Monday, January 16, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 13,Strong Heart-Coretan 70.

Memilikki strong heart bermakna kita mempunyai hati yang kental dan beriltizam kuat untuk melaksanakan sesuatu hajat atau program yang boleh memberi kebaikkan kapada diri kita atau orang ramai.Semua lapisan masyarakat yang memilikki strong heart menginginkan keharmonian dalam kehidupan kita.Ini menjadi matlamat setiap ahli masyarakat yang waras.Tetapi hanya kematangan kita yang menentukan samaada sebenarnya kita dapat menikmati keharmonian dalam kehidupan kita,keharmonian dalam masyarakat kita.

Agama kita Islam memberi peringatan kapada kita semua bahawa masyarakat kita akan kekal dalam keadaan penuh keharmonian,selagi wujudnya para ulama yang mengajar dan mengamalkan ilmunya,para pemimpin yang memerintah dengan penuh keadilan,orang- orang kaya dan berada tidak putus-putus berzakat dan bersedekah dan mereka yang kurang bernasib baik,miskin tetapi beriman sentiasa berdoa dengan penuh keikhlasan kapada Allah SWT.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Semakin sehari semakin ramai ahli masyarakat menjadi orang yang berilmu,menjadi orang yang cerdik pandai.Tetapi malangnya semakin menjadi cerdik sesaorang semakin menjadi angkuh beliau sehingga mereka beranggapan mereka adalah lebih supreme dari kumpulan mereka sendiri.Sikap ego sedemikian boleh membawa kapada keresahan, perpecahan dan ketidakharmonian dalam masyarakat.

2.Semua pemimpin berjanji dan mengakui akan memimpin dengan penuh keadilan terhadap para pengikut yang menaikkan sesaorang itu sebagai pemimpin.Keadilan untuk semua kebiasaannya tidak berjaya dipenuhi.Ini berlaku kerana terdapatnya halangan dari pihak-pihak yang berkepentingan disekeliling sesaorang pemimpin itu.Layanan yang berlebihan kapada pihak berkepentingan ini menyebabkan semakin terhakisnya keadilan yang dapat diberi oleh sesaorang pemimpin kapada mereka yang dipimpin oleh beliau.Layanan atau pilih kasih yang terpilih sifatnya ini boleh membawa kapada keresahan, perpecahan dan ketidakharmonian dalam masyarakat.

3.Semakin maju sesabuah negara maka semakin bertambah kekayaan setiap rakyat dinegara tersebut.Semakin kaya rakyat semakin bertambah zakat,sedekah atau wakaf yang sepatutnya dikeluarkan oleh umat islam dinegara itu.Tetapi malangnya kekayaan yang diperolehi menjadikan sesaorang itu semakin tamak dan tidak prihatin kapada masyarakat disekitarnya.Sifat tamak orang-orang kaya ini boleh membawa kapada keresahan, perpecahan dan ketidakharmonian dalam masyarakat.

4.Kemiskinan secara umumnya menyebabkan sesaorang itu lebih mengingati dan banyak berdoa kapada Allah SWT berbanding dengan orang yang kehidupannya penuh dengan kemewahan.Tetapi disebabkan terlalu miskin dan banyak kekurangan,mereka tidak mempunyai banyak peluang untuk mendalami ilmu pengetahuan sehingga mereka mampu menjadi orang-orang yang benar-benar beriman.Semakin berkurangnya orang-orang yang miskin dan beriman yang berdoa,maka fenomena ini boleh membawa kapada keresahan, perpecahan dan ketidakharmonian dalam masyarakat.

Tips

1. Kita menjadi semakin berilmu tetapi kita tidak mempunyai strong heart untuk mengamalkan ilmu yang kita milikki dan pelajari.Disiplin orang yang berilmu adalah kita boleh berbeza pendapat dan pandangan dengan pihak lain dalam perkara umum tetapi kita tidak boleh bercanggah dan berbeza dalam perkara yang berkaitan dengan polisi atau hukum agama.

2.Seorang pemimpin yang mempunyai strong heart harus bersedia untuk melakukan pembaharuan atau transformasi dengan menjadikan keadilan sebagai polisi teras untuk semua.Keadah pengagehan kekayaan negara secara menyeluruh,adil dan tiada ketirisan seharusnya menjadi strategi dan agenda utama pembaharuan yang ingin diperkenalkan.

3.Seorang yang kaya raya harus juga mempunyai strong heart untuk mengenepikan secara sedar dan penuh tawwadu’ sebahagian dari harta kekayaan yang dimilikki nya kapada pihak yang lebih memerlukan kekayaan tersebut.Pengagehan boleh dibuat melalui zakat,sedekah atau wakaf.

4.Seorang yang mempunyai serba kekurangan dan miskin juga harus memilikki strong heart untuk terus menerus berdoa secara ikhlas untuk keharmonian dan kesejahteraan dirinya dan umat islam keseluruhannya.Doa orang miskin,orang yang dianiaya dan orang yang serba kekurangan lebih mendapat pertimbangan dari Allah SWT.

5.Sesaorang professional yang think big dream high,samada beliau seorang ulamak,seorang pemimpin,seorang kaya atau seorang miskin,untuk memilikki strong heart,haruslah juga merupakan seorang yang mempunyai kematangan.Kematangan bermakna wujudnya unsur-unsur keimanan dan ketaqwaan dalam diri beliau Unsur-unsur inilah yang dapat mendisiplinkan dirinya untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari dengan penuh kebijaksanaan.Amalan ini menjadi begitu murni dan ibadat apabila beliau secara ikhlas pula berniat semata-mata bagi mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan untuk masyarakatnya.

No comments:

Post a Comment