Tuesday, May 03, 2011

Orang Yang Agungkan Kerumitan Tidak Kreatif-Coretan 36

Kita adalah seorang bos diperingkat pengurusan pertengahan,middle management.Produktiviti sesebuah organisasi baik kerajaan atau pun swasta bergantung besar kapada prestasi dan pencapaian oleh kumpulan middle management ini.Kumpulan ini adalah nadi dan jantung sesabuah organisasi.Gagal pengurusan diperingkat ini gagal lah organisasi itu.Tinggi tahap initiatif,tinggi tingkat innovasi dan tinggi tingkat kreativiti kakitangan di peringkat ini maka semakin berjaya dan tinggi lah keberkesanan dan keuntungan organisasi tersebut.Begitu juga sebaliknya.Kegagalan organisasi adalah berpunca dari rendahnya tahap imiginasi,rendahnya initiatif,rendahnya tahap innovasi dan rendahnya tahap kreativiti disetiap peringkat kakitangan organisasi tersebut.

Telah menjadi kebiasaan kita sebagai seorang bos di peringkat pengurusan ini,kita sememangnya suka sangat berlagak.Lebih-lebih lagi sekiranya kita ada pula kelulusan tinggi saperti MBA,ACCA atau PhD dibelakang nama kita,maka semakin tinggi lah lagak dan kesombongan kita.Bukan sahaja setakat kita suka nak tunjuk pandai tetapi kita juga sengaja menjadikan diri kita bagitu rumit untuk difahami.Semakin sukar orang lain memahami kita dan kehendak kita, semakin tinggi lah ego kita.Ada sahaja apa yang orang lain buat semuanya tak kena.Perkara mudah menjadi payah.Isu kecil menjadi isu besar.Kita bercakap menggunakan bahasa yang tinggi,bahasa yang sophisticated,kita banyak membebel tetapi bebelan kita hanya untuk syok kita sahaja.Kita sahaja yang faham.Dibelakang kita orang lain perkatunkan bebelan kita.Bila kita menulis kita menggunakan bahasa yang susah difahami.Dibelakang kita orang tak baca pun tulisan kita itu.Bila bermesyuarat kita sahaja yang bercakap,idea orang lain,pendekatan orang lain kita tidak galakkan,kita sekat,kita perlekehkan,kita walau pun mendengarnya tetapi kita tidak ambil peduli sangat.Bagi kakitangan kita mereka beranggapan segala-gala nya adalah susah,segala-galanya adalah rumit bila mereka berdepan dengan kita.Mereka juga mempunyai persepsi bahawa kita sendiri sebenarnya tidaklah sebagitu smart dan tidaklah sebagitu kreatif sangat.Cuma lagak sahaja yang lebih.

Realiti Dalam Kehidupan

Keadaan persekitaran pekerjaan sebegini kita sendiri sebagai bos yang wujudkan.Semua kakitangan mungkin takut kapada kita,mungkin mengeri dengan kita,tetapi mereka tidak segan dan respect kita.Budaya kerja menjadi kaku.Suasana di tempat bekerja menjadi biasa sahaja,tidak ada kecerian,tidak ada excitement,tidak ada initiative.Tidak ada yang bersikap looking forward untuk datang bekerja keesokkan harinya.Semua kakitangan dan pekerja membuat kerja routine masing-masing.Tepat pukul 8 pagi masuk pejabat,tepat pukul 5 petang balik kerumah masing-masing.Budaya 8 to 5 menjadi amalan mereka.Tiada motivasi untuk kerja lebih masa,tiada usaha lebih untuk melakukan apa-apa pembaikkan terhadap pendekatan dan sistem pekerjaan masing-masing.Kita sebagai bos pun banyak masa berkurung dalam bilik pejabat kita sahaja.Jarang kita beramah mesra dan berinteraksi dengan kakitangan dan pekerja kita yang lain.Kita sangat selesa dengan rountine pekerjaan kita sedemikian.Bukan sahaja kakitangan dan pekerja kita yang tidak menjadi innovatif dan kreatif,kita sendiri pun tidak sangat innovatif dan kreatif.Kita hanya lebih kreatif tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan hobby kita sahaja.Kalau golf,golf lah yang jadi bualan dan kajian kita.Kalau fishing,fishing lah yang menjadi siulan kita.Kalau photography,photography lah kebanggaan kita.Ke hulu ke hilir kita dengan camera kita,mengalahkan photographer professional.Kita akan bercerita pasal golf atau pasal fishing atau pasal photography kapada semua orang yang kita jumpa!

Kita sebagai bos pun mungkin balik lewat dari kakitangan yang lain,kadang-kadang pukul 9 baru keluar pejabat,tetapi tiada apa-apa pun pembaharuan yang kita sendiri perkenalkan untuk menambah produktiviti keseluruhan operasi kita.Sama semacam eksekutif Korea atau Jepun pula kita,mereka kalau tidak pukul 11 malam tidak akan sampai kerumah.Kalau balik sebelum pukul 8 malam isteri masing-masing akan risau takut-takut suami masing-masing tidak lagi disukai atau diketepikan oleh bos mereka. Walaupun kita balik lewat tetapi kita tidak lah mengamal budaya kerja orang Korea atau orang Jepun yang tekun bekerja untuk organisasi masing-masing.Kita lebih banyak browsing dan buat rujukan tentang hobby kita.Kita banyak masa buat persediaan untuk impresskan bos besar kita bila besuk nya ada meeting dengan beliau.Kita banyak masa untuk personnal grooming kita.Kita berusaha keras untuk semata-mata mendapat perhatian bos kita.Tetapi kita tidak sangat berusaha untuk tingkatkan produktiviti dan keberkesanan organisasi kita.Untuk tingkatkan kecerian dan moral kakitangan kita.

Kita juga seolah-olah mengambil sikap dan menganut fahaman ‘kita pun sama dengan orang lain, makan gaji,kalau bos besar kata begitu,kita ikut sahaja lah,kita dah buat yang terbaik setakat kemampuan kita,terserah kapadanya lah apa yang dia nak buat seterusnya’.Kita bukannya memberi fokus sangat kapada kerja kita,kita bekerja keras untuk bodek dan dapat favor bos besar sahaja.

Tips

Orang hormati kita bukan kerana kelulusan,kedudukan atau pangkat kita.Orang hormati kita bukan kerana kita nampak pandai,nampak payah berkira,nampak sukar didekati dan didampingi,nak jumpa kena tulis surat permohonan dahulu,nampak angkuh dan sombong atau nampak pandai membelit dan rumit.Orang hormati kita kerana kebijaksanaan kita,keikhlasan dan amanah kita,keramahmesraan kita,kepintaran dan kepantasan kita menyelesai masalah,keberkesanan kita menangani isu-isu yang rumit,ketangkasan kita memahami rungutan dan komplain,kehalusan budi pekerti kita dan bila bersalam kita pandang mata orang yang kita bersalam itu.Orang hormati kita kerana kita decisive dan berani bertindak segera tetapi cermat.Orang hormati kita kerana kita meticulous dan rational dalam pertimbangan kita..Orang hormat kita bila kita bijak dan sistematik dalam memecah dan mencernakan isu-isu yang rumit menjadi mudah difahami,mudah diselesaikan dan mudah dilaksanakan.Orang hormati kita bila kita wujudkan persekitaran pekerjaan yang menggalakkan initiative,menggalakkan berlaku perubahan yang positif dan menggalakkan cambahnya idea-idea baru.Orang hormati kita bila kita sentiasa menghargai invensi-invensi baru dan inniovasi-innovasi baru terhadap pendekatan yang sedia wujud.Orang hormati kita bila kita terlibat sama dalam usaha menyuburkan aktiviti brainstorming,teamworks dan kreativiti.Orang hormati kita kerana kita bukan seorang bos yang sentiasa beritahu apa yang baik untuk awak,apa yang baik untuk kamu,tetapi seorang bos yang menghargai setiap input dan feedback dari sesiapa sahaja stakeholders organisasi kita.Orang hormati kita bila kita sentiasa bersedia membantu,menunjuk ajar,berkongsi pengelaman dan membimbing bila perlu khususnya kapada kakitangan kita sendiri.Kita adalah sebahagian dari team kita.Kita adalah terbuka dan transparent terhadap stakeholders organisasi kita.Orang hormati kita bila kita simple,approachable dan humble.Orang hormati kita bila kita tidak mengagongkan kerumitan,kepayahan, semuanya tak boleh dan terlalu banyak kerenah!

No comments:

Post a Comment