Secara urutan terbalik,selepas 3,2,selepas 2,1, dan selepas 1 adalah 0.Ini bermakna sesaorang yang berkedudukkan no 3 ada 2 lagi tangga untuk menjadi no 1,tetapi sesiapa yang telah berada di no 1,the next number is 0.Ini bermakna sesiapa yang berada dalam kedudukkan no 1,harus bermati-matian mempertahankan kedudukkan beliau di no 1,kerana selepas itu sekiranya beliau gagal mempertahankan kedudukkan ini,beliau tidak akan ada kedudukkan lagi.
Tetapi secara urutan keatas,dari segi mengumpul kekayaan atau dalam berzikir mengingati Allah SWT sebagai contoh,kita sebenarnya perlukan lebih banyak 0 selepas 1.Saperti 1, 0 bermakna 10(sepuluh),2, 0 bermakna 100(seratus) dan 6, 0 bermakna 1,000,000(satu juta) dan 9, 0 bermakna 1,000,000,000(satu billion).Sebab utama orang ingin mendapat kedudukkan no 1 adalah kerana inginkan lebih banyak 0 selepas 1.Tentunya ada sebab-sebab lain saperti yang telah kita bincang dalam coretan-coretan yang lepas.Tetapi memandangkan pentingnya angka 1 dan angka 0 ini maka kali ini kita akan tumpu perbincangan kita tentang angka 1 dan 0 ini.
Realiti Dalam Kehidupan
1.Kita sebenarnya terlalu ghairah dan bernafsu ingin mendapat lebih banyak 0 selepas 1,sebab itu lah juga kita bermati-matian ingin mengekalkan kedudukkan kita pada no1.Dalam apa sahaja bidang baik dalam perniagaan,pekerjaan,politik,sosial,kita sangat terdorong untuk mendapat kedudukkan no 1.Malahan seorang pelajar dalam darjah satu pun ingin mendapat no 1 dalam kelas beliau.Ini naluri manusia yang normal.
2.Hasil usaha kita yang kuat,bijaksana dan bermati-matian tentunya akan membolehkan sesaorang itu berjaya mendapat kedudukkan no 1.Setiap insan yang waras dan normal seharusnya mempunyai azam yang kuat untuk mencapai kedudukkan no 1.
3.Sebagai sebuah negara yang mengamalkan falsafah demokrasi,walaupun tidak sepenuhnya,saperti negara kita,tiada sekatan untuk sesiapa sahaja dalam bidang apa sahaja boleh berusaha untuk mendapat kedudukkan no 1.
4.Begitu juga sebagai sebuah ekonomi pasaran bebas,walaupun tidak sepenuhnya bebas,kita bebas berusaha untuk menambah lebih banyak 0 selepas 1.Ini lah sebenarnya tarikan utama kenapa kita berlumba-lumba sangat ingin mendapat kedudukkan no 1.Tetapi pada realitinya manusia di belenggu oleh rasa tamak dan nafsu yang tidak mampu dikawal.Akibatnya,dalam usaha untuk memperbanyakkan 0 itu,manusia yang berkedudukkan no 1 menjadi terlalu angkuh dan lupa daratan sehinggakan mereka akan dijatuhkan oleh kuasa-kuasa yang boleh menjadikan mereka berakhir dengan kedudukkan 0.
Tips
Seorang professional yang think big dream high adalah seorang yang dapat mengekalkan kedudukkan beliau pada no 1 dengan penuh kebijaksanaan.Dalam pada masa yang sama juga sentiasa bijak menangani segala risiko yang dihadapi,sedar diri,mempunyai penuh kebertanggungjawapan,keimanan dan ketaqwaan berusaha untuk berjaya menambah 0 selepas nombor 1.Antara tips nya adalah saperti berikut;
1.Pastikan segala apa sahaja yang kita lakukan selaku orang dalam kedudukkan no 1 disukai dan dihormati oleh sekurang-kurangnya 50% + 1% oleh pihak yang berkepentingan dan berkuasa.Contohnya kalau dalam bidang politik, 50%+1% atau lebih rakyat dan para pengundi sayangkan kita.
2.Pastikan segala usaha yang dilakukan,ianya tidak bertentangan dengan hukum agama,adat dan perundangan.Sekiranya berlaku ketidakpastian dan isu-isu yang kontroversi maka rujukan dan keputusan hendaklah diperolehi secara muktamad dan selari dengan ketiga-tiga hukum agama,adat dan perundangan.Sekiranya tidak selari maka wajib ianya ditarik balik atau disesuaikan dengan ketiga-tiga acuan ini.
3.Pastikan segala usaha yang dilakukan,ianya hendaklah secara telus,munasabah dan penuh akauantabiliti. Ia tidak diperkatakan oleh publik secara penuh prasangka baik secara terbuka atau melalui tulisan saperti blog-blog.
4.Secara berterusan dan tanpa henti-henti melakukan segala macam usaha untuk menambah kemahiran,ilmu pengetahuan dan initiatif kita.Hanya melalui ketiga-tiga ini membolehkan kita mudah,berkesan dan berjaya mengambil setiap peluang yang terbuka kapada kita untuk berjaya.
5.Secara berkekalan mempertahankan kredibiliti kita baik dari sudut pandangan kita sendiri,keluarga kita dan orang ramai terhadap diri kita.Setiap peluang hanya akan dapat di convert kapada kejayaan apabila orang ramai percayakan dengan yakin terhadap kita.Ia memerlukan kredibiliti kita yang tidak boleh dipersoalkan.
6.Secara berterusan menambah kontek dan network kita.Setiap peluang hanya akan dapat di perolehi melalui perhubungan baik kita dengan orang ramai,pemimpin politik dan orang yang kekal berjaya dalam hidup mereka sendiri.
7.Secara berterusan menambah nilai harta kita khususnya simpanan kita supaya segala harta dan simpanan ini pula akan sama-sama bekerja untuk kita semakin berjaya menambah lebih banyak 0 selepas 1 kita.Sama juga secara berterusan kita ingin menambah nilai ibadat kita kapada Allah SWT sebanyak mungkin sekarang,kerana segala ibadat atau zikir kita ini merupakan sebagai fix deposit kita untuk kegunaan di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment