Aku anak kampung.Sebagai anak kampung biasalah aku banyak leree,banyak lepak,banyak menangguh kerja,banyak take on my own sweet time,banyak berdolah daleh,banyak buang masa,banyak tidak cergas dalam setiap tindak tandukku.Aku tidak peduli sangat samaada tindak tandukku ini boleh menjejaskan prestasiku sendiri atau pihak lain yang berkaitan dengan ku atau dengan kerja ku.Tetapi aku bernasib baik dan berbanyak syukur kapada Allah SWT kerana pada peringkat awal karya pekerjaanku di Kumpulan Permodalan Nasional Berhad(PNB),aku berjaya beberapa kali mengikuti program belia JICA(Japan International Cooperation Agency) di Jepun.Dalam program-program tersebut para peserta di bawa melawat sambil belajar di berbagai pertubuhan,jabatan,instutusi, organisasi perniagaan yang melibatkan aktiviti ekonomi,komuniti dan kebudayaan Jepun di empat belas buah bandaraya di seluruh Jepun.Kami memulakan lawatan dari Tokyo,ke Sapporo,Hokkaido Island paling utara hinggalah ke Kagoshima,Kyushu Island paling selatan Jepun selama keseluruhannya lebih dua bulan.
Semasa di Jepun kami dibawa melawat berbagai jabatan kerajaan,berbagai syarikat MNC,berbagai syarikat SME,berbagai projek pertanian,penternakan,nelayan,berbagai NGO belia dan berbagai kem belia.Dalam masa dua bulan lebih masa kami padat dengan program-program dan aktiviti-aktiviti.Kami berkejar kesana berkejar ke sini.Kami naik bas,naik tiub,naik keretapi communiti dan naik shinkansen(bullet train).Masa kami bukan di kira 60 minit saperti pukul 6 pagi,30 minit saperti 8.30 pagi atau15 minit saperti 7.15 malam,tetapi pukul 5.11 minit pagi,pukul 1.17 minit tengahari atau pukul 9.39 minit malam.Very precise to the last minute and second.Berkali kali kali kali dan kali setiap masa Japanese coordinator dan Japanese supervisor kami mengingatkan kami tentang masa misti tepat to the last second.Tetapi ada juga yang masih tebal budaya leree nya menyebabkan coordinator kami terpaksa keluarkan beliau dari program lawatan untuk hari tersebut dan terpaksa bekeseorangan tinggal di hotel.Selepas inccident tersebut kawan saya ini kalau tidak silap saya dari Indonesia atau Filipina,ingat-ingat lupa tapi bukan dari Malaysia tidak lagi mengulangi leree nya itu. Sebagai contoh bangun tidor misti jam 5.21 minit pagi,breakfast 6.07 minit pagi,berkumpul di lobby jam 6.49 minit pagi,sampai di station tiub dan naik tiub jam 7.19 minit pagi,mula lawatan ke kilang MNC jam 8.48 minit pagi dan berkumpul balik di lobby kilang MNC jam 10.37 minit pagi.Ini sekadar contoh bagaimana ketat dan precisenya program lawatan dan latihan kami semasa di Jepun.
Semasa taklimat di sebuah kilang MNC iaitu kilang Matsushita di Osaka,pegurus kilang tersebut menceritakan bagaimana peristiwa 10 pekerja dari kilang Matsushita Shah Alam,Malaysia menyebabkan satu production lain di kilang nya terpaksa di tutup setengahari.Pada mulanya pekerja dari Shah Alam ini ditempatkan dalam satu production line secara berdekatan dan berturutan satu sama lain untuk satu process atau aktiviti pengeluaran.Kumpulan 10 budak hitam ini tugasnya ialah melakukan assembly terhadap satu component kapada satu product separuh siap(work in progress).Dimana pemasangan atau assembly di lakukan secara berturutan,lepas orang pertama siap pasang,pass kepada kawan sebelahnya untuk pasang component lain dan begitu lah seterusnya sehingga orang yang ke 10.Orang yang ke 10 pula akan pass kepada orang ke 11 dan seterusnya hingga akhir aktiviti di production line tersebut.Jumlah semua pekerja dalam line tersebut ialah 20 orang,10 pekerja Malaysia dan 10 lagi pekerja Jepun sendiri.Apa yang terjadi ialah berlaku bottleneck di kalangan 10 budak hitam ini dengan limpahan component dan produk separa siap,sedangkan pekerja Jepun ke11,12 dan seterusnya ke 20 menunggu produk separa siap itu tidak sampai sampai ke giliran mereka mengikut timing yang telah di setkan.Tidak lama selepas itu satu siren kecemasan trigger secara automatik dan production line tersebut terpaksa di tutup.Setelah diteliti,inccident ini berlaku disebabkan ‘pergerakan tangan’ pekerja Malaysia terlalu lambat berbanding dengan speed biasa conveyor belt yang membawa produk separa siap untuk di pasang.Setelah di kira, kelambatan ini adalah sebanyak hampir 40% berbanding dengan speed biasa pergerakan tangan pekerja Jepun.Sepuluh pekerja ini kemudiannya di keluarkan dari assembly line tersebut dan terpaksa menjalani dua minggu latihan secara berasingan dibawah seorang Japanese supervisor.Setelah pergerakan tangan mereka hampir sama dengan pekerja jepun secara purata,maka baru mereka ditempatkan semula dalam assembly line,tetapi kali ini tidak lagi secara bersama tetapi diasingkan seorang sahaja pekerja Malaysia dalam satu line melibatkan 10 assambly line yang berbeza.
Satu lagi pengelamanku dalam program ini ialah semasa kami membuat kunjungan hormat kapada seorang Mayor di Prefacture Oita di Kyushu Island.Appointment kami tepat jam 9.40 minit pagi,tetapi di sebabkan seorang anggota kumpulan kami secara sendiri tidak melapor kapada Japanese supervisor kami yang beliau terpaksa pergi ke tandas,maka kami tercari-cari mana si Mamat ni pergi sehingga melebihi 7 minit dari masa appointment baru dia muncul.Appointment tersebut terpaksa di batalkan dan kami walau pun masih di beri peluang untuk berjumpa dengan Mayor, tetapi terpaksa menuggu sehingga Mayor ini free semula iaitu kira-kira dua jam kemudian.Sedangkan sepatutnya masa tersebut kami di beri jamuan makan tengahari oleh satu pertubuhan belia Oita.Supervisor kami terpaksa mohon maaf kapada Mayor dengan bow nya aku rasa lebih 6,7 kali bow.Disebabkan program kami terganggu maka Japanese supervisor kami terpaksa merayu pertubuhan belia tersebut menukar lunch kapada packed lunch dan kami terpaksa makan dalam bas sahaja kerana selepas itu kami terpaksa pergi melawat projek satu kampung satu produk iaitu projek menanam pokok daun tempura(untuk di jadikan pelapik tempura goreng semasa di hidangkan).Projek ini hanya di atas ladang kira-kira setengah hektar ditanam sehingga lima kali setahun dan dipetik daunnya dua kali sebulan secara intensif.Daun tempura yang di hasilkan ini di export hingga ke serata dunia termasuk USA.Mengikut laporan hasil tahunan projek ini mencecah Yen 350 juta setahun.
Satu lagi peristiwa yang kekal di benak kepalaku ialah tentang kepatuhan seorang isteri orang jepun kapada suaminya.Dalam program JICA ini setiap peserta di wajibkan tinggal selama dua minggu dengan keluarga angkat jepun. Keluarga angkatku ialah peternak lembu di satu kampung di Kobe tengah jepun.Kawan-kawanku yang lain bersama dengan berbagai latarbelakang keluarga angkat,ada yang lebih bernasib baik dapat tinggal dengan keluarga angkat multimillionaire seorang tokoh korporat jepun.Semasa berpisah kawan aku ini mendapat omeiyage(hadiah) seutas kalong emas dan pendantnya pearl yang bermutu tinggi.Aku sendiri dapat omeiyage sepasang kasut kulit dan dua pasang setokin,alhamdullillah.Ada yang dapat camera,ada yang dapat moving camera,jam,pakaian dan sebagainya,malah ada yang dapat cash wang Yen.Lama selepas program ini,ada di antara kawanku di beritakan berkahwin dengan adek angkat jepunnya.Dah jodoh,ini bukan omeiyage.
Apa yang aku ingin kongsikan tentang ketaatsetiaan seorang isteri yang aku perkatakan diatas ialah bagaimana hormat dan patuhnya seorang isteri kapada suami walaupun si suami tidak berada disisi isterinya dan pada setiap waktu tanpa mengira apa yang sedang ia lakukan ketika itu.Disatu pagi aku menolong ibu angkat ku membuat kerja kerja di dapur.Ibu angkatku sedang mensiang ikan untuk masak lunch kami.Tiba-tiba satu suara terdengar meminta sesuatu dari beliau.Sebaik sahaja terdengar suara suaminya ini ibu angkatku yang di tangannya masih ada pisau dan kotoran darah ikan meletak pisau dan terus bow tiga kali dengan tangannya di lutut secara sepontan menyahut panggilan suaminya.Tidak sempat pun beliau membasuh kotaran darah ikan ditangannya terus bow dan meletak tangannya kelutut walaupun dia tidak pasti dari arah mana suara suaminya itu datang..Selepas bow tiga kali itu dia meluru ke bilik tidor nya membuat sesuatu dengan pantas dan kembali meneruskan kerjanya mensiang ikan.Rupa-rupanya bapa angkatku mahu beliau menukar casett(masa itu belum ada disc lagi walaupun di jepun) lagu untuk diperdengarkan kapada lembu-lembunya di kandang,kerana setiap dua jam lagu akan ditukarkan untuk lembu-lembu ternakan mereka.Semasa memerah susu, lagu lain di mainkan.Untuk kandang lembu daging, lagu lain di mainkan.Untuk kandang lembu susu, lagu lain di mainkan.Untuk kandang anak lembu, lagu lain dimainkan.
Pengalaman aku di Jepun ini banyak mengajar aku tentang pengurusan masa.Pegurusan masa pula berkait rapat dengan budaya kita bertindak dan melaksanakan sesuatu keputusan dan kerja kita.Kalau aku sebelum ini suka leree dan menangguh kerja,tetapi sekembali nya dari menjalani program-program JICA di Jepun aku telah mencampak ke laut semua budaya ku sebelum ini yang terlalu lalai tentang kepentingan punctuality ini.Begitu juga dalam tindak tanduk ku seharian,aku tidak lagi leree dan suka menangguh kerja-kerja ku.Malahan ada kala nya aku mengambil keputusan dan tindakan terlalu cepat dan mendahului masa.
Sebenarnya inilah budaya yang di kehendakki oleh agama kita Islam.Kadang-kadang apabila kita belajar dengan orang Jepun,orang Korea,malahan dengan orang putih atau mat saleh kita cepat mengamalkan nya.Walau pun pada hakikatnya segala soal pengurusan masa dan budaya bertindak segera ini telah ada dalam ajaran Islam kita.Berbueh-bueh mulut ustaz menyeru kita supaya sembahyang sebaik sahaja masuk waktu dan mendengar azan.Tetapi banyak masa kita tidak mengikuti ajaran ini,apabila sembahyang kadang-kadang kita kalau boleh nak gabungkan sekali dua waktu.Lima minit lagi nak masuk waktu Asar baru kita nak sembahyang Johor.Ini bukan budaya bertindak segera,bukan budaya Islam.Kalau kita perhati dengan teliti juga mengenai masa masuk waktu sembahyang.Kebanyakkan waktu solat tidak dalam kiraan 60 minit,30 minit atau 15 minit sama juga saperti amalan orang Jepun.Masuk waktu Johor misalnya jam 13.29 minit,waktu Asar jam 16.44 minit,waktu Maghrib jam 19.27 minit,waktu Isyak jam 20.38 minit dan masuk waktu Subuh jam 6.09 minit.Apa sebenarnya pengajaran dari begitu precise sekali kemasukkan waktu solat dalam Islam ini,tidak lain tidak bukan supaya kita umat Islam khususnya dapat menguruskan masa kita secara precise to the last second.Bagitu juga terdapat satu Surah yang khusus dalam AlQuran mengajar kita time management ini,iaitu surah Al Asri.Malahan Allah SWT sendiri bersumpah dalam surah ini,demi masa manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh dan nasihat menasihati mengenai kebenaran dan kesabaran.Maknanya kita tidak boleh leka dan membazir masa.Maknanya kita tidak boleh mengabaikan tugas dan tanggungjawap kita,kerana tindakan sedemikian akan merugikan kita semua umat Islam.
Satu bangsa yang berjaya ialah bangsa yang mengutamakan tindakan bukan bangsa yang banyak bercakap tapi tidak bertindak,satu bangsa yang tidak terlalu banyak ber argue dan bertengkar tapi tiada cadangan pelaksanaannya,satu bangsa yang banyak berteori,berbincang,berseminar,brainstorming dan meeting tapi tiada tindakan.Kita boleh buat semua itu tetapi segala rumusan dan keputusannya setelah di teliti degan bijak risikonya dan kita berpuas hati maka ia perlu dilaksanakan dengan segera.Jangan penuh fail dalam beratus almari mengandungi pelbagai resolusi dan keputusan sahaja,tiada satu pun yang di laksanakan secara berkesan.Bahagian membuat resolusi kita pandai,bahagian buat kerja,kita lepas dan mengarah orang lain.Kita tidak mahu bangsa kita lebih suka lepak dari membuat sesuatu kerja bermanafaat.Kita mahu guna setiap ruang dan peluang yang terbuka untuk kita mendapat faedah dan keuntungannya.Setiap ruang perlu kita penuhi sebelum orang lain memenuhinya,setiap peluang perlu kita rebuti sebelum peluang itu lari dan direbut oleh orang lain.Kita misti bijak menghidu keuntungan untuk kita.Kita perlu bertindak segera.Tidak terlalu lama berkira-kira,tidak terlalu banyak kaji,tidak perlu banyak sangat congaknya,tidak terlalu lama seat on the subject matter or issue,kita perlu bertindak segera kalau tidak kesian kapada pelanggan kita yang menunggu lama.Untuk menjadi first class and world class citizen,organization or community kita perlu jadi bangsa atau entiti yang bertindak segera.Kita perlu mengamalkan the calture of instant action.
No comments:
Post a Comment