Tawakkal bermakna menyerahkan 100% keyakinan kita kapada Allah SWT setelah kita berusaha.Usaha wajib kita lakukan.Hasil usaha kita tersebut hanya Allah SWT yang tentukan.Allah yang memberi kita kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan.Semakin gigih usaha kita semakin tinggi lah darjah kebijaksaan kita,semakin banyak lah ilmu pengetahuan kita.Semua ini hanya datang dari Allah SWT.Sesiapa kita yang menyerah diri bulat-bulat kapada Allah,maka Allah akan cukupkan baginya,iaitu Allah akan menolong dan menyelamatkannya.Apabila kita yakin kita hanya ada Allah,maka kita yakin hanya Allah penolong kita.Ini pegangan kita sebagai seorang muslim sejati.Apabila pegangan kita ini kuat maka semakin kuat lah tahap keyakinan kita,semakin kuat lah tawakkal kita kapada Allah SWT.Semakin kuat lah kepercayaan kita bahawa Allah SWT mempunyai dan memain peranan dalam segala aspek kehidupan kita.Allah berperanan dalam segala aspek keputusan kita dan Allah berperanan dalam segala aspek tindak tanduk kita.Allah SWT sebenarnya ada peranan.
Realiti Dalam Kehidupan
Kebanyakkan kita lupa bahawa Allah ada peranan.Cakap kita,pemikiran kita,tindak tanduk kita,mencerminkan seolah-olah Allah tidak berperanan langsung.Dalam kehidupan kita seharian kita dapat saksikan bahawa ramai di antara kita bebas layak orang,bebas pukul orang,bebas fitnah orang ,bebas khianat orang,bebas bunuh orang atau bebas burukkan orang.Kita terlalu angkuh,kita terlalu sombong,kita sanggup berbohong,kita terlalu riak,kita terlalu takabur,kita terlalu bangga diri.Kita rasa di dunia ini kitalah paling berkuasa.Kita rasa kita berada diatas undang-undang Negara dan hukum Allah SWT.Kita buat apa sahaja yang dapat memenuhi selera dan nafsu kita.Kita lakukan apa sahaja yang kita fikir dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup kita dan keluarga kita.Kita lakukan apa sahaja yang kita fikir boleh menjamin kedudukan dan kuasa kita.Kita manipulasi segala macam bentuk maklumat.Kita putar belit segala macam bentuk kenyataan.Kita seleweng segala macam bentuk fakta.Kita katakan ianya putih walaupun kita semua tahu ianya hitam.Kita gunakan segala pengaruh kita untuk katakan ianya putih,supaya semua orang percaya ianya putih walaupun sebenarnya ia adalah hitam legam.Kita katakan ianya hitam legam walaupun semua tahu ianya putih melepak.Kita gunakan segala pengaruh kita untuk katakan ianya hitam legam supaya semua orang percaya ianya hitam legam walaupun sebenarnya ia adalah putih melepak.
Ini gambaran tentang ragam kehidupan manusia apabila pemikiran,jiwa dan tindaktanduk kita terlalu mengikut kehendak nafsu kita sendiri.Terlalu mengikut kebijaksanaan yang kita beranggapan kita terlalu bijak.Terlalu mengikut ilmu pengetahuan dan pengelaman yang kita beranggapan kita terlalu banyak memilikkinya. Kita hanya percaya kapada apa yang kita fikirkan betul sahaja.Kita menggunakan akal fikiran kita semata-mata tanpa rujuk AlQuran,tanpa rujuk AlHadith dalam memberi pendapat dan pandangan.Dalam membuat komentar kita.Dalam membuat keputusan kita.Kita tidak terfikir pun perlu kah kita sembahyang istikorah sebelum kita membuat sesuatu keputusan kita,sebelum kita buat tindakan kita.Kita angkuh,kita sombong dan kita terlalu bangga diri.Kita lupa peranan Allah SWT.
Tips
Walau sebanyak mana sekali pun pengelaman dan kuasa kita,walau sebijak mana sekali pun kita,walau sebanyak mana sekali pun ilmu kita baik ilmu agama atau ilmu pengetahuan lainnya,kita jangan terlalu takkabur.Semua orang ingin berjaya.Semua orang ingin selamat dan sejahtera.Semua pelajar ingin mendapat kelulusan cemerlang.Semua pekerja ingin mendapat kejayaan dalam kerjaya masing-masing.Semua pemimpin ingin kekal berkuasa.Semua kita tidak mahu menghadapi sebarang bentuk kegagalan,sebarang bentuk penganiayaan,sebarang bentuk kezaliman dan sebarang bentuk kekecewaan.Tiada halangan untuk sesiapa berusaha secara gigih,secara adil,secara professional,secara gentlemen dan secara yang diridhai oleh Allah SWT.Setelah kita lakukan segala usaha dengan bagitu bersungguh-sungguh dan tekun sekali,maka kita berdoa dan kita bertawakkal.Kita serah kapada Allah pula memainkan peranan Nya.Jangan sekali-kali kita lupa bahawa Allah SWT ada peranan.Allah sangat mengetahui dan memahami kapada siapa yang Allah ingin bantu atau restui permintaan dan keinginannya,kapada siapa yang Allah ingin makbul dan perkenankan doanya.Kita perlu ingat Allah adalah penolong kita.Kita perlu bertawakkal.Kita perlu menyerah diri kita kapada Allah SWT.Kita perlu sedar kita adalah hambaNya yang hina dina.Kita tiada kuasa apa-apa.Kalau pun kita beranggapan kita ada kuasa,itu hanya dipinjamkan sementara sahaja kapada kita.Allah yang maha berkuasa,maha perkasa dan maha mengetahui segala-galanya.Kefahaman sedemikian akan meletakkan diri kita ditempat yang sepatutnya.Ia akan mengenalkan diri kita kapada kita sebenar-benarnya.Ia akan menginsafkan kita.
No comments:
Post a Comment