Monday, October 31, 2011

Think Big Dream High Keyakinan 3,‘Rabbana Atiena Fid-dunia Hassanah Wa Fil A’khirati Hassanah Wa Kina Azaa-bannar’ -Coretan 60

Daruttaqwa adalah sebuah negara umat islam yang mengamalkan pengajaran dari doa ‘Rabbana atiena fid-dunia hassanah wa fil a’khirati hassanah wa kina azaa-bannar.’Sementara Darurriya’ adalah sebuah negara umat islam yang mengutamakan kekayaan kebendaan dan berbangga dengan kekayaan dunianya tersebut.

Kedua-dua negara umat islam ini Alhamdullillah dianugerahkan oleh Allah SWT kekayaan hasil bumi dan kesuburan buminya.Lokasi kedua-dua negara ini juga amat strategik mempunyai pantai yang panjang dan pemandangannya sangat cantik.Jumlah penduduknya masing-masing agak bersamaan iaitu sekitar 30 juta majoriti beragama islam.Pendapatan per capital kedua-dua negara ini pun agak sama iaitu lebih kurang USD$20,000.Gross Domestic Products(GDP) kedua-dua Negara ini pun hampir sama iaitu kira-kira USD$600 billion.Keluasan kedua-dua negara umat islam ini pun masing-masing kira-kira 1.5 juta km persegi.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Kebanyakkan para pemimpin Darurriya’ adalah beragama islam dan mendapat pendidekkan awal dan post graduate mereka samada di Eropah atau di Amerika Syarikat(USA) atau kedua-duanya sekali.Ketua Negara ini juga mendapat pendidekkan undang-undangnya dari sebuah universiti dari USA.

2.Memandangkan Negara Darurriya’ adalah sebuah negara yang kaya,maka para pemimpinnya banyak mencontohi dan memodelkan perancangan pembangunan Negara ini berasaskan model pembangunan di negara-negara maju saperti di Eropah,USA atau Jepun.

3.Walaubagaimana pun para pemimpin Darurriya’ inginkan sesuatu projek pembangunan mereka lebih modern,canggih dan terbaik di dunia mengatasi apa yang di dapati di negara-negara maju yang lain.Reka bentuk,ketinggian,saiz,bahan yang digunakan,perhiasan untuk semua bentuk struktur saperti bangunan,tempat rekreasi,dan segalanya adalah yang paling unik,tiada terdapat ditempat lain dan terbaik di dunia.Semua projek pembangunan tertumpu dibandaraya-bandaraya utama sahaja.Secara purata kekuasan kawasan pembangun disekitar 4,000 km persegi setiap satunya,berpusat di 5 bandaraya utama termasuk ibu negera Darurriya’.Ini menyebabkan setiap bandaraya mengalami kesesakkan lalulintas yang dahsyat.Untuk mengatasi jem ini kerajaan terpaksa membina keretapi bawah tanah MRT dengan belanja berbillion USD.

Kawasan-kawasan lain di Negara ini adalah terbiar dan mundur secara berbanding dengan bandaraya ini.

4. Darurriya’ negara kaya jadi para pemimpin mereka sanggup membayar berapa sahaja jumlahnya asalkan negara mereka terkenal di seluruh dunia dalam segala aspek pembangunan negara tersebut.Sekiranya tidak mencukupi mereka sanggup berhutang dengan berbagai cara saperti menjual bon-bon yang dijamin oleh kerajaan Darurriya’ untuk membiayai projek-projek gergasi dan mega mereka.Kerajaan juga menjemput pelabur dari seluruh dunia dengan diberi jaminan pulangan minima untuk beberapa tahun keatas pelaburan mereka oleh pihak kerajaan.Kadar pulangan yang dijamin adalah lebih tinggi dari kadar LIBOR.Ini menyebabkan berlumba-lumba para pelabur asing datang melabur dinegara ini.

5.Penumpuan projek-projek pembangunan terbatas kapada beberapa bandaraya sahaja menyebabkan keadaan inflasi bertambah.Tiada rakyat tempatan mampu memilikki hartanah di kota-kota besar ini.Hanya pelabur dan peniaga asing sahaja dapat memilikki dan menyewa hartanah dan premis-premis perniagaan.Mereka menguasai perniagaan dinegara umat islam ini.

6. Negara Darurriya’ semakin sehari menjadi semakin kaya.Para pemimpin semakin sehari semakin sibuk kerana pembangunan begitu pesat.Fokus setiap pemimpin adalah kapada projek-projek pembangunan mengikut kementerian masing-masing.Mereka juga sesama sendiri bersaing diantara satu sama lain bagi menghasilkan yang terbaik didunia.Ini menyebabkan masa dan resources 90% diperuntukkan kapada mesyuarat dengan para ketua jabatan,para konsultan,pelabur asing,bankers,pakar-pakar kewangan saperti dalam bidang insuran,pengurusan assets,dan melakukan banyak study tour keseluruh dunia terutama kebandaraya-bandaraya terbesar didunia.Masa untuk mendampingi rakyat jelata adalah terbatas dan tidak menjadi keutamaan.

Tips


1.Kebanyakkan para pemimpin Daruttaqwa adalah beragama islam dan mendapat pendidekkan awal dan post graduate mereka dari UIA di Malaysia.Setengahnya mendapat pendidekkan dari Eropah dan dari USA atau kombinasi dari ketiga-tiga puast ilmu pengetahuan ini.Ketua Negara ini mendapat pendidekkan beliau sehingga ke tahap PhD dari Universiti Islam Antarabangsa(UIA),Malaysia.Yang jelas dan terpenting adalah,kesemua mereka terdiri dari gulungan professional yang think big dream high yang beriman dan bertaqwa.Sifat-sifat ini menjadi ikutan setiap rakyat Daruttaqwa.

2.Memandangkan Daruttaqwa adalah sebuah negara yang kaya tetapi baru dapat menerokai kekayaan hasil bumi negara mereka,maka para pemimpin negara ini merancang dengan teliti model pembangunan demi untuk melonjakkan lagi pembangunan mereka ke tahap yang lebih maju.Sebenarnya Daruttaqwa adalah sebuah model negara islam contoh.

3.Ketua Negara Daruttaqwa banyak membuat kajian mendalam untuk thesis MBA dan PhD beliau mengenai bagaimana para sahabat dan selepas sahabat Nabi SAW membangunkan negara Islam.Fokus khusus diberi kapada semasa pemerintahan Khalifah Umar Alkhattab dan semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.Beliau juga mengarah Kementerian-Kementerian yang terlibat membuat kajian dan penelitian tentang segala aspek pembangunan negara-negara maju diEropah,USA dan Jepun sebagai perbandingan.Semua kajian-kajian ini beliau ambil kira dalam merancang model pembangunan negara Daruttaqwa.

4. Ketua Negara Daruttaqwa membuat keputusan untuk membangunkan negara beliau secara menyeluruh kesegenap pelusuk tanahair tidak hanya menumpukan projek-projek pembangunannya kapada beberapa buah bandaraya sahaja.Beliau juga tidak memberi keutamaan kapada projek-projek infrastruktur yang bersaiz mega.Segala-galanya berasaskan kesederhanaan,walaupun modern.

5.Bangunan modern dan tertinggi dinegara ini tidak melebihi 15 tingkat, dimana kos pembangunannya tidak melebihi USD$ 10juta,berbading dengan kira-kira USD$2billion untuk satu bangunan pencakar langit katakan setinggi 90 tingkat keatas.Penjimatan beratus billion USD ini dapat digunakan untuk membina Bandaraya-bandaraya baru yang berkonsepkan ‘garden city’ meliputi kawasan yang luas diseluruh pelusuk Negara tersebut.Keluasan setiap garden city ini kira-kira 1,000 hingga 4,000 km persegi.Ia dipenuhi kira-kira 40% oleh pokok-pokok yang rendang dan taman-taman bunga yang berwarna-warni.Rekabentuk semua city garden saperti resorts percutian ini tersusun rapi dan sangat bersistematik lengkap dengan segala infrasruktur yang modern bagi mengelak dari berlakunya kesesakkan lalulintas,banjir atau lain-lain bentuk malapetaka.

Berasaskan konsep garden city dan resorts ini,kerajaan mensasarkan 20 Bandaraya-bandaraya modern setahun akan dibangunkan.Kerajaan tidak menumpukan projek-projek pembangunan di beberapa buah bandaraya sahaja.Sebaliknya pembangunan harus menyeluruh supaya setiap rakyat tempatan mendapat faedah sepenuhnya dari semua projek pembangunan negara tersebut.Semua sumber termasuk tenaga mahir,pakar,perunding,pengurus-pengurus adalah dari dalam.Kepakaran luar tidak diambil langsung.

6.Kecantikan Daruttaqwa dan kemesraan serta kebijaksanaan rakyatnya,menyebabkan Negara ini dapat menarik kira-kira 25 juta pelancung setahun dan meningkat kira-kira 15% setahun.Kedatangan pelancung bukan terhad kapada bandaraya utama sahaja tetapi adalah menyeluruh kesegenap pelusuk negara ini.Walaupun negara ini mempunyai hanya tiga international airport tetapi kemudahan keretapi komuniti,intercity train dan highways sangat effisien dan menyeronokkan.Kira-kira 30% penduduk yang mahir terlibat dalam industri pelancungan ini.Harga makanan,pengangkutan dan penginapan adalah kira-kira 40% lebih murah berbanding dengan bandaraya-bandaraya lain di dunia.Satu lagi tarikan pelancungan kenegara ini ialah kadar jenayah dan rahsuah yang paling rendah didunia.

7.Pembangunan yang menyeluruh ini akan dapat mengawal tekanan inflasi khususnya terhadap harga dan sewaan hartanah,barangan kegunaan harian dan semua jenis barangan dan perkhidmatan dinegara tersebut.Ini menyebabkan semua perniagaan dapat dan mampu di jalankan oleh rakyat tempatan.

8.Airport-airport,port-port,pusat-pusat rekreasi,keretapi komuniti atau inter-city highways semuanya dibuat secara sederhana.Highways hanya dua lorong sebelah kiri dan dua lorong sebelah kanan sahaja,tidak saperti highways dinegara Darurriya’ yang kebanykkannya enam lane,tiga sebelah kiri dan tiga sebelah kanan.Penjimatan boleh diguna untuk membina lebih banyak jalan-jalan modern bertar tetapi kecil,stadium-stadium kecil,port-port kecil,ke seluruh pelusuk Negara tersebut.

9.Seluruh umat islam dan institusi-institusi perniagaan dinegara Daruttaqwa selain membayar cukai,wajib membayar zakat.Segala bayaran zakat 2.5% dikecualikan dari membayar cukai.Segala wang zakat dan wakaf diguna untuk membangun projek-projek mampan saperti ladang ternakan,ladang makanan asasi Negara tersebut,sekolah-sekolah yang mengajar segala aspek kemahiran kapada rakyat khususnya gulungan asnaf,hospital-hospital bersaiz sederhana diseluruh Negara,premis-premis perniagaan mampu milik,masjid-masjid dan mussola-mussola,rumah-rumah penginapan harga murah untuk musafir dan berbagai projek lain yang boleh membangunkan gulungan asnaf,sehingga mampu berdikari.Ketua Negara Daruttaqwa mensasarkan dalam masa 8 tahun atau dua penggal pemerintahan beliau, negara ini tidak lagi mempunyai gulungan fakir miskin yang berhak menerima zakat.Beliau juga meletakkan KPI kerajaan nya bahawa segala bentuk kemiskinan akan terhapus dalam tempoh ini.

10.Daruttaqwa telah juga memperuntukkan sebanyak USD$ 10 billion wang zakat negara tersebut setiap tahun,untuk membiayai projek-projek mampan saperti yang dilaksanakan di negara ini,kapada negara-negara islam yang miskin lainnya diseluruh dunia.Beliau menyalurkan wang zakat ini kapada institusi zakat dunia(WZO) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur,Malaysia.

Monday, October 24, 2011

Think Big Dream High,Keyakinan 2,Anak Dirumah Jangan Dibiarkan Mati kelaparan-Coretan 59

Orang yang tidak beriman yakin mereka mendapat kebenaran hati dan naluri mereka apabila mereka melakukan apa-apa keputusan dan tindakan.Lebih-lebih lagi sekiranya keputusan dan tindakan itu memberi kebaikkan kapada diri mereka baik secara langsung atau pun tidak secara langsung.Dalam banyak keadaan mereka juga terpandu kapada selera dan cita rasa bos-bos diatas mereka dalam membuat keputusan dan tindakan ini.

Orang yang beriman yakin mereka mendapat petunjuk,panduan,idea dan hidayah Allah SWT apabila mereka membuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu tindakan.Orang beriman yakin kerana sebelum membuat sesuatu keputusan dan tindakan penting kita mengadu terlebih dahulu kapada Allah SWT melalui solat istikorah.Walaupun kita seorang professional yang think big dream high,kita tidak sewenangnya membuat keputusan sendiri.Siapa kita yang pandai-pandai membuat keputusan sendiri,lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan kepentingan orang ramai.Kita terlebih dahulu memohon kapada Bos kita Yang Maha Besar untuk mendapat hidayah.

Realiti Dalam Kehidupan

1.Alhamdullillah bumi negara-negara umat islam diseluruh dunia dianugerahkan terlalu banyak kekayaan.Terdapat berbagai jenis galian saperti minyak,emas,boxide,berlian dan sebagainya.Tanah mereka juga subur menghasilkan berbagai bijiran,sayuran dan tumbuhan.Tetapi malangnya penduduk Negara-negara ini kurang berkemahiran,kurang berkepakaran,kurang berteknologi.Mereka terpaksa menggunakan kepakaran,kemahiran dan teknologi orang lain.Kebanyakan mereka adalah yang tidak beriman untuk mengurus harta kekayaan negera-negara ini.

2.Apabila harta kekayaan umat islam di urus oleh kebanyakkan orang yang tidak beriman,ini bermakna orang yang tidak beriman menaklok harta kekayaan bumi umat islam.Ini seterusnya bermakna mereka menaklok minda dan pemikiran umat islam.Ini seterusnya bermakna mereka menaklok dan mempengaruhi keputusan dan tindakan umat islam.Ini seterusnya bermakna umat islam akan menjadi lebih bergantung kapada orang-orang yang tidak beriman.Lebih berkiblat kapada orang-orang yang tidak beriman.Ini seterusnya bermakna umat islam khususnya para pemimpin mereka tidak lagi membuat keputusan dan tindakan berpuncakan hidayah dari Allah SWT.Ini seterusnya bermakna umat islam semakin sehari semakin menjadi orang-orang yang juga tidak beriman.Kebanyakkan keputusan dan tindakan mereka yang berkaitan dengan ekonomi,politik atau sosial adalah adalah lebih berpihak kapada untuk kepentingan mereka yang tidak beriman.Seolah olah kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.

3.Ekoran dari cara pemikiran yang berkiblatkan kapada orang-orang yang tidak beriman dan terlalu kebaratan maka kebanyakan kegiatan ekonomi negara-negara umat islam juga telah banyak dipengaruhi oleh pemikiran orang-orang yang tidak beriman dan kebaratan ini.Maka berlumba-lumba lah pemimpin-pemimpin umat islam ini riak dalam mempamirkan kehebatan masing-masing.Kehebatan ini biasa nya ditunjuk melalui kehebatan pembangunan inrastruktur sistem pengangkutan,infrastruktur sistem kewangan dan pembangunan fizikal.Contohnya lebuharaya modern,sistem pengakutan modern,sistem kewangan dan bangunan-bangunan pencakar langit samada untuk tujuan kommersial,residential atau rekreasi.Sekali lagi kebanyakkan pemilik dan mereka yang terlibat dalam menguruskan segala bentuk pembangunan ini dalah orang-orang yang tidak beriman.

Tips


Beberapa contoh pembangunan di negara-negara umat islam yang menelan bertrillion USD,yang melebihi dari apa yang diperlukan untuk kebahagiaan hidup didunia secara sederhana untuk kesemua 1.8 billion umat islam.Semua pembangunan ini sebenarnya adalah terlalu berlebihan dan semata-mata kerana riak dan saling bersaing diantara satu sama lain.Ia bukan lagi menggambarkan kesederhanaan saperti yang dituntut oleh islam. Ia bukan sahaja sekadar renungan kita bersama selaku seorang professional yang think big dream high dan beriman,tetapi lebih kapada apakah tindakan positf dan konstruktif yang perlu kita lakukan secara kolektif dan bersatu padu.

1.Adakah infrastruktur dan sistem pengangkutan termodern dan tercantik didunia lebih penting bagi orang-orang yang beriman berbanding dengan projek-projek ternakan kambing,biri-biri atau lembu untuk sumber makanan berkhasiat dan berprotein bagi para fakir dan miskin diseluruh dunia?Ini lah soalan,keputusan dan tindakan seorang professional yang think big dream high yang beriman harus jawap kapada diri kita sendiri dan seterusnya membuat keputusan dan tindakan untuk kebaikkan dan kepentingan umat islam.

2.Adakah hutan-hutan simen konkrit buatan manusia,yang design dan reka bentuknya tercantik dan tercanggih didunia lebih penting dari hutan-hutan menghijau pokok padi,gandum,barli,pisang,zaitun,apple,anggur untuk mengeyangkan gulungan fakir dan miskin diseluruh dunia?Ini lah soalan,keputusan dan tindakan seorang professional yang think big dream high yang beriman harus jawap kapada diri kita sendiri dan seterusnya membuat keputusan dan tindakan untuk kebaikkan dan kepentingan umat islam.


3.Adakah bangunan-bangunan pencakar langit yang paling tinggi didunia,lebih penting bagi orang-orang yang beriman berbanding dengan persekolahan,pendidekkan kemahiran,pendidekkan kepakaran dan kemajuan teknologi yang tidak merosakkan untuk gulungan fakir dan miskin diseluruh dunia?Ini lah soalan,keputusan dan tindakan seorang professional yang think big dream high yang beriman harus jawap kapada diri kita sendiri dan seterusnya membuat keputusan dan tindakan untuk kebaikkan dan kepentingan umat islam.


4.Adakah padang golf termodern didunia dengan hadiah pemenang golf yang lumayan atau court tennis termodern dengan hadiah pemenang tennis yang lumayan didunia atau stadium-stadium tetutup beraircondition dan tercanggih didunia atau litar-litar formula one yang termodern didunia,lebih menaikkan lagi nama negara umat islam berbanding dengan program-program kesihatan saperti hospital,klinik-klinik desa,ubat-ubatan,veksin untuk mencegah kematian awal anak-anak,orang tua umat islam yang fakir dan miskin diseluruh dunia?Ini lah soalan,keputusan dan tindakan seorang professional yang think big dream high yang beriman harus jawap kapada diri kita sendiri dan seterusnya membuat keputusan dan tindakan untuk kebaikkan dan kepentingan umat islam.

5.Adakah segala bentuk bayaran kapada para consultant,kontraktor-kontraktor,assets management companies,pengurus-pengurus dana,pengurus-pengurus harta,penasihat-penasihat,keuntungan,dividen,gaji,alaun yang nilainya mungkin mencecah multi-billion USD setahun dibayar kapada orang-orang yang tidak beriman yang terlibat dalam projek-projek mega diatas, adalah lebih keutamaannya dari membina rumah-rumah kediaman kapada umat islam yang fakir dan miskin yang tidak pernah ada tempat untuk berteduh?Ini lah soalan,keputusan dan tindakan seorang professional yang think big dream high yang beriman harus jawap kapada diri kita sendiri dan seterusnya membuat keputusan dan tindakan untuk kebaikkan dan kepentingan umat islam.

6.Untuk lulus dalam ujian keimanan dan ketaqwaan ini, seorang professional yang think big dream high dan yang beriman wajib menjawap ‘tidak’ kapada semua soalan diatas.Kita juga wajib terlibat dalam membuat keputusan dan tindakan demi untuk menghapuskan segala bentuk kefakiran dan kemiskinan yang dialami oleh umat islam sejagat.Kita tidak boleh membiarkan anak sendiri mati kelaparan dengan mengutamakan susu kita untuk kenyangkan kera dihutan.

Monday, October 17, 2011

Think Big Dream High,Keyakinan 1,Jadi lah Sebatang Lidi-Coretan 58

Mereka yang tidak beriman berkeyakinan bahawa dunia hari ini dan yang akan datang adalah kepunyaan mereka.Sepintas lalu keyakinan ini ada asasnya.Secara berbanding segala bentuk kekuatan saperti kekuatan ekonomi,kekuatan ilmu pengetahuan,kekuatan teknologi,kekuatan jaringan,kekuatan lobi melobi,kekuatan politik,kekuatan ketenteraan, dan kekuatan media massa dan maklumat adalah milik mereka yang tidak beriman kapada Allah SWT.Orang yang beriman segala galanya berkurangan.Tidak mungkin apa-apa projek bersaiz mega dalam apa bidang sekali pun mampu dibuat oleh orang yang beriman.Tidak mungkin orang beriman mampu bersaing dengan orang tidak beriman apabila ianya melibatkan kewangan,pengaruh dan kuasa.Orang beriman tidak mempunyai sumber kewangan,pengaruh dan kuasa yang mencukupi berbanding dengan orang tidak beriman.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Terlalu ramai orang yang beriman tergulung dari kalangan orang-orang yang miskin dan mundur.Ini membuatkan semakin kuat kepercayaan orang yang tidak beriman bahawa mereka adalah lebih superior berbanding dengan orang yang beriman.

2.Terlalu ramai orang yang tidak beriman semakin sehari semakin mencapai kejayaan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi mereka.Ini membuatkan mereka menjadi semakin sombong dan angkuh.

3. Terlalu ramai orang yang tidak beriman semakin sehari menjadi semakin kaya raya.Ini membuatkan mereka menjadi semakin gelojoh dan tamak untuk mengumpul kekayaan.

4.Terlalu ramai orang yang tidak beriman semakin sehari menjadi semakin banyak memilikki harta benda.Ini membuatkan mereka menjadi semakin berbangga, riak dan takkabur.

5.Terlalu ramai orang yang tidak beriman semakin sehari menjadi semakin mewah.Ini membuatkan mereka menjadi semakin lalai dan lupa diri.

6.Terlalu ramai orang yang tidak beriman semakin sehari menjadi semakin menguasai politik dunia.Ini membuatkan mereka menjadi semakin biadab dan bebas melakukan apa sahaja bentuk pengkhianatan dan kerosakkan kapada dunia dan terhadap orang yang beriman.

7.Terlalu ramai orang yang tidak beriman semakin sehari menjadi semakin menguasai media massa dan maklumat.Ini membuatkan mereka menjadi semakin kuat memutarbelitkan berita dan maklumat demi untuk kepentingan mereka semata-mata.

Tips

1.Kenyakinan orang yang tidak beriman sememangnya begitu.Mereka merasakan dunia ini milik mereka.Mereka bebas melakukan apa sahaja demi untuk menguasai dunia ini.Kita sebagai orang yang beriman lebih-lebih lagi seorang professional yang think big dream high juga mempunyai keyakinan.Aspek keyakinan kita berbeza dengan aspek keyakinan mereka.Bagi kita dunia ini sebenarnya milik Allah SWT yang hanya dipinjamkan kapada maklokNya secara sementara.Kapada kita manusia tempoh pinjaman secara puratanya kira-kira 70 tahun sahaja.Dalam tempoh ini kita diamanahkan supaya menjaga keharmonian dunia ini dan isi kandungannya termasuk sesama manusia.Kita tidak seharusnya melakukan apa-apa kerosakan terhadapnya.Ini amanah Allah SWT kapada kita dan kita yakin dengan amanah Allah ini.

2.Orang beriman berkeyakinan ilmu pengetahuan dan teknologi adalah untuk kemajuan dan tamadun umat manusia semata-mata.Tidak sekali-kali untuk tujuan memusnahkan dunia dan membunuh manusia lain.Kita tidak perlu sombong dan angkuh dengan nya,kerana kita sentiasa sedar segala ilmu pengetahuan dan teknologi yang kita kuasai itu adalah berasaskan nawaitu kita untuk Allah.Kita sepatutnya lebih bermotivasi untuk menguasai segala bentuk ilmu pengetahuan dan teknologi ini berbanding dengan mereka yang tidak beriman.Kita sepatutnya mengatasi mereka.IsyaAllah kita akan mengatasi mereka saperti semasa kegemilangan Islam suatu ketika dahulu.

3.Orang yang beriman berkeyakinan segala kekayaan,harta benda adalah anugerah Allah SWT untuk kita.Kita perlu bersyukur.Anugerah ini bukan untuk kita berbangga,riak dan takkabur dengan nya.Ianya untuk kita guna bagi mengagongkan agama kita Islam.Untuk menjadikan Islam semakin kuat setiap hari sebagai agama sawarjagat yang diridhai.

Nabi Muhammad SAW pernah berdailog dengan satu kumpulan orang miskin.Mereka mengatakan bahawa orang kaya dan berharta lebih pahala mereka kerana mereka juga melakukan segala amal ibadat sama dengan mereka orang miskin.,Tetapi kata mereka,orang kaya dan berharta mendapat lebih pahala kerana mampu untuk berzakat,bersedekah dan membiayai perkembangan Islam,sedangkan mereka miskin tidak berkemampuan melakukan semua itu.Nabi SAW mengakui itu lah kelebihan orang yang kaya dan berharta yang menggunakan kekayaan dan harta nya ke jalan Allah SWT.Oleh yang demikian tiada sebarang sebab yang meyakinkan kita untuk menjustifikasikan kita untuk menjadi malas.Untuk tidak mahu berikhtiar mencari peluang.Untuk tidak berusaha gigih bagi mengumpulkan harta dan kekayaan kita.

4. Orang yang beriman berkeyakinan bahawa kemewahan adalah melalaikan dan menjadi sesaorang itu lupa diri.Islam menggalakkan kita mencari kekayaan dan harta,tetapi tidak untuk tujuan bermewah-mewah.Kemewahan boleh menjadikan kita semakin hampir dengan perbuatan-perbuatan yang mungkar dan di tegah.Kemewahan yang tidak terbatas boleh menghancurkan kehidupan kita,boleh merobohkan sesuatu institusi malahan boleh menumbangkan kerajaan sesabuah negara.Orang yang beriman berkeyakinan penuh bahawa segala aspek kehidupan sepatutnya berasaskan kesederhanaan.Kesederhanaan akan menjadi alat check and balance dan neraca kapada kita dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai seorang yang beriman.

5.Orang yang beriman berkeyakinan bahawa jatuhnya ekonomi dunia saperti yang berlaku sekarang di USA dan Eropah adalah akibat kerakusan hawa nafsu manusia yang diluar batasan.Orang yang tidak beriman sendiri pun tidak yakin dengan sistem ekonomi mereka.Mereka berbalah sesama sendiri dan tidak dapat mencapai persetujuan dengan berbagai cadangan penyelesaiaan terhadap masalah ekonomi mereka.Bertrillion USD di salurkan kapada ekonomi USA dan Eropah tetapi masih tidak mampu memulihkan keadaan ekonomi mereka.Kenapa ini berlaku?Ini berlaku kerana manusia hanya bergantung kapada kecerdikan mereka semata-mata.Mereka tidak kembali kapada Allah SWT,tidak kembali kapada Alquran dan Hadith untuk mencari penyelesaian.Kepintaran manusia terhad.Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.Yakin lah hanya melalui pendekatan Islam sahaja manusia dapat menyelesaikan berbagai masalah yang mereka hadapi.

6.Kita tidak pula mendengar dalam sejarah ketamadunan manusia bahawa sistem ekonomi yang berasaskan sistem ekonomi Islam lumpuh atau merudum.Kerajaan Islam yang jatuh bukan kerana sistem ekonominya tetapi kerana semakin terhakisnya keimanan dan ketaqwaan para pemimpin kerajaan tersebut.Tetapi dunia banyak kali menyaksikan bahawa sistem-sistem ekonomi lain,baik yang berasaskan ekonomi pasaran bebas atau pun komunis yang banyak kali dan berterusan menjahanamkan ekonomi dunia.DiEropah,USA,Soviet Union lama,Russia dan China masing-masing pernah alami kejatuhan ekonomi.Berbagai istilah diberi untuk menggambarkan kejatuhan ini,saperti the Great Depression,the Black Monday,the Black October dan boleh dikatakan setiap pusingn 10 tahun ekonomi dunia mengalami recession yang menjelaskan ekonomi seluruh dunia.Pemimpin dan pakar-pakar ekonomi mereka setiap masa cuba merumuskan berbagai formula terbaik untuk pulihkan keadaan ekonomi masing-masing,tetapi terbukti masih gagal.

7.Dalam pada itu pun manusia masih lagi ragu-ragu dan takut dengan sistem ekonomi dan perundangan Islam.Alhamdullillah Negara kita telah banyak dan sedikit demi sedikit telah melaksanakan sistem-sistem dan pendekatan yang berasaskan Islam ini.Tetapi percaya dan yakin lah satu masa nanti,Islam sebagai satu cara hidup akan dapat dijadikan realiti oleh majoriti umat didunia ini,bermula dengan negara kita sendiri dahulu.

8.Kita selaku gulungan professional yang think big dream high sepatutnya menjadi tauladan sebagai gulungan yang memulakan langkah yang pertama bagi memperkasakan perpaduan umat Islam.Langkah pertama dengan menjadikan diri kita lidi yang pertama bersedia untuk digabungkan dengan lidi-lidi Islam yang lain supaya menjadi seberkas gabungan lidi-lidi yang kuat dan teguh.Tanpa diberkas dalam satu gabungan yang kuat lidi-lidi ini secara bersendirian akan terlalu mudah untuk di patah-patahkan oleh sesiapa sahaja yang tidak menyukai lidi-lidi ini.Lidi-lidi ini walaupun tidak dipatahkan oleh sesiapa,secara sendirian pun akan mudah reput dan patah juga sekiranya tidak diambil tindakan penjagaan dan rawatan yang sepatutnya.Langkah pertama kearah merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup yang diridhai dan diberkati akan tetap menjadi kenyataan.Percaya,yakin dan bertawakkal kita kapada Allah SWT agar ianya benar-benar menjadi realiti.

Monday, October 10, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Ketujuh Belas,Jadi lah Seorang Yang Intelligent-Coretan 57

Seorang yang intelligent adalah seorang yang mempunyai kapasiti mental yang tinggi,daya pemahaman yang baik,mudah mengingati dan menguasai sesuatu isu samada melalui pendengaran atau pembacaan,cepat menangkap pengertiaan sesuatu percakapan atau berita,berfikiran waras dan rasional,petah berkomunikasi,bijak membuat pertimbangan dan keputusan.

Seorang yang think big dream high harus berkobolehan menangani setiap isu dan masalah baru yang beliau hadapi.Beliau harus boleh mempertahankan idea dengan penuh yakin dan bermaklumat.Beliau harus berkemampuan untuk menangkis sebarang hujah dan kritikan dengan matang dan berkesan.

Realiti Dalam Kehidupan

Telah menjadi budaya masyarakat kita Malaysia,kita suka sangat bercakap,tetapi kurang suka pula kita untuk bertindak.Dalam mesyuarat,dikedai kopi,diwakaf,dimasjid,dipejabat dan tempat-tempat awam yang lain,dalam media atau melalui blog,kita tak habis-habis bercakap,berhujah malahan ada sampai bertegang leher.Kita suka sangat bercakap dan bercakap dengan banyak soal politik,soal keluarga,soal kahwin lebih,soal artis,soal sukan dan berbagai topik lain,jarang-jarang sekali sekala ada juga soal business.

Kita ahli masyarakat suka bercakap kerana para pemimpin kita terlalu banyak bercakap,siang malam,pagi, petang hidangkan kapada kita berbagai isu khususnya berkaitan dengan politik.Para pemimpin kita baik dari pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang setiap masa mengajar kita supaya kita sentiasa bercakap dan berhujah.TV ke,surat khabar ke,blog ke,setiap hari asyik memberita-utamakan isu-isu hangat supaya kita rakyat turut bagi komentar,turut bagi ulasan.Jadi kita pun sebagai pengikut setia asyik bercakap dan berhujah menegakkan pandangan kita masing-masing,tanpa pula mengambil berat tentang kebenaran faktanya.

Kebanyakkan hujah kita kurang ada elemen intellectual,elemen kebenaran,fakta,yang ada cuma hujah-hujah penyedap mulut bercakap dan penyedap telinga mendengar,penggalak tangan untuk bertepuk dan penggalak minda untuk hilai ketawa,bersorak dan riuh rendah.

Tiada siapa pihak yang verify,yang mengkaji secara berfakta segala hujah kita.Dinegara-negara maju,para pemimpin tidak boleh buat kenyataan yang meragukan,akan ada terus pihak yang akan kemukakan maklumat secara telus,intelektual dan tepat samada menyokong atau menentang kenyataan dan fakta kita.Jadi rakyat tidak boleh di tipu mentah-mentah oleh para pemimpin mereka apabila menonjolkan isu-isu panas,sensitif dan menarik.Sebagai contoh,kalau calun presiden bercakap isu keluarga,akan di kemukakan secara telus dan meluas bahawa calun ini pernah mempunyai cucu yang dilahirkan diluar nikah.Ini dibentangkan kapada rakyat,kalau rakyat masih sokong beliau juga,maknanya majoriti rakyat negara tersebut dapat menerima sebagai norm anak yang dilahirkan diluar nikah.Tetapi ini sangat mustahil,kerana masyarakat dunia masih lagi menghormati nilai-nilai agama dan perkahwinan yang sah.

Tips

Seorang professional yang think big dream high tidak sekali-kali harus mengamal cara hidup dan budaya yang tidak mengutamakan maklumat,rational dan intellektual yang sering wujud dalam masyarakat kita saperti dalam gambaran dan suasana diatas.Breed kita adalah breed yang mengutamakan fakta,kebijaksanaan,kemurnian,kurang bercakap tetapi cintakan ilmu dan tindakan.Latihan berikut akan mendisiplinkan kita untuk terus menerus mempertingkatan keupayaan pemikiran dan daya intellektual kita.

1.Perkuatkan daya ingatan kita.Daya ingatan boleh dilatih dengan mudah melalui aktiviti harian kita saperti banyak membaca,menulis,membuat rujukan dan mengingati apa perkara yang kita baca dan tulis.Menghafal ayat-ayat suci Alquran sebagai contoh adalah jenis latihan yang paling berkesan dan sangat berfaedah kapada kita.Kita boleh bermula dengan menghafal ayat-ayat pendek dari juzuk amal,sekitar 5-20 ayat satu hari.Kita boleh dengan mudah menghafal dengan cara membaca berulang kali 30-60 kali ayat-ayat yang kita pilih ini.Lakukan hafalan ini secara berulangan selama 5 hingga 7 hari berturut-turut sehingga mahir dan dapat dihafal.Setelah berjaya dihafal,kita berpindah kapada ayat-ayat seterusnya.Ia hanya mengambil masa tidak lebih dari 30 minit sehari.Sebaiknya kita lakukan eksesais menghafal ini di waktu selepas solat tahjud dan witir sekitar jam 5 pagi,dimana pada waktu ini otak kita masih segar tanpa gangguan.

2.Perkuatkan daya pemerhatian kita.Kita dapat pertajamkan pemerhatian kita melalui eksesais saperti bermain karum,memanah,meniti palang,bermain pool,golf,tenis dan lain-lain permainan yang memerlukan kita memberi fokus yang tinggi untuk berjaya.Memandu motorsikal atau kereta di highway dengan kelajuan 110 km sejam juga merupakan satu eksesais menajamkan perhatian kita dengan baik.

3.Pertingkatan kecepatan pemahaman kita.Latihan terbaik tetapi mungkin menyalahi undang-undang ialah memandu dengan cekap dan memotong que,tukar lane kiri kanan mencari jalan pintas dan ruang terbaik untuk cepat sampai ke destinasi kita dalam keadaan traffik jem.Selalu membuat visualisasi yang jelas tentang apa-apa perkara yang akan berlaku dimasa akan datang.Berlatih membuat keputusan yang pantas dan cepat tentang sesuatu masalah yang dihadapi.Mempunyai halatuju dan matlamat yang jelas tentang apa perkara yang ingin kita lakukan dan yang ingin kita dicapai.

4.Pertingkatan keanjalan atau fleksibiliti cara berfikir kita.Menerima cabaran untuk melakukan kepelbagaian dalam kerja atau multi-tasking dengan secepat yang mungkin.Berfikir secara luar biasa dan tidak sama dengan kebanyakkan orang lain berfikir.Berfikir diluar kotak atau lateral thinking saperti elak dari berkata ‘ini tidak boleh’ tetapi berkata ‘ini boleh dilakukan dengan cara begini,begini…’Berlatih untuk tidak membuat kesalahan.Ini adalah diantara contoh-contoh kita dapat melatih diri kita supaya berfikiran anjal.

5.Pertingkatkan kebijaksanaan kita dalam membuat keputusan.Mempelbagaikan pilihan dan pertimbangan sebelum membuat sesuatu keputusan.Membuat perkiraan atau conggak yang cepat tetapi tepat dalam pemikiran kita sebelum kita membuat keputusan.Mengkaji segala aspek risiko dengan segera.Permudahkan cara penyelesaian kita terhadap sesuatu isu atau masalah.Elak sama sekali terlibat dalam hujah-hujah yang berbelit-belit,rumit dan mengelirukan.Buat lah keputusan yang boleh memberi kebaikkan kapada kebanyakkan stakeholders kita,yang mengandungi unsur-unsur kebijaksanaan dan keadilan kita.

6.Pertingkatkan kajian,penyelidekan dan iktibar kita dari sejarah dan aspek-aspek pembaikkan dan pengurusan yang murni.Kalifah Islam Saidina Umar Abdul Aziz pernah berkata ‘sekiranya pemerintah atau pemimpin kaya raya,maka rakyat akan miskin,tetapi sekiranya pemimpin miskin,rakyat akan menjadi kaya raya.’Beliau meninggal dunia sebagai seorang khalifah yang miskin,tetapi dalam masa dua tahun pemerintahan beliau, tiada seorang pun rakyat beliau yang miskin dan layak untuk menjadi penerima zakat.

Seorang pemimpin atau professional yang intelligent dan yang think big dream high harus mengkaji dan merenung sejarah ini dengan penuh keinsafan supaya dijadikan panduan dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin atau seorang professional yang penuh amanah.

Rakyat semakin intelligent dan bermaklumat maka pemimpin juga harus berubah selari dengan perubahan yang di alami oleh rakyat jelata.Kekayaan yang sederhana dan diperolehi secara telus tentu boleh diterima oleh rakyat,tetapi tidak sebaliknya.Dalam apa-apa isu,program atau projek sekali pun kepentingan stakeholders atau rakyat terbanyak harus lah menjadi keutamaan.Ini lah sifat sejati seorang professional atau pemimpin yang intelligent dan think big dream high.Rakyat sentiasa di dahulukan secara realitinya bukan secara slogannya sahaja.

Monday, October 03, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Yang Keenam Belas,Jadi lah Seorang Yang Benar-Coretan 56

Seorang yang benar bermakna ada persamaan diantara apa yang kita cakap dengan apa yang kita percaya,ada persamaan diantara apa yang kita niat dengan apa yang kita lakukan,ada persamaan diantara apa yang kita ajarkan dengan apa yang kita amalkan.Ringkasnya ada persamaan atau conformiti diantara tingkahlaku luaran kita dengan kepercayaan dalaman kita.Bahasa pasarnya ialah cakap serupa bikin.

Realiti Dalam Kehidupan

Terlalu ramai para pemimpin yang bercakap dan berjanji kapada pengikut tetapi tidak di tunaikan.Terlalu ramai para pembesar negara yang bercakap dan berjanji kapada rakyat tetapi tidak ditunaikan.Terlalu ramai para bos yang bercakap dan berjanji kapada anak buah mereka tetapi tidak ditunaikan.Terlalu ramai para suami atau isteri yang bercakap dan berjanji kapada pasangan masing-masing tetapi tidak ditunaikan.Terlalu ramai para anak-anak yang tidak memberitahu perkara sebenar apa yang mereka lakukan disekolah atau diluar waktu sekolah kapada ibu bapa mereka.

Ini menandakan masyarakat kita hari ini semakin tiada conformiti diantara tingkahlaku luaran kita dengan kepercayaan dalaman kita.Bahasa kasarnya semakin ramai masyarakat kita terdiri dari mereka yang hypocrite,mereka yang munafik,mereka yang saling kelentung mengkelentung diantara satu sama lain. Kita sebagai seorang professional yang think big dream high sudah tentu tidak mahu tergulung dalam kumpulan sebegini.Tidak mahu dicap sebagai seorang yang hypocrite,seorang yang munafik,seorang yang cakap tak serupa bikin.

Tips

1.Perhubungan awal diantara ibu dengan bayi yang baru lahir sehingga peringkat putus susu,akan menentukan tingkahlaku bayi dimasa depan.Bayi tidak mengetahui apa-apa tetapi kepercayaan,budaya,cara hidup dan tingkahlaku ibu yang menjadi asas pembentukkan cara hidup dan tingkahlaku bayi ini.Seorang ibu yang percaya dan mengamalkan elemen-elemen kebenaran dan murni sebagai cara hidup beliau akan secara semulajadi pula menurunkan elemen-elemen kebenaran,kemuliaan dan kemurniaan ini kapada bayi beliau.

2.Melentur biar lah semasa rebung adalah perkara terbaik dan tepat untuk mula mendidek anak-anak kita supaya menjadi seorang yang benar.Kawalan ibu bapa kapada anak-anak adalah 100% sebelum anak-anak ini mula dipengaruhi oleh alam sekitar dan pergaulannya.Ini berlaku sebelum anak-anak ini mula dihantar kepusat jagaan anak-anak,tadika atau mula pandai menonton tv iaitu sekitar usianya 3 tahun.Penerusan penanaman elemen-elemen kebenaran,kemuliaan dan kemurniaan oleh ibu bapa sehingga anak-anak ini mencapai umur baligh sekitar 15 tahun,dapat menjadi benteng yang kebal kapada diri anak-anak ini supaya berdaya tahan dari diserapi oleh elemen-elemen yang berlawanan dengan elemen-elemen kebenaran,kemuliaan dan kemurniaan ini.Peringkat umur ini lah mulanya terbentuk dan wujud nafsu, keinginan dan keperluan emosi,rohani dan kebendaan dikalangan kita semua.Didekkan ibu bapa yang berunsurkan perkara-perkara yang baik dan benar,doa ibu bapa supaya anak-anaknya menjadi seorang yang baik dan benar akan menjadikan seorang kanak-kanak itu seorang yang baik dan benar sepanjang hidupnya.Menjadi beliau seorang yang baik dan benar sebagai seorang penjawat atau karyawan,menjadi seorang yang baik dan benar sebagai seorang usahawan atau menjadi seorang yang baik dan benar sebagai seorang pemimpin.

3.Kita seorang professional yang think big dream high,yang telah pun dewasa,tidak lagi berpeluang mengundurkan kembali diri kita ke alam bayi dan kanak-kanak.Yang terbaik dapat kita lakukan ialah memperbaikki kesilapan,menyesal,bertaubat dan bertekad untuk menjadi orang yang boleh dipercayai dan tidak munafik.Untuk memastikan penyesalan dan taubat kita benar-benar terlaksana selari dengan disiplin ilmu keagamaan maka sebaiknya kita mendalami ilmu ini dengan memperbanyakkan bacaan kita khususnya kitab-kitab tafsir atau pun dengan berguru dengan mana-mana ustaz yang mahir dan mengamalkan ilmu yang diajarnya.

4.Setiap organisasi seharusnya menjadikan polisi pemilihan dan perlantikkan calun penjawat awam,korporat atau bakal pemimpin yang terdiri dari mereka yang berlatarbelakang keluarga yang baik,benar dan mulia.Dinegara-negara maju ni lah yang menjadi faktor keutaman dalam pemilihan Ketua Negara.Sebagai contoh seorang calun Perdana Menteri Jepun,wajib diteliti secara rapi dan mendalam latarbelakang keluarga,pendidekkan dan prestasi beliau sebelum ini.Setiap calun yang ingin menawarkan diri dikaji latarbelakang mereka secara terperinci.Penyelidekkan dan penyemakkan dibuat secara teliti dan didedahkan secara terbuka dan telus untuk dibuat penilaian oleh para pengundi dan rakyat Jepun seluruhnya.Hasilnya rakyat memperolehi pemimpin mereka yang terdiri dari orang yang benar,mulia dan boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan mereka dan negara.

Sekiranya terdapat satu sahaja kes yang melibatkan ketidaktelusan dan diragui,maka media massa akan menonjolkan isu ini sehingga lah mengundang berbagai tekanan kapada beliau,akhirnya beliau terpaksa meletak jawatan secara sukarela.Pemimpin itu sendiri pun secara bertanggungjawap akan melepaskan jawatan apabila di kritik oleh masyarakat,walaupun mungkin diatas sebab atau isu yang tidak secara langsung berkaitan dengan beliau.Tetapi beliau masih mengambil tanggungjawap penuh dengan meletak jawatan dan memohon kemaafan dari rakyat semua.Di Jepun dalam masa 10 tahun mungkin ada 7 orang Perdana Menteri.Bandingkan dengan apa yang terdapat di setengah negara,ada Ketua Negara hingga 40 tahun masin lagi memerintah.

5.Orang dahulu berjanji hanya secara lisan dan boleh dipercayai dan dipegang janjinya sampai ke akhir hayat.Ini wujud kerana kita saling percaya,bersifat mulia dan murni dalam niat kita apabila kita berjanji.Tetapi dunia sekarang, semakin sehari semakin tebal surat perjanjiaan apabila kita berjanji,walaupun ia hanya melibatkan soal perkahwinan.Semakin tebalnya surat perjanjiaan atau sesuatu manifesto mengambarkan semakin terhakisnya tingkat kepercayaan kita diantara satu sama lain.Walau pun begitu semakin sehari semakin banyak kes-kes orang yang tidak honour their promises,semakin banyak kes-kes yang orang tidak keep their words.Akibatnya apabila kita berjanji maka surat perjanjian kita harus tebal,supaya kepentingan semua pihak terlibat diambil perkiraan.

6.Kurangkan janji kita sekiranya kita kurang yakin bahawa janji-janji ini dapat kita tunaikan.Janji satu,tunai satu lebih baik dari janji sepuluh tunai satu.Mengambil iktibar dari apa yang berlaku didepan mata kita sekarang,sewajarnyalah kita berhati-hati dan sentiasa mengingati diri kita dari terlibat dengan sebarang bentuk pembohongan,penipuan,perjanjian dan perlaksanaan sesuatu yang tidak selari dengan niat baik kita dan pengharapan masyarakat atau stakeholders kita.Kita hidup bermasyarakat,memenangi hati orang ramai adalah susah tetapi merosak kepercayaan orang ramai kapada kita adalah lebih mudah walaupun hanya dengan satu janji sahaja yang kita tidak tunaikan.

Monday, September 26, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Yang Kelima Belas,Jadi lah Seorang Yang Amanah Seamanah-Amanahnya-Coretan 55

Amanah adalah satu sifat yang dimilikki oleh sesaorang yang boleh dipercayai,yang bertanggungjawap,yang ikhlas dan yang jujur sejujur-jujurnya.Apabila kita percayakan seorang jiran untuk menjaga rumah kita semasa kita balik beraya di kampung,beliau menjaganya saperti menjaga rumahnya sendiri.Apabila kita meminta beliau memberi makan kapada kucing dan ikan peliharaan kita,beliau menunaikan tanggungjawap beliau dengan sempurna sehingga kucing kita segar bugar dan tiada ikan dalam kolam kita yang mati.Apabila kita nak bagi sedikit duit upah kapada beliau,beliau menolaknya.Beliau menolong diatas keikhlasan beliau.Malahan diatas kejujuran dan keluhuran hatinya beliau juga bukan setakat menjaga rumah kita tetapi telah membersih rapi kawasan persekitaran rumah kita. Ini lah gambaran seorang yang bersifat amanah.Kita percaya yang jiran kita ini tidak akan mengkhianti,menipu atau mencuri barang-barang dirumah kita.

Jiran kita ini tidak pernah berbangga diri dengan sifat amanah dan kemulian hatinya ini.Kita berkeyakinan beliau selesa dengan sifat-sifat amanah yang beliau milikki ini.Sifat ini sebenarnya telah sebati dengan diri beliau.Beliau tidak perlu mendabik dada mengatakan beliau adalah seorang yang amanah.Beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi kapada diri beliau sendiri.Beliau tidak akan mengkhianati diri beliau sendiri,lebih-lebih lagi diri orang lain.Masyarakat dapat membuat penilaian dan tanggapan bahawa sebenarnya beliau adalah seorang yang benar-benar amanah.

Realiti Dalam Kehidupan


Dari serendah-rendah pangkat seorang jaga akan tidor apabila penyelia beliau tidak melakukan rondaan pemeriksaan,walaupun tugas beliau adalah untuk menjaga keselamatan tempat beliau bertugas.Sehingga lah ke setinggi-tinggi pangkat seorang ketua negara,dimana apabila beliau dijatuhkan,pihak berkuasa selepas itu mendapati beliau telah mengumpulkan berbillion USD asset peribadi dan keluarganya di seluruh dunia khususnya di Eropah.Aset-aset ini tentunya dikumpul secara yang tidak telus dan penuh dengan keraguan tentang halal haram sumbernya.Gaji rasmi beliau sepanjang tempoh beliau menjadi ketua negara tidak memungkinkan beliau mampu mengumpul asset sejumlah itu.Tanggungjawap utama beliau selaku ketua negara adalah untuk menjaga keselamatan negaranya,kesejahteraan hidup rakyatnya dan membangun ekonomi negaranya,bukan untuk mengumpul asset-aset peribadi dan keluarga beliau.Beliau telah mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat negara tersebut kapada nya.

Tips

Kita selaku seorang professional yang berada di kedudukan diantara kedua-dua contoh ekstrim diatas juga sebenarnya mempunyai banyak peluang-peluang untuk melakukan perkara-perkara yang tidak amanah bagi mendapat kesenangan dan kemewahan hidup di dunia ini.

Seorang professional yang think big dream high yang cintakan agama,negara dan bangsanya tidak akan sekali-kali mengorbankan kehidupan akhirat beliau dengan terlibat melakukan perkara-perkara saperti contoh-contoh diatas.Hanya kesedaran,keimanan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan menjadi benteng kerohanian diri kita.Benteng ini akan menghalang diri kita dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak amanah ini.Cara kita bekerja,cara kita berfikir dan cara kita membuat keputusan akan menentukan kemurnian niat kita.Akan menentukan pilihan dan hala tuju kehidupan kita.Tentunya kita bebas memilih diantara kehidupan yang mewah sekarang atau kehidupan yang mewah didunia selepas dunia ini.

Sekiranya kita ketepi dan robohkan segala benteng kerohanian kita tetapi sebaliknya kita utamakan nafsu kita,nafsu anak-anak kita dan nafsu isteri-isteri kita,maka sudah tentu kita juga tergulung dalam gulungan saperti jaga dan ketua negara diatas.Kalau jalan ini yang kita pilih tentu sekali diakhirat kelak kita akan terlalu banyak berdepan dengan soalan-soalan cepumas yang Allah SWT akan tanyakan kapada kita.Tentunya terlalu sukar pula kita boleh memverifikasi dan menjustifikasikan setiap butiran aset-aset kita yang boleh meyakinkan Allah SWT.Yang pasti kita akan sukar memberi jawapan yang betul dan telus selari dengan rekod yang berada dalam simpanan Allah SWT.Kita tidak mungkin boleh membuat penyelarasan yang seimbang diantara akaun kita dengan akaun Allah SWT.Yang pasti kita sudah tentu akan failed dalam pemereksaan Allah SWT ini.

Akibatnya apa?Akibatnya sudah pasti kita akan mengalami kehidupan yang penuh dengan penyesalan dan kekecewaan.Penuh dengan segala macam seksaan dari Allah SWT.Seksaan yang sangat-sangat pedih saperti mana yang terlalu banyak kali Allah peringatkan kita.Terlalu banyak amaran-amaran melalui boleh dikatakan kebanyakkan surah dalam kitab suci Alquran.Tidak jemu-jemu Allah SWT mengingat dan memberi amaran kapada kita supaya kita semasa di dunia ini lagi,perlu bersedia untuk mengelakkan segala ancaman dan seksaan-seksaan yang sangat dahsyat ini.

Monday, September 19, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Keempat Belas,Kepentingan Diri,Kepentingan Awam Dan Kepentingan Allah SWT-Coretan 54

Kepentingan bermaksud faedah atau kebaikkan yang diperolehi oleh sesuatu pihak saperti untuk diri kita sendiri,kumpulan kita,organisasi kita atau untuk awam.Sebenarnya Allah tidak memerlukan dan mengharapkan faedah atau kebaikkan dari maklokNya,segala perkara yang baik yang kita lakukan,faedah dan kepentingannya kembali kapada kita sendiri.

Setiap pihak berhak,perlu menjaga dan perlu mempertahankan kepentingan masing-masing.Tiada siapa boleh persoalkan hak ini.Semua kita berusaha keras untuk melakukan yang terbaik bagi memperolehi faedah dan kebaikkan untuk diri kita atau kumplan kita.Kita bekerja,kita berniaga dan sebagainya untuk mencari rezeki.Segala usaha kita ini merupakan usaha yang murni dan diridhai oleh Allah SWT.

Yang menjadi isu ialah apabila berlaku pertembungan kepentingan,misalnya diantara kepentingan peribadi dengan kepentingan awam,maka sewajibnya lah kepentingan awam mesti di utamakan berbanding dengan kepentingan peribadi.Pertembungan kepentingan berlaku apabila sesaorang penjawat awam contohnya, menggunakan kedudukan beliau secara yang tidak mengikut peraturan jabatan atau secara yang tidak sah dari segi undang-undang untuk mendapat faedah atau kebaikkan bagi diri sendiri yang mengakibatkan hak awam diketepi atau mengalami kerugian setelah terpaksa membayar lebih dari harga yang sepatutnya.Harga terpaksa di mark up untuk membuat bayaran kapada pihak penjawat awam atau nominee-nominee beliau.

Sempadan diantara kepentingan diri dengan kepentingan Allah SWT jelas iaitu buat perkara yang disuruh dan tinggal perkara yang ditegah.Sempadan diantara kepentingan diri dengan kepentingan awam juga jelas iaitu utama dan dahulukan sesuatu faedah atau kebaikkan itu kapada hak awam berbanding untuk faedah diri.Sempadan diantara kepentingan awam dengan kepentingan Allah SWT juga jelas iaitu sesuatu perkara yang dilaksanakan untuk awam hendaklah sesuatu yang tidak melanggar syariat Allah SWT.

Realiti Dalam Kehidupan

‘You will get a part if it’ atau ‘i know how to play my role’ atau ‘just leave it to me,i will look after your family walfare’atau seumpama dengan ini adalah di antara bentuk percakapan yang menjurus kapada adanya elemen pertembungan kepentingan diantara orang yang meluluskan projek dengan kontraktor yang ingin mendapatkan projek.Ia merupakan janji-janji atau kata-kata pelincir untuk mendapat sesuatu projek oleh kontraktor tertentu dari jabatan kerajaan tertentu, tanpa di tender secara terbuka.

Pertembungan kepentingan ini berlaku diantara orang yang terlibat meluluskan projek atau orang yang boleh mempengaruhi keputusan meluluskan projek,dengan kontraktor yang telah dikenalpasti terlebih dahulu untuk ditawarkan projek- projek tertentu.Projek-projek ini biasanya bernilai beratus juta atau berbillion.Ada unsur rasuah dalam kes ini.Orang yang boleh mempengaruhi keputusan untuk meluluskan projek mungkin terdiri dari anak,menantu,suami atau isteri,saudara mara,kawan rapat,kroni,nominee-nominee,protege,atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan pihak yang meluluskan projek.Terdapat juga kes-kes dimana pihak nominee ini mempunyai berbagai akaun bank dalam atau di luar negara bagi pihak isteri,anak,menantu atau kroni orang yang boleh membuat keputusan.

Pertembungan kepentingan juga berlaku dalam parti politik.Ia berlaku semata-mata kerana kejahilan tentang hukum dan hak Allah SWT.Kerenah,tingkahlaku dan kenyataan setengah ahli politik banyak kita dapati bertentangan dengan syariat Islam,memperlekehkan hukum Islam dan tidak menghormati ajaran dari hadith nabi SAW dan Alquran.Perkara ini berlaku kerana setengah ahli politik terlalu gairah membuat kenyataan yang mereka anggap boleh memberi faedah kapada diri mereka atau kumpulan mereka sendiri tanpa mengutamakan kepentingan Allah SWT.

Tips

Seorang professional yang sentiasa think big dream high setiap masa dan ketika harus mengelak sama sekali dari terlibat dalam urusniaga atau aktiviti yang ada unsur-unsur pertembungan kepentingan.Pertembungan kepentingan dapat di elakkan dengan mengambil pendekatan-pendekatan saperti dalam contoh berikut;

1.Dari awal lagi tidak terlibat dalam apa-apa urusniaga yang secara mudah dapat di kesan ada kemungkinan berlaku pertembungan kepentingan.Contoh,tidak menerima pelawaan untuk temujanji diluar pejabat dengan mana-mana pihak yang ada berurusan perniagaan dengan organisasi kita.Atau sekira perjumpaan itu adalah penting,maka sebaiknya ada pihak ketiga.

2.Melakukan peristiharan kedudukan harta secara tahunan untuk semua penjawat yang berkedudukan utama dan strategik dalam sesuatu jabatan atau organisasi.Contoh pengarah urusan,ketua setiausaha kementerian,pengurus belian dan sebagainya,atau kalau mungkin untuk semua kakitangan.

3.Sesiapa yang merasakan wujud pertembungan kepentingan wajib mengeluarkan diri sendiri dari terlibat dalam membuat sesuatu keputusan yang boleh memberi faedah kapada pihak-pihak yang ada perkaitan atau pertalian saudara dengan beliau.Contoh kita terlibat dalam membuat keputusan bagi memilih syarikat yang akan menjadi pembekal kapada organisasi kita,dimana salah satu syarikat ini adalah kepunyaan adek ipar kita atau sepupu kita.

4.Meminta penilaian pihak ketiga yang mahir dalam satu-satu bidang supaya membuat penilaian bebas dan mencadangkan syarikat mana yang benar-benar berkemampuan melaksana dan menyiapkan sesuatu projek yang ingin dibangunkan.Keputusan yang dibuat adalah dengan mengambilkira dan memberi pertimbangan utama kapada penilaian pihak ketiga ini,bukan atas sebab-sebab lain yang boleh disyakki ada pertembungan kepentingan.

5.Mengadakan kod etika yang menjelaskan secara terperinci apa-apa perkara yang boleh dan apa-apa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh setiap penjawat dalam satu-satu organisasi meliputi aspek-aspek pengurusan,agama,pergaulan,kebajikan,kewangan, kaedah sesuatu urusniaga atau aktiviti dilaksanakan termasuk berkaitan dengan faedah dan hukuman.

6.Menolak atau tidak membiarkan diri kita dilantik sebagai samada ahli lembaga pengarah,penjawat atau penasihat yang menerima gaji,kemudahan saperti kereta atau alaun-alaun lain yang lumayan dari mana-mana syarikat yang sebelum ini kita terlibat meluluskan projek atau pelaburan yang besar kapada syarikat tersebut.Contohnya,kita meluluskan pembelian satu bangunan milik syarikat A bernilai katakan RM500 juta,oleh satu agensi yang satu masa kita bertanggungjawap keatasnya dan sekarang selepas kita bersara atau berhenti dari jawatan kita dengan kerajaan,kita terus dilantik selaku pengarah eksekutif dalam syarikat A ini.

7.Mengadakan satu sistem amaran awal,sistem pengawasan dan kaunseling segera, dan penanda aras tentang kedudukan social,cara hidup dan gelagat setiap penjawat dalam sesuatu organisasi.Sistem ini perlu dimaklum secara bertulis sebaik sahaja sesaorang kakitangan itu mula bertugas.Contohnya sekiranya didalam pengetahuan umum seorang kakitangan telah menukar sebuah kereta baru yang agak terkeluar dari kemampuan dan gaji beliau.Ketua jabatan berhak mendapat penjelasan terperinci dari penjawat ini mengenai bagaimana beliau berkemampuan membeli kereta tersebut.

8.Mendalami ilmu agama agar dapat mengawal dan menghilangkan nafsu yang terlalu ghairah terhadap harta benda,perempuan dan wang ringgit.Apabila wujud sahaja peluang untuk menyalahgunakan kuasa,maka semasa itu kita perlu beristighifar,berzikir dan berdoa banyak-banyak supaya Allah SWT menjauhkan diri kita dari terlibat dengan sebarang bentuk rasuah.

9.Mendapat nasihat pakar yang mahir dalam bidang agama sebelum sesaorang ahli politik membuat sesuatu polisi,program atau kenyataan umum yang mungkin ianya ada elemen-elemen yang bertentangan dengan ajaran agama kita Islam.

Monday, September 12, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Ketiga Belas,Eratkan Perhubungan Kekeluargaan Kita-Coretan 53

Organisasi yang paling kecil dan tertua didunia ialah institusi kekeluargaan.Ia bermula dengan keahliannya hanya dua orang iaitu suami dan isteri,saperti Adam dan Hawa.Institusi inilah menjadi pengasas kapada intitusi masyarakat,negara,tamadun dan seterusnya dunia.Harmoninya institusi keluarga ini maka harmonilah institusi-institusi lain yang lebih besar.

Institusi kekeluargaan di abad yang kedua puluh satu ini pada hakikatnya telah menjadi semakin rapuh.Menjadi semakin tidak kukuh dan erat ikatannya.Pengaruh media elektronik,internet,aktiviti hidup,budaya hidup modern dan dunia seolah-olah tiada lagi sempadan dengan konsep globalisasinya,telah merenggangkan perhubungan antara setiap ahli dalam satu-satu institusi kekeluargaan.Dan inilah juga menjadi petanda awal intitusi-institusi lain juga akan rapuh dan boleh roboh,sekiranya tindakan awal tidak segera dilakukan.Tindakan awal ini sebenarnya bermula dengan institusi keluarga kita sendiri terlebih dahulu.

Realiti Dalam Kehidupan

Bapa asyik membaca novel atau surat khabar,ibu membaca majalah,kak long tengah khusuk dengan I Pad nya,adek lelaki tengah dengan mobile nya dan adek lelaki bongsu dengan PS peribadi untuk bermain game kegemarannya.Satu jam setengah mereka sekeluarga bersama-sama,tetapi tidak ada satu patah perkataan pun yang keluar dari mana-mana individu dalam keluarga tersebut.Ini suasana biasa yang kita dapat lihat sekarang ini dimana-mana restaurant keluarga atau dirumah semasa breakfast.Ini trend sekarang untuk satu keluarga modern pada setiap hari minggu mereka.Semua lima beranak tersebut ada aktiviti masing-masing sehingga tiada ruang untuk mereka bersembang.

Selepas breakfast,bapa terus dengan novelnya atau dengan buku management nya atau pada kebanyakkan hari minggu waktu ini beliau telah berada dipadang golf,itu pun kalau tidak ke outstation atau ke luar negara.Ibu terus dengan majalah kegemarannya sebelum ke bilik TV dan kemudian ke dapur,kak long mengunci diri dalam bilik dengan I Pad nya,angah bersendirian juga dalam bilik bacaan bersama komputernya dan si bongsu walau pun bersama emaknya di ruang tamu tetapi tidak terlepas matanya dari PSnya.Masing-masing dengan hal masing-masing.Satu bagusnya dengan keluarga modern ini ialah mereka tidak ada masa untuk mengumpat atau menjaga tepi kain orang lain.Mereka tiada dosa mengumpat saperti keluarga datuk nenek mereka terdahulu.Apabila mati pasti mereka tidak akan memakan daging busuk rakan mereka sendiri,kerana mengumpat tiada lagi dalam vocabulary mereka.

Pada hari biasa,masing-masing tentu lagi sibuk dengan kerjaya,aktiviti dan pelajaran masing-masing.Kadang-kadang mereka tidak bertemu satu dengan lain sepanjang minggu.Pukul 6 pagi angah dan adek bongsu sudah kesekolah balik jam 4 petang selepas koko.Pembantu rumah yang menyiapkan mereka sejak dari jam 5 pagi.Ayah dan emak bangkit untuk solat subuh jam 6.30 pagi..Waktu syuruk masih panjang kira-kira jam 7.08 pagi,jadi sempat sembahyang subuh dalam waktu walaupun telah jam 6.50 pagi.Selepas solat mungkin mereka terus berbaring semula dikatil.Pemandu yang menghantar anak-anak ke sekolah.Si ayah bertolak ke pejabat jam 8.30 pagi.Kak long dah balik semula ke hostel kolej beliau.Emak selepas breakfast menonton drama bersiri Korea yang menjadi kegemaran beliau.Apabila ayah balik dari pejabat,anak-anak telah tidor.Emak mulai 9 malam sambung tenguk filem inggeris pula channel HBO atau Cinemax.Ayah pada kebanyakkan harinya terpaksa sambung kerja pejabat yang belum siap,dirumah hingga larut malam.Begitu lah routine harian keluarga modern ini sepanjang minggu.

Setelah anak-anak graduate dan mempunyai kerjaya masing-masing,mereka lebih selesa dan memilih untuk tinggal bersendirian atau dengan kawan-kawan rapat mereka di condo.Yang telah berkahwin tentunya juga akan menyewa atau membeli condo membentuk keluarga mereka sendiri,berjauhan dari rumah ibu bapa mereka.

Secara keseluruhannya perhubungan diantara satu ahli keluarga dengan ahli keluarga yang lain tersangat terhad secara fizikal.Alaf baru dengan perkembangan teknologi dan budaya hidup baru menjauhkan mereka diantara satu sama lain.Menjauh diri mereka masing-masing dari agama.Menjauh diri mereka masing-masing dari Allah SWT.Mereka lebih fokus kapada aktiviti,pelajaran,kerjaya,perniagaan,kegemaran dan hobby masing-masing.Mereka lebih rapat dengan kawan-kawan mereka masing-masing baik secara fizikal atau maya,dengan para co workers masing-masing,dengan fans club masing-masing,berbanding dengan ahli keluarga mereka sendiri.

Tips

Tiada apa salahnya dengan cara hidup saperti contoh ringkas diatas.Tetapi ini sebenarnya bibit-bibit dan petanda ahli keluarga,masyarakat,negara dan dunia mula berpecah dan tidak bersatu padu.Kita sebagai seorang professional yang think big dream high boleh memainkan peranan kita dengan memastikan kita dan ahli keluarga kita yang kecil ini mula pupukkan diri kita sendiri masing-masing dengan benih-benih perpaduan,rasa kasih, rasa sayang,rasa cinta dan rasa hormat menghormati diantara satu sama lain.

Sekiranya ini berjaya kita lakukan,kita akan berjaya menyumbang kearah melahirkan insan-insan penghuni bumi Allah SWT ini dengan insan-insan yang saling hormat menghormati diantara satu sama lain.Saling sayang menyayangi,saling cinta mencintai diantara satu sama lain,saling balas membalas senyum diantara satu sama lain.Kita bukannya terdiri dari insan-insan yang bersifat,aku aku,engkau engkau,penuh dengan egoistik dan materialistik,yang hanya cintakan diri sendiri dan hak milik kita secara peribadi sahaja.Tanpa mengetahui bahawa ada hak orang lain dari segala harta hak milik kita tersebut.Kita harus mendidek diri kita dan ahli keluarga kita supaya menjadi insan-insan yang sentiasa setiap waktu dan ketika dapat menghargai dan mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kapada kita secara percuma ini.

Mungkin sumbangan kita ini kecil,tetapi sebenarnya ia adalah penting untuk mewujudkan satu masyarkat umat manusia yang bersatu padu,yang dapat hidup dengan penuh harmoni dan penuh dengan kemuliaan.Penuh dengan keberkatan dan penuh dengan barakah dari Allah SWT.Kenapa ianya penting,kerana dalam mana-mana organisasi,negara atau institusi sekali pun, halatuju dan segala keputusan yang dibuat oleh entiti berkenaan sebenarnya di buat oleh para professional dalam entiti tersebut.Dibuat oleh para ketua eksekutif entiti tersebut.Bijak,intelektual dan mulianya para professional ini,maka harmoni,sejahtera dan mulia juga lah keseluruhan entiti dan tamadun berkenaan.

Monday, September 05, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Kedua Belas,Menjadi Orang Yang Meridhai Dan Diridhai-Coretan 52

Ridha secara umumnya bermakna perasaan berpuas hati dan perasaan yang mengembirakan.Kita memperolehi keridhaan Allah SWT bermakna Allah berpuas hati dan gembira dengan apa yang kita lakukan saharian kita.Allah berpuas hati dengan performance kita.Allah berpuas hati dengan KPI kita.Apabila Allah gembira dan berpuas hati dengan key performance indexes kita maka kita akan mendapat habuan dari Allah SWT.Habuan dalam bentuk kedua-dua kebendaan dan juga kerohanian.Kedua-duanya memberi kita kelazatan.Lazat dengan harta benda dan lazat dengan keimanan dan ketaqwaan dengan mencapai tingkat nafsu yang tertinggi iaitu nafsu mutmainnah.

Manakala apabila kita ridha dengan Allah SWT maka kita akan memberi habuan kapada Allah dengan menjadi seorang hamba yang taat dan patuh kapada segala perintah Allah dan menjauhi dari melakukan sesuatu apa pun yang ditegah oleh Allah SWT.Kita juga menjadi seorang yang ridha dengan apa sahaja ketentuan kada dan kadar oleh Allah SWT kapada kita.Kita sentiasa bersyukur dengan ketentuan Allah kapada kita.

Realiti Dalam Kehidupan


Kita sentiasa mengeluh,kita sentiasa merasa kecewa,kita sentiasa merasa down dan stress,kita sentiasa merasa tidak berpuas hati,kita sentiasa merasa tidak pernah mencukupi.Kita sentiasa lupa bahawa kita mempunyai Allah SWT yang menentukan dan mengaturkan kehidupan kita.Hak kita sebagai hamba ialah berusaha sekuat dan serajin mungkin,tidak malas,tidak mudah kecewa dan tidak mudah berputus asa.Hak Allah pula ialah menyayangi dan meridhai kita sebagai hamba nya.Kalau Allah sayang dan ridha kapada kita pasti sekali Allah memperkenankan segala usaha,ikhtiar,kesungguhan,kehendak,permintaan dan doa kita.Tidak mungkin Allah menolaknya,kerana Allah telah berjanji berkali-kali dengan kita yang Allah sangat suka kapada orang yang sentiasa berdoa kapadaNya.Allah berjanji akan memakbulkan segala doa kita.Masalahnya ialah masalah kita bukannya masalah Allah.Masalah kita kerana kita tidak mahu mendidek diri kita supaya kita sentiasa mendapat perhatian dari Allah SWT.Masalah kita kerana kita tidak berusaha seikhlasnya mempersiapkan diri kita supaya sentiasa mendapat kasih sayang dan keridhaan dari Allah SWT.

Tips


Untuk mendapat keridhaan yang sempurna dari Allah SWT,seorang professional yang think big dream high harus sentiasa mendidek diri kita.Harus sentiasa seikhlasnya menyediakan diri kita sendiri masing-masing supaya berjaya memilikki sifat-sifat dan kelakuan yang diridhai oleh Allah SWT.Antaranya adalah saperti berikut;

1.Sentiasa merendah diri,santun dan bersedia memberi tunjuk ajar kapada orang-orang yang berada lebih rendah dari kita dari segi kejayaan, kerjaya,keimanan, kerohanian dan ketaqwaan

2.Sentiasa melakukan segala aktiviti harian yang tidak bertentangan dengan syariat supaya semuanya merupakan ibadat kita kapada Allah SWT,selain dari ibadat wajib dan khusus harian kita selari dengan rukun islam dan rukun iman.

3.Sentiasa mengingati keadilan akan berlaku diakhirat untuk menentukan nasib sesaorang itu baik atau sebaliknya.Untuk menentukan nasib kita samada ke syurga atau ke neraka.Tentu sekali kita mahu ke syurga dan tidak mahu sekali-kali ke neraka.

4.Sentiasa bersikap sederhana dan tidak overdo dalam segala aspek kehidupan harian.Contohnya makan sederhana,mengumpul harta secara sederhana,berbelanja sederhana,berpakaian sederhana.

5.Sentiasa mengelak dari melakukan pengkhianatan kapada Allah SWT,diri sendiri dan kapada makluk lainnya saperti manusia,alam sekitar,binatang dan sebarang bentuk tumbuh-tumbuhan.

6.Sentiasa menjauh diri dari sebarang bentuk kepalsuan,membuang masa,pembohongan dan sia-sia.

7.Sentiasa memberi perhatian,pemikiran dan penghargaan kapada alam sekitar dan universe meliputi semua isi kandungannya saperti bumi,bintang-bintang,bulan,matahari dan segala ciptaan Allah,sebagai tanda-tanda kewujudan, kebesaran dan kekuatan Allah SWT.

8.Sentiasa berusaha untuk mengadakan bimbingan dan kebajikan kapada semua ahli keluarga masing-masing supaya mereka terjamin mendapat kebahagiaan didunia dan juga diakhirat.

Monday, August 29, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Kesebelas Responsibiliti,Akauntabiliti,Transparensi Dan Corporate Governance -Coretan 51


Responsibiliti atau kebertanggungjawapan didefinasikan sebagai satu kewajiban kita untuk menjalankan sesuatu tugasan yang mana sekiranya tugasan tersebut tidak kita laksanakan dengan sempurna maka kita akan dipertanggungjabkan atau disalahkan.

Sebagai contoh seorang pembekal kek mendapat tempahan untuk membuat 100 kilogram kek berbentuk kapal dan bersalutkan icing.Maka beliau bertanggungjawap untuk menyiapkan kek tersebut.Tetapi sekiranya pembekal tersebut membuat bahulu yang berbentuk kapal dan ditutupi oleh icing,maka tentu sekali beliau akan dipersalahkan kerana tidak membuat apa yang ditempah iaitu kek yang berbentuk kapal dan bericing.

Akauntabiliti adalah merupakan kebertanggungjawapan dan kesediaan kita untuk menjelaskan mengenai sesuatu isu yang kita terlibat dalam membuat keputusan atau apa-apa tindakan yang kita ambil mengenainya.

Sekiranya setelah kek tersebut dipereksa,ia sebenarnya bahulu,maka pembekal mesti menjelaskan kenapa yang dihantar adalah bahulu,bukannya kek.Pembekal mungkin cuba mempertahankan bahawa yang beliau hantar itu adalah sememangnya kek bukannya bahulu. Pengurus belian organisasi tersebut sendiri mengesahkan menerima tempahan kek berbentuk kapal tersebut.Jabatan kewangan terus membuat bayaran kapada pembekal kek tersebut apabila mendapat pengesahan dari pihak pengurus belian.Apabila semua dokumen lengkap,maka chek dikeluarkan tanpa mengesyakki apa-apa hanky-panky yang berlaku.

Transparensi adalah ketelusan sesuatu perbuatan yang membolehkan orang lain dapat melihat,memahami dan mengetahui kebenaran secara yang nyata dan mudah.

Dalam contoh ini tidak berlaku transparensi kerana pembekal tersebut sebenarnya telah menipu organisasi berkenaan dengan membekalkan bahulu berbentuk kapal bukannya kek.Penipuan ini tidak dapat dikesan dengan mata kasar kerana kek kapal itu diselaputi icing.Pembekalan dibuat secara tidak telus.

Corporate Governance pula merujuk lebih kapada sistem pengurusan dalaman sesabuah organisasi.Ia meliputi satu set yang melibatkan proses-proses,budaya kerja,polisi,peraturan dan perundangan yang mempengaruhi cara perjalanan,pengawalan,pengawasan dan pengurusan organisasi tersebut demi untuk kebaikkan stakeholders atau mereka yang berkepentingan dengan organisasi tersebut.

Sekiranya organisasi yang membuat tempahan kek tidak mempunyai sistem pengawalan dan pengawasan yang baik,mungkin kes penipuan kek tidak dapat dikesan.Bentuk dan rupa antara kek sebenar dan bahulu tidak sangat berbeza.Tetapi jabatan audit dan survallaice dalam routine biasanya telah mengambil sample kek tersebut dan menghantarnya ke makmal untuk dipereksa secara lebih teliti.Dengan makmal yang modern akhirnya penipuan dapat dikesan,bahan mentah yang digunakan untuk membuat kek adalah sebenarnya majerin.Majerin adalah jauh lebih murah berbanding dengan mentega.Pembekal cuba menipu untuk mendapat keuntungan yang lebih,tetapi akhirnya dengan sistem dalaman yang transparen dan baik,penipuan ini terbongkar dan pembekal dan pengurus belian organisasi tersebut telah ditangkap dan didakwa oleh SPRM.

Realiti Dalam Kehidupan


‘Organisasi kami memerlukan 5000 buah meja dan kerusi yang dibuat dari stainlees steel dan plastic bernilai rm 2.5 juta,kalau kamu boleh bagi gua 20% komisyen gua akan bagi kontrak ini untuk taukeh supply’. ‘Awak tolong saya,tahu lah pula bagaimana saya mahu tolong awak’. ‘Lu kasi sama gua,gua kasi sama lu la’.Semua kata-kata ini menggambarkan keempat-empat konsep ini tidak lagi dapat di amalkan dengan baik.Tidak lagi telus.Dalam contoh diatas,kemungkinan besar pembekal kek dan pengurus belian organisasi tersebut telah berpakat untuk membuat penipuan bersama.Ini sekadar contoh kecil pembekal kek.Pendekatan yang lebih sophisticated dan halus juga sebenarnya sering menjadi amalan para penyanggak korporat dan politik tetapi terlepas begitu sahaja tanpa dapat dibongkar dan dikesan.

Berlakunya penyalahgunaan kuasa,urusniaga yang tidak telus,ketidakbertanggungjawapan dan perlanggaran terhadap sistem bekerja yang baik,betul dan transparen adalah disebabkan amalan budaya pengurusan yang jijik.Lebih jijik dari najis.Perlanggaran dilakukan secara sengaja kerana mengharapkan sesuatu faedah peribadi.Kebiasaannya dalam bentuk kewangan.Tentunya wang ini adalah wang yang diperolehi secara yang tidak halal.Dari sumber yang tidak sah kerana berlakunya kebocoran dalam sistem pengurusan yang tidak lagi telus.Malangnya dari maklumat umum,kes-kes yang begini samada kecil,besar atau tersangat-sangat besar masih wujud dan berlaku dinegara kita.Mereka yang terlibat juga terdiri dari orang-orang kecil,orang-orang besar dan orang-orang yang tersangat-sangat besar.

Tips


Sebagai seorang professional yang think big dream high keempat-empat konsep ini perlu difahami,dan dihayati sedalam-dalamnya.Penghayatan yang mendalam keatas konsep dan pengertiannya akan menjadi kita seorang professional yang dapat mengamalkan budaya,cara bekerja dan pengurusan yang murni dan telus atau tranparen.Telus dengan diri kita sendiri,telus dengan masyarakat dan telus dengan Allah SWT.Profession kita adalah ibadat kita.Sepanjang hidup kita,kita terlibat dalam profession kita.Ini bermakna kita beribadat sepanjang hidup kita.Ketidakmurnian dalam tugas dan cara kita bekerja bermakna tidak murni pula ibadat kita kapada Allah SWT.Tidak murni dan cacat nya ibadat kita kapada Allah SWT bermakna sukar pula bagi Allah SWT untuk menunaikan doa kita supaya kita mendapat kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.Seorang professional yang think big dream high tentu sekali tidak mahu mengalami kekecewaan dan kegagalan baik di dunia mahu pun diakhirat.Lebih lebih lagi diakhirat yang menjadi tempat kediaman kita semua yang abadi.




Monday, August 22, 2011

Think Big Dream High,Persediaan kesepuluh,Jadilah Seorang Pendidek,Coretan 50

Seorang professional yang think big dream high harus lah juga merupakan seorang pendidek.Beliau harus bersedia untuk berkongsi pengelaman dan ilmu pengetahuan dengan orang lain.Mendidek dan berkongsi ilmu kita kapada sesiapa sahaja yang berada di sekeliling,stakeholders kita atau yang terlibat dengan kita.Kita tidak boleh kedekut dengan ilmu yang kita milikki.Kedekut tidak akan menyuburkan ilmu tersebut,tidak akan menambah kebijaksanaan kita sebagai pemilik ilmu tersebut.

Bagaimana pun pendekatan dan kaedah pendidekkan kita mesti lah secara berhemah sesuai dengan apa keadaan persekitarannya,siapa yang terlibat dan bila ia harus dilakukan.Mendidek melibatkan penyebaran dan perkongsian ilmu pengetahuan,pengelaman,kemahiran,sokongan,panduan dan strategi yang perlu untuk melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawap dengan sesiapa pihak yang terlibat dengan kita.Ini adalah juga merupakan tanggungjawap sosial kita secara peribadi untuk masyarakat.Ia juga merupakan satu disiplin yang harus menjadi amalan kita semua.

Realiti Dalam Kehidupan

Orang tua-tua kita sejak dari dahulu kala memang memilikki berbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.Tetapi segala ilmu pengetahuan dan kemahiran ini berkubur dengan jasad mereka setelah mereka meninggal dunia.Sayang sekali.Banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran ini juga ada berkaitan dengan sesuatu teknologi termoden dimasa tersebut.Teknoloji yang melibatkan rekacipta untuk memudahkan dan mempercepatkan sesuatu kerja dan tugas semasa itu. Tetapi oleh kerana tidak berlaku penyebaran,penambahbaikkan dan pembaharuan,maka segala-galanya hilang.Ia merupakan satu kerugian besar kapada masyarakat kita hari ini.

Kalau lah disiplin penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran ini menjadi amalan masyarakat kita sejak dulu lagi dengan cara menurun dan mendokumentasikan segala bentuk ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut,hari ini bangsa kita mungkin tidak ketinggalan dari segi teknologi berbanding dengan bangsa barat,sebagai bangsa pengasas sesuatu teknologi baru.

Tips

Dunia hari ini lagi mudah untuk kita menurun dan berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran kita dengan orang lain.Penulisan dalam bentuk rencana,buku,blog,sebaran melalui media massa cetak dan elektronik memudahkan kita mendidek dan menyampaikan idea,ilmu pengetahuan,pengalaman kita,kemahiran kita dan segala-galanya kapada stakeholders kita atau kapada umum.Disiplin ini bukan sahaja dapat memantapkan lagi ilmu dan kemahiran kita sendiri tetapi juga dapat memberi banyak faedah kapada generasi kita yang akan datang.

Agama kita Islam sendiri pun mengajar kita supaya berdakwah menyampaikan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran kita yang baik,yang berguna,yang berfaedah,bukan sahaja khusus mengenai ilmu keagamaan kapada masyarakat.Dalam Islam semua jenis ilmu adalah berkaitan dengan agama dan datang dari Allah SWT,asal sahaja ianya tidak bertentangan dengan syariat.Segala ilmu yang disampaikan ini sebenarnya,setelah kita mati,yang akan bertali arus terus menerus membantu menambah kebahagiaan kehidupan kita di alam kubur dan di alam akhirat.Ianya tidak harta benda kita,tidak kekayaan kita yang akan membantu kita selama-lamanya sesudah kita tiada lagi di dunia ini.

Sunday, August 14, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Kesembilan,Jadilah Seorang Professional Yang Mulia-Coretan 49


Setiap kita adalah orang yang mulia.Nafsu kita yang menjadikan sesetengah kita semakin sehari semakin kurang mulia.Latarbelakang kita,pendidekkan kita,pergaulan kita dan pengelaman kita banyak mempengaruhi perangai,amalan,sifat-sifat dan cara hidup kita.Kekal atau tidak nya kita menjadi seorang yang mulia banyak di pengaruhi oleh faktor-faktor ini.Seorang yang think big dream high harus mengekalkan sifat mulia pada diri kita.Kita harus berusaha untuk mold kan diri kita dengan acuan pendidekkan,pergaulan dan pengelaman kita kearah mengekal dan menjadikan diri kita sebagai seorang yang berhati mulia.

Realiti Dalam Kehidupan.

Pengelaman mengerjakan Haji atau Umrah benar-benar dapat kita lihat gelagat dan tingkah laku manusia.Niat semua orang yang datang mengerjakan ibadat haji atau umrah adalah baik,adalah mulia.Semua tiada niat lain selain dari ikhlas untuk beribadat kapada Allah SWT.Semua adalah ikhlas untuk mendapat keridhaan,keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.Boleh dikatakan semua orang mengalir air mata semasa berada di hadapan Kaabah atau di makam Nabi SAW diMasjid Nabawi.Semua orang juga mengalir air mata apabila imam tersedu-sedu sedih semasa membaca ayat atau doa tertentu dalam sembahyang atau semasa baca doa kunut yang panjang lebar semasa solat witir.Imam sedih,makmum juga turut bersedih walaupun setengahnya tidak memahami makna ayat-ayat yang di baca.Linangan air mata menandakan keinsafan dan penyesalan kita, keluhuran hati kita,keikhlasan hati kita.Linangan air mata menandakan kemulian hati kita.Linangan air mata semata-mata kerana Allah SWT.

Selepas menangis,dalam masjid yang sama,semasa tawaf,semasa mencari tempat untuk sembahyang kita juga memperlihat ketidak mulianya hati kita.Kita tolak orang lain,kita langkah kepala orang lain yang sedang sujud,kita ingin cepat,kita ingin ke saf depan,kita ingin mengucup hajaratul aswad,kita ingin lebih dekat dengan Allah SWT,tetapi kita lupa bahawa kita terlalu mementingkan diri kita.Kita tidak peduli orang lain yang datang masjid lebih awal,kita nak juga berada di saf depan dengan cara yang tidak lagi menggambarkan kita adalah seorang yang mulia.Kita tahu kita ada pilihan.Untuk selesa dan mendapat saf yang kita kehendakki kita boleh datang lebih awal kemasjid.Tetapi tidak,kita membuat pilihan untuk datang semasa masjid telah penuh,Maka kita terpaksa bertindak dengan cara yang tidak lagi menggambarkan kita seorang yang berbudi bahasa baik,seorang yang berakhlak,seorang yang sopan. Begitu lah cepatnya kita berubah.Begitu lah cepatnya nafsu boleh menukar kita dari seorang yang mulia kapada seorang yang tidak lagi mulia.

Senario ini hanya sebagai contoh,ia juga boleh berlaku kapada kita dalam scenario yang berbeza,dalam keadaan yang berbeza dalam kehidupan kita seharian.Seorang professional yang cara hidupnya mengamalkan prinsip think big dream high harus memberi perhatian kapada perkara walaupun sekecil ini.Hati kita mudah berubah disebabkan kenakalan desakan hawa nafsu kita.Kita tidak boleh membiarkan hati kita dipermain-mainkan oleh nafsu kita.

Tips

Sebagai seorang professional yang think big dream high,kita adalah bos.Kita berkuasa penuh mengawal apa sahaja termasuk nafsu kita.Kita tidak boleh izinkan kepala kita dan hati kita yang menjadi tuan kapada kita.Untuk mengetahui samada kita sebenarnya seorang yang mulia atau tidak,kita perlu melalui test kemuliaan.Dalam kehidupan kita setiap hari,setiap kita melalui berbagai test kemuliaan ini.Semua orang ada masa up dan ada masa down atau sebaliknya ada masa down dan ada masa up.Inilah dua test kemuliaan yang sebenarnya.

Semasa krisis,semasa bermasalah adakah kita memilikki ketabahan,memilikki keteguhan hati,memilikki kesetiaan yang tidak berbelahbagi kapada agama,organisasi atau keluarga kita,memilikki kesabaran yang tinggi, dan memilikki tawakal sepenuhnya kapada Allah SWT?Kalau jawapan kapada semua soalan ini adalah ya,maka kita lulus test kemuliaan kita yang pertama.Kita sebenarnya memilikki ciri-ciri seorang yang mulia.

Test yang kedua ialah semasa kita senang,semasa kita mencapai kejayaan.Adakah semasa kita senang,semasa kita berjaya,kita sanggup memaafkan sesiapa sahaja yang menyumbang kapada masalah kita dahulu,adalah kita tidak menyalahgunakan kuasa kita dengan bertindak membalas dendam kapada sesiapa yang menyumbang kapada masalah kita tersebut,adakah kita bermurah hati mendermakan pendapatan atau keuntungan kita kapada sesiapa yang berhak mungkin termasuk yang dahulunya seteru kita,adakah kita berani mengunakan kedudukan kita untuk kepentingan orang ramai tanpa mengira siapa mereka dan tidak sekali-kali untuk kepentingan diri sendiri,dan adakah kita setiap masa bersyukur kapada Allah SWT diatas kejayaan kita?Kalau jawapan nya juga ya kapada semua soalan ini,maka confirmed lah kita sebenarnya seorang yang mulia.

Kedua-dua test ini perlu dilalui oleh sesiapa sahaja professional yang berpegang teguh kapada slogan think big dream high,yang inginkan keridhaan,yang inginkan keberkatan dan yang inginkan rahmat dari Allah SWT.

Monday, August 08, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Kelapan,Diet Yang Menyihatkan-Coretan 48

Keberkesanan eksesais fizikal kita hanya diperolehi dengan mengamalkan diet yang betul.Kita selalu lihat selepas eksesais ada orang makan nasi lemak,kueh mueh,teh tarik.Amalan begini tidak sangat memberi kesan terbaik kapada eksesais yang beliau lakukan.Diet sebenarnya bukan semata-mata kita hendak kuruskan badan kita tetapi lebih kapada untuk menyihatkan kita.Tetapi kebiasaannya orang yang gemuk atau obese tidak menikmati tahap kesihatan optima.Kita juga faham bahawa punca utama segala penyakit adalah makanan yang kita ambil.Berlebihan apa sahaja makanan yang diambil tanpa protein,akan menyebabkan obesity.Obesity akan menyebabkan punca kencing manis,darah tinggi,stroke,jantung,sakit lutut.Semua jenis penyakit ini akan menggangu kerjaya kita.Akan melembabkan aktiviti kita.Akan mengurangkan keupayaan kita berfikir.Akan menyebabkan kita lebih malas berbanding dengan orang lain.Akan menyumbang kapada ketidakmampuan kita untuk mencapai kejayaan yang lebih berganda dan cemerlang.

Realiti Dalam Kehidupan.


Lebih 60% penduduk Malaysia mengidap penyakit obesity atau lebih berat badan.Ini bukan bermakna kita semua orang mewah kerana sentiasa makan sedap dan banyak..Kita sebenarnya mengambil makanan yang orang mewah tidak makan.Orang mewah dan orang kaya makan adalah makanan yang lebih berkualiti dan lebih mahal.Makanan mereka lebih mengutamakan protein saperti semua jenis daging,keju,susu,semua jenis seafoods,ikan salmon,telur,minum air oksigen,salad dengan olive oil.Orang tidak mewah dan tidak kaya pula makan makanan yang lebih kurang berkualiti dan murah.Makanan mereka lebih mengutamakan karbohiderat saperti nasi,roti,kueh-mueh,ubi kayu,ubi kentang,mee,bubur, teh tarik,kopi o pekat,goreng pisang atau karipap yang digoreng dengan minyak kelapa berkali-kali.Ini bermakna 60% orang Malaysia makan makanan yang dimakan oleh orang yang tidak mewah dan orang yang tidak kaya.Majoriti orang yang tidak mewah dan orang yang tidak kaya adalah orang Melayu atau Bumiputra.Ini juga memberi kita maklumat bahawa orang Melayu lah yang paling ramai mengalami obesity.Secara langsung pula dapat kita buat kesimpulan bahawa orang Melayu lah yang sangat perlu mengubah cara diet kita semua.Cara diet kita yang sangat mengutamakan karbohiderat harus di ubah kapada cara diet yang lebih seimbang.

Tips

Buku saya Diet Hang Tuah dengan terperinci membincangkan cara pemakanan saimbang terbaik untuk eksekutif dan usahawan muda yang inginkan kejayaan.Ianya selari dengan motto kita think big dream high.Diet ini mencadangkan kita mengambil makanan yang saimbang di antara karbohiderat,fiber,protein dan lemak.Contoh karbohiderat terbaik ialah beras perang,basmati,oats bran,ubi keledek,roti wholemeal atau roti wholegrain.Contoh fiber terbaik ialah semua jenis ulam,daun dan batang celery,semua jenis sayuran hijau saperti bayam atau sawi,tomato,semua jenis buah-buahan saperti betik,buah jambu,belimbing,anggur,apple,orange,semua jenis kekacang.Contoh protein terbaik ialah daging ayam,telur,semua jenis ikan dan seafoods,keju,susu,air soya.Contoh lemak terbaik ialah minyak zaitun dan ghee.

Apabila kita menyediakan breakfast,lunch atau dinner kita harus menyeimbangkan jenis-jenis makanan yang kita ambil meliputi kira-kira 25% karbohiderat,25% fiber,25% protein dan 25% lemak.Contohnya untuk breakfast kita pilih oats bran,susu atau air soya tanpa gula,dua biji telur goreng mata lembu yang digoreng dengan minyak zaitun dan 6 potong batang celery.Untuk lunch kita pilih nasi basmati,ayam atau lembu kari,ulam pucuk ubi kayu atau kacang panjang,sayur sawi dan air soya.Untuk dinner kita pilih ubi keledek rebus atau bakar,ikan salmon,tomato dan kacang botol dicecah dengan minyak zaitun, dan air soya.Kadang-kadang kita terasa lapar in between breakfast,lunch dan dinner,maka sebaiknya kita ambil apa-apa jenis kekacang yang kita suka saperti kacang tanah,kacang butir,ulam kacang panjang,batang celery atau carrot mentah,orange,betik,anggur atau lain-lain buahan.Untuk membolehkan kita think big dream high makanan-makanan saperti kueh-mueh,semua jenis kek,biskut,bubur,roti canai,goreng pisang,karipap,itu semua kita tak main,perlu dielakkan sama sekali.

Kenapa ubi keledek?Beta-carotene dalam ubi keledek menyebabkan Ph kulit kita saimbang dan menyegarkan kulit,sehingga dapat mengekalkan awet muda kita.Kenapa ikan salmon?Sejenis pigment yang menyebabkan isi ikan salmon bewarna pink iaitu astaxanthin adalah merupakan musuh ketat dan penghapus free redicals yang terbentuk dan wujud dalam tubuh kita.Free radicals adalah perosak kapada membranes sel-sel dan DNA kulit kita,sehingga menjadikan kita mudah berkedut dan cepat tua.Kenapa tomato?Pigment lycopene yang merah dalam tomato adalah satu antioxidant yang dapat mengawal dan melindungi kulit kita dari dirosakkan oleh cahaya matahari.Kenapa orange?Orange mengandungi vitamin C yang tinggi yang dapat menolong menghasilkan collagen oleh tubuh kita.Collagen adalah component yang meremajakan kulit kita.Orange juga mengandungi bioflavonoids yang melindungi kulit kita dari cahaya UV yang boleh memati dan merosakkan sel-sel kulit kita.Kenapa bayam?Semua jenis sayuran hijau saperti bayam mengandungi lutein yang boleh melindungi kulit dari lebam,berkedut dan rosak.Kenapa minyak zaitun?Minyak zaitun adalah sejenis monounsaturated fat. Molecules minyak zaitun walaupun dipanas lebih dari tahap mendideh tidak akan berubah bentuk menjadi polyunsaturated fat yang menyebabkan jantung kita bersumbat.Ia kekal dalam keadaan monounsaturated fat.

Semua contoh-contoh jenis karbohiderat,fiber,protein dan lemak diatas bersama dengan faedah-faedah nya adalah jenis makanan yang paling sesuai untuk kita amalkan.Makanan-makanan ini dapat mengekalkan kesegaran,awet muda dan melambatkan proses ketuaan kita.Kesegaran dan kekal muda adalah faktor utama untuk menjayakan motto kita think big dream high.

Monday, July 18, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Ketujuh,Kepimpinan Bijak-Coretan 47

Seseorang yang ingin cemerlang dan tersohor dalam apa sahaja bidang mesti mempunyai kualiti kepimpinan yang unggul.Setiap kita dilahirkan sebagai seorang pemimpin.Hanya mereka yang dapat menyuburkan elemen-elemen atau benih kepimpinan yang ada dalam diri masing-masing sahaja sebenarnya akan berjaya menjadi seorang professional,ahli politik,agamawan,penyanyi,usahawan atau olahragawan yang bijak.Untuk kemudahan semua para pemimpin dalam berbagai bidang ini akan di sebut atau dirujuk samada sebagai pemimpin atau professional dalam rencana ini.Rencana ini akan mengulas persoalan mengenai kepimpinan melalui contoh gelagat jenis pemimpin-pemimpin yang kita dapat perhatikan wujud dalam masyarakat kita selama ini.

Pemimpin lahir dan pergi mengikut peredaran masa.Seorang pemimpin akan mendapat sanjungan sesuai dengan fenomena yang wujud semasa kepimpinan beliau.Pemimpin berkenaan releven,berkesan,dipuja dan diminati ramai pada masa tersebut.Hanya seorang yang think big dream high sahaja akan berjaya menjadi pemimpin yang berjaya,dihormati dan sentiasa dikenangi sepanjang zaman.Ciri-ciri kepimpinan mereka yang unggul dan bersifat universal menyebabkan kepimpinan mereka di sanjung dan di hormati walaupun lama selepas era kepimpinan beliau.Selain dari para nabi yang kesemua kepimpinan mereka adalah khusus terpimpin dan terdidek oleh Allah SWT,terdapat ramai pemimpin-pemimpin lain yang bertaraf dunia.Sekadar contoh mereka adalah saperti Imam AlShafei(pengasas mazhab Shafei),Imam AlGhazali(ahli shariat dan sufi terkenal),Muatama Ghandi(India),JF Kennedy(USA),Nelson Mendela(AfrikaSelatan),Tun Mahathir Mohammad(Malaysia),Bill Gate(USA),WarrenBuffet(USA),P.Ramli(Malaysia),Mohammed Raffi(India),Umi Kalsom(Mesir),Akio Morita(Jepun), Chung Ju-Yung(Korea Selatan) atau Pele(Brazil).

Masalah asas yang dihadapi oleh para pemimpin agak sama diantara satu era atau zaman ke satu era yang terkemudian.Ia nya berkaitan dengan stakeholders iaitu mereka yang berkaitan dengan kepimpinan tersebut dan keadaan persekitaran semasa.Perbezaan hanya wujud pada tahap cabaran,ketamadunan dan kerumitan yang terdapat pada sesuatu era itu sahaja.Dalam era masyarakat yang berorientasikan teknologi maklumat atau ICT dan ilmu pengetahuan ini tahap cabaran,kerumitannya dan diversiti nya adalah lebih berbanding dengan era ekonomi yang berasaskan pertanian,sebagai contohnya.Tentunya perbezaan juga akan wujud di kurun yang akan datang.Dengan itu persediaan seseorang yang ingin menjadi pemimpin di era ini harus mengambil kira tahap kemodernan,kerumitan,diversiti dan cabaran yang wujud pada masa kini.Semua ini bermatlamat melahirkan seorang professional tersohor yang akan dihormati dan dikenangi walaupun dalam masa 100 tahun akan datang.

Realiti Dalam Kehidupan


Ada pemimpin yang lahir sebagai pemimpin melalui pintu hadapan.Ada juga pemimpin yang lahir atau diwujudkan melalui pintu belakang.Pemimpin terbentuk kerana pertalian persaudaraan,keturunan atau nepotisma.Pemimpin terbentuk kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa.Pemimpin terbentuk kerana tektik-tektik dan strategi-strategi yang tidak berethikal dan tidak bermoral.Pemimpin terbentuk kerana kronisma dan pandai membodek pemimpin yang terdahulu.Pemimpin terbentuk kerana sebab-sebab lain yang tidak berasaskan merit kepimpinan tulin.Ini gulungan pemimpin yang diwujudkan melalui pintu belakang.

Kita tidak mahu termasuk dalam gulungan pemimpin yang terbentuk disebabkan faktor-faktor yang boleh kita sifatkan melalui pintu belakang dan berliku-liku ini.Tetapi kita mahu menjadi seorang pemimpin yang melalui proses pembentukan kepimpinan yang semula jadi.Proses pembentukan kepimpinan yang berasaskan meritokrasi,yang berasaskan kualiti kepimpinan,kelayakkan dan kematangan tulin.Kita mahu memasukki pintu kepimpinan dari arah hadapan yang jelas dan lurus.Kepimpinan yang didukung oleh para stakeholders secara mutlak dan tidak berbelahbagi.

Sekadar contoh,pemimpin yang rasuah hanya akan di kelilingi oleh para pemimpin dan bakal pemimpin yang rasuah juga.I scretch your back,you scretch my back atau sebaliknya you scretch my back,i scretch your back..Seorang pemimpin rasuah akan hanya kekal apabila mempertahankan anak buahnya yang juga rasuah.Pemimpin yang tidak rasuah dan bersih tidak akan dapat bertahan lama sekiranya di kelilingi oleh para pemimpin lain yang rasuah.Bagitu juga pemimpin yang rasuah tidak akan dapat bertahan lama sekiranya di kelilingi oleh para pemimpin lain yang tidak rasuah dan bersih.Semakin majunya tamaddun kita,semakin berilmu nya masyarakat kita,semakin benci kita kapada rahsuah,maka kita sebagai pemimpin juga harus menghayati hakikat ini dan wajib menjauhkan diri dari rahsuah sekiranya kita ingin di terima majoriti oleh stakeholders dan masyarakat kita.

Tips

1.Seorang professional yang think big dream high harus juga merupakan seorang pemimpin masa depan yang mempunyai visi,misi,cara bekerja dan apa hasil yang ingin dicapainya dengan jelas.Setiap satunya pula dapat difahami dan dirasai oleh setiap stakeholders.Setiap satunya misti spesifik,tidak kabur dan berpijak dibumi nyata.Sebagai ketua beliau juga harus memberi tanggungjawap,kerja dan tugas yang jelas kapada semua pihak terlibat.Setiap orang juga masing-masing memahami apa hasil dan sumbangan yang diharapkan oleh organisasi dari beliau dalam masa yang tertentu pula.Hasrat pemimpin harus di fahami dan sentiasa di ingatkan kembali setiap masa supaya tidak terlepas pandang.Maknanya setiap orang tahu apa,bila dan bagaimana matlamat organisasi akan dicapai.



2.Seorang professional yang think big dream high harus juga merupakan seorang pemimpin masa depan yang mempunyai pengetahuan yang luas tetapi kemahiran yang khusus dan mendalam dalam bidang tertentu yang beliau terbabit.Tahap diversiti para stakeholders dalam persekitaran sekarang dan masa depan adalah terlalu berbagai.Kerenah,citarasa,kepuasan,permintaan dan kehendak pengguna dan masyarakat umum adalah tidak terbatas.Keadaan di pasaran adalah terlalu kompetatif.Tahap ketelusan dan keterbukaan maklumat,akauntabiliti,kebertanggungjawaban menjadi semakin sempurna.Kita yang bercita-cita tinggi perlu melengkapkan diri kita dengan berbagai kemahiran dan kebolehan.Kemahiran dan kebolehan yang perlu untuk permudahkan kita menjalankan kerja dan tugas secara berkesan.

3.Seorang professional yang think big dream high harus juga merupakan seorang pemimpin masa depan yang mengamalkan budaya bijak berkongsi dan menurunkan kuasa atau autoriti kapada pihak lain yang sama-sama terlibat untuk menjayakan sesuatu misi dan matlamat.Beliau harus bijak memahami,menilai,menghargai dan menggunakan berbagai kelebihan dan kekuatan yang dimilikki oleh semua mereka yang terlibat.Beliau tidak boleh mencekak pinggang menjadi mandur memberi arahan apa yang patut dibuat oleh orang lain,tetapi walaupun sebagai ketua,beliau bersama merangka strategi dan perancangan untuk sama-sama melaksanakan kerja dan tugas secara kolektif dalam satu pasukan.Setiap stakeholders berada dalam suasana selesa dan beranggapan yang mereka sama-sama penting dan diperlukan.

4.Seorang professional yang think big dream high harus juga merupakan seorang pemimpin masa depan yang mempunyai commitment menyeluruh,terlibat sepenuh hati,sentiasa terbabit dan engaged serta menghayati sedalam-dalamnya dalam setiap program yang berada ditangan.Beliau harus mempunyai pendekatan berfikir yang bersifat futuristik dan bersedia pada bila-bila masa untuk menyelesai masalah yang di jangka khususnya dalam persekitaran pasaran yang baru dan belum diterokai.

5.Seorang professional yang think big dream high harus juga merupakan seorang pemimpin masa depan yang sentiasa membuka pintu kapada sesiapa sahaja dari berbagai latarbelakang yang ingin mendapat dan menyumbangkan maklumat,idea dan panduan.Beliau menyedari pengembblingan segala bentuk input,kelemahan dan kekuatan setiap pihak akhirnya menghasilkan kekuatan sebenar kapada organisasi yang beliau pimpin.Hanya melalui pendekatan sedemikian beliau dapat memastikan organisasi mereka adalah yang terbaik.Beliau sendiri tanpa sendiri mendabik dada akan diterima secara meluas sebagai pemimpin contoh yang bijaksana dan dikagumi.

Monday, July 11, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Keenam,Personal Grooming-Coretan 46

Smart,kemas dan bergaya mencerminkan peribadi kita sebagai seorang yang bijak dan professional.Semua orang di persekitaran kita samaada seorang sama seorang atau seorang dengan kumpulan selesa dengan kehadiran kita.Rambut kita kemas,misai dan janggut kita di trim rapi,kuku kita bersih,muka kita berseri,gigi putih bersih.Pakaian kita saperti baju,tie,pen dan cincin hanya satu,gelang hanya seutas,jam,cermin mata,tali pinggang,briefcase,tudung,skaf,jaket,seluar,suit,handkerchief,blouse,kasut,setoking kita warnanya mesti matched dan sesuai.

Badan kita berbau wangi lembut.Nafas dan mulut juga tidak berbau yang boleh irritate mereka yang berhampiran dengan kita.Telinga dan hidung juga perlu sentiasa hygienic.Tiada bulu hidung atau bulu kening yang terjulur keluar melebihi dari yang sepatutnya.

Cara kita mengatur langkah tidak terlalu perlahan walaupun agak laju tetapi tidak terlalu laju.Seorang yang yakin perlu berjalan menegak tetapi tidak mendongak sombong.Kita perlu berjalan agak cepat,tetapi tidak terlalu cepat.Langkah kita diatur dengan tumit dahulu sampai kelantai atau ke tanah,bukan tapak atau hujung kaki kita dahulu.Kita tidak boleh berjalan sambil lewa dan santai.Kita harus senyum tetapi tidak perlu menoleh kiri kanan kita.Cara berjalan kita mengambarkan kuasa kita,mengambarkan kita adalah bos,kita adalah seorang yang perlu dihormati dan diberi perhatian.

Cara kita bersalam,bahasa kita guna semasa bercakap atau membuat presentation adalah sopan dan beradap.Kita membuat salutation yang betul sesuai dengan VVIP yang hadir.Sekiranya kita perlu masukkan joke dalam ucapan kita,joke itu harus sederhana,tiada unsur-unsur lucah dan mengguris hati hadirin.Elak dari ketawa yang terbahak-bahak.Kita hanya perlu senyum bukan ketawa.Kawal air lior,hingus atau peluh kita dari keluar lebih-lebih lagi dari terpercik kapada tetamu atau audience kita.

Kita kelihatan tanpan dan anggun dari kepala ke kaki.Orang terpegun melihat kita.Kita kelihatan yakin dengan diri kita.Orang yakin dengan pembawaan kita.Orang yakin melihat kita dengan gaya dan imej kita.Orang akan memberi tumb up kapada cara pergaulan,menyusun dan memilih perkataan,ayat dan nada percakapan kita.Kita seorang eksekutif atau usahawan yang seolah-olah ada magnet untuk menarik perhatian orang terhadap kita.Kita begitu outstanding berbanding dengan orang-orang lain disekeliling kita.Kita benar-benar ada standard.Kita benar-benar ada class.Selayaknya kita seorang yang think big dream high.

Realiti Dalam Kehidupan


Selekeh betul orang ini.Ketiak nya berbau,rambutnya terlebih dan bertempek dengan minyak bycream,misainya masuk mulut,janggutnya panjang,ada cebisan cili dicelah gigi kapaknya,nafasnya berbau petai,kuku jari kelingkingnya panjang dan kekuningan,jari telunjuk dan kukunya kekuningan terbakar kerana kuat merokok,tie nya kelabu,baju pendek berwarna kuning,bila beliau mengangkat tangan nampak bulu ketiaknya yang panjang,seluar hijau dan singkat atas buku lali,setoking putih dan kasutnya brown lusuh tidak pernah di kiwi,ekor tali pinggangnya bergulung-gulung hujungnya kerana agak panjang,jamnya berwarna emas tetapi cerminnya telah bercalar-calar dan nampak macam ada titik-titik air didalamnya.Begitu lah perwatakan dan imej seorang eksekutif atau usahawan muda kita.Imej yang begini tidak akan membawa eksekutif atau usahawan muda ini kemana-mana.Beliau boleh survive agak lama sekiranya beliau bekerja dengan satu syarikat atau pejabat kerajaan di daerah Kenowit atau Kapit di Sarawak.Tetapi tidak mungkin beliau akan berjaya di Bandaraya Kucing.

Tips


Sebenarnya untuk tempuh permulaan kerjaya, kita tidak perlu memasukki grooming school untuk membentuk perwatakan dan imej yang bertrampilan dan professional.Perdana Menteri,Sultan-Sultan,Menteri,YB,KSU,KP,CEO dan pengurusan kanan GLC atau MNC yang sentiasa dirakam wajah-wajah mereka dalam berita TV dan media cetak perlu mempunyai corporate grooming and image consultant peribadi masing-masing.Seorang Menteri tidak manis apabila bercakap terselit sekeping cebisan cili di celah giginya kerana baru lepas makan nasi lemak.

Rambut perlu digunting setiap tiga minggu,rambut perlu dirawat tidak terlalu kering, berminyak dan beruban,misai dan jangkut perlu ditrim setiap hari supaya terkawal rapi.Gigi perlu sentiasa putih berseri yang meyakinkan untuk kita sentiasa tersenyum,gigi rongak perlu ditampal,dichabut atau diganti,gigi kekuningan perlu dimesin supaya putih dan rata,gigi jongang perlu dirawat..Bawang putih,jering atau petai misti dielakkan pada hari bekerja.Elak nafas dari berbau disebabkan gigi rosak atau makanan reput dicelah gigi.Lidah perlu diberus juga untuk menghapuskan segala bacteria yang bersarang menyebabkan mulut kita berbau busuk.Ambil gula-gula penyaman nafas untuk lebih meyakinkan.Kuku harus dipotong pendek setiap dua minggu.Eksekutif perempuan boleh pakai cutex tetapi tidak terlalu panjang kukunya dan warna nya tidak terlalu merah,warna terbaik putih susu dan berkilat.Seorang eksekutif perempuan perlu make up,tetapi tidak keterlaluan.Gincu tidak terlalu merah mengancam.Lelaki juga boleh make up tipis,khas untuk lelaki.Muka orang yang inginkan kejayaan perlu selalu dijaga dan dirawat,supaya sentiasa ada aura dan seri nya.

Baju terbaik adalah dari jenis refined Egyptian cotton.Warna baju terbaik ialah putih,biru muda,pink,kuning muda,purple muda bagi lelaki,bagi perempuan semua warna boleh tetapi tidak terlalu striking,berwarna-warni,berbunga dan sebaiknya ditutup dengan jeket berwarna hitam,gelap atau putih susu.Tudung dan skaf harus match dengan warna baju tetapi sebaiknya warna muda kecuali hitam atau putih susu.Seluar dan full suit terbaik jenis fine wool.Seluar,full suit dan jeket misti hitam,navy blue atau warna gelap.Plain atau berjalur putih,biru atau merah lembut kebawah dan tidak berkotak atau melintang.Jalur melintang menampakkan kita lebih rendah.Jalur kebawah menampak kita tinggi lampai.Kaki seluar harus cover bahagian atas kasut,tidak terlalu singkat dan tidak terlalu labuh.Neck tie terbaik warna asasnya ialah merah atau biru tua sahaja,boleh berbelang dengan biru,putih,hijau,hitam atau purple bergantung kapada warna baju,supaya tie dan baju matched.Baju berwarna putih adalah terbaik dan senang match dengan apa warna tie dan seluar sekali pun.Warna setoking wajib hitam.Tali pinggang wajib hitam dan panjangnya tidak berlebihan,kepalanya berwarna silver atau aluminiam.Warna kasut wajib hitam.Sebaiknya yang bertali nampak lebih ada class.Jangan pakai sport shoe,jeans atau t shirt semasa di pejabat.Dalam industri iklan dan kreatif kod pakaian adalah mengikut norm industri berkenaan.Jam sebaiknya berwarna silver dan tidak berwarna emas dengan tali jamnya berwarna hitam.Warna pen terbaik adalah hitam dan keemasan lilitan atau lining kecilnya.

Dengan imej begini,kita yakin dan positif bila bercakap,berhujah atau membuat presentation.Kita dapat present segala fakta dan maklumat kita dengan sempurna dan lancar.Kita dapat sampaikan hujah kita secara berkesan dan senang di terima hadirin.Kita mudah memenangi dan menawan hati tetamu atau audience kita.Kita tidak perlu mengulangi argument kita,kecuali di minta atau yang perlu kita highlight kan.Kesimpulan kita padat dan berkesan.Akhirnya kita akan mendapat kepercayaan dan penghormatan.Kepercayaan dan penghormatan ini adalah pembuka pintu kapada segala peluang yang kita impikan.Sebagai seorang yang think big dream high kita perlukan segala peluang ini.Peluang-peluang yang membolehkan kita mencapai hasrat dan matlamat kita.