Monday, May 23, 2011

Orang Tidak Faham Kenapa Perlu Kita Think Big Dream High-Coretan 39

Di Malaysia kita adalah 1 orang dari 27 juta orang.Di dunia kita adalah 1 orang dari 7 billion orang.Kalau di kampung kita pun yang penduduknya hanya 300 orang,orang tidak kenal sangat kita,apa tah lagi di dunia siapa pun tidak kenal kita.Kita hidup bukan kita nak menjaja nama kita supaya dikenali,tetapi kita hidup untuk dunia mengenali siapa kita.Bill Gate tidak pernah mahu di kenali oleh sesiapa pun,tetapi orang dari seluruh dunia yang kenal siapa beliau.

Realiti Dalam Kehidupan

Kita seorang anak kerani sebuah sekolah kebangsaan di sebuah kampong di Jeli Kelantan.Ayah kita bergaji RM1000 sebulan untuk menanggung 5 orang adek beradek yang semuanya bersekolah dan kita adalah anak sulung dalam keluarga.Ibu kita seorang surirumah tanpa pendapatan.Orang tidak kenal ayah kita,lagi lah orang tidak mahu ambil peduli untuk kenali kita.Dalam pepereksaan SPM yang kita telah lalui,atas berkat ketekunan kita dan doa ibu bapa kita,kita memperolehi 18 A1.Menteri Pelajaran turun ke sekolah kita di Pekan Dabung,Jeli untuk mengumumkan keputusan SPM di tahun tersebut.Kita diumumkan sebagai pelajar terbaik seluruh Negara.Semua media cetak dan TV station hadir dalam majlis pengumuman tersebut.Semua ini tanpa pengetahuan kita pun.Guru Besar sekolah kita pun tidak mengetahuinya.Apa lagi untuk menjemput mereka.Ia merupakan satu program turun padang YB Menteri.

Satu minggu berita mengenai kejayaan dan kecemerlangan kita terpampang di dalam semua jenis media cetak mahupun media elektronik.Kita jadi tersohor di seluruh pelusuk tanahair.Semua keluarga kita ibu,ayah,adek beradek kita di temuramah oleh semua jenis media.Bukan saja kita yang tersohor, keluarga,sekolah,guru-guru malahan kampung kita menjadi begitu di kenali ramai dan sebutan ramai.Kerana apa?Kerana kita begitu cemerlang sekali dalam SPM kita.Kita adalah hanya 1 orang sahaja yang begitu cemerlang dari 500,000 pelajar lain yang mengambil SPM bersama kita.Kenapa kita begitu cemerlang sekali?Kerana nun di sudut hati kecil kita tersemat satu semangat dan cita-cita kita yang menjadi pendorong kapada kita untuk kita tekun belajar.Telah terpahat di pemikiran kita satu slogan yang sentiasa membakar semangat kita untuk berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan kita.Satu slogan yang berbunyi think big dream high.Slogan ini lah setiap masa dan ketika menjadi pembakar semangat kita untuk berusaha gigih supaya kita dapat memperbaikki keadaan kehidupan keluarga kita yang seolah-olah kais pagi makan pagi itu.Tiada siapa yang mengetahui slogan ini sebenarnya menjadi pegangan kita selama ini.Tidak ibu bapa,tidak adek beradek atau kawan-kawan dan juga guru-guru kita.Hanya kita sahaja yang mengetahuinya.

Tips


Tujuh tahun kemudian,masyarakat Malaysia dikejutkan lagi dengan berita mengenai diri kita.Kita sekali lagi menjadi sebutan setiap bibir bukan sahaja penduduk Malaysia,tetapi kali ini oleh penduduk dunia.Kali ini kita diumumkan oleh pihak university tempat kita melanjutkan ijazah PhD kita di USA.Kita diumumkan sebagai seorang pelajar PhD dalam bidang Atomic Engineering,yang telah memecah rekod dunia dengan kelulusan terbaik dalam sejarah.Bukan sahaja dalam sejarah universiti tempat kita belajar tetapi dalam sejarah dunia.Subjek utama thesis PhD kita adalah berkaitan dengan penggunaan tenaga atom untuk menggandakan pengeluaran makanan sehingga mencukupi bagi keperluan seluruh penduduk dunia.Kajian kita juga mencangkupi teknologi hijau yang turut berkemampuan untuk menyelesaikan masalah global warming. Kos pengeluaran makanan dengan teknologi kita ini hanya 0.1% dari jumlah kos pengeluaran bijirin saperti beras,oats,jagung dan gandum yang biasa.Ini bermakna Negara yang paling miskin didunia pun mampu untuk menggunakan teknologi kita ini bagi tujuan mengeluarkan makanan yang mencukupi untuk seluruh penduduknya setiap masa.Teknologi ini mampu menyelesaikan masalah kemiskinan dan masalah kekurangan makanan diseluruh dunia.Dengan masalah global warming semakin sehari semakin serious,masalah kekurangan makanan menjadi semakin genting dan menjadikan kerisauan yang amat sangat kapada dunia.Teknologi serampang tiga mata ini adalah penyelesai muktamad kapada tiga masalah utama dunia iaitu kekurangan makanan,global warming dan masalah berlebihan carbon.Global warming dan keperluan teknologi hijau berkait rapat dengan masalah carbon yang berlebihan dimana dunia sekarang terlalu banyak carbon monoxide dan carbon dioxide,penggunaan bahan bakar atau fuel yang tidak terkawal dan juga bekalan bahan bakar berasaskan arang batu,gas dan petroleum yang semakin berkurangan,tumbuhan dan pokok juga semakin pupus.

Pihak kerajaan Malaysia dalam program bantuan teknikal ke dunia ketiga dan World Zakat Organisation yang kebetulan Ibu Pejabat nya di Malaysia,telah melancarkan projek berbentuk sustainable menggunakan teknologi ini untuk pengeluaran makanan disebuah Negara di Afrika.Selepas 9 bulan berjalan,projek tersebut mampu mengeluarkan jagung,padi dan gandum untuk kira-kira 350 juta rakyat miskin di Benua Afrika.Selama berabad-abad 350 juta manusia ini tidak pernah merasa kekenyangan,sekarang mereka mewah dengan jagung,nasi dan roti.Selama ini masalah pengairan menjadi penghalang utama kerana untuk mengadakan satu arrigation system yang cukup untuk membolehkan penanaman bijirin adalah terlalu mahal.Sekarang melalui teknologi yang kita cipta ini penanaman semua jenis tumbuhan khususnya bijirin saperti jagung,padi dan gandum tidak memerlukan arrigation system lagi.Pengairan tumbuhan ini sekarang di perolehi dari udara,bukan hanya dari tanah.Teknologi ini mampu menukar kelembapan udara yang kadarnya lebih 30% kapada air yang diperlukan oleh tumbuhan.Teknologi ini juga boleh menukarkan tanah gersang atau tanah gurun kapada tanah yang subur dengan melahirkan bacteria yang boleh mengemburkan dan menyuburkan tanah,tanpa memerlukan baja lagi.

Tahun berikutnya Negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita sensasi mengenai kita,dimana kita sebagai rakyat Asean Tenggara pertama di anugerahkan dengan hadiah Nobel.Seorang anak kerani sekolah yang sentiasa think big dream high berjaya mencipta satu rekod dunia terulung yang tiada ada tolak banding nya dalam sejarah kemanusian modern dunia.Kampung kita,Negara kita,bangsa kita malahan umat manusia sejagat sangat-sangat berterima kasih kapada kita.Walaupun kita adalah asalnya seorang kanak-kanak kampung tetapi telah menyematkan di dada kita slogan think big drean high.Dengan slogan keramat ini akhirnya kita berjaya menyelesaikan masalah yang paling kritikal di dunia.

Dalam tahun yang sama juga pada awal bulan Jun kita sekali lagi menjadi buah mulut setiap rakyat Malaysia.Kita diberi penghormatan tertinggi Negara dengan anugerah pingat kebesaran Negara yang paling utama dan pertama kali di perkenalkan di Negara ini,iaitu satu pingat yang membawa gelaran TUN SERI.Pencapaian ini menidakkan kata-kata ‘I want to be the best’ tetapi sebaliknya membuktikan kita boleh menjadi ‘I am the best’.

No comments:

Post a Comment