Saturday, February 11, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 16,The Golden Rules,Strong Heart 4-Coretan 73

Golden rule adalah satu persefahaman dan peraturan yang wajib dipatuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam satu-satu tugasan atau kedudukkan disesuatu organisasi.Para pemimpin organisasi pula mempunyai misi dan visi yang jelas tentang apa matlamat dan perancangan untuk dilaksana dan dicapaikan.Salah satu visi yang biasa ingin dicapai oleh sesuatu organisasi ialah perpaduan samada dikalangan pekerja,ahli atau masyarakat.Bila bersatu kita yakin kita menjadi kuat.Ini seolah-olah juga menjadi golden rule kapada sesuatu organisasi.

Semua kita termasuk Rasul kita Nabi Muhammaed SAW tersangat ingin dan cintakan perpaduan dikalangan umat Islam.Nabi SAW pernah berdoa kapada Allah SWT memohon tiga perkara untuk umatnya iaitu pertama tidak dihapuskan saperti mana umat-umat terdahulu oleh berbagai sebab sapaerti banjir besar,gempa bumi atau bumi diterbalikkan,kedua supaya umatnya tidak kebuluran dan ketiga supaya umatnya bersatu padu tidak bertindak ganas diantara satu dengan yang lain.Dua dari permohonana ini dimakbulkan oleh Allah SWT kecuali yang ketiga iaitu perpaduan.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Jelas sekali selepas sahaja Nabi kita SAW wafat umat Islam mula semakin sukar untuk disatukan.Sehingga lah sampai kehari ini pun umat Islam masih sukar untuk disatukan,dan tentunya sehingga kiamat pun Allah SWT tidak akan memakbulkan doa Nabi SAW untuk perpaduan umat ini.Ini lah hakikat yang perlu diterima oleh kita semua dengan penuh kesedaran dan keridhaan.

2.Telah dibuat berbagai usaha,strategi dan perancangan untuk menyatupadukan umat,untuk menyatupadukan masyarakat oleh berbagai pihak,baik dari segi politik atau sosial atau budaya,tetapi masih menemu kegagalan.Hakikatnya kita perlu terima bahawa ianya tidak akan berjaya.Perpaduan mutlak tidak mungkin boleh dicapai.

Tips


Menyedari segala hakikat ini,bahawa perpaduan adalah unsur terpenting untuk mewujudkan kekuatan disamping perpaduan juga lah yang tidak mungkin boleh dicapai,maka seorang professional yang think big dream high dan mempunyai strong heart,haruslah menyiapkan diri dan merancang untuk wujudkan kekuatan dan situasi terbaik untuk ummah walaupun tanpa adanya perpaduan dikalangan kita.

1.Menjadi dan menonjolkan diri kita sebagai seorang professional yang bijak,beriman dan bertaqwa dikenali oleh semua gulungan masyarakat mengenai kesucian moral kita dan keterbukaan kita,mengenai tingginya intergriti kita,mengenai bersihnya kita dari segala bentuk rasuah dan menyelewengan samada dalam kehidupan,profession atau kerjaya kita sehingga kita terkenal dengan sifat terhormat ini dikalangan masyarakat.

2.Ini membolehkan diri kita menjadi idola dan boleh diterima oleh semua segmen dan gulungan masyarakat sebagai pemimpin mereka.Mempersiapkan diri kita untuk bersedia menjadikan diri kita kader atau bakal pemimpin yang mendalami ilmu pengurusan dan kepimpinan sehingga kita dapat diterima sebagai pemimpin yang disegani dan dihormati oleh semua gulungan masyarakat yang bersifat majmuk ini.

3.Walaupun kita tidak bersatu tetapi telah menjadi naluri semua manusia samada dari gulungan atau bangsa yang berbeza,akan dapat menerima sesaorang pemimpin yang terkenal dan terbukti dengan kejujuran,keikhlasan,adil,amanah dan bertanggungjawap walaupun bukan dari kalangan mereka.Tiada gossip buruk terhadap kita,tiada desas-desus mencurigakan terhadap kita,tiada cemuhan terbuka atau tersembunyi terhadap kita.

Ini lah asas kapada the golden rule yang perlu dimilikki oleh sesiapa sahaja yang bercita-cita besar ingin menjadi seorang pemimpin untuk semua masyarakat majmuk saperti masyarakat kita Malaysia.Kita tidak perlukan perpaduan.Apa yang perlu ialah keharmonian dan kesejahteraan hidup setiap ummah kita,setiap ahli masyarakat kita.Dan ini boleh dicapai dengan adanya seorang pemimpin yang think big dream high dan mempunyai strong heart yang boleh diterima oleh semua tanpa keraguan dan was-was.

1 comment:

  1. Wonderful post..interesting article, very insightful. I like it in deed. I could read your site frequently..Please keep it fresh.

    ReplyDelete