Thursday, April 28, 2011

Orang Yang Meracuni Diri Sendiri Setiap Hari-Coretan 35

Membunuh diri haram hukumnya.Meminum racun haram hukumnya.Tetapi apa beza nya orang yang membiarkan dirinya secara sengaja mati muda atau lebih awal dari yang biasa nya seseorang itu perlu mati.Seseorang Islam sepatutnya sampai umur kematian apabila mencapai umur secara purata 63 tahun,sempena umur Rusul kita Muhammad SAW ketika Baginda wafat.Bagi orang Jepun 75 tahun untuk lelaki dan 85 tahun untuk perempuan.Semakin maju Negara dan penduduk sesabuah Negara maka semakin panjang umur purata penduduk Negara tersebut.Umur purata kematian Negara kita sekarang juga telah meningkat kapada hampir 70 tahun.Menjadi keyakinan kita bahawa ajal maut ditentukan oleh Allah SWT.Doa untuk panjang umur adalah iktiar kita sebagai hambaNya.Allah Maha Mengetahui segala usaha dan iktiar kita.Allah Maha Mengetahui diet kita,eksesais kita dan lain-lain usaha kita untuk lanjutkan usia kita.Setelah Allah jadikan kita,Allah telah mengetahui bahawa satu masa nanti kita akan berdoa kapada Nya untuk panjangkan umur kita.Allah telah mengetahui satu masa nanti kita akan diet dan eksesais untuk panjangkan umur kita.Allah mengetahui segala usaha kita untuk menjadi lebih remaja dan menggelak kematian yang lebih awal dari yang perlu.A sepatutnya mati bila umurnya x tahun tetapi kerana A melakukan berbagai iktiar untuk lanjutkan umurnya,yang telah pun Allah mengetahui nya,maka umur A dilanjutkan oleh Allah SWT setimpal dengan doa dan iktiar beliau.Ini janji Allah untuk makbulkan segala doa dan usaha oleh hambaNya.Kita sebagai hambaNya yang taat dan disayangi oleh Allah berhak untuk menuntut supaya doa dan usaha kita ditunaikan oleh Allah SWT.Segala-galanya telah ada dalam pengetahuan Allah SWT.Kita sebagai hamba yang patuh kena lah bertawakkal dan berserah kapada Allah SWT untuk mempertimbangkan segala doa dan iktiar kita ini.

Makanan-makanan yang telah disahkan oleh pakar-pakar kesihatan dan diet yang boleh menyebabkan berbagai penyakit kronik kapada mereka yang mengambilnya secara berlebihan ialah makanan yang mengandungi banyak gula bersih,banyak lemak tepu,banyak bahan kimia,banyak heavy metal,banyak mengandungi toksid dan makanan yang terlalu tinggi mengandungi asid.Contoh makanan yang tinggi kandungan gula bersih ialah nasi putih,mee,meehun,roti,nasi lemak,semua jenis kueh mueh,teh atau kopi tarik,air sirap,semua jenis minuman ringan samada dalam botol,dalam tin atau dalam kotak dan semua jenis makanan ringan(junk foods).Contoh makanan yang tinggi kandungan lemak tepu ialah semua jenis lemak binatang ternakan(sop daging,sop ekor,sop kambing atau sop ayam),semua jenis minyak masak yang diguna melepasi tahap mendideh dan diguna pula berulang-kali(semua jenis makanan bergoreng) kecuali yang digoreng dengan minyak zaitun.Contoh makanan yang mengandungi banyak bahan kimia dan bertoksid ialah kebanyakkan makanan ringan dan junk foods,semua makanan yang dimasak dengan menggunakan serbuk perasa yang berlebihan,semua jenis pewarna kimia.Contoh makanan yang mengandungi banyak heavy metal ialah makanan atau minuman yang berasaskan semua jenis herba yang berlebihan lebih-lebih lagi dalam bentuk serbuk,bukannya extract atau pati,ikan atau makanan laut diperairan yang banyak buangan sisa-sisa bahan kimia dan yang berhampiran dengan kilang-kilang.Contoh makanan yang mengandungi asid yang berlebihan ialah semua jenis makanan atau minuman yang tahap kiraan ‘ph’ nya lebih rendah dari 5 iaitu saperti semua jenis jeruk atau asam(buah mempelam muda berasid tetapi yang masak ranum beralkali) dan semua jenis daging atau protein.Air zamzam sebagai contoh tersangat baik untuk diminum sekerap mungkin kerana ‘ph’ nya sangat tinggi diantara 9 hingga 11.

Realiti Dalam Kehidupan

Sedar atau tidak kebanyakkan kita sebenarnya mengambil semua makanan diatas.Sedar atau tidak itu lah diet kita seharian.Benar kita tidak makan atau minum racun.Kita tidak akan sekali-kali meracuni diri kita.Tetapi pada hakikatnya tanpa kita sedari sebenarnya kita mengambil racun setiap kali kita makan.Tanpa kita sedari sebenarnya kita meracuni diri kita setiap kali kita makan semua jenis makanan diatas.Diet kita orang melayu hampir 70% berasaskan karbohiderat saperti nasi putih,nasi lemak,mee goring,roti putih,gula putih,teh atau kopi tarik,air manis dan kueh mueh,15% lemak dan 10% protein dan 5% lagi junk foods dan lain-lain.Breakfast kita nasi lemak atau roti canai,teh atau kopi tarik.Lunch kita nasi campur satu pinggan sedikit sayur dan protein(lauk) dengan air sirap atau teh o ais.Dinner kita makan nasi lagi lebih kurang sama dengan lunch.Diantara waktu-waktu ini kita makan bubur,kueh mueh,goreng pisang,goreng keledek,chakoi,teh tarik atau teh o.Anak-anak kita bunyi saja hon motor mamak jual roti akan berlari untuk beli berbagai jenis junk foods yang mereka mengetahuinya melalui tv.Sebenarnya anak-anak kita sangat dipengaruhi oleh iklan tv untuk menggemari semua jenis junk foods ini.

Cara diet kita sedemikian yang menyebabkan kita overweight atau obese.Lilitan pinggang kita melebihi 80 cm.Body Mass Index(BMI) kita melebihi dari 25.BMI dikira dengan mendharapkan berat badan kita dalam pounds dengan satu angkatap 703 dan bahagikan jawapannya dengan jumlah tinggi kita dalam inci sebanyak dua kali.Contohnya berat kita 168 lb dharab dengan 703 jawapnya 118,104 dibahagi dengan tinggi kita dalam inci 67in jawapnya1,762.7, bahagi lagi angka itu dengan tinggi kita 67in sekali lagi jawapnya 26.3. BMI kita adalah 26.3, ini bermakna kita sedikit overweight.Sekiranya BMI kita melebihi 30,kita WAJIB membuat sesuatu melawan nafsu kita untuk diet dan eksesais.

Cara diet kita diatas yang mengandungi 70% karbohiderat tulin,menyebabkan kita mengambil lebih dari 800gm karbohiderat setiap kali kita makan.800gm karbohiderat tulin saperti nasi putih,mee,pasta,spaghetti atau roti putih ini sebenarnya bersamaan dengan kira-kira satu cawan gula putih.Bayangkan kita makan satu cawan gula putih setiap kali kita makan.Sedangkan kita hanya memerlukan sebanyak kira-kira empat atau lima sudu makan atau 100 kalori untuk wanita dan 150 kalori untuk lelaki gula sahaja sehari,bukan nya tiga atau empat cawan gula atau kira-kira 3500 kalori sehari saperti yang kita amalkan sekarang!Kalau lah kita seorang yang aktif dan membakar 2500 kalori sehari,kita masih ada kelebihan kalori 1000 kalori sehari.Kita perlu ingat eksesais sahaja tidak mencukupi untuk bakar gula yang berlebihan ini.Contohnya 30 minit eksesais pada tahap resistant 10 menggunakan machine eksesais cross trainer(combinasi treadmill,stepper dan bicycle) hanya membakar kira-kira 350 kalori sahaja.Lebihan gula ini sebenarnya melalui tindakan kimia bersama hormone insulin yang dikeluarkan oleh tubuh kita,akan dinukar menjadi lemak.Lemak yang terbentuk ini menyebabkan kita overweight atau obese.Macam mana kita tidak mengidap kecing manis,macam mana kita tidak mengidap sakit jantung,macam mana kita tidak mengidap darah tinggi dan stroke,macam mana kita tidak mengidap penyakit barah dan macam mana kita tidak mengidap berbagai jenis penyakit kronik yang lain.

Cara diet kita sedemikian yang menyebabkan kita tidak aktif,malas bergerak,sentiasa mengantuk,tidak fokus dalam kelas dan kurang berfikir.Cara diet kita sedemikian yang menyebabkan kita lebih awal meninggalkan dunia ini dari yang sepatutnya.Cara diet kita sedemikian yang menyebabkan kejayaan yang kita perolehi dalam pelajaran hanya sederhana sahaja atau gagal terus.Kita mengelamun dalam kelas,kita tidak dapat beri perhatian kapada apa yang guru kita ajarkan,kita tidak dapat skor dalam pepereksaan atau ujian yang kita ambil.Walau pun mungkin ditakdirkan kita mampu graduate dan berjaya memperolehi pekerjaan,tetapi kita tidak sangat berjaya dalam kerjaya kita.Kita mungkin mendapat pekerjaan yang orang lain dah taknak.Kita mungkin menjadi seorang usahawan,tetapi pencapaian perniagaan kita adalah sederhana sahaja.Usahawan lain dah jadi jutawan kita masih lagi terhegeh-hegeh bawa fail kelobbi-lobbi hotel untuk melobbi orang politik.Cara diet kita sedemikian menyukarkan kita menjadi seorang jaguh yang cemerlang dan terbilang.Cara diet kita sedemikian menyebabkan kita tidak kreatif dan innovatif.Kita hanya seorang yang average dan mediocre sahaja.Cara diet kita sedemikian menyukarkan kita mencapai taraf dunia dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Kita bukan sahaja mengamalkan diet yang tidak sihat,kita juga bertanggungjawap menambah lagi kemungkinan kita pendek umur apabila kita tidak sangat berminat untuk melakukan eksesais baik secara fizikal atau secara mental.Diet memain peranan dalam menentukan kita seorang yang aktif atau tidak.Kemalasan dan kelesuan akibat diet yang tidak seimbang menyebabkan juga kita berasa malas dan lesu untuk kita melakukan eksesais.Nafsu kita lebih suka kita releks sahaja di depan tv bila kita dah terlalu kenyang di isi dengan karbohiderat dan gula.Kita terpengaruh oleh nafsu kita,maka kita pilih tv dari pergi ke jimnasium atau ke lake garden untuk eksesais.Setelah kita racuni diri kita dengan karbohiderat dan gula,kita pula tidak melakukan apa-apa inisiatif untuk bakarkan segala gula yang berlebihan dalam darah kita itu.Segala lebihan gula ini kita boleh bakar melalui eksesais atau lain-lain aktiviti fizikal kita saperti berkebun,cuci kereta,mengemas dan membasuh rumah dan membersih persekitaran rumah kita.Kita juga boleh ajak anak kita bergusti olok-olok atau kalau anak perempuan bermain kejar-kejar,hide and seek dan sebagainya.Semua aktiviti yang melibatkan pergerakkan fizikal kita adalah bermunafaat untuk kesihatan kita.Kita akan mendapat bekalan oksigen yang lebih untuk menyegarkan badan dan minda kita.Kita akan mendapat bekalan oksigen yang lebih untuk baikki dan pertumbuhan sel-sel baru kita yang rosak dan mati.Dengan diet dan eksesais yang betul kita dapat meremajakan diri kita kedua-dua secara dalaman dan juga luaran.

Tips

Isu nya bukan lah samada nasi lemak atau nasi berlauk.Kita boleh makan nasi lemak atau nasi berlauk semasa breakfast kita.Tetapi nasinya hanya 1/8 pinggan sahaja,ulam dan sayur separuh pinggan(karbohiderat dan fiber).Lauknya pula ialah ayam goreng atau ikannya kira-kira sebesar tapak tangan atau kalau kita suka dua biji telur rebus atau goreng(protein).Lemak juga perlu dalam diet kita.Ianya telah sedia wujud dalam ayam goreng,santan dan sayur goreng.Kalau kita masak nasi lemak dirumah,dinasihatkan kita hanya gunakan minyak zaitun untuk menggoreng atau memasak semua makanan kita. Minuman kita pula bukan teh tarik,tetapi air soya sejuk tanpa gula yang di buat sendiri oleh emak atau isteri kita.Diet sebagini walaupun ia adalah nasi lemak atau nasi berlauk tetapi ianya adalah seimbang.Menu nasi lemak atau nasi berlauk ini,yang mana emak atau isteri kita sendiri yang masak,mengandungi kira-kira 25% karbohiderat,25% fiber,25% lemak dan 25% protein.Begitu juga dengan lunch atau dinner kita,kita harus seimbangkan diet kita diantara macronutrient yang utama iaitu karbohiderat,fiber,lemak dan protein.

Diet yang begini dapat kita mengawal dan mendisiplinkan diri kita untuk mengambil hanya kira-kira 250 kalori sahaja setiap kali meal atau makan kita.Ini bermakna paling tinggi pun campur dengan snack yang berkualiti saperti buahan-buahan,salad atau kekacang diantara meal utama kita,kita hanya mengambil diantara 1500 kalori hingga 1800 kalori sahaja sehari.Sekiranya kita seorang yang aktif dan sentiasa eksesais kita dapat membakar kalori ini sehingga 1800 hingga 2000 kalori sehari.Kita membakar 200kalori hingga 300kalori lebihan gula dan lemak dalam badan kita sehari.Kalau bagini life style kita seharian,tidak ragu lagi kita akan sentiasa mencapai tahap fitness yang sempurna,lilitan pinggang kita tidak melebihi 80cm dan kita tidak selama-lamanya obese.Sekiranya kita menjadi semakin atau terlebih kurus dan BMI kita bawah 22,maka kita boleh sesuai balik diet kita dengan melebihkan sedikit karbohiderat berkualiti kita saperti wholemeal bread atau nasi dagang brown rice.

Diet yang seimbang ini bukan sahaja baik untuk kesihatan kita tetapi ianya akan menjadikan kita seorang yang sentiasa cergas dan pintar,sentiasa alert dan bersedia dalam mendepani sebarang bentuk cabaran dan cubaan.Kita tidak mahu berdosa kerana kecuaian kita yang bertindak meracuni diri kita secara beransur-ansur tanpa disedari.Kita akan menjadikan diri kita seorang yang bertanggungjawap sepenuhnya terhadap kebajikan diri kita.Kita inginkan sangat kebahagian kita di dunia dan juga di akhirat. Penghuraian secara mendalam diet sedemikian terdapat dalam buku saya bertajuk ‘Diet Hang Tuah’ yang boleh diperolehi secara langsung dari saya melalui email,mohdhassanizo@gmail.com.

No comments:

Post a Comment