Friday, April 01, 2011

Orang Tidak Suka Fokus-Coretan 29

Fokus bermakna memberi tumpuan dan perhatian kapada satu isu atau perkara dalam satu masa tertentu sehingga ianya selesai dilaksanakan dengan sempurna.Fokus membolehkan kita memusatkan segala usaha kita dan resources kita bagi memastikan sesuatu yang kita laksanakan itu berhasil.Apa yang sepatutnya berlaku apabila kita fokus?Kita mampu memperuntukkan masa kita,pemikiran kita,minat kita,hati,sanubari,semangat dan jiwa kita, kapada apa yang sedang kita lakukan.Kita peruntukkan wang,pekerja atau lain-lain sumber yang kita milikki kapada apa yang sedang kita lakukan.Cara ini sahaja dapat meminimakan peratus kegagalan terhadap apa-apa sahaja yang sedang kita laksanakan.Bila sedemikian disiplin dan cara yang kita fokus kapada pelajaran kita,insyaAllah kita tidak akan gagal dalam pelajaran kita.Bila sedemikian disiplin dan cara yang kita fokus kapada kerjaya kita,insyaAllah kita tidak akan gagal dalam kerjaya kita.Bila sedemikian disiplin dan cara yang kita fokus kapada perniagaan kita,insyaAllah kita tidak akan gagal dalam perniagaan kita.Bila kita focus,kita tahu dengan jelas halatuju kita.Kita tahu dengan jelas matlamat kita.Kita tahu dengan jelas bila timeframe dan dateline kita.Dengan fokus,kita ternampak-nampak kejayaan dan hasil kita.

Realiti Dalam Kehidupan.


Ambitious atau bercita-cita besar tidak salah.Ianya tidak juga berlawan dengan fokus.Semua orang perlu think big and dream high saperti yang pernah kita bincangkan sebelum ini.Tetapi kebanyakkan kita mempunyai sifat tamak,sifat tidak sabar dan sifat kelam kabut.Sifat-sifat ini berlawan dengan fokus.Tamak menyebabkan kita hendak kapada banyak perkara atau semua perkara dalam satu masa.Tidak sabar menyebabkan kita tidak mampu mengawal nafsu kita untuk mendapat hasil atau melihat kejayaan dengan segera.Kelam kabut menyebabkan kita cuba melaksanakan semua perkara dalam satu masa.Akhirnya yang di kejar tidak dapat yang dikendung berciciran.

Seorang pelajar cenderung untuk membuat ijazah secara double major,kononnya beliau mampu.Akhirnya beliau lulus secara average sahaja dan sukar untuk berkembang dalam kerjayanya.Seorang peniaga restoran yang berjaya lebih baik mengembangkan perniagaannya dalam bidang catering atau food processing daripada mencuba nasib dalam bidang pembinaan atau pembangunan hartanah.Beliau mahir dan berpengelaman dalam industri makanan,kenapa perlu terlibat dalam satu industri yang baru yang terlalu asing untuk beliau.

Saperti lipas kudung.Lipas bila kudung dia akan berlari keserata tempat dan ceruk dengan pantas tetapi tiada halatuju yang jelas.Saperti lipas di cucuk pin.Lipas bila di cucuk pin dan kita pegang secara terbalik,kita lihat lapan kakinya tidak berhenti-henti bergerak,tapi tidak dapat kemana-mana pun.Kita terlalu familiar dengan kata-kata, ‘saya terlalu sibuk’ atau ‘setiap hari saya sampai dirumah jam 9.30 malam,banyak kerja dipejabat’.Membuat 10 projek dalam satu masa memang menjadikan kita terlalu sibuk.Tetapi melaksanakan satu projek dalam satu masa sehingga berjaya,kemudian mulakan satu lagi projek lain selepas itu sehingga berjaya,juga membolehkan kesemua 10 projek tersebut dilaksankan dan mungkin siap dalam tempuh masa yang hampir sama atau mungkin lebih sedikit.tetapi kita yakin kejayaannya.Kita jimat masa kerana pengawasan dan penyeliaan dapat di buat dengan lebih cekap untuk satu-satu projek.Learning curve untuk kita perbaikki kelemahan akan jadi singkat bila kita fokus.Pengelaman dapat diperolehi dan dikuasai dengan lebih berkesan,mendalami dan berfaedah.Risiko yang ditanggung dapat di minimakan.Projek yang terbengkalai dapat di elakkan sama sekali.Shortage of resources dapat di atasi.Banyak lagi penjimatan masa dan segala sumber yang terlibat dapat kita perolehi melalui disiplin dan fokus ini.

Sekarang banyak pihak mengamalkan pendekatan ‘multi-tasking’.Konsep ini hanya sesuai untuk peringkat atau kumpulan pengurusan rendah saperti kerani dan yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi.Gulungan professional dan peringkat pengurusan menengah tidak seharusnya mengamalkan pendekatan pengurusan multi-tasking ini.Ia mengurangkan efficiency dan productivity.Ia tidak membantu saseorang kakitangan memperolehi kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diminatinya.Ia boleh menambah kekeliruan dalam diri kakitangan tersebut.Belum habis satu tugas,bos bagi dia tugas lain.Belum sempurna tugas baru,dia dah kena pergi meeting ganti bos di outstation pula.Kerja beliau tidak sempurna walaupun mungkin siap secara tergesa-gesa,kajian dan rujukan tidak dapat dibuat dengan sempurna,kualiti kerjanya tentu tidak sempurna,kemahiran tidak diperolehi dengan sempurna,pengelaman yang diperolehi tidak sempurna.Bukan sahaja syarikat atau pejabatnya rugi,bosnya rugi dan akhirnya beliau sendiri tidak berjaya dalam kaerjayanya.

Tips

Elak sama sekali mengamalkan budaya pengurusan lipas kudung atau lipas di cucuk pin.Cahaya matahari boleh membakar apa sahaja apabila ianya di fokuskan.Dengan fokus, pandangan kita jelas sejelas 20/20.Dengan fokus,confidence level kita tinggi untuk mencapai kejayaan yang kita idam-idamkan.Dengan fokus,kita berjaya menambah kemahiran kita secara berterusan.Dengan fokus, kita akan menjadi lebih kreatif dan innovatif kerana kita terdedah dengan lebih khusus lagi kapada teknologi terkini dalam bidang yang kita terlibat.Fokus tidak menjadikan kita monotonous saperti kata setengah pihak,kerana kita setiap masa tercabar untuk meneroka pengelaman dan peluang baru dalam bidang yang kita terlibat.Dengan fokus kita mempunyai banyak masa yang berkualiti yang kita dapat ruangkan kapada keluarga kita.Dengan fokus, kita mempunyai masa untuk bermanja dengan diri kita dari segi keagamaan dan kesihatan kita.Dengan fokus,membolehkan kita mudah mencapai kebahagian di dunia dan juga di akhirat.

No comments:

Post a Comment