Tuesday, January 26, 2010

Perkara Yang Berada Dalam Kawalan kita- Coretan 8

Aku anak kampung.Sebagai anak kampung aku selalu mengambil pendekatan ‘back to basic’ dalam apa jua tindaktanduk, cara pemikiran dan asas pertimbangan dalam aku membuat keputusan. Dunia pantas berubah dan seharusnya begitu.Negara kita pun berubah.Kita orang Malaysia juga berubah,begitu juga masyarakat kita Melayu juga telah banyak berubah. Dari masa kesemasa kita berubah,sehinggakan kadang-kadang atau mungkin lebih kerap dari kadang-kadang, masyarakat kita berubah ke arah yang menjejaskan kedudukan diri kita dari banyak segi saperti keadaan agama kita,keadaan pelajaran kita,keadaan sosial kita,keadaan kehidupan kita dan keadaan politik kita.Secara umumnya apabila berlaku perubahan,kita mengharapkan perubahan ini kearah kebaikkan dan positif untuk diri kita,keluarga kita,masyarakat kita.Kita inginkan sesuatu yang baik untuk keadaan agama kita,pelajaran kita,sosial kita,kehidupan kita dan politik kita.

Isu yang menjadi diri ku tertanya-tanya dan sedikit sebanyak menganggu pemikiran dan perasaan diri ku ialah cara orang-orang politik membuat keputusan untuk Negara kita yang tercinta ini.Orang politik bermakna semua sekali,yang memerintah,yang membangkang,Melayu,Cina,India,Kadazan atau Iban.Formula-formula yang di jadikan polisi kebanyakannya cuba untuk memenangi hati semua kaum dinegara ini,sehinggakan ada kaum yang tidak berpuashati.Sememangnya kita mahukan win-win,sememangnya kita mahukan yang terbaik untuk kita.Dalam merumus formula win-win ini tentunya ada yang terjejas dan tidak berpuas hati.Ada kalanya merimaskan kita.Oleh kerana kita adalah bangsa yang memimpin,maka banyak juga yang kita terpaksa mengalah dalam merangka formula win-win ini.Kita sememangnya berharap segala formula untuk kebaikkan kita sahaja.Tetapi kita misti menerima hakikat bahawa dalam masyarkat majmuk dan berbilang bangsa ini kita tidak boleh mengharap formula –formula tersebut semuanya untuk kebaikkan bangsa kita sahaja.Ini tidak mungkin berlaku.Para pemimpin kita akan merangka formula-formula yang cuba memenangi hati semua rakyat yang berbilang bangsa ini.Ini adalah logiknya dan seharusnya dilakukan oleh para pemimpin kita.Kita tidak boleh buat apa-apa tentang ini,ianya diluar kawalan kita secara peribadi.Pemilik mutlak isu-isu ini adalah ahli politik.Kita secara peribadi tidak dapat membuat keputusan,pemilik mutlak yang berhak membuat keputusan.Yang paling boleh kita terlibat ialah semasa pilihan raya,dimana kita boleh mengguna hak kita untuk memilih calun mana yang terbaik untuk kita.Calun terbaik untuk menjaga kebajikan dan kepentingan kita.Ini sememangnya menjadi hak mutlak kita.

Jadi apa yang sepatut dan semestinya kita buat?Tidak lain dan tidak bukan kita misti balik kepangkal jalan ,kita misti mengambil pendekatan back to basis.Pendekatan yang kita sendiri boleh buat kawalan terhadap keputusan kita.Kita sendiri yang boleh buat kawalan terhadap persekitaran kita,anak-anak kita,ahli keluarga kita.Kita sebagai ibu bapa pastikan anak-anak kita dapat 5A diperingkat UPSR,8A diperingkat PMR,10A diperingkat SPM,mengambil major engineering,perubatan atau accounting di peringkat universiti.Kita ingin penuhi dengan jurutera,akauntan dan doktor berbangsa kita dipasaran pekerjaan.Para jurutera,akauntan dan doktor ini satu masa pula akan berjaya sebagai usahawan berteknologi,technoprenuer yang bertaraf dunia.Kita didek mereka juga untuk menjadi gulungan professional yang bukan sahaja world class tetapi yang beriman.

Ini bermakna kita harus sentiasa berusaha keras untuk kita berjaya di dunia ini dan juga mengharapkan kejayaan yang hakiki dan mutlak di akhirat nanti.Ini yang berada dalam kawalan kita.Orang lain tidak terlibat dalam apa-apa keputusan yang kita buat untuk kita dan anak-anak kita berjaya,bahagia dan sejahtera di dunia dan diakhirat.Seratus peratus keputusannya berada ditangan kita.Bukan berada di tangan orang politik.Oleh yang demikian aku selaku anak kampung ingin meyarankan supaya kita bertekad untuk bekerja kuat untuk kita berjaya dalam kerjaya kita,perniagaan kita.Supaya isteri kita berjaya dalam kerjaya atau perniagaan beliau.Supaya anak-anak kita berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran mereka.Supaya anak-anak kita berjaya sebagai seorang profesyional dalam apa jua kerjaya mereka.Supaya kita dan keluarga kita menambah usaha kita untuk mempertingkat dan menyempurnakan keimanan kita,ketaqwaan kita,keyakinan kita kapada Allah SWT dan agama kita Islam.Supaya kita meyempurnakan kebergantungan,pengharapan dan tawakkal kita kapada Allah SWT.Supaya kita tidak berhenti-henti dan jemu-jemu untuk berdoa,bermunajat,merayu,memohon,meminta kapada Allah SWT.Hanya Allah berhak memberi kita kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan kita di akhirat,insyaAllah.Biar lah ahli politik buat apa-apa formula win-win mereka,kita misti buat formula win-win kita sendiri.Formula win-win kita adalah formula untuk kita dan keluarga kita berjaya di dunia dan di akhirat.Ini dalam kawalan kita.Kita harus memaksimakan apa yang kita boleh buat,kerana untuk kita dan keluarga kita berjaya,kita sendiri yang membuat keputusannya,bukan orang lain.Apabila kita berjaya,apabila kita kaya-raya,apabila kita cemerlang,apabila keluarga kita tersohor,orang politik berlumba-lumba datang mencari kita.Masa itu mereka akan menghormati, mendekati dan menyanjungi kita.Kita terima mereka dengan baik, dengan penuh kesyukuran kapada Allah SWT.Mudah-mudahan mereka akan mengembangkan pendekatan kita ini melalui saluran politik mereka untuk mereka memberi motivasi dan kesedaran kapada masyarakat kita semuanya, supaya mencontohi kejayaan kita.Supaya kejayaan kita akan di jadikan KPI, tanda aras atau standard yang boleh di contohi dan di ikuti. Sekiranya ini berlaku,maka seluruh masyarakat kita akan berjaya.Negara kita akan berjaya dan bangsa kita akan kekal menjadi bangsa yang memimpin dan di segani.Kepimpinan kita tidak akan di persoalkan lagi,kerana bangsa kita adalah bangsa yang tersohor dan sentiasa mencapai KPI diri kita yang tanda aras nya berasaskan merit semata-mata.KPI yang setara dengan KPI antarbangsa.Bukannya KPI kampung,walau pun aku adalah anak kampung.

5 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t
    Ini rupanya insan bernama en Mat...yg begitu misteri sebelum ni...memang seorang yg bermotivasi tinggi n berpendirian..semoga beroleh kejayaan dlm apa juga perkara yg diusahakan...

    salam perkenalan n terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah dan Insha Allah, semuga semua anak2 kita menjadi jutawan dunia dan akhirat... sesungguhnya ia satu impian dan harapan seorang ibu ayah..Hanya doa yang dapat mengiringi usaha dan kejayaan mereka..amin..

    ReplyDelete
  3. Syabas!!.Hebat seorang tokoh koperat kita, satu pengharapan yang sangat mulia...

    ReplyDelete
  4. If we percieve things not as problems but rather as apportunities for learning, we can experience a sense of joy and well being when the lessons are learned. we are never presented with lessons until we are ready to learn them..

    ReplyDelete