Monday, January 30, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 15,Strong Heart 3-Coretan 72

Sememangnya sukar untuk menepis dan menyangkal tohmohan orang,kritikkan orang atau caci cela orang terhadap kita atau organisasi kita.Walaupun kita seorang cendikiawan,ulamak atau professional,walaupun organisasi kita adalah organisasi agama,semuanya tidak sunyi dan terlepas dari mikroskop stake holders kita,mikroskop orang ramai.Kita tidak sempurna,organisasi kita tidak sempurna.Benteng kita adalah samaada kita seorang professional yang think big dream high atau tidak.Benteng kita adalah samada kita seorang professional yang memilikki strong heart atau tidak.Kita perlu memilikki skills untuk memperbaikki amalan kerja kita.Kita perlu melakukan usaha yang berterusan untuk meningkatkan skills kita.Kita perlu ada usaha yang berterusan untuk memperbaikki cara perkhidmatan dan delivery system kita.Kita perlukan segala usaha ini supaya tahap kepuasan diri kita sendiri,stake holders kita dan organisasi kita adalah terbaik.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Walaupun kita menganggap diri kita adalah seorang cendikiawan,seorang ulamak atau seorang professional,tetapi kita terlalu banyak kali terlepas pandang,kita terlalu banyak kali melakukan berbagai bentuk kesalahan,kita terlalu banyak kali membuat sesuatu tugasan dengan tidak betul dan mengikut apa yang sepatutunya.Kita gagal untuk memperdalam lagi kemahiran kita.Kita tidak bersedia untuk menambahbaik lagi kemahiran dan kebijaksanaan kita.

2. Walaupun kita menganggap diri kita adalah seorang cendikiawan,seorang ulamak atau seorang professional,tetapi kita tidak melakukan usaha yang berterusan untuk menimba ilmu pengetahuan tambahan atau yang baru.Kita juga gagal untuk mengamalkan ilmu pengatahuan yang kita pelajari dalam kerjaya dan penghidupan kita.Kita lebih bersifat cakap tidak serupa bikin,kita pandai bersyarah dan menyuruh orang lain tetapi malangnya gagal mempraktikkan ilmu yang kita syarahkan kapada orang lain itu.

3. Walaupun kita menganggap diri kita adalah seorang cendikiawan,seorang ulamak atau seorang professional,kita tidak pantas dan bijak melakukan penyelidekan dan mengguna pakai maklumat tepat dalam kerja kita.Dunia ICT bermakna maklumat dapat diperolehi secara langsung online dan ontime.Maklumat kita perlu dikemaskinikan setiap waktu.Kita akan menjadi seolah-olah Pak Pandir atau kera sumbang sekiranya maklumat yang kita sampaikan adalah outdated dan tidak tepat.Stake holders kita akan persoalkan tahap ambilpeduli dan sensitiviti kita terhadap perkembangan disekeliling kita.

4.Walaupun kita menganggap diri kita adalah seorang cendikiawan,seorang ulamak atau seorang professional,tetapi kita tidak sebenarnya berjaya memberi manafaat,kebaikkan dan keuntungan kapada diri kita,stake holders kita dan organisasi kita.Kita gagal memberi sumbangan,ganjaran dan semangat yang bermakna dan menggalakkan walaupun untuk diri kita sendiri.Ini menyebabkan kita tidak bermotivasi dan ceria seilkhlasnya menjalankan tugas dan tanggungjawap kita.Kita tiada usaha dan ikhtiar untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan cemerlang lagi.

5.Walaupun kita menganggap diri kita adalah seorang cendikiawan,seorang ulamak atau seorang professional tetapi kita tidak secara berkesan berjaya mewujudkan loyalty atau kesetiaan dikalangan ahli atau kakitangan kapada kita atau organisasi kita.Kita tiada kaedah untuk mewujudkan budaya kesetiaan yang dapat diterima dan memuaskan semua pihak.Kita tiada usaha untuk mengekalkan semangat dan motivasi semua pihak yang berkaitan dengan meningkatkan prestasi organisasi kita.


Tips

Seorang professional yang think big dream high dan berhasrat untuk memilikki strong heart harus membuat penilaian terhadap keberkesanan dan kepetingan tips SKILL berikut untuk dipelajari dan diamalkan;

1.Skills.


i.Seorang professional muslim harus berusaha secara berterusan untuk meningkatkan skills atau kemahiran masing-masing khususnya dalam bidang teras yang dipertanggungjawapkan kapada kita.

ii. Seorang professional muslim perlu sentiasa berusaha secara bersendirian atau melalui organisasi kita supaya dapat mempertingkatkan kemahiran kita melalui latihan amali,kursus,seminar,penyelidekkan atau berbagai cara lain termasuk attachment dengan organisasi lain yang berkaitan dengan bidang teras tugas kita,samada didalam atau diluar negara.

iii..Seorang professional muslim yang bertekad untuk benar-benar menguasai kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diminati harus bersungguh-sungguh dan tekun dalam menjalankan kerja hariannya.Segala pengelamanan dan ilmu yang dipelajari harus diamalkan serta merta.

iv. Seorang professional muslim seharusnya menyedari hakikat bahawa hanya melalui continious improvement sahaja kita mampu meningkatkan kemahiran kita secara berterusan pula.Teknologi terlalu pantas berubah,system kerja terlalu pantas berubah,maka usaha pembaikkan yang bersifat berterusan ini adalah mampu untuk kita selari dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku.


2.Knowledge


i.Seorang professional muslim seharusnya sentiasa dahagakan knowledge atau ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang teras yang kita terlibat.Ilmu tidak akan datang mencari kita,kita yang harus berusaha bersungguh-sungguh mencari dan mempelajari ilmu.

ii. Seorang professional muslim tidak hanya cukup setakat tekun mengejar dan mempelajari ilmu tetapi sama penting dengan nya ialah mengamalkan segala ilmu yang dikuasai dalam kerja dan kehidupan harian kita.

iii..Seorang professional muslim harus mempelbagaikan kaedah dan pendekatan untuk menguasai ilmu.Kita perlu innovatif dan kreatif menjangkau kaedah biasa saperti pembacaan atau kursus sahaja.Tetapi kita juga harus bijak untuk menceduk dan memperbaikki ilmu dan teknologi yang telah pun ditemui oleh pihak lain.Korea terlalu bijak dalam aspek reverse technology ini.Mereka ceduk,tiru teknologi kereta dari barat atau teknologi handphone dari USA,kemudian mereka perbaikkinya sehingga produk mereka dapat mengatasi pasaran dunia dalam industri kereta dan handphone.Mereka memilikki strong heart untuk kebaikkan negara mereka.

3.Information


i.Seorang professional muslim harus sentiasa mengemaskinikan maklumat dan fakta yang khusus berkaitan dengan bidang teras kita.

ii. Seorang professional muslim harus bijak menggunakan teknologi ICT yang bersifat terlalu dinamik untuk mendapat maklumat terkini supaya kita tidak ketinggalan dan sentiasa peka dengan perkembangan terakhir baik berkaitan dengan bidang teras kita atau perkara umum.

iii..Seorang professional muslim harus mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi dengan memilikki maklumat yang terkini,benar dan tepat.Menghadiri atau menjaji penyampai dalam mesyuarat atau persidangan yang besar dalam atau luar negara memerlukan seorang professional yang bermaklumat supaya dihormati oleh peserta lain.Tanpa maklumat yang terkini,benar dan tepat boleh memalu dan menjatuhkan imej diri kita,organisasi kita dan negara kita dikaca mata orang luar.


4.Loyalty

Konsep royalty atau kesetiaan didunia serba modern ini tidak dapat dinafikan berkait rapat dengan insentif.Umum menganggap semakin banyak insentif semakin meningkatlah kesetiaan.Kita menyedari tidak semestinya keyataan ini benar untuk semua keadaan.Kesetiaan dan nsentif boleh untuk diri sendiri,keluarga atau kakitangan kita.Ia adalah sangat penting dan sihat untuk perkembangan organisasi.Walaubagaimana pun jumlah dan bentuk insentif ini hendaklah diberi secara telus dan tidak berlebihan sehingga boleh dianggap membeli kesetiaan atau rasuah.

i.Seorang professional muslim harus sentiasa memberi penghargaan kapada diri kita sendiri apabila kita mencapai apa-apa kejayaan.Ia boleh dalam bentuk hadiah atau apa-apa bentuk ganjaran yang boleh mengembirakan hati kita.Kita juga boleh galakkan ahli keluarga kita berbuat demikian kapada kita atau sebaliknya.Budaya saling harga menghargai ini akan dapat menambah kesetiaan dan keharmonian dalam sesuatu keluarga atau organisasi.

ii. Seorang professional muslim harus mengawal diri dari berlaku pengurangan dari segi semangat dan motivasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawap kita.Pemikiran negetif,terlalu mengikut emosi apabila gagal akan terus menerus merudumkan semangat dan motivasi kita.Kita perlu strong heart untuk mengawal segala ini,kita perlu pulihkan semangat dan motivasi kita ini secara sedar supaya tidak menjadi lebih parah dan menjejaskan tahap kesetiaan kita kapada kerja dan organisasi kita..

iii..Seorang professional muslim yang berjaya semestinya ada pihak lain bersama yang memberi sumbangan terhadap kejayaan tersebut.Oleh yang demikian kita seharusnya bermurah hati membalas budi dan sumbangan mereka ini dengan spontan dan bijaksana.Seorang pekerja biasa tanpa disangka-sangka diberi hadiah sebatang pen oleh bosnya akan sampai bila-bla bermotivasi bekerja keras dan setia kapada bos dan organisasinya,walaupun hadiah tersebut tidak sangat tinggi nilainya.

5.Legal


i.Seorang professional muslim wajib menjalankan tugas dan tanggungjawapnya dengan telus,halal,dan yang selari dengan peraturan organisasi,undang-undang negara dan hokum Allah SWT.

ii. Seorang professional muslim wajib membentengkan diri kita dari terlalu terpesona dengan segala bentuk kemewahan hidup sehingga terdorong untuk melakukan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

iii.Seorang professional muslim harus menjadikan elemen-elemen ethikal pengurusan murni saperti ketelusan,akauntabiliti dan good corporate covernance sebagai garis panduan utama system pengurusan organisasi yang kita terlibat.

No comments:

Post a Comment