Wednesday, May 18, 2011

Orang Yang Tidak Dapat Mengawal Stress-Coretan 38

Stress adalah satu bentuk tekanan perasaan wujud apabila kita berhadapan dengan sesuatu kejadian yang buruk,yang menyedihkan,yang kita tidak dapat menerima atau yang sangat tidak menyenangkan kita,berlaku diluar jangkaan kita sama sekali.Ia boleh berlaku kapada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur,lelaki dan perempuan.Bayi baru lahir dah mula stress sebaik sahaja keluar dari rahim ibunya dengan menangis,apabila beliau terkejut dengan dunia barunya.Seorang pelajar akan mengalami stress sekiranya menjangka 10A dalam SPM nya tetapi hanya berjaya mendapat 7A,2B dan 1C sahaja.Seorang graduan kejuruteraan akan stress sekiranya beliau mendapat berita bahawa permohonan nya untuk menjadi seorang property maintanace assistant manager dengan gaji rm 3000 hanya di tawarkan rm 2500 sahaja sebulan.Seorang eksekutif terkejut besar bila bos beliau memberi satu tugasan yang sangat mencabar dengan dateline yang terlalu singkat dari yang sepatutnya.Seorang usahawan oil & gas akan stress sekiranya tender syarikatnya untuk projek M&E dengan Petronas gagal.Seorang akauntan akan stress bila mendapat berita yang tunangnya yang sedang berkursus Master in Technology Management di MIT,USA mengalami kemalangan jalan raya semasa snow storm.Seorang ahli politik akan mengalami stress bila mendapat berita kekalahan tipis beliau semasa pilihanraya,walaupun beliau bagitu yakin dapat memenanginya.Seorang isteri akan mengalami stress apabila suaminya tidak semena-mena menceraikan beliau dengan talak satu semasa mereka bertengkar kerana isu tidak dapat pergi holiday ke New Zealand yang telah mereka sama rancang enam bulan lepas.Seorang lelaki yang terperanjat besar mungkin bertindak membunuh mangsa rogolnya yang tiba-tiba menjerit kuat.Pasangan tidak berkahwin membuat keputusan mengugurkan bayi mereka apabila terkejut dengan berita pasangan nya telah hamil dua bulan.

Punca stress dalam contoh-contoh diatas jelas berbagai-bagai.Ia boleh wujud kerana menghadapi berbagai bentuk cabaran,kegagalan,kejutan diluar jangka atau kekecewaan samaada dalam pelajaran,pergaulan,percintaan,rumah tangga,kerjaya,perniagaan,politik atau lain-lain aspek kehidupan harian kita.

Realiti Dalam Kehidupan

Boleh dikatakan setiap kita mengelamai stress.Dari seringan-ringan stress saperti rasa bersalah kerana terlewat bangun tidor,sehingga kapada seberat-berat stress saperti kehilangan pasangan yang kita sangat cintai.Kita juga dapat mengenalpasti seseorang yang sedang mengalami stress melalui tingkah laku seseorang itu..Kegagalan dalam pepereksaan menyebabkan kita tiada selera untuk makan,bersendirian dalam bilik dan muram.Kegagalan dalam percintaan atau perceraian menyebabkan kita hilang tenaga,terlalu sedih dan tidak dapat mengawal perasaan.Kekecewaan dalam kerjaya menyebabkan kita tidak dapat fokus,sukar untuk menyiapkan tugasan,menjadi pelupa dan tiada semangat untuk berusaha lebih.Kegagalan dalam perniagaan menyebabkan seseorang boleh terlibat dalam berbagai aktiviti tidak bermoral saperti merokok dengan tidak putus-putus,minum arak,menipu,merasuah dan mengkhianati pesaing.Kegagalan dalam politik boleh menyebabkan seseorang kehilangan keyakinan diri dan harga diri dan terdorong untuk melakukan sesuatu bentuk strategi dan muslihat jahat,asal sahaja beliau dapat berkuasa.Banyak lagi bentuk perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh mereka yang sedang menghadapi tekanan lebih-lebih lagi sekiranya tekanan yang dihadapi itu adalah termasuk dalam kategori yang sangat serious.Ada sehingga sanggup merosakkan harta benda saperti membakar rumah,menjejas dan merosakkan keimanan dan aqidah,membunuh diri,membunuh orang lain walaupun ahli keluarga sendiri,mencipta dan menyebarkan fitnah,membuat konspirasi jahat,malah ada yang jatuh sakit saperti sakit mental,obesity,darah tinggi,denyutan jantung tidak normal,serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Pemikiran waras tidak lagi wujud.Perasaan benci dan marah tidak dapat di kawal lagi.Segala keputusan dan perbuatan hanya mendapat arahan dan kepimpinan dari nafsu dan syaitan melebihi dari keimanan,ketaqwaan dan kewarasan.

Tips

Stress dan cortisol adalah sinonim.Cortisol merupakan satu hormone yang dikeluarkan oleh kilang adrenal terletak berhampiran dengan buah pinggang kita.Hormon cortisol ini merupakan satu hormone yang bertindak mengawal berlakunya stress.Seseorang yang mengelamai stress secara automatik menyebabkan otak kita memberi arahan untuk kilang adrenal mengeluarkan hormone cortisol dengan banyak.Kelakuan dan tindaktanduk kita yang sedang stress banyak bergantung kapada sebanyak mana pula hormone cortisol kita di keluarkan.Semakin banyak hormone ini semakin agresif dan ganas kelakuan kita dan semakin tinggi risiko kesihatan kita.Semakin agresif dan ganas kita semakin gagal kita mengawal emosi,keputusan dan tindak tanduk kita.Semakin tinggi cortisol semakin tinggi pula hormone eicosenoid dan insulin dikeluarkan oleh badan kita.Semakin tinggi ketiga-tiga hormone ini di keluarkan semakin menjadi lebih serious stress kita dan semakin tinggi pula risiko untuk kita mendapat obesity,tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

Ini bermakna kita perlu mengawal pengeluaran hormone cortisol untuk kita mengawal dan memulihkan stress kita.Sembahyang fardhu,sembahyang sunat,banyakkan puasa sunat,berzikir,membaca AlQuran dan sentiasa berwudhud adalah amalan harian yang terbaik dan paling mujarab untuk kita mencapai ketenteraman jiwa dan ketenangan hidup. Terdapat juga banyak pendekatan dan teknik-teknik pengurusan barat yang merumuskan berbagai formula untuk mengatasi stress.Semua formula ini mempunyai matlamat yang sama dengan pendekatan secara islam iaitu untuk mencapai ketenteraman jiwa dan ketenangan hidup.

Jiwa tenteram,hati tenang,fikiran waras dan tindak-tanduk kita terkawal adalah penentu utama turun naik nya jumlah hormone cortisol yang dikeluarkan oleh kilang adrenal kita.Terkawalnya pengeluaran hormone cortisol maka terkawal lah pula pengeluaran hormone eicosenoid dan hormone insulin.Apabila ketiga-tiga hormone ini dalam jumlah yang normal dan seimbang maka terkawal dan terubat lah stress kita.Semakin pulih stress kita,semakin normal hidup kita.Kita menjadi semakin positif.Kita menjadi semakin tenang.Kehidupan kita semakin teratur.Kita menjadi semakin bijak dalam membuat keputusan.Tidor kita semakin lena.Diet kita semakin seimbang.Badan kita menjadi semakin sihat dan segar bugar dan pemikiran kita menjadi semakin alert dan tajam.Kita pulih sepenuhnya dari stress kita.

1 comment:

  1. Menangani stress.

    Banyakkan bersabar..Yakinlah setelah lapar ada kenyang, selepas haus ada kepuasan, setiap tangisan akan berakhir pada senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, kegelisahan akan sirna oleh kedamaian..Untuk itu jangan merasa terhimpit kerana setiap keadaan pasti berubah. Sebaik-baik ibadah adalah menanti kebahagiaan dengan sabar...Ya Allah, hiasilah hati ini dengan kesabaran yang indah dalam menerima segala takdirmu..Amin..

    ReplyDelete