Monday, May 24, 2010

POSITIFKAN DIRI KITA(CORETAN KE 9)

Aku anak kampung.Sebagai anak kampung banyak perkara yang berlaku di sekitar ku tidak sangat aku ambil perduli.Asal aku cukup makan minum,ada pendapatan tetap secukupnya untuk diri ku dan keluargaku ada kenderaan untuk pengangkutan kami sekeluarga dan ada rumah yang agak selesa dengan tv,peti sejuk,kipas angin,dapur dan mesin basuh,dah ok la tu.Petang lepak-lepak dengan kawan-kawan.Malam pergi masjid,belajar kitab kuning dengan pak iman.Dirumah isteriku seorang cina mualaf masuk islam memang tegas mengawas anak-anakku buat kerja sekolah dan menelaah buku pelajaran.Balik dari masjid borak-borak dan bergurau sedikit sebanyak dengan anak isteri,tenguk tv mana yang patut khususnya berita yang mana sebahagian besarnya dimuat dengan gambar-gamgar pemimpin Negara berucap atau mama-mana program sukan yang menarik,lepas tu masuk tidor.Isteriku terus juga menonton drama atau filem yang beliau minati sementara menunggu anak-anakku habis belajar.Itu lah rutin sebahagian besar kehidupanku dan keluarga seharian.

Kadang-kadang aku terfikir juga,takkan lah semudah itu kehidupan ku ini.Allah jadi diriku sebagai khalifah,takkan lah semudah itu tugas dan tanggungjawapku bagi menjastifikasi diri untuk masuk syurga bila mati nanti.Adakah semua perkara orang dalam tv ucap tu betul belaka?Adakah semua perkara yang ditulis dalam surat khabar atau internet itu betul belaka?Adakah semuanya perlu diterima bulat-bulat?Hampir semua perkara atau tajuk utama tv,media cetak memperkatakan perkara-perkara yang negetif tentang kehidupan,tentang masyarakat dalam dan luar Negara.Banyak berita orang bercerai,berita perang,berita bunuh,tembak menembak,senjata nuklear,alam sekitar yang musnah,tanah runtuh,gempa bumi,dadah,kemalangan,kutuk puak-puak tertentu yang tidak sealiran,caci dan maki hamun mana-mana personality yang tidak sehaluan dengan kita,berita keganasan orang islam,keganasan Israel,buang anak luar nikah,mahkamah bicara dan jatuh hukum bunuh,hukum liwat,polis tembak remaja dan banyak lagi berita-berita yang negetif kalau nak disenaraikan.Semuanya negetif,negetif,negetif,negetif dan negetif.Berita-berita ini lah di paksa kita terima,isteri kita terima dan anak-anak kita terima setiap waktu dan ketika,siang malam pagi dan petang.Berita-berita gembira,bermotivasi,kekayaan, jutawan,kasih sayang,ethika murni,berakhlak dan bermoral murni, keindahan,keharmonian,kebahagian,perpaduan,kedamaian,kejayaan ada juga tetapi tidak lah di ketengahkan sangat sebagai headline dan berita utama.Memang ada terselit dimana-mana segmen.Jadi pemikiran masyarakat banyak di dedahkan kapada banyak perkara negetif, lebih banyak dari perkara yang positif.Pihak media cakap dan berpendapat untuk tujuan komersial perlu spin perkara negetif baru dapat perhatian,baru laku surat khabar,baru penonton suka channel tertentu,betul la tu.Tetapi siapa yang ajar masyarakat berfikiran dan bertanggapan sedemikian.Sejak dulu hingga sekarang di tanam dalam benak dan pemikiran pendengar atau pembaca supaya lebih tertarik kapada perkara-perkara yang negetif.Perkara positif tidak di spin supaya menjadi menarik,maka tidak menarik lah jadinya.Artis kahwin dan jadi isteri nombor dua politian tak ada apa yang menariknya,tetapi bila di olah dan di spin sebegitu rupa ianya jadi menarik.Maka disiar dimuka depan berita tersebut.Memang lah berbanding dengan berita seorang budak perempuan berumur 15 tahun berjaya menjadi jutawan dengan membangun dan menjual sejenis software di silicon valley tidak lah se glamour mana berbanding dengan artis jadi isteri kedua politian.Tetapi itu lah hakikatnya.Kita saban hari di dedahkan kapada perkara-perkara negetif.

Akibatnya,maka kebanyakkan kita(atau manusia keseluruhannya) menjadi masyarakat negetif.Sejak kecil lagi,sejak dibangku sekolah lagi kita disumbat dengan perkara negetif, menjadikan diri kita dan cara pemikiran kita kearah yang lebih sensitif kapada perkara yang negetif.Oleh yang demikian apabila kita dewasa dan menjadi pemimpin,menteri,pemberita,wartawan,penulis novel,pengarah filem,ahli politik,pengarang skrip drama,penerbit berita,ketua eksekutif,pengarah urusan, ,cikgu,akauntan, maka sedikit sebanyak kita turut menyambung tugas kita dengan mengamalkan budaya negetif ini.Drama atau filem yang kita buat pun berthemakan yang negetif,berita kita olah pun negetif,ucapan kita pun negetif.Cakap-cakap kita semasa lepak dengan kawan-kawan pun berbincang tentang perkara negetif.Seluruh masyarakat terus menerus menjadi selesa dengan perkara negetif,komplesen dengan perkara negetif,tak rasa apa-apa pun dengan perkara negetif,kita boleh terima perkara negetif,kita tidak menjadi rasa bersalah pun dengan perkara negetif.Perkara negetif telah menjadi budaya kapada kita,menjadi amalan kita.Ianya tidak menjadi taboo lagi kapada kita,tidak lagi menjadi sesuatu yang tidak boleh kita terima lagi.Hakikatnya kita dah boleh terima perkara-perkara yang negetif.Apabila kita bercakap pun lebih banyak kita gunakan NO,NO,NO,lebih banyak kita gunakan YOU CAN’T.Kita lebih kurang guna YES,YES,YES(kecuali orang politik banyak YA tapi YA yang tidak bertitik pula) dan OK,kita lebih kurang guna YOU CAN.Walaupun tag line kita MALAYSIA BOLEH,tapi banyak amalan kita sebaliknya.


Apa yang kita boleh buat?Sebagai anak orang kampung apa yang boleh kita buat?Pertama,sebagai orang kampung kita hendaklah mahirkan diri kita dengan apa-apa saja bidang kerjaya kita.Biar kita betul-betul mahirkan diri kita dengan kerja kita.Dengan kemahiran yang kita milikki, kita dapat membuat penialaian tentang baik buruknya,negetif positifnya sesuatu isu yang kita hadapi.Dengan sedikit kemahiran kita ini,ia akan menjadi kita cukup matang untuk menepis unsur-unsur negetif dalam kehidupan dan kerjaya kita.Perkara kedua yang kita harus lakukan ialah meningkatkan ilmu pengetahuan kita melalui pembacaan,mendengar ceramah-ceramah,kursus-kursus,seminar,kelas-kelas agama dan lawatan-lawatan.Pembacaan menjadi murah sekarang kerana internet,tidak perlu beli buku banyak.Melalui internet pula kita perlu dan mahir untuk memilih perkara yang ingin kita buat rujukan,perlu penapisan.Dengan ilmu pengetahuan kita akan terpandu untuk membuat pilihan mana satu yang negetif dan mana satu yang positif.Dengan ilmu pengetahuan kita akan menjadi lebih kritikal,kita akan menjadi lebih analitikal.Kita tidak akan secara membuta tuli menerima sahaja apa yang kita baca diakhbar dan kita tonton di tv.Perkara ketiga yang kita boleh lakukan ialah dengan menjadikan diri kita lebih innovatif dan kreatif.Kita perlu banyak tanya soalan.Kita perlu tanya diri kita tentang apa sahaja isu di depan kita.Kita perlu tanya,kalau bagini bagaimana?Kalau begitu bagaimana?Orang yang innovatif dan kreatif biasanya juga berfikiran leteral atau cara berfikir di luar kebiasaan.Berfikir diluar kotak atau berfikir di tepi kotak.Kita tidak lagi berfikir secara biasa dan rutin.Dengan membiasakan diri kita berfikiran terbuka bagini,ianya tidak mudah untuk diri kita dipengaruhi oleh perkara-perkara yang negetif.Kita lebih bijaksana menepis dan menyahkan perkara-perkara negetif dalam kehidupan kita saharian,insyaAllah. Sebagai khalipah Allah sekurang-kurangnya itu lah yang dapat saya kongsikan bersama,agar ianya memberi munafaat kapada kita semua dunia dan akhirat.