Monday, April 25, 2011

Orang Yang Tidak Berjaya Mengurus Kejayaan-Coretan 34

Semua kita impikan kejayaan.Semua kita bekerja kuat untuk berjaya.Semua kita tidak mahu kejayaan kita hanya sementara.Semua kita tidak mahu kejayaan yang dinikmati hanya separuh jalan.Semua kita ingin kekalkan kejayaan kita sampai bila-bila.Semua kita ingin setiap perkara yang kita lakukan menghasilkan kejayaan.

Sekarang kita telah berjaya.Kita gembira sekali kerana kita sebenarnya telah berjaya.Kita berjaya dalam pelajaran kita.Kita berjaya dalam kerjaya kita.Kita berjaya dalam kehidupan kita.Kita berjaya dalam perniagaan kita.Kita berjaya dalam politik kita.Mengejar kejayaan sememangnya payah.Tidak senang untuk jadi senang.Mengurus kejayaan rupa-rupanya lebih payah daripada berusaha mencapai kejayaan.Ramai kita gagal dalam mengurus kejayaan kita.We failed in managing our success.

Realiti Dalam Kehidupan

Ramai orang yang berjaya tidak dapat mempertahankan kejayaan mereka.Ramai pelajar semasa peperiksaan SPM berjaya mendapat 10 A,tetapi tidak dapat menyambung pelajaran mereka sehingga graduate dan mendapat ijazah.Mereka terkandas dalam pengajian mereka separuh jalan.Ada kita juga terbaca berita seorang pelajar dalam umur belasan tahun telah graduate dengan kelas pertama,tetapi berakhir dengan gagal dalam kehidupan sehariannya.Beliau menjadi pelacur kelas atasan.

Tiger Woods pemain golf no 1 dunia sehingga 2010,tidak semena-mena dan mengejutkan peminat beliau diseluruh dunia jatuh ke no 7 dunia setahun selepas kejadian car accident dan terbongkarnya kecurangan beliau kapada isterinya dalam bulan November 2009.Tiger gagal memenangi sebarang tournament dari 18 yang disertai beliau.Rory Mcllroy mendahului tiga hari berturut-turut dalam 2011 Golf Master Tournament dengan kelebihan 4 bawah par dari pencabar terdekat, tetapi berakhir dengan kedudukan no 15 di hari ke 4.Kejohanan itu di menangi oleh Charl Schwartzel.Minggu berikutnya di Malaysia Open, Rory Mcllroy juga pendahulu dihari ke 3 tetapi kalah kapada Manassero dalam tournament tersebut.Rory Mcllroy tidak mempunyai cukup kuat dayatahan mental untuk menguasai tekanan persaingan yang terlalu tinggi.Umur beliau 21 tahun mungkin terlalu muda untuk mengawal tekanan dan perasaan semasa pertandingan yang sengit itu.Sebaliknya Manassero yang baru berumur 17 tahun lebih berjaya dalam kedua-dua aspek mengawal tekanan dan perasaan tetapi juga persaingan.Beliau mempunyai mental strength yang mengkagumkan.

Generasi pertama berjaya dalam perniagaan.Generasi kedua berjaya mengembangkan empayar perniagaan.Tetapi generasi ketiga mula sedikit demi sedikit meruntukkan segala kejayaan yang di bina oleh dua generasi sebelumnya.Atuknya seorang miskin membina satu perniagaan yang berjaya.Anaknya yang merupakan seorang anak orang kaya berjaya mengembangkan perniagaan ini,tetapi cucunya yang juga seorang yang tersangat kaya,mula sedikit demi sedikit meroboh empayar perniagaan peninggalan atuknya itu.

Ramai ahli politik atau pemimpin bertungkus lumus untuk berjaya.YABhg Tun Abdullah,bekas PM kita berjaya menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan atau dalam partinya.Tetapi apabila berjaya menjawat jawatan tertinggi sebagai Perdana Menteri,beliau gagal untuk terus berkuasa.YB Dato Seri Anwar Ibrahim,Ketua Pembangkang telah berada diambang kejayaan dan popularitinya memuncak,tetapi terkandas dipertengahan jalan.

Ramai PTD atau Ketua Jabatan bertungkus lumus melakukan apa sahaja termasuk kuat melobi dan membodek untuk berjaya dan naik pangkat.Ada yang berjaya memegang jawatan tinggi JUSA atau lebih.Tetapi apabila berjaya menjawat jawatan ini,mereka gagal untuk terus menerus berjaya dalam kerjayanya ini.Akhbar sentiasa melaporkan ada dikalangan mereka yang ditangkap basah bersama dengan bekas setiusaha atau kawan wanita mereka.Ramai juga pegawai tinggi termasuk bekas Menteri yang didakwa oleh SPRM kerana rasuah atau terlebih harta berbanding dengan kemampuan.

Semua senario diatas memang berlaku dan sebenarnya wujud.Kenapa ini berlaku?Kenapa seorang pelajar pintar gagal dalam hidupnya?Kenapa pemain golf terkenal dunia gagal dalam pertandingan golf yang disertainya.Kenapa ahli korporat diatas gagal mengekalkan perniagaan yang sedang berkembang?Kenapa pemimpin-pemimpin politik diatas gagal bertahan walaupun telah berada dipuncak?Kenapa ketua jabatan diatas gagal mengembangkan lagi kerjayanya? Kenapa semuanya gagal mengurus kejayaan yang telah terbina dan dicapai itu?

Tips

Mengekalkan kejayaan perlukan kemahiran tersendiri.Kemahiran bekerja dan berusaha membolehkan kita mencapai kejayaan.Kemahiran kita mengurus kejayaan tidak sama dengan kemahiran yang diperlukan untuk kita berjaya.Ramai orang gagal untuk berjaya.Ianya sudah lumrah.Ramai orang yang sudah berjaya tetapi gagal untuk mengurus kejayaan mereka.Ini sesuatu yang interesting untuk kita mengetahui sebabnya.Kita beranggapan orang yang berjaya terus menerus berjaya.Rupa-rupanya tidak.Ia bergantung kapada kemahiran dan kebijakasanaan mereka dalam mengurus kejayaan mereka.Orang berjaya boleh gagal dan kegagalan mereka sangat mengecewakan bukan sahaja diri mereka atau keluarga mereka sendiri tetapi juga orang lain yang mengikuti kisah mereka di semua jenis media.

Cinta,wanita,harta,tahta,buta hati,takada dayatahan mental,takada dayatahan perasaan,takada dayakawal tekanan dan takada kesabaran adalah antara perkataan-perkataan yang berkaitan dengan ‘ta’ dikatakan samada salah satu atau kombinasi penyebab-penyebab utama orang tidak berjaya mengurus kejayaan mereka.Ada juga yang berkata ianya berkaitan dengan perkataan-perkataan yang berakhir dengan ‘it’ dan bermula dengan ‘bu…’ dan ‘du..’(budu).Perkataan yang bermula dengan bu dan berakhir dengan it itu sensitive sikit,jadi biar lah pembaca sendiri yang mentafsirnya.Ada kebenaran dalam kedua-dua teori diatas.Kita boleh membuat analisa kita sendiri terhadap semua contoh-contoh diatas.Ulasan satu persatu mungkin boleh dibuat dengan mudah di ruangan yang lebih besar.Tetapi sekadar membuka minda kita dan menjadi pengajaran kapada kita supaya kita berjaya mengurus kejayaan kita,maka kita hendak lah elak,tutup rapat segala ruang dan jangan terlibat sama sekali dengan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan ‘ta’ dan ‘it’ ini dalam kehidupan kita.InsyaAllah kita mampu mengurus kejayaan kita untuk selama-lamanya.Semua perkataan-perkataan ini adalah pada hakikatnya adalah ditegah sama sekali oleh Allah SWT untuk kita terlibat dan dilibatkan diri.Kalau pun kita mahu juga terlibat,libatkan lah diri kita dengan perkataan-perkataan ini secara yang diizin dan diridhai oleh Allah SWT.Teori ini nampak macam lebih releven kapada lelaki tetapi sebenarnya falsafah dan pengajarannya adalah releven untuk semua termasuk juga untuk kaum wanita.

Ramai contoh orang-orang yang berjaya mengurus kejayaan masing-masing,tetapi yang paling dekat dengan kita ialah YABhg Tun Dr Mahathir.Tun bukan sahaja berjaya mengurus kejayaan beliau dengan jayanya,tetapi beliau juga berjaya mengurus berbagai krisis yang dihadapi beliau dengan cemerlangnya.Kerjaya beliau yang paling terserlah dan diketahui umum ialah sebagai seorang ahli politik.Kenapa Tun begitu berjaya dalam menghadapi berbagai krisis dan berjaya mempertahankan kejayaannya?Jawapannya ialah:Cinta-Setahu kita Tun hanya mencintai YABhg Tun Hasmah,satu satunya isteri beliau.Wanita-Tun berjaya membentengi atau me watertight kan diri beliau dari sebarang bentuk fitnah berkaitan dengan wanita atau sek,walaupun ada juga percubaan.Harta-Tun memberi fokus sepenuh jiwa raganya kapada peranan dan kerjaya beliau sebagai ahli politik,tiada sebarang aduan rahsuah terhadap beliau.Tahta-Tun memang berada diatas puncak atau tahta kuasa,tetapi beliau mempunyai kemahiran yang tinggi mengurus tahta ini dan kita rakyat tidak menghidu sebarang bentuk keangkuhan dan salah guna kuasa oleh beliau.Dayatahan mental-Tun terlalu kebal dan handal,kekuatan mental Tun adalah super.Dayatahan perasaan-Tun terlalu kuat convictions nya.Dayakawal tekanan-Tun berdepan dengan berbagai tekanan dari dalam dan luar Negara dari berbagai segment masyarakat dan perspektif,tetapi Tun terlalu pintar,rational dan logikal menghadapi semuanya.Kesabaran-Tun terlalu banyak bersabar dalam mengharungi kerjaya politiknya yang lebih 30tahun itu.Semua perkara yang berkaitan dengan ‘ta’ dapat diurus dengan bijaksana oleh Tun.Saya yakin Tun terlalu faham bahawa sekiranya beliau terlibat dengan perkataan ‘ta’ beliau tidak akan berjaya saperti mana kejayaan yang beliau nikmati sepanjang hidupnya.Tun sememang nya berjaya dengan cemerlang dalam mengurus kejayaan dirinya.Beliau sebenar-benarnya seorang pengurus mega yang sangat berjaya dan boleh dicontohi.

No comments:

Post a Comment