Monday, February 07, 2011

Conviction-coretan 12

Aku anak kampung.Sebagai anak kampung,aku banyak juga memikirkan soal agama dan bangsaku.Ada juga peminat blog ini mencadangkan supaya aku memberi pandanganku mengenai persoalan yang berkaitan dengan agama dan bangsa.Pada mulanya aku tidak ambil pusing sangat tentang perkara ini.Ianya telah termaklum aku orang Islam dan bangsaku ialah Melayu. Begitu juga dengan kawanku orang Cina dan agama beliau adalah Buddha.Kawan ku yang satu lagi tu Iban dan agamanya adalah Kristian.Apa yang hendak diperdebatkan sangat,itu adalah realiti dan hakikatnya.Kita tidak boleh ubah kenyataan ini.Cumanya sebagai seorang Islam yang taat tentu sekali aku mendahulukan Islam berbanding dengan bangsa.Islam adalah mutlak dan supreme menjadi keutamaanku kerana hanya Islam yang menjamin diriku beroleh kebahagian didunia dan kebahagian di akhirat.Ini pasti kerana ianya telah dijanjikan sendiri oleh Allah SWT.

Sekarang ini dalam media kita terlalu hebuh di perkatakan soal bangsa ini,sampai isu berkaitan dengan novel Interlok pun melibatkan perdebatan yang hangat oleh berbagai gulungan masyarakat.Sehinggakan isi kandungan novel ini pula di ubah,kononnya hendak dimurnikan kandungannya supaya tidak timbul isu-isu yang sensitive tentang sesuatu kaum.Ini secara peribadi aku merasakan kita telah mengorbankan daya intelek kita disebabkan kritikan oleh satu gulungan masyarakat.Contoh lain yang juga popular ialah isu samada kita ini Melayu,Cina,Iban,Khadazan atau India dahulu ke atau Malaysian dulu?Isu ini menjadi topik perbincangan yang rancak,lebih-lebih lagi oleh gulungan ahli politik.Itu lah kadang-kadang di sebabkan oleh gara-gara politik,maka kita terpaksa menukar perkara yang menjadi reality dan hakikat kapada perkara palsu dan pembohongan tetapi di anggap benar dan betul dari sudut pandangan politik.

Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohammad bekas PM kita begitu tersohor di dalam dan diluar Negara.Tersohornya Dr Mahathir adakah disebabkan dia seorang Melayu atau seorang Malaysian?Malahan orang lebih kenal Dr Mahathir secara peribadi sebagai satu brand berbanding dengan Malaysia sebagai negaranya.Bila kita di luar Negara,orang tanya kita dari mana atau bangsa apa?Maka kita pun cakap kita orang Malaysia atau orang Melayu,tetapi mereka tidak dapat buat gambaran siapa kita sebenarnya.Tetapi apabila kita tanya dia balik, kenal tak Dr Mahathir,maka baru lah mereka dapat bayangkan siapa kita yang sebenarnya,kerana apa?kerana mereka kenal Dr Mahathir sebagai satu produk atau jenama yang tersohor.Apabila mereka kenal Dr Mahathir maka mereka pun kenal lah yang kita ini orang Malaysian.Kenapa ini berlaku?Ini berlaku kerana Dr Mahathir adalah seorang manusia yang luar biasa dan cemerlang.Dari segi profession,beliau cemerlang,dari segi leadership dia cemerlang,dari segi komunakasi,dia cemerlang,dari segi perwatakkan,dia cemerlang,dari segi kehidupan berkeluarga dia cemerlang,semua anak-anak beliau cemerlang,dari dari perundingan dan berucap dia cemerlang,dari segi penguasai bahasa Melayu dan Inggeris dia cemerlang,dari segi penghujahan dia cemerlang,dari segi merangka dan melaksanakan strategi dia cemerlang, dari segi keberanian beliau mengambil risiko dia cemerlang,dari segi ilmu pengetahuan,dia cemerlang.Banyak lagi sebenarnya yang beliau itu cemerlang.Kecermelangan beliau bukan sahaja kita yang akui malahan seluruh dunia akui termasuklah oleh orang-orang Arab,Jepun malahan oleh orangYahudi.Dr Mahathir adalah Dr Mahathir.Tidak sangat kerana dia Melayu atau Malaysian.Orang kenal Dr Mahathir kerana dia adalah Dr Mahathir.Iaitu seorang manusia yang sangat cemerlang dalam karjaya politiknya.Kehebatan Dr Mahathir ini sama lah juga saperti kehebatan Lee Kuan Yew di Singapura,beliau tidak terkenal sebagai seorang Cina tetapi terkenal kerana beliau seorang pemimpin Singaporean yang berjaya memajukan Singapura sebagai sebuah City State yang sangat maju dan di kagumi di seluruh dunia.

Walaupun aku anak kampung,aku sebenarnya bukan anak Melayu jati.Datukku berasal dari Shanghai,tanah besar Cina.Mengikut cerita dan andaiannya beliau merantau keSingapura dengan kapal.kemudian naik keretapi hingga kepeghabisan landasan keretapi sampai ke Tumpat Kelantan.Kemudian beliau naik perahu mudek ke hulu sehinggalah sampai ke kampung ku.Oleh kerana moyangku keturunan orang kuat beragama dan menjadi opinion leader dikampungku, maka datuk ku dijadikan anak angkat dan masuk Islam.Kerana dia handsome agaknya maka moyangku kahwinkan beliau dengan nenekku.Kalau dilihat rupa paras ibu dan uncle ku,sebiji macam orang Cina.Apa kurangnya diriku, aku masih ingat lagi semasa di sekolah rendah,boleh dikatakan setiap hari aku menangis,kerana kawan-kawanku mengelar diriku sebagai tokpek(apek).Manakala disebelah ayahndaku pula,keturunan beliau adalah dari Bugis.Sebab itu lah ayahnda ku adalah seorang tok guru silat,mungkin darah Bugisnya itu masih berkesan untuk beliau menjadi seorang pendekar silat.Itu lah diriku sebenarnya.Nak kata Cina bukan Cina jati,nak kata Melayu bukan Melayu jati.Nak kata Bugis bukan Bugis jati.Tetapi apa sebenarnya diriku,yang jelas diriku adalah Malaysian jati.Dr Mahathir pun mengikut cerita dan andaian pun sama saperti keadaan diriku,bukan Melayu jati dan tentunya bukan Indian jati,tetapi beliau adalah Malaysian jati.Sebenarnya telah ramai sekali penduduk Malaysia berada dalam situasi saperti situasi diriku.Ramai yang orang tua atau datuk nenek mereka berasal dari berbagai keturunan saperti dari Jawa,Minangkabau,Mat Saleh,orang Jepun,orang Bajau,orang Rusia,orang Iban,orang Korea,orang Thai,orang Arab,orang Kadazan,orang Pakistan,orang Bugis,malahan ada dari Congo pun.Kalau kita kaji latarbelakang semua bekas PM atau bakal PM kita boleh dikatakan semuanya bukan Melayu jati.Tunku Ab.Rahman mungkin ada darah Siam,Tun Razak ada darah Bugis,Tun Hussin Onn ada darah Turkey,Dr Mahathir ada darah Indian,Tun Abdullah ada darah Arab,Dato Seri Najib ada darah Bugis,Tan Seri Mahyuddin ada darah Jawa dan Dato Seri Ahmad Zahid ada darah Jawa.

Jadi kalau orang tanya kita,adalah kita Melayu dahulu,atau Cina dahulu,atau Iban dahulu,maka yang pastinya kita adalah orang Malaysia dahulu.Sama saperti YAB Dato Seri Najib Razak,Tan Seri Mahyuddin Yasin,Dato Seri Hadi Awang,Dato Seri Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang,Tan Sri Ananda Krishnan,Tan Sri Syed Mokhtar semua mereka ini terkenal di seluruh dunia kerana kejayaan mereka dalam bidang masing-masing dan mereka adalah Malaysian.Orang tidak kenal mereka sebagai Melayu ke,Cina ke atau India ke.Semua mereka adalah Malaysian jati.

Tetapi adakah orang pentingkan sangat bangsa kita itu? Orang hanya akan tanya diri kita siapa,bangsa kita apa,apabila kita adalah seorang yang tersohor dan mencapai kejayaan yang sangat cemerlang.Dengan jadinya kita seorang yang tersohor,seorang yang cemerlang,maka baru orang akan siasat latarbelakang kita.Kalau ada anak gadis Malaysia yang berjaya menjadi fashion designer tersohor di Hollywood,tentu sekali orang akan tanya siapa dan bangsa apa beliau.Kalau ada anak Malaysia yang berjaya menjadi golfer dapat mengatasi kehebatan Tiger Wood,tentu sekali orang akan tanya siapa dan bangsa apa beliau.Kalau ada seorang gadis anak Malaysia yang berjaya menghafaz semua kitab AlQuran, kitab AlHadith dan memperolehi PhD ketika berumur katakan sebelum 23 tahun,tentu sekali orang akan tanya siapa dan bangsa apa beliau,kalau ada anak Malaysia yang berjaya menjadi pakar atom dan dianugerahkan hadiah Nobel saperti Mohammad ElBaradei pakar atom dari Mesir,tentu sekali orang akan tanya siapa dan bangsa apa beliau .Maknanya kita anak Malaysia sekiranya mahu menjadikan bangsa kita satu bangsa yang tersohor,maka kita sebagai ibu bapa harus mulai sekarang bertekad untuk lahirkan seramai mungkin anak-anak kita yang berkualiti saperti Ibnu Sinar(pakar kedoktoran Islam) Melayu, Rafa Nadal(pemain tennis) Melayu,Mohamad Yunus(Gramen Bank untuk orang susah,menerima hadiah Nobel atas usahanya) Melayu,Bill Gates(pengasas microsotf) Melayu dan Alhamdullillah saperti aku katakan kita sendiri telah ada Dr Mahathir.Pokok pangkal dan pengajarannya dari semua ini ialah kita perlu lahirkan lebih ramai manusia-manusia tersohor saperti Dr Mahathir dan lain-lain ini dikalangan kita masyarakat Melayu.Kecemerlangan,kepintaran dan kebijaksanaan sahaja yang akan memertabatkan dan memperkasakan sesuatu bangsa itu.Tersohornya kita sahaja secara peribadi,akan mengekalkan kerelevenan bangsa Melayu kita sehingga bila-bila.

Kita di hormati dan disanjung bukan kerana kita berbangsa Melayu,Cina atau Kadazan.Kita dihormati kerana ilmu kita,kerana kepintaran kita,kerana istimewanya kita berbanding dengan orang lain dari segi ciptaan dan innovasi kita,kerana kekayaan dan harta kita,kerana alim dan murninya tingkahlaku dan jiwa kita,kerana sempurnanya keimanan dan ketaqwaan kita,kerana kita penerima hadiah Nobel Melayu yang pertama, kerana kitalah pencipta yang pertama dapat merumuskan ubat untuk menyembuh sepenuhnya penyakit barah dan hiv,kerana kita lah yang menemukan teknologi tertentu sehingga kita setaraf dengan Bill Gates dari segi populariti dan kemurahan hati kita sebagai seorang teknologis dan philanthrapist.Jadikan diri kita dahulu secara peribadi seorang yang cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi dan minati,maka dengan sendirinya bangsa kita akan di kenali dan di ingati oleh dunia.Peluang untuk kita jadi no 1 didunia dalam apa saja bidang bermakna probabilitinya ialah 1 dalam 6 billion atau 0.00000001%.Memang chances kita terlalu kecil.Memang itu tersangat susah,tetapi itu lah cabaran kapada kita.Kalau kita setakat bercita-cita untuk jadi jaguh kampung,dunia tidak akan pedulikan kita,dunia tidak akan pedulikan bangsa kita.Kita perlu menjadi jaguh dunia,walaupun sesusah mana sekali pun ia.Ini semangat dan conviction kita sekiranya kita benar-benar cintakan bangsa kita..

Terpilihnya Obama menjadi President Amerika,baru lah orang tahu yang beliau adalah seorang Amerika yang berkulit hitam,walaupun secara fizikal semua orang tahu kulit beliau sememangnya hitam.Sekiranya Obama berkempen untuk menjadi President Amerika atas dasar semata-mata beliau seorang berkulit hitam,tentu beliau tidak akan dipilih semata-mata kerana kulit beliau hitam,tetapi beliau dipilih kerana agenda perubahan yang unik menjadi paksi manifesto kempen beliau di samping beliau sendiri adalah seorang yang bijak,karismatik dan mahir berkomunikasi membawa agenda perubahan beliau sehingga ke akar umbi rakyat Amerika.Ini yang menyebabkan beliau di pilih.Apabila terpilih tentu sekali dia lebih terkenal kerana dialah President Amerika berkulit hitam yang pertama.Orang Kenya mengaku beliau dari Kenya Afrika,orang Indonesia mengaku yang bapa tiri beliau adalah orang Indonesia.Semua ini hanya datang terkemudian selepas kejayaan beliau yang datang terdahulu,bukan sebaliknya.


Perkiraan dan sensitivity tentang bangsa sebenarnya hanya lah mainan orang-orang politik sahaja.Perkara asas ialah kejayaan dan kecemerlangan kita yang menjadi anggota sesuatu bangsa itu.Sekiranya perancangan ETP kerajaan berjaya benar-benar menaikkan pendapatan dan taraf hidup semua gulungan masyarakat secara adil,saya yakin semakin kuranglah masalah racial yang kita hadapi.Sebab itu lah pentingnya ETP ini dilaksanakan tidak hanya menjadikan yang kaya semakin kaya dan yang miskin hanya dapat menikmati kuah hasil pembangunana Negara sahaja,dimana isinya telah terlebih dahulu dinikmati oleh orang yang lebih meritnya.Kalau program ini tidak bersifat inclusive secara total,selagi itu lah sensitivity dan perkiraan mengenai kaum adalah releven dan akan terus menerus di politikkan.Selagi itu lah jalan cerita sebuah novel yang cantik dan sempurna saperti Interlok pun misti di murnikan terlebih dahulu,baru ianya boleh digunakan semula sebagai buku tek.

Kita memerlukan satu conviction yang kuat. Kita wajib mempunyai kepercayaan,keyakinan,iltizam dan pegangan kita yang kuat.Kita tidak mempunyai alternative lain.Alternative kita hanyalah melalui kejayaan dan kecemerlangan diri kita sendiri sahaja.Alternative yang menjadikan kita dan bangsa kita akan di agungkan.Alternative yang membolehkan kita dan bangsa kita dijadikan reference oleh sesiapa sahaja di dunia ini.Hanya alternative ini menjadikan diri kita kompetatif dalam sistem yang mengamalkan meritocracy ini.

No comments:

Post a Comment