah SWT menyediakan terlalu banyak tawaran yang indah-indah dan terbaik kapada manusia.Tetapi malang sekali sejak dari bermulanya tamaddun manusia sehingga lah kehari ini dan mungkin hingga ke hari kiamat pun,manusia tidak secara ikhlas,yakin dan bersungguh-sungguh tertarik dengan tawaran-tawaran Allah yang tersangat lumayan ini.Sehinggakan didalam Surah ArRahman Allah menanya kapada kita sebanyak 31 kali soalan,’maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?’Boleh dikatakan didalam setiap kitab dan didalam setiap surah Alquran,Allah memberi kita nasihat dan tawaran supaya manusia mengikuti pengajaran dan tauladannya.Namun begitu hanya sedikit sahaja manusia yang menerima dan mengamalkannya.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Dalam kehidupan kita didunia yang hanya selama 70 tahun ini kita terlalu obsess dengan segala bentuk kemewahan dan kesenangan.Tetapi malang sekali terlalu sedikit diantara kita yang menerima tawaran Allah bahawa kita akan hidup lebih mewah dan lebih senang secara perpectual di akhirat nanti.

2.Dalam kehidupan kita didunia yang hanya selama 70 tahun ini kita terlalu sombong dan angkuh dengan kuasa dan kehebatan kita.Tetapi malang sekali terlalu sedikit diantara kita yang menerima tawaran Allah bahawa kita akan lebih berkuasa dan lebih hebat secara perfectual di akhirat nanti.

3. Dalam kehidupan kita didunia yang hanya 70 tahun ini kita terlalu lupakan diri kita dengan terlalu terlanjur terlibat dalam berbagai bentuk maksiat dan keseronokkan.Tetapi malang sekali terlalu sedikit diantara kita yang menerima tawaran Allah bahawa kita sebenarnya akan lebih berseronok yang terhabis tinggi darjah keseronokkan kita dengan bidadari yang kecantikannya teramat sangat dan jenis makanan atau minuman terlazat atau tempat kediaman berbentuk mahligai yang tersangat indah dan tinggi nilainya secara perfectual di akhirat nanti.

4.Dalam kehidupan kita didunia yang hanya 70 tahun ini kita terlalu terpegun dan kagum dengan berbagai nikmat yang tiada tolak banding nilainya saperti sinaran matahari,kegelapan malam,hujan,salji, oksigen atau keindahan alam sekitar yang Allah berikan kapada kita.Tetapi kita tidak pernah bertanya kapada diri kita berapa harga semua ini sekiranya Allah mengena dan meminta bayaran terhadap segala nikmat ini daripada kita.

Tips

Allah SWT sebenarnya terlalu amat Pemurah dan Penyayang kapada kita dan semua makhlok Nya.Kita selaku seorang professional yang think big dream high seharusnya merupakan diantara orang terdahulu menerima dan menghayati hakikat ini.

1.Kita seharusnya menjadi orang yang paling yakin sekali menyatakan tanda kesyukuran kita kerana Allah SWT terlalu amat sangat prihatin terhadap kita,yang terlalu amat sangat mengambil berat tentang kita.

2.Kita seharusnya menjadi orang yang paling yakin sekali menonjolkan diri kita dengan penuh penghormatan kapada Allah SWT bahawa kita adalah seorang yang tersangat patuh kapada segala perintahNya dan seorang yang tiada lansung terlibat dengan sebarang perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT.

3.Kita seharusnya menjadi orang yang paling yakin sekali mendabik dada kita dengan penuh tawadhu' kapada Allah SWT bahawa kita adalah seorang yang tersangat mengutamakan segala aspek-aspek kesempurnaan iman dan kesempurnaan taqwa kita kapada Allah SWT dalam segala bentuk pertimbangan dan keputusan yang kita buat.

4.Kita seharusnya menjadi orang yang paling yakin sekali untuk menghadapi segala bentuk ancaman,segala bentuk cacian,segala bentuk sindiran terhadap agama kita Islam walaupun setakat selemah-lemah iman kita dengan cara menyatakan malalui perbuatan, kata-kata atau tulisan atau sekadar niat di hati kita rasa kebencian yang teramat sangat terhadap segala bentuk kebiadapan itu.

5.Kita seharusnya menjadi orang yang paling yakin sekali berusaha keras membuktikan keikhlasan kita kapada Allah SWT dengan mengerjakan segala ajaran dan pengertian disebalik segala tuntutan yang terdapat dalam Rukun Islam yang lima dan Rukun Iman yang enam.Buktikan niat ilkhlas kita,buktikan kesyukuran kita,buktikan kepatuhan kita,buktikan keimanan dan ketaqwaan kita,buktikan jihad kita,bukan hanya setakat kita mendalami,memahami dan menghayati ilmu kita tentang Islam,tetapi dengan amalan ikhlas harian kita semurni dan sejernih cahaya dari Allah SWT.

Hanya ini sahaja secara ringkasnya apa yang Allah kehendakki dari kita bagi melayakkan diri kita menjadi penerima yang sahih terhadap segala tawaran yang Allah kemukakan kapada kita.Secara berbanding apa yang di tuntut oleh Allah SWT ini dengan tawaran yang Allah akan anugerahkan kapada kita nanti adalah terlalu kecil,adalah terlalu tidak sepadan.Tetapi walaupun kecil,walaupun tidak sepadan,Allah adalah tersangat-sangat Penyayang dan Pemurah kapada kita.Allah sentiasa sanggup memberi apa sahaja yang kita inginkan,yang kita kehendakki asalkan kita kekal kecintaan kita yang tertinggi dan syahdu kapada Allah dan Islam.

No comments:

Post a Comment