Monday, May 30, 2011

Orang Yang Tidak Percaya Kita Boleh Think Big Dream High-Coretan 40

Kita secara individu setaraf kedudukan dan keupayaan kita dengan orang lain,dengan bangsa lain.Negara kita kecil,Negara Israel lagi kecil,USA besar,Negara India besar,Negara China lagi besar.Tetapi pada hakikatnya seorang rakyat China,sama dengan seorang rakyat USA,sama dengan seorang rakyat India,sama dengan seorang rakyat Israel atau sama dengan kita seorang rakyat Malaysia.Ini bermakna kita secara individu mampu mencapai kejayaan sama dengan mampu nya seorang China atau seorang India atau seorang USA atau seorang Israel mencapai kejayaan.Disebabkan cara diet dan cuaca setiap bangsa itu berbeza maka saiz badan diantara satu keturunan atau bangsa itu juga berbeza.Tetapi tidak sangat banyak berbeza.Anak-anak kita sekarang yang dietnya telah semakin lebih protein dan cukup multimineral dan multivitamin nya,agak sama saiz dengan anak orang USA,dengan anak orang China,dengan anak orang India atau dengan anak orang Israel.

Dari segi agama pula,walaupun jumlah penduduk Islam seluruh dunia besar kira-kira 1.8 billion,Buddha 2 billion,Hindu 1 billion dan Kristian 2.5 billion,tetapi penganut agama Yahudi hanya kira-kira 16 juta sahaja sama dengan jumlah kita orang Melayu di Malaysia,tetapi dari segi kejayaan,penganut Yahudi paling berjaya didunia,paling kaya didunia,paling bijak didunia,lebih berjaya,lebih kaya atau lebih bijak dari penganut-penganut agama lain.Kalau hadiah Nobel boleh dijadikan sebagai pengukur kecemerlangan,secara berbanding orang Islam yang berjaya dianugerahkan hadiah Nobel dari 1.8 billion hanya 4 orang sahaja setakat ini.Orang Yahudi walaupun jumlah nya diseluruh dunia hanya 16 juta menghasilkan seramai 180 orang penerima hadiah Nobel.

Tolak ketepi soal jumlah,soal kekayaan atau soal kebijaksanaan,statistik diatas secara kasar nya boleh lah dikatakan kita secara individu mempunyai peluang yang sama dengan individu-individu bangsa lain atau penganut agama lain untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan.Faktor penentu utama kejayaan dan kecemerlangan adalah sejauh mana kita bijak mempergunakan segala kekuatan-kekuatan yang kita milikki dan mengatasi segala kelemahan-kelemahan yang ada pada kita secara individu.Ianya bukan soal bangsa,ia bukan nya soal agama,ianya adalah soal kita sendiri sebagai seorang individu.

Realiti Dalam Kehidupan


Kita sebagai seorang Islam sebenarnya boleh dan sepatutnya berbangga dengan pencapaian dan kecemerlangan saujana-saujana Islam semasa era kegemilangan kerajaan Islam.Boleh dikatakan semua bidang ilmu pengetahuan di kuasai oleh kita orang Islam.Bidang mathermatik oleh Al Khawarizmi,bidang perubatan oleh Ibn Sina dan Al Razi,bidang kimia oleh Al Razi,bidang muzik dan juga perubatan Ibn Rushd,bidang astronomi,fizik,geografi dan muzik oleh Al Kindi,bidang fizik dan optic oleh Al Haitham,bidang ilmu falak,trigonometri,solar sistem oleh Al Bituni,bidang falsafah dan sosiologi oleh Ibn Khaldun,bidang falsafah,logik,sosiologi,saikologi dan metafizik oleh Al Farabi,bidang pelayaran dan perkapalan meliputi 75,000 batu jaraknya oleh Ibn Battuta.Ini hanya sekadar contoh,sebenarnya lebih ramai lagi sarjana-sarjana,para ilmuan dan pakar-pakar beragama Islam dalam semua bidang ilmu pengetahuan,jauh lebih pintar,bijak dan ori lagi dari penerima-penerima hadiah Nobel kaum Yahudi.Fakta yang paling menarik mengenai semua mereka ini ialah mereka mendalami ilmu AlQuran dan Hadith,malahan kebanyakkan mereka adalah alhafiz.Malahan mereka bukan sahaja setakat cemerlang dalam satu-satu bidang sahaja tetapi sehingga sampai lima enam bidang termasuk yang paling biasa ialah bidang falsafah,perubatan,fizik,kimia, sosiologi dan muzik disamping bidang utama atau major masing-masing.

Sekiranya hadiah Nobel ini diperkenalkan sejak era tersebut kemungkinan besar jumlah orang Islam yang menjadi penerima paling ramai,mencecah angka ribuan orang.Tetapi malang sekali yang sebenarnya mendapat faedah penuh baik dari segi nama,kommersial dan kepakaran lanjutan dalam semua bidang-bidang ini adalah orang-orang barat dan kapir.Mereka lah yang mengembangkan semua bidang ini dengan pendekatan modern dan claim bahawa mereka lah penemu dan pengasasnya.

Kita sebagai seorang Islam juga sebaliknya harus bersedih kerana lebih dari 1 billion umat Islam sekarang ini diseluruh dunia berada dibawah paras kemiskinan.Mereka berada dibawah dari jumlah pendapatan RM 200 sebulan atau kira-kira RM 7 sehari.Satu jam penerbangan sahaja dari kota raya Islam paling mewah di dunia Dubai atau Doha atau Riyard terdapat jutaan orang Islam yang paling miskin didunia.Jutaan orang Islam yang ketiadaan cukup makanan,ketiadaan pakaian,ketiadaan tempat tinggal atau yang ketiadaan peluang untuk belajar dengan sempurna.

Sekiranya Rasul kita Nabi Mohammad SAW masih hidup,saya yakin Baginda tidak ridha dengan scenario sebagini.Baginda akan arah sahabat-sahabat Baginda untuk melaksanakan perancangan kemiskinan sipar.Baginda akan melaksanakan strategi dan pendekatan ekonomi Islam global terbaik melalui pengurusan sistem BaithulMal dan Zakat tercanggih untuk menukar 1 billion umat Islam yang miskin ini kapada satu umat Islam yang berjaya dan cemerlang.Apakan daya kita,pemimpin-pemimpin Islam kita hari ini tidak lagi mewarisi kepimpinan Rasul kita SAW.Tidak lagi berfikiran dan berhasrat untuk wujudkan kesejahteraan global bagi umat Islam.Sebaliknya mereka bersaing sesama sendiri untuk wujud,bangga dan riak dengan kekayaan diri dan Negara masing-masing sahaja.Pemikiran mereka bukan lagi berasaskan AlQuran dan Hadith tetapi lebih condong kapada apa kata dan signal atau nasihat dari orang yang mendiami White House di USA.

Tips

Kita sebagai seorang individu sebenarnya mempunyai kuasa penuh,mempunyai kawalan penuh dari segi keputusan dan tindak tanduk kita untuk menentukan kejayaan dan kecemerlangan diri kita.Kejayaan diri kita tentu sekali akan menyumbang kapada kejayaan keluarga kita,masyarakat kita,Negara kita dan juga dunia Islam keseluruhan nya.

Kita yang menentukan kekuatan fizikal kita untuk kita cukup bersedia bagi memperolehi kejayaan dan kecemerlangan kita.Kita yang menentukan kekuatan mental kita untuk kita cukup bersedia bagi memperolehi kejayaan dan kecemerlangan kita.Kita yang menentukan kekuatan emosi dan disiplin kita untuk kita cukup bersedia bagi memperolehi kejayaan dan kecemerlangan kita.Kita yang menentukan kekuatan rohani kita untuk kita cukup bersedia bagi memperolehi kejayaan dan kecemerlangan kita.Diet kita yang seimbang,eksesais kita yang memadai,pengambilan multimineral dan multivitamin yang mencukupi dan pendampingan kita yang sempurna dengan Allah SWT,akan menjadi kan diri kita memilikki segala bentuk kekuatan,akan menjadikan diri kita memilikki segala bentuk kemampuan untuk mengatasi segala bentuk kelemahan dan kekurangan kita.Persedian sebagini akan dapat memastikan kita sentiasa berada dalam situasi,kondisi dan persekitaran terbaik untuk kita mengharungi sebarang bentuk cabaran dan dugaan bagi mencapai segala cita-cita kita untuk berjaya dan cemerlang.Untuk berjaya dan cemerlang dalam segala bidang yang releven dan sesuai dengan kita.Keutamaan kita ialah persediaan dan bekalan kita yang mencukupi.Persediaan dan bekalan yang tidak meragukan kita lagi,persediaan dan bekalan yang sangat meyakinkan kita untuk kita think big and dream high.

Meneliti kegemilangan sarjana-sarjana Islam semasa era keagungan tamadun Islam,kita selaku pewaris tamadun yang diridhai oleh Allah SWT ini sewajibnya think big and dream high.Kita bertanggungjawap untuk menerus dan mengekalkan kecemerlangan dan kegemilangan tersebut dengan nafas baru sesuai dengan Islam yang dinamik dan sentiasa releven sepanjang zaman.Kita tidak boleh setakat mengambil pendekatan bahawa Allah sentiasa memelihara Islam buat selama-lamanya.Kita sebagai khalifahNya ada peranan,ada rasa sense of responsibility bagi mempertahankan keagungan Islam dengan menjadikan diri kita secara individu sebagai seorang yang terbilang yang membanggakan umat manusia sejagat.Untuk menjadikan diri kita sempurna keimanan dan ketaqwaan kita supaya kita sentiasa dalam kasih sayang dan bimbingan Allah SWT,supaya segala kecemerlangan kita adalah kecemerlangan yang diridhai dan diberkatiNya.

No comments:

Post a Comment