Aku anak kampung.Sebagai anak kampung aku sentiasa bermuhasabah dan berdoa untuk memperbaikki diri setiap waktu dan ketika.Lebih-lebih lagi semasa aku bersendirian di Masjid Wilayah bermacam lamunan dan visualisasi datang.Cinta adalah salah satu isu yang terbit dalam lamunan aku ini.Cinta merupakan perkataan yang banyak disebut samaada dalam tafsir alquran atau hadith atau lain-lain bentuk penulisan.Selama ini aku lebih beranggapan perkataan cinta ini hanya relevan kapada para remaja sahaja.Mereka gulungan yang banyak terbabit dalam soal cinta.Tetapi setelah semakin banyak renungan yang aku buat,hakikatnya cinta ini sebenarnya bukan ekslusif untuk gulungan anak muda sahaja.Ianya relevan untuk semua lapisan masyarakat. Ianya relevan untuk semua kita.
Cinta yang paling utama ialah cinta kita kapada Allah SWT.Kemudian mengikut urutan cinta kita kapada agama kita Islam,cinta kita kapada Rasul kita Nabi Muhammad SAW,cinta kita kapada para Malaikat,cinta kita kapada para Anbia,cinta kita kapada semua kitab AlQuran,Injil,Taurat dan Zabur,cinta kita kapada syurga fidaus,cinta kita kapada kedua ibu bapa kita dan cinta kita kapada anak isteri dan saudara mara kita.Ini semua adalah cinta kita yang wajib dan hakiki lahir secara automatis sebagai seorang yang beriman dan bertaqwa.
Aku banyak juga membaca kisah hidup atau bibliografi orang-orang yang berjaya,samada orang islam atau bukan islam.Samada dari kalangan sahabat Nabi SAW atau dari kalangan mujadid Islam sehingga lah kapada kisah para pemimpin Negara atau ahli korporat. Aku sebenarnya kagum dengan kehidupan orang-orang yang sangat berjaya dalam kehidupan mereka ini.Dari penelitian dan kajianku salah satu factor menyumbang kapada kejayaan mereka ialah mereka mempunyai sifat dan perasaan kasih sayang dan cinta yang tinggi dalam diri mereka.Mereka sangat cinta kapada diri mereka sendiri.Mereka sangat cinta kapada orang-orang disekililing mereka.Mereka sangat cinta kapada semua perkara dipersekitaran mereka.Mereka cinta kapada masyarakat dan Negara.Mereka sangat cinta kapada pekerjaan,kerjaya atau perniagaan mereka.Mereka sangat cinta kapada ilmu pengetahuan dan kemahiran.Mereka sangat cinta dan terbuka kapada teguran, pengajaran,nasihat dan pengelaman yang mereka perolehi dan lalui.Mereka sangat cinta kapada keberanian dan risiko.Mereka sangat cinta kapada kemenangan demi kemenangan dan mereka sangat cinta kapada kejayaan demi kejayaan.
Aku tertanya-tanya kapada diriku,adakah aku sebenarnya cukup mencintai diriku?Kalau aku sebenarnya cukup mencintai diriku,aku sepatutnya melakukan hanya perkara-perkara yang boleh menjamin diri ku bahagia di dunia dan syurga di akhirat.Kalau lah aku sebenarnya telah cukup mencintai diriku,tetapi kenapa aku ada kalanya malas untuk lebih berusaha bagi mencapai kejayaan?Aku adakalanya malas untuk bangun malam supaya lebih tekun melakukan sembahyang malam dan lain-lain amalan ibadatku?Aku adakalanya malas untuk membaca dan menambah ilmu pegetahuan dan kemahiran untuk diriku.Aku ada kalanya berfikir perkara-perkara yang negative,perkara-perkara yang tidak baik terhadap orang lain.Aku adakalanya terlintas dibenak kepalaku rasa kecewa, rasa berputus asa dan rasa sedih.Aku adakalanya berfikiran tiada lagi pengharapan untuk diriku mencapai sesuatu cita-cita,tiada lagi tempat pergantunganku dalam menyelesai berbagai masalah yang aku hadapi.Aku adakalanya berpandangan semenangnya aku dilahirkan sebagai seorang yang gagal,itu sudah menjadi nasibku,aku sentiasa menempuh berbagai keperitan dan kegagalan hidup.Aku masih lagi melakukan ketidakadilan kapada diriku.Aku masih lagi ragu-ragu tentang kebijaksanaan dan kematangan diriku.Aku masih tidak sepenuhnya cintakan diriku.Aku masih lagi gagal untuk mengenali diriku yang sebenarnya.Sememangnya aku rasa diriku dah hebat,diriku dah berjaya,diriku telah mendekati Allah SWT.Tetapi sebenarnya tidak.Sebenarnya aku masih belum sempurna cintaku kapada diriku.Aku sebenarnya masih tidak ikhlas dan transparen kapada diriku,masih tidak berlaku adil kapada diriku.Aku masih tidak mengenali sepenuhnya diriku.
Kalaulah semua ini masih lagi terlintas difikiranku,masih lagi wujud disanubariku,masih lagi mengikat dan membelenggu diperasaanku,masih lagi mempengaruhi keputusan dan tindak tanduk ku,maka sememangnya lah aku masih gagal untuk mencintai diriku sepenuhnya.Aku sebenarnya mampu dan boleh mencintai diriku.Aku mahu cintai diriku.Aku mahu sangat-sangat cintakan diriku.Aku tahu syarat untuk aku cintakan diriku ialah aku perlu buangkan segala pemikiran,perasaan,tanggapan dan tindaktanduk yang menghalang dan menjauhkan diriku dari mencintai diriku ini sepenuhnya.Selama ini sebenarnya baru aku sedar sekarang,bahawa diri inilah menjadi penghalang utama kapada diriku dari mencapai sebarang bentuk kejayaan.Aku sebenarnya masih belum sempurna cintaku kapada diriku.Aku sebenarnya masih banyak menyalahkan diriku,masih banyak mengutuk diri sendiri,masih banyak tidak menyakini dan mempercayai diri sendiri.Aku sebenarnya masih memilikki perasaan inferioriti komplek.
Aku mulai sekarang harus perkasakan cinta ku kapada diriku.Aku tidak akan sekali-kali melakukan sesuatu yang menyusahkan diriku dan keluargaku.Aku akan terlebih dahulu menanyakan diri dan hati kecilku samada sesuatu itu baik atau buruk, sebelum membuat sesuatu keputusan dan tindakan.Aku tidak mahu lagi menyalah dan mengutuk diri sendiri.Sebenarnya aku boleh mengkritk dan muhasabah diri ku sendiri,tetapi tidaklah sampai ketahap mengutuk dan membenci diriku sendiri.Orang lain pun aku akan jemput untuk menkritik diriku,menegur dan menasihati diriku.Tetapi ini bukan bermakna ianya menjadi penghalang untukku mencintai diriku.Tetapi segala kritikan ini akan ku jadi kan sebagai perangsang dan panduan untuk diriku lebih mencintai diriku.Malas,kekecewaan,dan putus asa adalah yang sebenarnya punca kegagalan dan kegagalan inilah akan memudarkan cinta ku kapada diriku.Sebaliknya keinsafan diri,kecerdikan,ketekunan dan tawakal adalah penyebab kapada kejayaanku dan kejayaan inilah sebenarnya baja yang menyuburkan cinta ku kapada diriku. Aku cintakan diriku.Aku tidak akan benarkan lagi perkara-perkara yang negative ini menjadi tembok batu penghalang utama untuk diriku menambahkan cintaku kapada diriku.Aku sangat yakin dan positif bahawa aku berjaya mencintai diriku.
Ada pendapat mengatakan kita harus cintai dahulu orang lain sebelum kita mencintai diri kita.Tanpa aku terlebih dahulu mencintai diriku,bagaimana aku dapat mencintai orang lain,bagaimana aku dapat mencintai persekitaranku,bagaimana aku dapat lahirkan rasa kasih sayang dan cintaku kapada masyarakat dan Negaraku?Ambil contoh semasa kecemasan dalam penerbangan pun ,kita diberi peringatan berkali-kali supaya pasangkan pelampong keselamatan kita dahulu sebelum kita pasang pelampong keselamatan anak dalam jagaan kita.Ini tidak bermakna kita tidak cintakan anak kita,tetapi dengan selamatnya diri kita maka kita sudah tentu dapat menyelamatkan anak kita dengan lebih berkesan lagi.Begitu juga dalam soal sedekah,kita di sunatkan bersedekah kapada ahli keluarga kita dahulu sebelum kita bersedekah kapada jiran kita dan orang lain.Pengajaran dari semua ini bermakna cintakan diri kita adalah lebih afdal dan tidak bermakna pula kurangnya cinta kita kapada pihak lain.Saperti juga aku cintakan masyarakat Islam terlebih dahulu,ini tidak bermakna aku tidak cintakan masyarakat lain.Islam mengajarku supaya mencintai semua makluk Allah SWT.Ini adalah soal prioriti.Mana pihak boleh persoalkan ini?Ianya telah menjadi pengajaran,amalan dan pegangan ku sebagai seorang Islam.Setelah kita berjaya mengenali siapa diri kita sebenarnya,setelah diri kita mencintai diri kita sepenuhnya,sudah tentu kita dapat berkongsi dan mengagehkan perasaan cinta dan kejayaan kita kapada orang yang berkaitan dan berada dipersekitaran kita dengan lebih efektif dan bermakna lagi.
Sekarang aku telah mengenali apa itu erti cinta.Mulai sekarang aku akan menghargai diri ku,aku akan berterima kasih kapada diriku,aku akan menghormati diriku,aku akan meyanjungi diriku,aku akan menghadiahkan diriku diatas apa sahaja bentuk kejayaan yang aku perolehi.Walaupun begitu ianya tidak lah sampai keperingkat menjadikan diriku seorang yang riak dan sombong.Ianya bukan lah sampai keperingkat menjadikan diriku takabur dan lupa diri.Ianya tidak lah menjadikan diriku sebagai seorang yang tahu segala-galanya,orang lain semua jahil belaka.Ia sekadar menyatakan rasa penghargaan dan cinta suci ku kapada diri ku sendiri.Hanya cinta sebagini menjadi pemangkin terhadap kejayaan ku.Aku hanya ingin berjaya,sama saperti orang-orang lain yang berjaya..Walaupun aku seorang anak kampung,aku juga ingin dan berhak untuk berjaya, saperti mana orang-orang yang berjaya lainnya telah rasai,InsyaAllah.
Cintailah diri kita, cintailah sesama manusia dan cintai sesuatu kerana ALLAH, Insha Allah cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran
ReplyDeleteLife is abundance comes through great love, dear.....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIt is through love that we elevate ourselves. And it is through our love for others that we assist others to elevate themselves.
ReplyDeletePeliharalah api cinta yang anda miliki agar tetap menyala, maka anda akan dapat menyalakan api cinta yang sama dalam fikiran dan hati orang lain.
ReplyDelete