Seorang professional yang think big dream high dan yang mempunyai strong heart wajib menolak USA.Kita tidak boleh sekali-kali menerima USA.Kita tidak boleh langsung bergantung harap kapada USA.Kita sebagai satu bangsa yang bermaruah tidak mahu diri kita dipengaruhi kehidupan kita oleh USA.USA adalah dhajal.USA adalah bapa syaitan.USA akan merosakkan akidah dan keimanan kita.USA akan mengikis sedikit demi sedikit ketaqwaan kita.
Dengan berkiblatkan USA,dengan membudayakan cara hidup kita dengan USA,ia akan menyebabkan perjalanan hidup kita sendiri rosak dan tidak sustainable.Akan menyebabkan matlamat hidup kita sendiri hilang hala tuju dan kabur.
Realiti Dalam Kehidupan
1.Kehidupan kita sebenarnya terlalu tidak boleh dipisahkan oleh USA.Ada sahaja peluang kita akan merujuk kapada USA.Kita terlalu mengutamakan USA.Tanpa USA seolah olah kita tidak mampu menjalankan kerja kita sendirian dengan sempurna.
2.Disebabkan terlalu tebalnya cinta kita kapada USA,maka kita telah sanggup dan tergamak meletak kebelakang segala nilai-nilai murni islam kita.Nilai-nilai rosak yang berkaitan dengan nilai-nilai USA menjadi pegangan dan amalan kita.
3. Nilai-nilai USA ini telah menyebabkan kita mengutamakan kemewahan hidup dan menjadi diri kita terlalu materialistik.Kita menjadi besar kepala dan angkuh,kita suka menunjuk-nunjuk dan tamak.
4.Bersebabkan kita terlalu berkiblatkan USA ini juga menyebabkan kita terlalu taksub dengan barangan berjenama dari Barat.Kita tidak lagi beli barangan local.Jenama-jenama terkenal dari Barat menjadi pakaian kita,menjadi kebanggaan kita untuk kita tayang dan tunjuk kapada semua orang.Kita menjadi terlalu riak dan sombong.
Tips
1.Kita harus mengikis habis tabiat kita yang mengutamakan USA.
2.Kita harus mempunyai kesedaran bahawa USA adalah punca segala bentuk kemusnahan kehidupan kita.
3.Kita seharusnya menjadikan diri kita sebagai seorang professional yang terdahulu menolak secara total USA.
4.Kita harus terlibat secara langsung dalam segala bentuk kempen secara besar-besaran untuk USA dari mempengaruhi kehidupan kita.
5.Kita harus bertekad untuk reject USA sesungguh hati kita.Kita tak nak sama sekali USA menjadi sebahagian dari cara hidup kita.
Sebagai seorang professional yang sentiasa think big dream high dan mempunyai strong heart kita tidak perlukan USA.Professionalisma kita dan nilai-nilai murni kepercayaan agama kita akan menjadi benteng kapada diri kita dari mengamalkan budaya jijik ‘UNTUK SAYA APA' atau USA ini dalam kerjaya dan kehidupan kita.Kenapa kita perlu tolak,kerana budaya USA ini akan menjadikan diri kita terpalit dengan budaya rahsuah yang hina itu.
No comments:
Post a Comment