Goreng disini bukan bermakna kelakuan menggoreng apa-apa makanan dalam kuali.Menggoreng sesuatu makanan dalam kuali itu adalah makna goreng yang biasa kita fahami.Goreng yang biasa kita fahami ada ramuan-ramuan saperti chili,bawang merah,bawang putih,kicap,rempah ratus dan lain-lain, ikut siapa chef dan jenis makanannya.Tetapi maksud goreng yang ingin disampaikan melalui coretan ini ialah untuk menggambarkan sifat mengkelentung secara lebih bersopan dan halus oleh saseorang kapada orang lain.Mengkelentung agak kasar bunyinya.Ia mengandungi pengertian meliputi sifat-sifat saperti menipu,memutarbelit,berbohong atau tidak bercakap benar.Menjadi adat orang kita, kalau nak kata orang ini menipu atau mengkelentung orang itu,kasar bunyinya.Tetapi kalau di katakan orang ini menggoreng orang itu,ianya agak lembut walaupun maknanya hampir sama.Ada yang mengamalkan budaya goreng ini secara amateur,ada yang lakukannya secara professional.Ada yang melakukannya secara tidak sengaja.Ada yang lakukannya secara sengaja.Ada yang melakukannya secara adhoc dan ada pula yang melakukannya secara terancang.Tetapi ada juga yang lebih parah dimana tabiat menggoreng ini telah menjadi amalan biasa hidupnya.Kalau tidak dapat menggoreng orang lain seolah-olah kehidupannya tidak sempurna. Menggoreng dengan makna mengkelentung juga ada ramuan-ramuan tertentu.Kebiasaannya ramuan yang dipilih ialah yang berkaitan dengan kawan-kawan,kelas tuition,wanita cantik,wang ringgit,projek,kedudukan,kuasa,pengaruh dan lain-lain, ikut siapa yang menggoreng dan siapa yang ingin digorengkannya.
Realiti Dalam Kehidupan
Orang suka menggoreng orang lain disebabkan berbagai-bagai alasan.Ada alasan yang bertujuan positif dan ada yang bertujuan negetif.Tetapi kesemuanya beranggapan yang menggoreng itu boleh memberi kepentingan kapada orang yang melakukannya.Seorang pelajar dalam keadaan tertentu ingin melepas diri dari hukuman guru disiplin terpaksa menggoreng gurunya.Anak yang ingin terlepas dari dimarah ibu bapa terpaksa menggoreng ibu bapanya.Suami atau isteri yang ingin mendapat kasih sayang yang berlebihan oleh pasangan masing-masing terpaksa menggoreng isteri atau suami masing-masing.Kakitangan yang ingin terlepas dari di marahi bos terpaksa menggoreng bosnya.Bagitu juga ada setengah kakitangan yang ingin membodek bosnya supaya bosnya lebih suka kapadanya juga selalu menggoreng bosnya.Ketua-ketua Jabatan atau Agensi yang tidak siap kerja yang dipertanggungjawapkan oleh Menteri juga terpaksa memikir berbagai cara,jalan dan jawapan untuk menggoreng Menteri dalam setiap meeting Post-Cabinet.Pemimpin juga tidak terlepas dari menggoreng rakyat.Beliau samada masih bertugas atau telah pun bersara setiap masa mengambarkan diri nya adalah jaguh pejuang nasib rakyat,tetapi hakikatnya rakyat tidak pernah dibela oleh beliau.Yang beliau bela adalah rakan-rakan perniagaannya secara senyap.Yang kaya raya adalah rakan-rakan dan saudara mara beliau sahaja.Hakikat ini tidak diketahui oleh rakyat jelata,kerana cara dia menggoreng adalah bertaraf world class.Kata pemimpin ini ‘mereka kaya raya diatas titik peluh dan usaha gigih mereka,kamu semua juga boleh jadi kaya raya jika kamu semua berusaha kuat saperti mereka’.Itu lah kata-kata pemimpin ini untuk menggoreng dan mengkaburi mata rakyat jelata.Banyak contoh pemimpin-pemimpin sedemikian di seluruh dunia.Tetapi akhirnya rakyat juga lah yang menjatuhkan mereka ini.
Semua contoh-contoh diatas menggambarkan bahawa setiap lapisan masyarakat terlibat dalam budaya goreng menggoreng ini.Saolah-olah budaya goreng ini tiada apa salahnya.Kita semacam dah sebati mengamalkan budaya goreng ini.Kita tidak tahu pun ia adalah satu kesalahan.Ia adalah satu dosa besar.Dosa besar kerana kita melakukannya berulang kali setiap masa.Kita ulanginya selalu kerana kita tidak rasa apa-apa guilty conscious apabila kita seronok menggoreng orang lain.Orang lain buat,jadi apa salahnya kita juga buat.
Untuk jangka pendek orang yang suka menggoreng terlepas dari dikesan oleh pihak yang beliau gorengkan itu.Tetapi pada adat dan kebiasaannya,lama kelamaan satu hari orang yang suka menggoreng ini dapat juga dikesan dan diketahui orang.Lambat laung tembelang dan rahsia orang ini akan pecah juga.Lagi pula body language orang yang selalu kerjanya menggoreng ini ada saja yang tidak kena.Air mukanya,pergerakkan tangan,kepala,senyuman dan lain-lain kelakuannya sedikit sebanyak dapat dikesan bahawa dia sebenarnya sedang menggoreng.Kelakuan orang yang suka menggoreng ini lebih kurang sahaja dengan cekapnya seorang mamak yang sedang menggoreng mee mamak!
Tips
Pokok pangkalnya sifat dan intention saseorang itu akan menentukan samada beliau seorang kaki goreng atau tidak.Kalau beliau ada perasaan guilty conscious maka beliau tidak akan lakukannya.Kalau beliau ada perasaan takut berdosa,beliau tidak akan lakukannya.Kalau beliau seorang yang masih ada sedikit iman dalam dirinya beliau tidak akan tergamak untuk goreng orang lain sesuka hatinya.Beliau sedar dan hati kecilnya selalu ingatkan dia bahawa Allah SWT mengetahui tabiat buruk ini.Allah SWT maha mengetahui dan maha melihat.
Untuk buang segala tabiat dan keinginan kuat untuk kita menggoreng,kita perlu mantapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan.Kita setiap waktu harus melengkapkan diri kita dengan persediaan.Laksana tanggungjawap kita dengan betul dan sebaik mungkin.Buat homeworks kita seikhlasnya.Buat rujukkan kita sebolehnya.Perkata atau persembah sesuatu yang benar walaupun ia mungkin tidak disenangi pihak lain,tetapi perlu lah matang dan berhemah.Mengaku sekiranya ada kekurangan.Nyatakan segala rintangan yang dihadapi secara rational dan boleh diterima oleh semua pihak.Dengan persediaan yang mantap dan rapi kita menjadi perkasa dan yakin.Air muka kita dapat mencerminkan kejujuran kita.Kita tidak perlu pesimistik dan tidak perlu menikus.Hanya orang pesimistik dan menikus sahaja mengambil pendekatan untuk menggoreng.Yakin lah kebenaran tetap unggul.Kebenaran akan menghapus segala bentuk kebatilan.Akhirnya orang yang bercakap benar adalah pemenang yang mutlak.
No comments:
Post a Comment