Sunday, February 26, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 18,Strong Heart 6-Malay Leadership-Coretan 75.

Walaupun Allah SWT telah menganugerahkan kita manusia sebagai gelaran khalifah,kita ada banyak kelemahan.Salah satu kelemahan utama kita ialah kita tiada batas dalam memenuhi kepuasan atau kehendak.Kita manusia baik secara individu ,ahli keluarga,ahli masyarakat atau sebagai rakyat terlalu banyak kehendak kita,terlalu banyak perkara yang tidak memberi kita kepuasan.Kita semuanya bernafsu besar.Sebahagian kecil dari kita pula telah ditakdirkan menjadi pemimpin kapada kita rakyat biasa.Dalam semua masyarakat baik yang bertamadun atau tidak ada pemimpin.Tugas pemimpin adalah untuk menjadi ketua dan memberi kepuasan sebanyak mungkin kapada rakyat.

Sejak merdeka sehingga kini Negara kita melahirkan seramai sebelas orang pemimpin utama yang mewakili orang melayu.Disebabkan Negara ini penduduk majoritinya orang melayu maka mereka juga menjadi pemimpin kapada seluruh rakyat Negara ini.Pilihan saya ini terhad kapada mereka yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sahaja.Setiap pemimpin ini mempunyai sifat dan cara kepimpinan masing-masing yang secara langsung juga mempengaruhi cara kehidupan rakyat Negara ini secara keseluruhannya.Style kepimpinan dan pengurusan mereka ini secara langsung mempengaruhi tahap pembangunan Negara ini dan tahap kepuasan rakyat terhadap sumbangan para pemimpin ini kapada kita semua.

Secara umum dan mengikut persepsi saya sendiri dibawah ini diperturunkan apa yang saya anggap dan percaya terhadap setiap pemimpin-pemimpin melayu kita.Asas saya adalah apakah satu perkataan yang terbaik untuk menggambarkan siapa mereka.Saya hanya memileh satu sifat sahaja untuk setiap pemimpin.Pilihan ini semata-mata mengikut pesepsi terkuat saya sahaja terhadap setiap mereka,Tentunya orang lain ada mempunyai pandangan dan pesepsi lain.Memang ianya sukar tetapi ini lah yang terbaik dapat saya buat kesimpulan.Untuk lebih tepat tentu sekali ia memerlukan satu kajian yang mendalam secara emphirikal perlu diadakan.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Tunku Ab Rahman Alhaj- diplomatic.

2.Tun Hj Ab Razak Hussein- commited.

3.Tun Dr Ismail Abd Rahman- firm.

4.Tun Hussein Onn- passion.

5.Tun Dr Mahathir Mohammad- visionary.

6.Tun Ab Ghaffar Baba- patience

7.Tun Musa Hitam- creative.

8.Dato Seri Anwar Ibrahim-resolute.

9.Tun Abdullah –clean

10.Dato Seri Najib Tun Ab Razak- courage.

11.Tan Sri Mahyuddin Yasin-tactful.

Sekiranya cirri-ciri ini digabungkan mungkin kita dapat membuat kesimpulan bahawa ini lah juga merupakan elemen-elemen utama dan asas kapada cara kepimpinan dan pengurusan kita orang Melayu.Terdapat Chinese style of management,Japanese style of management atau Western style of management,tetapi kita belum ada Malay style of management.Kita harus mula mengumpul maklumat-maklumat dari berbagai sumber saperti hikayat-hikayat Melayu,pantun,bidalan ,syair,perumpamaan,pahlawan-pahlawan Melayu,Raja-Raja Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu untuk kita bangunkan satu teori mengenai The Malay Style of Management.Ini penting bagi menjadi rujukan dan peninggalan untuk generasi kita yang akan datang.

Tips

Seorang pemimpin yang telah mendapat pengiktirafan sebagai pemimpin Negara sudah tentu tidak adil jika dikatakan hanya satu itu sahaja sifat yang dimilikki masing-masing.Untuk sampai keperingkat pemimpin setaraf mereka semua,sudah tentu mereka memilikki banyak lagi sifat-sifat yang positif dan mulia.Walaupun begitu kombinasi sebelas sifat-sifat ini adalah sangat berfaedah untuk menjadi panduan kapada kita sebagai seorang professional yang ingin menjadi pemimpin yang berjaya dan dihargai sejarah dimasa hadapan.

Pemimpin yang belajar dan mengambil iktibar dari pengelaman pemimpin lain dan pemimpin yang terdahulu,akan menjadi seorang pemimpin yang lebih baik.Semua kita harus berhasrat murni ingin menjadi pemimpin yang boleh menyediakan perkhidmatan terbaik kapada majoriti rakyat.Pemimpin bijak sedemikian lah yang selayaknya akan mendapat penerimaan total dari rakyat terbanyak.Pemimpin bijak yang sedemikian lah yang akan berjaya memberi dan memenuhi kehendak dan kepuasan maksima kapada rakyat.Ini lah orangnya yang rakyat perlu kenal pastikan untuk menjadi pemimpin sejati kita dimasa akan datang.

No comments:

Post a Comment