Monday, April 18, 2011

Perkara Mudah Tetapi Sukar Diamalkan-Coretan 33

Telah menjadi kebiasaan untuk kita abaikan perkara-perkara yang kita anggap mudah dan kecil.Kita lebih suka kapada perkara-perkara yang rumit dan besar.Kita anggap perkara-perkara rumit dan besar lebih ada class,ada cabaran.Perkara-perkara mudah dan kecil tiada excitement.Kita anggap ianya biasa sahaja.Tak best.Orang lain semua pun boleh buat.Akibatnya kita terlepas pandang dan tiada tarikan untuk kita lakukannya lagi.

Kejayaan dalam hidup berkait rapat dengan kekuatan yang kita milikki.Kita perlu ada sekurang-kurang dua kekuatan utama iaitu kekuatan dalam aspek kehidupan dan kekuatan dalam aspek kesihatan.Kekuatan yang meliputi segala aspek kehidupan ialah kekuatan ekonomi,kekuatan sosial dan kekuatan politik.Kekuatan yang meliputi segala aspek kesihatan pula ialah kekuatan fizikal,kekuatan mental,kekuatan emosi dan kekuatan rohani kita.Kekuatan ekonomi bermakna kesenangan yang kita dan keluarga kita nikmati tanpa mempunyai hutang.Kekuatan sosial bermakna kelesaan kita dalam pergaualan,kerjaya dan berkeluarga.Kekuatan politik bermakna kebebasan kita membuat keputusan dalam memilih kerajaan yang bertanggungjawap untuk menjaga kesetabilan Negara dan kepentingan kita.Kekuatan fizikal bermakna setiap masa kita bertenaga dan tidak over weight atau obese.Kekuatan mental bermakna setiap masa pemikiran kita segar,cergas dan alert.Kekuatan emosi bermakna setiap masa kita berjaya mengawal emosi kita dan bukan emosi yang mengawal kita.Kekuatan rohani bermakna akaun amalan kita sentiasa positif dan bertekad untuk mencapai tahap keburukan sipar.

Realiti Dalam Kehidupan

Nafsu sebenarnya pengawal utama kita.Kita terpengaruh untuk membeli rumah lebih besar secara berhutang.Kita terpengaruh untuk membeli peralatan rumah kita secara berhutang.Kita terpengaruh untuk membeli kenderaan kita secara berhutang.Kita tidak lagi mengamalkan budaya setiap kali memasak,nenek kita mengasingkan segenggam beras dalam tempayang beras yang lain.Kalau nenek kita dahulu memasak tiga kali sehari,beliau akan menyimpan kembali tiga genggam beras yang beliau ingin masakkan itu.Budaya menyimpan ini mudah,tetapi kita tidak mengamalkannya.Ini sebenarnya menjadi asas kapada budaya menyimpan sekarang.Datuk nenek kita dahulu kala telah pun mengajar kita dengan budaya murni ini.

Kita terpengaruh oleh ego kita.Kita menjadi manusia aku aku,engkau engkau.Pergaulan kita terhad.Kita terlalu sibuk dengan kerjaya kita.Kita tiada mempunyai masa berkualiti dengan keluarga kita.Kita tidak mengamalkan budaya senyum,walaupun kita selalu dengar ustaz kita cakap senyum adalah sebahagian dari iman.

Kita tidak lagi bebas untuk menyatakan pendapat kita.Media mengawal cara pemikiran kita dalam politik,walaupun pada hakikatnya kita tahu keadaan sebenar apa yang berlaku di persekitaran politik Negara kita.Kita tiada pilihan lain selain akur dengan apa yang media dorongkan kita siapa yang kita perlu pilih sebagai pemimpin kita.Kita tiada kekuatan dalam politik kerana kita tidak dapat memastikan siapa sebenarnya pemimpin kita yang boleh benar-benar menjaga kesejahteraan dan kemajuan kita,agama kita dan Negara kita.Pemimpin yang amanah dan tidak berkepentingan peribadi dan keluarga.

Kita terlalu selesa berada di kerusi empok kita samada di pejabat atau di rumah.Kita terlalu tekun bekerja dan terlalu terpaku didepan tv kita.Kita tidak mengamalkan budaya sihat samaada dipejabat atau di rumah kita.Terlalu sedikit kita peruntukkan masa kita untuk kuatkan fizikal kita,walaupun realiti nya kita punya masa untuk berbuat demikian.

Kita telah bekerja sekarang,tidak perlu lagi kita membaca buku,tidak perlu lagi kita mebuat rujukan dan kita tidak perlu lagi menghafal apa-apa perkara.Itu semua kerja-kerja kita dahulu semasa dibangku sekolah.Sekarang kita sudah jadi orang besar.Kita tidak lagi melakukan eksesais otak untuk kuatkan mental kita.Kita dah menjadi mulai malas untuk berfikir secara serious dalam apa sahaja bidang yang kita terlibat.

Kita sudah berjaya sekarang.Kita dah jadi bos besar.Sudah jadi saudagar besar.Jadi emosi kita juga naik turun ikut mood kita.Selalu kita dengar kelohan kakitangan kapada bos yang berjaya ini ‘hari ini mood bos kureng’ ‘bos tengah moody sekarang,tak usah kacau dia’.

Rumah kita hanya 100 meter dari surau atau masjid.Pejabat kita walaupun ditingkat 40 tetapi mempunyai surau di ground floor dalam bangunan yang sama.Kita walaupun terlalu banyak masa teruang, selalunya kita juga ada banyak alasan untuk kita jarang melawat rumah Allah ini.Ingatan dan perbincangan kita kapada isu-isu ekonomi,sosial dan politik baik dari dalam atau luar Negara juga cukup untuk menjustifikasikan kita untuk tidak banyak masa mengingati Allah SWT.Kita mungkin ada kekuatan lain,tetapi kekuatan rohani kita walaupun tidak zero tetapi terlalu rapuh dan mudah tercabar!




Tips

Sebenarnya segala kekuatan ini terbina melalui amalan kita terhadap perkara-perkara mudah dan kecil.Amalan bermakna kita melakukannya setiap masa secara consistent dan continuous.Menyimpan 10% dari pendapatan kita setiap bulan dalam ASB adalah mudah.Kita boleh lakukannya mulai sekarang.Senyuman yang boleh mengembirakan hati orang lain adalah mudah.Ramah mesra dan friendly akan menjadikan aura kita disenangi oleh semua mereka yang berinteraksi dan bergaul dengan kita adalah mudah.Kita boleh lakukannya mulai sekarang.Menegaskan pilihan kita terhadap siapa pemimpin yang kita percaya untuk menjaga kepentingan kita sebenarnya mudah.Kita boleh tentukan sendiri apakah kreteria pemimpin yang kita ingin pilih.Sekiranya seseorang pemimpin itu memenuhi kreteria kita ini maka beliau lah yang menjadi pilihan kita.Media hanya memberi kita maklumat,walaupun tidak semuanya benar.Kita yang mempunyai keputusan terakhir siapa yang ingin kita pilih.Ia nya adalah mudah. Kita boleh lakukannya mulai sekarang.

Kita boleh setiap setengah jam bangun dan berjalan-jalan disekitar pejabat kita dari hanya duduk berjam-jam dikerusi empok kita.Kita boleh ketika menalefon atau menjawap telefon dengan berdiri atau berjalan-jalan disekitar meja kita,supaya kita dapat pecahkan keselesaan kita dengan hanya duduk di kerusi.Kita boleh setiap setengah jam berjalan turun tangga naik tangga semasa advertisement break walaupun kita terpaku dengan program kegemaran kita di tv.Kita pun boleh berjalan kaki sekadar 10 minit dari tempat parking kereta kita ketempat yang kita ingin pergi atau lawati.Tetapi kebiasaannya naluri kita sebolehnya ingin parking didepan pintu tempat yang kita ingin pergi itu.Kita sebenarnya boleh naik tangga ke tingkat dua atau tiga bangunan pejabat kita.Semasa di sekolah dahulu cikgu PE kita ajar supaya kita selalu squatting,jumping/skipping atau on the spot running, pumping/pushup setiap pagi.Ianya adalah mudah dan tidak perlu kita keluar rumah pun untuk lakukannya.Kita boleh lakukannya mulai sekarang.Tidak perlu kita tunggu ada kelapangan untuk eksesais dijimnasium.Masa itu tidak akan kunjung tiba!

Ruangkan setiap hari dengan membaca AlQuran 10 ayat tidak lah mencuri masa kita lebih dari 5 minit.Ruangkan setiap malam dengan membaca sepotong Hadith tidak lah sangat mencuri masa kita lebih dari 5 minit.Menghapal ayat-ayat pilihan kita setiap hari tidak lah sepayah yang kita selalu fikirkan.Semua ini merupakan eksesais yang boleh menguatkan mental dan daya berfikir kita.Ianya adalah mudah.Kita boleh lakukannya mulai sekarang.

Kita bos yang berjaya,tidak salah sekiranya kita mesra dengan kakitangan kita.Ianya mudah untuk kita kawal perasaan kita demi untuk keceriaan persekitaran pejabat kita.Bos pun boleh sekali sekala buat joke dengan kakitangan semua.Senyuman,ketawa dan joke adalah jamu yang mujarab untuk ubati penyakit moody kita.Ia juga menjadi ramuan untuk mengekalkan keremajaan seseorang.Itu tidak lah susah sangat untuk kita amalkan.Ianya adalah mudah.Kita boleh lakukanya mulai sekarang.

Tahap keimanan berkait rapat dengan kekuatan kerohanian seseorang.Sentiasa mengingati Allah SWT dalam setiap masa bukannya sesuatu yang sukar dilakukan.Semasa memandu boleh berzikir.Semasa eksesais boleh berzikir.Kurangkan browsing semasa di pejabat selama 5 minit untuk sembahyang dhuha tidak lah boleh menyebabkan bos kita tidak suka kapada kita.Bangun awal pagi sekitar jam 5 adalah mencukupi untuk kita bersama Allah SWT dalam sembahyang tahajud dan witir.Kebiasaan menjadikan amalan ini sebenarnya mudah.Alah bisa tegal biasa!Sedikit sedikit lama-lama jadi bukit.Tidak salah kita buat banyak banyak dan terus jadi gunung,masalahnya kita tak buat walaupun sedikit sedikit!Hakikatnya ini juga mudah.Kita bolehnlakukanya mulai sekarang.

No comments:

Post a Comment