Monday, April 11, 2011

Orang Tiada Kekuatan Untuk Berfikir-Coretan 32

Berfikir juga merupakan satu bentuk eksesais.Saperti eksesais fizikal yang biasa kita lakukan,otot-otot kita terbina dengan beransur-ansur bila kita eksesais secara regular.Sel-sel baru dikeluarkan untuk membina otot-otot ini.Oksigen dan cecair akan memasukki seluruh badan dan sel-sel badan kita dengan kuantiti yang bertambah bila kita selalu eksesais.Kita menyedut udara(oksigen) dengan banyak,kita minum air dengan banyak bila kita eksesais.Sekiranya diet kita pula mengandungi kadar protein yang mencukupi maka otot-otot kita lebih cepat terbina.Begitu juga dengan otak kita.Sel-sel otak kita akan diperbaikki dan tumbuh baru bila kita kerap eksesais otak kita.Kekerapan eksesais akan menambah oksigen dan tahap kelembapan otak kita. Seorang kanak-kanak remaja kebiasaannya memilikki lebih kurang 100 billion sel-sel otak dan berkurangan sehingga ketahap kira-kira 20 billion sahaja bila mencecah usia 80 tahun.Saiz otak juga semakin mengecut dan kekeringan dengan semakin bertambahnya umur kita.Ini berlaku disebabkan sel-sel otak yang kekurangan oksigen,vitamin,mineral dan air,akan mempercepatkan kadar kematian sel-sel otak kita.Bila sampai ketahap ini kebiasaan dan majority manusia menjadi tidak alert lagi,pelupa dan nyanyuk.

Cara dan bentuk eksesais otak ialah,disamping eksesais fizikal biasa,kita perlu membaca,menelaah,mengira,menghafal saperti ayat-ayat AlQuran,AlHadith atau fakta-fakta,menulis,browsing,menonton,meninjau dan memerhati kejadian Allah SWT dan lain-lain yang berkaitan dengan aktiviti yang boleh mengaktifkan otak kita.Kekerapan kita eksesais otak kita akan meningkatkan kesihatan, keupayaan dan produktiviti otak kita untuk berfikir dan mengeluarkan idea-idea yang bernas.

Tidor merupakan masa kita rehatkan seluruh badan kita termasuk otak kita.Tetapi sekiranya kita melebihkan tidor kita badan kita terasa keletihan.Kepala kita pun sakit bila kita tidak cukup tidor.Tetapi kepala kita juga sakit apabila kita sengaja tidak mahu bangkit dari tidor kita.Kita paksa pejamkan mata kita.Pada hakikatnya kita telah pun jaga dan sedar.Tidor kita telah cukup apabila kita tidor sekurang-kurang 5 jam dan tidak lebih dari 8 jam.Ia bergantung kapada umur kita.Apabila kita paksa untuk kita sambung tidor kita,kita menjadikan otak kita pasif.Kita sengaja membuat otak kita tidak berfungsi.Kita sengaja menjadikan otak kita tidak eksesais.Tindakan kita ini sebenarnya menyebabkan sel-sel otak kita jadi lemah.Sel-sel otak kita tidak mendapat supply oksigen secukupnya.Tindakan kita ini menggalakkan free radikal dalam otak kita aktif menyerang dan merosakkan sel-sel otak kita yang baik.Sekiranya tabiat begini berterusan ianya boleh memendekkan umur sesaorang.Kita perlu eksesais fizikal dan otak kita untuk menjadi diri kita sentiasa segar dan cergas.Kita perlu eksesais fizikal dan otak kita untuk kita menjadi awet muda dan prolong kan hayat kita. Maklumat lanjut dalam perkara ini boleh dirujuk kapada buku saya bertajuk ‘Diet Hang Tuah’.

Realiti Dalam Kehidupan


Kita selalu mendengar keluhan saperti ‘I have no strength to think’.Saya tidak ada kekuatan untuk berfikir.Keluhan begini mungkin disebabkan kita dah tidak mampu lagi berfikir,kita tidak boleh lagi berfikir atau kita sengaja malas untuk berfikir.Dalam bilik darjah atau kuliah kita diam.Dalam mesyuarat kita diam.Orang menjemput kita berseminar kita tolak.Orang minta kita membentang kertas kerja kita tolak.Orang jemput kita untuk intellectual discourse kita tolak.Orang hendak buat appointment untuk jumpa kita, kita buat secara selektif kerana kita tidak mahu banyak berinteraksi dengan ramai orang.Orang jemput kita sebagai ahli penal untuk forum tertentu kita tolak.Rakan atau pelajar lain pelawa kita untuk join study group kita tolak.

Apabila kita malas berfikir,lama kelamaan kita tidak akan mampu berfikir dengan cara berkesan lagi.Kita biasakan otak kita untuk tidak aktif,maka otak kita semakin sehari menjadi semakin pasif,menjadi semakin dormant.Kita menjadi semakin sehari semakin tidak bermaya,menjadi semakin tidak bertenaga,menjadi semakin tiada power lagi.Kita coruk dalam pelajaran kita.Kita tidak diperdulikan dalam pejabat kita.Perniagaan kita menjadi semakin menurun.Kuasa kita menjadi semakin malap.Pengaruh kita menjadi semakin berkurangan.Kita menjadi semakin tidak selesa dalam kehidupan berkeluaga kita seharian.Kita menjadi semakin macam kera sumbang dalam pergaulan kita.Kita menjadi semakin layu,selayu daun-daun yang tiada dibajai pokoknya.Otak kita menjadi kering saperti daun-daun yang kering,yang tidak lagi boleh memperoses makanan kapada pokok itu.

Tips


YABhg Tun Mahathir Mohammad,mantan PM kita telah berumur lebih 80 tahun.Judging kapada segala aktiviti-aktiviti Tun,beliau seolah-olah masih berumur disekitar 50han sahaja.30 tahun lebih remaja dari umur sebenarnya.Keremajaan Tun kerana Tun banyak melakukan eksesais terhadap otak nya.Sehingga otak nya sentiasa remaja,cergas dan segar.Tun masih boleh berkongsi buah fikiran dan pendapat dengan sesiapa sahaja.Tun masih boleh menulis buku.Tun masih boleh menulis blog.Tun masih boleh melawat dan meninjau keindahan alam semula jadi di luar Negara.Tun masih boleh memberi berbagai syarahan dan ceramah.Tun masih boleh memberi komentar secara spontan dan sinis saperti biasa kapada TV station dalam dan luar Negara khususnya mengenai jahatnya Yahudi dan lain-lain isu global.Buah fikiran dan pandangan Tun di hormati,digeruni dan disegani bukan sahaja oleh masyarakat kita malahan oleh masyarakat dunia.Kekebalan dan dayatahan Tun ini adalah berpunca dari tahap kesihatan fizikal dan mental beliau yang tinggi.Dari segala aktiviti,keupayaan dan kemampuan Tun ini, kita boleh membuat andaian bahawa beliau sentiasa eksesais baik secara fizikal atau mental.Kita boleh membuat andaian bahawa Tun mengamalkan satu diet yang baik.Sel-sel otak Tun saya yakin sentiasa segar dan bertahan dalam kuatiti yang sama kalau tidak pun semakin bertambah. Saya yakin sangat Tun seorang yang sangat tekun membaca.Saya yakin sangat Tun adalah seorang yang banyak membuat berbagai rujukan baik melalui browsing,menonton berbagai jenis filem,perbincangan atau menelaah berbagai bahan bacaan terkini.Saya yakin sangat Tun membaca walaupun tulisan itu mengenai sejarah, teknologi,mengenai seni atau mengenai plants,mengenai pertukangan tangan atau pada hakikatnya mengenai apa sahaja yang menjadi minat dan yang Tun ingin mengetahuinya.Orang lain tidak boleh goreng Tun,orang lain tidak boleh mengkelentung Tun.Saya yakin sangat Tun seorang yang meticulous,seorang yang terbuka dan peka terhadap banyak isu dan perkara.

Sekiranya kita tidak mahu menjadi seorang yang malas untuk berfikir.Seorang yang tiada kekuatan untuk berfikir,maka saya mengesyorkan kita ikut cara hidup Tun.Saya mengandaikan Tun sentiasa menjaga dan mempertahankan kekuatan fizikal dan mental nya.Saya tidak ada privilege untuk mengetahui cara hidup YABhg Tun yang sebenarnya. Semua andaian ini adalah semata-mata bergantung kapada pemerhatian dan pembacaan saya mengenai Tun sahaja.Tetapi saya ada keyakinan bahawa Tun adalah seorang yang selalu eksesais fizikal dan mentalnya, aktif aktiviti hariannya dan mencintai segala bentuk cabaran terhadap kebijaksanaan,intelek dan kehidupan hariannya.

No comments:

Post a Comment