Friday, January 14, 2011

HIJRAH (CORETAN KE 10)

HIJRAH (CORETAN KE 10)

Aku anak kampung.Sebagai anak kampung, aku banyak mengguna masa lapang ku ke masjid.Di masjid ada banyak kelas pengajian agama yang menjadi program harian untuk meningkat ilmu dan ibadat para jemaah.Masjid Wilayah Persekutuan yang ruang solatnya sentiasa nyaman berairconditioned dari jam 10.30 pagi hingga 9 atau 10 malam,biasanya menjadi pilihan ku.Masjid yang sentiasa di pasang aircon ini kadang-kadang terlintas juga di benakku,takkan aircon yang di on ini hanya untuk aku seorang saja dengan seorang dua pak guard?Alangkah baik nya masjid yang besar indah ini juga dijadikan sebagai sebuah pusat pengajian atau universiti supaya masjid tersergam dan gah ini dapat dimakmurkan sepenuhnya.Masjid ini sangat sesuai untuk diri ku beritikaf sambil menelaah buku-buku agama saperti terjemahan alquran dan kitab hadith.Terjemahan quran pilihan ku ialah oleh Mualana AbdullahYusuf Ali .Kitab hadith yang menjadi kegemaranku pula ialah kitab bahrulmazi.Setelah sedikit sebanyak memahami kitab-kitab ini,satu pengamatan yang ingin aku kongsikan bersama ialah tentang falsafah dan konsep hijrah Nabi kita Muhammad Al Mustafa SAW dari Mekah ke Madinah.Memang banyak kita mendengar dan membaca kisah hijrah yang bersejarah ini,tetapi kebanyakkan ulasannya bersekitar kearah menyeru kapada kita supaya berubah,kerana pengertian sepintas selalu makna hijrah itu ialah berubah.

Tetapi setelah aku menganalisa kisah ini secara mendalam dan sedikit sebanyak menggunakan konsep berfikiran di luar kotak(lateral thinking),maka aku dapati falsafah dan pengajaran di sebalik hijrah ini tidak lah hanya setakat menyeru kita supaya berubah.Ianya lebih dari itu.Samaada secara kebetulan atau sememangnya telah ditentukan oleh Allah SWT,kebanyakkan mereka yang berhijrah mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.Orang India,orang Cina,orang Kemboja,orang Indonesia malah orang Kelantan,yang berhijrah dari Negara atau negeri asal mereka sangat berjaya dalam menjalani kehidupan di tempat baru mereka.Saperti diriku sendiri,sebagai anak kampung tetapi telah berhijrah dari kampung ke bandar sekarang.Hasilnya aku sangat berjaya secara relative berbanding dengan rakan-rakan ku yang masih tidak berhijrah.Tetapi ini bukan isu yang aku ingin bincangkan dalam coretan aku anak kampung kali ini.

Sejarah menunjukkan di antara perkara-perkara yang menjadi prioriti di lakukan oleh Baginda Rasul SAW sebaik sahaja sampai di Madinah ialah,pertama mendirikan masjid,kedua mendirikan pasar dan ketiga mengahwinkan orang Muhajirin dengan orang Ansar.Aku terfikir kenapa Rasul kita SAW memberi keutamaan kapada tiga perkara ini.Sekarang kalau kita lihat dan membuat sedikit kajian dan pemerhatian di sekitar kita dan di Negara-negara islam maka aku merasakan jawapannya dapat kita perolehi.Tamsilan dari ketiga-tiga perkara ini sangat jelas kapadaku.Bagiku institusi masjid adalah institusi pusat pengajian atau universiti.Pasar pula adalah pusat segala kegiatan ekonomi.Manakala perkahwinan diantara orang Muhajirin dengan orang Ansar pula mengambarkan perpaduan dan penyatuan di kalangan umat Islam.

Lihat lah keadaan umat Islam sekarang ini,baik dinegara kita,lebih-lebih lagi di Negara-negara islam lain saperti di Indonesia,di Afrika,di Bangladesh,Kemboja dan lain-lain tempat di dunia.Secara relative umat islam jauh ketinggalan dalam bidang ilmu pengetahuan,dalam bidang ekonomi dan dalam aspek keharmonian hidup dan perpaduan ummah.

Kenapa perkara pertama yang dibuat oleh Rasul SAW ialah masjid,kerana Rasul SAW meletakkan ilmu pengetahuan adalah kemuncak keperluan umat islam.Dengan adanya masjid atau universiti bagi saya, ilmu pengetahuan yang berbagai aspek dapat di ajar dan dipelajari oleh umat kita.Tetapi selepas zaman gemilang islam,setelah banyak kecemerlangan dalam berbagai bidang saperti mathermatik,ilmu falsafah,ilmu keagamaan,ilmu perubatan,fizik,falak,geografi dan segala aspek ilmu berkaitan dengan kehidupan,maka sedikit demi sedikit kecemerlangan kita itu mula menurun.Sekarang apa yang terjadi kapada umat islam ?Kita telah jauh ketinggalan dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan dan teknologi.Kalau lah hadiah Novel boleh kita jadikan sebagai kayu pengukur kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan,maka dengan penduduk di seluruh dunia sekitar 8 juta sahaja,terdapat 180 orang bangsa Yahudi menjadi penerima hadiah Novel setakat ini.Manakala dari lebih 1.6 billion umat islam seluruh dunia terdapat hanya 4 orang sahaja penerima hadiah Novel.

Dalam bidang ekonomi pula,mungkin tidak perlu aku ulas panjang kerana secara berbanding umat islam sememangnya jauh ketinggalan berbanding dengan umat lain.Dinegara kita,pemilikkan ekuiti sector korporat sebagai contoh tidak sampai pun 20% berada dalam milik umat islam.Dalam coretan aku yang lepas-lepas banyak isu ini telah diperkata dan di bincangkan.Di Indonesia, Negara Islam terbesar didunia dengan lebih 200 juta umat Islam,tidak sampai pun 20% harta kekayaan berada dalam milikkan umat Islam.Kenapa Rasul kita SAW setelah didirikan masjid atau universiti,mendirikan pula pasar sebagai priority Baginda yang kedua?.Jawapannya jelas kerana Rasul SAW menghendakki kita umat islam yang cerdik pandai ini pula menjadi umat yang berjaya dalam bidang ekonomi.Baginda SAW mengetahui,ekonomi,kekayaan dan harta adalah penting untuk mengembangkan lagi agama islam.Baginda sangat menggalakkan umat islam berjaya dan kaya raya,tetapi setelah mantap ilmu dan keimanan kita.Baginda menghendakki umatnya menjadi jutawan tetapi jutawan yang mantap pula keimanan dan ketaqwaannya. Dengan adanya kedua-dua ini umat islam akan memilikki kekuatan dan di segani oleh umat lain.

Tetapi adakah dengan ilmu pengetahuan dan kekayaan sahaja sudah mencukupi?
Tidak,sebab itu lah perkara ketiga disegerakan oleh Rasul SAW ialah mengahwinkan orang-orang muhajirin dengan orang ansar.Baginda mengetahui dengan jelas perpaduan diantara dua gulungan ini adalah pra syarat utama kapada kemajuan dan perkembangan Islam yang baru dibawa dan perkenalkan oleh Baginda ini.Kesatuan dan perpaduan yang utuh sahaja dapat menambah kekuatan kapada umat Islam.Kekuatan perpaduan ini bukan sahaja bagi menguatkan resources umat islam berdepan dan melawan musuh,tetapi ianya sangat penting untuk umat Islam memantap lagi segala aspek kehidupan harian mereka untuk mengamal Islam sebagai satu cara hidup,untuk memantapkan lagi system pemerintahan Islam,untuk menyedia dan menjadikan system pemerintahan Islam sebagai pemimpin kapada semua gulungan umat manusia.Sebagai umat yang memimpin,umat dan pemimpin Islam perlu memperlihat dan mempamirkan kecemerlangan dalam segala aspek kehidupan.Sekarang kita dapat lihat,bukan sekadar Negara-negara didunia Arab berpecah belah,malahan umat Islam di Negara kita Malaysia yang kecil ini pun tidak bersatu padu. Kalau sesama kita pun kita tidak bersatu.Kalau sesama kita pun kita saling benci membenci.Kalau sesama kita pun kita saling jatuh menjatuh.Kalau sesama kita pun kita saling terlanjang menelanjangi kelemahan kita masing-masing.Maka apa rational kita untuk menjadi pemimpin kapada umat lain?Boleh ke umat lain contohi kita,boleh ke umat lain menghormati dan menyegani kita,boleh ke umat lain bertuankan kita sebagai pemimpin mereka lagi?Ini semua harus di halusi oleh kita semua khususnya oleh para pemimpin Islam kita,sekiranya kegemilangan kita umat islam ingin kembali,dipertahan dan di kekalkan,maka suatu pendekatan penyatuan ummah yang dapat diterima oleh semua pihak harus di formulakan.Formula ini harus lah bersifat inclusive dan menyeluruh,bukan hanya untuk satu dua kelompok sahaja.Apabila kita sesama umat Islam bersatu,maka mudah lah umat lain dapat kita satukan pula sebagai satu umat atau rakyat Malaysia yang bersatu padu. Apabila kita semua bersatu maka orang lain juga akan menawarkan diri mereka untuk bersama kita.Mereka dengan sendiri akan menasimilasikan diri mereka dengan kita.Sama lah halnya dengan masyarakat Yahudi dan Nasrani semasa zaman Rasul SAW,bila Baginda SAW berjaya menyatu dengan menguatkan umat Islam maka masyarakat Yahudi dan Nasarani terpaksa menasimilasikan diri mereka dengan masyarakat Islam.

Peristiwa hijrah ini bukan setakat satu peristiwa sejarah semata-mata.Falsafah,konsep dan pengajaran dari peristiwa ini adalah perlu di ikuti,difahami,dihayati dan diamalkan sebagai satu sunnah oleh kita sekarang dan generasi umat Islam yang akan datang.InsyaAllah diatas kesedaran kita bersama, kecemerlangan dan kegemilangan kita umat Islam dapat kita wujudkan semula atas semangat dan falsafah hijrah ini.

3 comments:

  1. Salam...Syabas Dato', i really like all your blogs.. ya...Dato' Alhamdulilah..sama2 lah kita berhijrah..Berubah kepada yang lebih baik sesungguhnya tiada lain yang di cari hanya Keredhaan Allah, Rahmat dan Kasih sayangnya yang berterusan..AMIN

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam...mengharapkan masyarakat berubah dan menerima islam secara menyeluruh merupakan satu azam dan tekad yang baik yang tidak mungkin berlaku tanpa dakwah dan tarbiah. Rasulullah saw melakukan dakwah dengan penuh cabaran dan melakukan tarbiah dengan penoh keinsafan...

    ReplyDelete