Aku anak kampung.Sebagai anak kampung yang hidup di era pembangunan ini,aku merasa berhak untuk mendapat sesuatu yang terbaik dalam kehidupanku.Sesuatu yang terbaik bermakna sesuatu yang bermutu tinggi,berkualiti tinggi,tiada cacat cela dari segi speksifakasinya mengikut piawai antarabangsa,memberi kepuasan tertinggi dan ia menjadi impian setiap individu untuk memilikki atau menikmatinya.Tetapi adakah Negara dan kita sendiri telah bersedia kearah tersebut?Adakah produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang Negara kita keluar dan tawarkan kapada kita sebagai pengguna telah memenuhi spesifikasi mengikut piawai antarabangsa, sebaik dan setanding dengan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang di import dari Negara maju lainnya?Pokok pangkalnya ini menjadi tanggungjawap kita semua secara kolektif.Semua segmen masyarakat termasuk pihak kerajaan,engineer-engineer,mechanic-machenic,teknologis-teknologis,
saintis-saintis,usahawan-usahawan,sektor kewangan dan semua kita
samada sebagai pekerja atau pengguna sepakat menginginkan sesuatu itu bermutu dan berkualiti tinggi.Ini lah isu yang akan aku lontarkan dalam perbincanganku kali ini,iaitu yang berkaitan dengan sesuatu yang bermutu,berkualiti dan terbaik.Bukan sekadar terbaik dinegara kita tetapi terbaik di dunia.
Aku memilih topik ini kerana aku merasakan masyarakatku mulai sekarang harus dan berhak memilikki dan menikmati sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kita seharian.Tetapi persoalannya apabila kita bercakap pasal mutu dan kualiti ia berkait rapat dengan kemampuan kita. Ia berkaitan dengan kapabiliti kita untuk mengeluar dan memperolehinya.Ia berkaitan dengan keupayaan dan persediaan kita baik dari segi kekuatan resourses,infrastruktur,fizikal,emosi,rohani dan mental kita untuk mencipta dan menghasilkannya.Kita harus memulakan persiapan diri kita supaya kita cukup sedia memperolehi semua ini.
Negara kita menuju kearah menjadi Negara maju selewat-lewatnya pada tahun 2020,tinggal 12 tahun lagi atau kira-kira 63 tahun sejak kita merdeka.12 tahun lagi tidak lama sebenarnya sebagai sebuah negara.Kalau kita buat sedikit penyelidekan tentang tamaddun sesabuah Negara,kita dapati secara umumnya ia mengambil masa yang panjang melebihi dari 100 tahun untuk menjadi Negara maju sepenuhnya selepas sesuatu Negara itu mencapai kemerdekaan atau sejak mula memasukki era perindustrian.Negara Jepun mula menjadi Negara perindustrian di pertengahan abad ke 19 dan selepas kira-kira 130 tahun,sekitar tiga suku terakhir abad 20han Negara Jepun menjadi Negara maju sepenuhnya.Negara Korea(Korea Selatan) agak cepat menjadi Negara maju.Di sekitar tahun 1960han Negara Filipina sebenarnya lebih kedepan kemajuannya berbanding dengan Korea.Tetapi selepas hanya lebih sedikit setengah abad kemudian, Korea sekarang ini menjadi sebuah Negara yang termaju di Asia Pacific.Tentu sekali lebih maju dari Filipina sendiri yang setengah abad yang lalu lebih maju dari Korea.
Kalau kita membuat kajian yang lebih spesifik lagi iaitu mengenai cara hidup dan budaya bekerja orang-orang Korea,kita akan dapat memahami sedikit sebanyak kenapa Korea mencapai tahap kemajuan yang cepat sekali secara berbanding.Dalam Krisis ekonami terbaharu akhir tahun 80han Korea berjaya memulihkan keadaan ekonominya dengan cepat setelah mendapat bantuan kewangan dari IMF.Sekarang ekonomi Korea sedang berkembang pesat.
Aku mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang Korea kerana beberapa kali berpeluang melawat Korea baik secara rasmi atau secara peribadi.Kebetulan anak sulung ku graduate sebagai Mechenical Engineer dari sebuah Universiti dari Kunsan Korea.Anakku belajar di Korea sebaik sahaja beliau tamat PMR dan setelah berada di Korea selama lebih kurang 6 tahun beliau graduate dengan cemerlang sebagai seorang engineer.Beliau beruntung kerana walaupun tanpa biasiswa kerajaan beliau berjaya menamatkan pengajiannya dengan pembiayaan sendiri dan sedikit sebanyak bantuan dariku.Beliau bernasib baik kerana dapat bekerja secara sambilan di kilang kepunyaan godfather Korean beliau.
Setelah kembali ke Malaysia dan bekerja sebagai mechanical engineer dengan sebuah kilang di Belakong,Cheras.Aku perasan sesuatu yang agak luar biasa dan asing pada diri beliau.Beliau pergi kerja pagi-pagi selepas subuh dan balik tidak lebih awal dari pukul 11 malam hampir setiap hari.Beliau juga bekerja pada hari cuti hujung minggu.Aku tidak biasa dengan budaya kerja sedemikian.Beliau bekerja 18 jam sehari.Mana ada orang Malaysia bekerja 18 jam sehari tanpa cuti hari minggu.Cuma yang selalu aku meleter dan menegur beliau ialah supaya beliau jangan tinggalkan solat.Selepas hanya kira-kira 6 bulan bekerja beliau berjaya menaikkan produktiviti kilangnya sebanyak 116% dengan mengurangkan kos pengeluaran lebih dari 30%.Disebabkan pencapaian beliau ini beliau dilantik menggantikan bosnya yang telah ada pengalaman selama 40 tahun dikilang tersebut sebagai factory manager yang baru.Selepas itu beliau di hantar ke Austria dan Germany oleh taukeh kilang ini Mr Yew untuk fabricate beberapa machine baru bagi menambah dua production line lagi di kilangnya selama tiga bulan.Balik dari Germany beliau berhasil mengeluarkan satu produk baru untuk kilang beliau iaitu sejenis minuman beroksigen yang sangat bermutu tinggi dan mendapat kelulusan piawai antarabangsa.Saya notis melalui kaca TV, YABhg isteri PM kita selalu menghidangkan minuman oksigen ini kapada tetamu peribadi beliau di Seri Perdana.
Budaya kerja anakku itu hanya satu contoh kecil pengelaman sebenar budaya kerja orang Korea.Orang Korea sebenarnya bekerja lebih hebat,lebih tekun,lebih gigih dari anakku.Sebagai satu contoh lain,bapa angkat anakku bernama Mr Park,beliau pernah bekerja selama tiga tahun berturut-turut semasa beliau mula membuka kilang machine fabrication beliau tanpa balik kerumah.Beliau tidor di kilang dalam tempoh tersebut walaupun jarak rumah beliau dari kilang hanya mengambil masa 20 minit sahaja dengan berkereta.Isteri beliau memberi sokongan padu dengan sekali sekala datang menjenguk dan bermalam bersama beliau di kilang.Ini semata-mata untuk pastikan kilang beliau berjalan dengan lancar.Ini sebenarnya memberi tauladan, motivasi dan semangat kapada pekerja-pekerja beliau. Ditahun kelima beliau berjaya mengeksport machine-machine keluaran beliau sehingga ke Germany,walaupun kita semua mengetahui teknologi German dalam industri machinery adalah lebih baik.Kenapa beliau berjaya menembusi pasaran machinery Germany,kerana teknologi nya sekarang setanding dengan teknologi Germany, tetapi pada kos yang lebih rendah.
Kerja anakku yang di assignedkan setiap hari oleh Mr Park selama tiga bulan pertama ialah menyapu sampah dan membersih longkang.Tiga bulan kedua baru dapat masuk kilang dengan kerja membersih minyak pada machine-machine sehingga berkilat.Begitu lah kerja routinenya setiap hari,machine yang telah bersih berkilat pun disuruhnya juga bersih dan kilatkan lagi.Mr Park dalam “management by walking around” nya akan menchalit jari telunjuk ke machine-machine yang telah anakku bersihkan,sekiranya dalam process dia menchalit jari telunjuknya itu di takdirkan masih ada berbekas hitam dan berabok pada telunjuknya maka Mohd Hezzam Arfaei,anakku akan di denda dengan kerja lebih masa tanpa elaun. Setahun selepas itu, baru lah beliau di beri satu computer,satu meja dan satu kerusi untuk mula latihan membuat drawing dan engineering.Itu lah sedikit sebanyak cara latihan dan bekerja orang Korea yang ditanam dan telah pun sebati pada diri anakku.Itu lah budaya kerja yang menjadi amalan beliau sehingga beliau berjaya terlibat dalam menghasilkan satu produk yang digemari oleh First Lady kita.Minuman Oxigen dari sebuah kilang di Belakong Cheras ini sebenarnya telah berjaya menembusi dan menjadi popular dipasaran Jepun.
Ini bukan hanya cerita tentang anakku sangat.Ia nya ialah yang berkaitan dengan mutu,kualiti dan kepuasan.Ianya berkaitan dengan system latihan dan budaya kerja. Ketiga-tiga sifat ini tidak terjadi dengan begitu sahaja tanpa melalui budaya kerja yang telah sepintas lalu aku bangkitkan melalui pengelaman latihan dan kerja anak ku dan godfathernya di Korea.Kita boleh saksikan sendiri bagaimana produk-produk dari Korea telah memenuhi pasaran diserata dunia.Dari sebesar-besar kapal yang terbesar di dunia,power generator dan turbine yang diguna dinegara-negara membangun di seluruh dunia,kereta yang canggih designnya tetapi termurah harganya didunia,handphone yang jenamanya bertaraf dunia,Korean silk yang di gemari wanita-wanita seluruh dunia, syarikat pembinaannya memenuhi pelusuk dunia khususnya di Timur Tengah,drama bersiri terbitan KBS World nya yang saban hari di tonton oleh berjuta peminat dari 55 buah Negara didunia,restoran yang menghidangkan Korean barbeque yang di gemari di seluruh dunia,termasuk oleh para pemimpin kita di Malaysia(ada gambar pemimpin kita sedang menikmati makanan enak direstoran Korea di Kuala Lumpur),sehinggalah kapada sekecil-kecilnya produk made in Korean iaitu brosh,brosh yang unik design dan kualitinya ini di gilai oleh wanita-wanita seluruh dunia.Kenapa Korean Wave ini berlaku diseluruh dunia?Kenapa produk keluaran Korea telah menjadi jenama dunia yang popular?Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mutu produk nya bertaraf dunia,kerana kualiti produknya bertaraf dunia,kerana kepuasan yang di nikmati oleh para pengguna adalah yang termaksima di dunia.
Moral of the story nya bukanlan aku sengaja ingin puji budaya kerja dan cara latihan yang menjadi amalan orang Korea tinggi melangit.Tetapi itu lah hakikatnya yang menjadi batu asas kejayaan Korea Selatan.Tidak salah kan kalau kita mencontohi cara orang Korea melakukan latihan,tidak salah kan kalau kita meniru dan mensesuaikan budaya kerja kita dengan budaya kerja orang Korea,tidak salah juga kan dalam masa 12 tahun ini kita cuba mewujudkan Malaysian Wave diseluruh dunia,tidak salah kan kalau kita juga ingin mengatasi orang Korea dalam sektor-sektor tertentu yang kita ada kekuatannya.Tidak salah kan kalau kita ingin mengatasi prestasi orang Jepun,tidak salah kan kalau kita ingin setanding dengan prestasi orang Germany.Yang penting kita kena kuatkan dahulu asas kita.Apa asasnya?Asasnya ialah pelajaran dan ilmu pengetahuan.Sekali lagi contoh orang Korea kita boleh ambil iktibar, kira-kira 70% dari jumlah tenaga kerja di Korea adalah berkelulusan berasaskan teknikal dan engineering.Walaupun sebagai seorang Pengurus Perjawatan atau Pengurus Pemasaran,tetapi beliau perlu graduate dalam bidang engineering untuk layak memohon jawatan-jawatan tersebut.Tetapi yang menjadi amalan di kalangan syarikat kita di Malaysia,kelayakan asas untuk menjadi Pengurus Perjawatan ialah bekas askar.Dengan berlatarbelakangkan engineering,seorang Pengurus Perjawatan akan dapat melakukan screening dan assessment keatas setiap calun pekerja mereka.Hanya yang juga belatarbelakangkan teknikal dan engineering akan di rekrut. Dengan berlatarbelakangkan engineering, Pengurus Pemasaran pula boleh menerangkan dengan penuh kemahiran tentang sifat-sifat produk yang ingin dijual beliau.Dengan ini para pengguna akan berpuas hati membeli produk yang beliau jual.Sekiranya ada komplain di kemudian hari,beliau dapat merectifykan komplain tersebut sehingga pengguna ini menjadi pengguna yang setia dengan jenama tersebut.Pengguna ini tidak akan bertukar kapada jenama baru lagi.
Masyarakat Bumiputra kita harus bersedia untuk menukar bidang pengajian kita dari terlalu fokus kapada yang berasaskan sastera,sain sosial dan komersial kapada yang berasaskan teknikal,engineering,teknologi dan ICT.Kalau 90% pelajar Bumiputra sekarang ini tergulung dalam gulungan pertama,maka menjadi tanggungjawap bersama kita untuk pastikan trend ini terbalik kalau pun tidak 90% tetapi setidak-tidaknya bermula dengan 51% dahulu harus mengambil mata pelajaran yang berasaskan mathermatik,sains tulin,teknikal dan engineering.Tetapi cukup kah bilangan guru-guru yang juga berkelulusan teknikal dan engineering ini?Kalau tidak mencukupi,wujud dan latihkan seramai mungkin guru-guru sedemikian,tidak cukup juga rekrut sahaja mereka yang telah pencen dari Korea atau Jepun untuk menjadi guru secara kontrak, mungkin?Setahu saya memang ada gulungan ini dari Korea dan Jepun dan mereka tersangat ingin untuk berhijrah ke Malaysia kerana cuaca Negara kita lebih sesuai kapada gulungan pencen tetapi masih bertenaga ini. Ini persediaan asas untuk bangsa kita menjadi satu bangsa yang cemerlang, terbilang dan tersohor di dunia. Tanpa foundation yang kukuh ini kita tidak mungkin mampu untuk mengatasi bangsa-bangsa lain yang tersohor di dunia.
Penduduk kita tidak lama lagi akan mencapai angka 30 juta orang,10 juta kurang dari penduduk Korea sekarang.Ini merupakan satu jumlah penduduk yang munasabah.Tetapi kalau hasrat bekas PM kita Tun Dr Mahathir menjadi kenyataan iaitu 70 juta penduduk,wow itu sesuatu yang ideal.Tetapi dengan 30 juta pun ok dah, kerana ia merupakan satu captive market yang agak besar untuk produk-produk keluaran kita sendiri,made in Malaysia.Ini permulaan yang baik.Sebenarnya kita berpotensi untuk setanding dengan kejayaan yang di lalui oleh orang Korea.Para pemimpin kita telah bertungkus lumus untuk membangunkan Negara kita.Kita sebagai rakyat Malaysia semuanya perlu bersaing di antara satu sama lain berasaskan meritocracy yang adil supaya masing-masing menjadi penyumbang terbaik dan berkesan kapada proses pembangunan Negara.Kita khususnya orang Bumiputra yang menjadi majority penduduk di Negara ini perlu belajar bersungguh-sungguh supaya cemerlang,perlu berlatih berlipat ganda dengan tekun,perlu bekerja keras,perlu berusaha gigih, perlu mempunyai impian untuk menjadi yang terbaik dan perlu ada cita-cita dan semangat untuk menjadi jaguh kampung,menjadi jaguh Negara dan jaguh dunia.Kita rakyat Malaysia perlu innovative,perlu creative,perlu cipta, perlu bangunkan teknologi kita sendiri.Kita rakyat Malaysia perlu perbaikki,perlu lakukan reverse technology atau perlu tiru secara halal teknologi orang lain.Semua ini penting bagi membolehkan kita menghasilkan produk-produk made in Malaysia.Produk-produk atau jenama-jenama yang dalam masa terdekat ini akan menjadi jenama dunia yang di kagumi mutunya,di hormati kualitinya dan dipuji serta menjadi sebutan tahap kepuasannya di seluruh dunia.Ini yang harus dijadikan impian dan cita-cita oleh anak-anak bangsa kita.Setelah semua ini tercapai maka kita sendiri rakyat Malaysia akan mengalami satu anjakkan dalam citarasa kita dari selama ini hanya berpuashati dengan barang-barang dan perkhidmatan yang sederhana mutu dan kualitinya kapada yang mutu dan kualitinya bertaraf dunia.Ini laluan yang kita misti tempuhi sekiranya serampang dua mata ingin kita capai iaitu Negara menikmati kemajuan dan kita menikmati kehidupan yang berkualiti.Kita yakin setiap kemahuan akan diiringi dengan kejayaan.Yakin lah apabila KITA BOLEH,MALAYSIA BOLEH.Untuk pastikan kita boleh dan Malaysia boleh kita harus ada misi,visi dan impian yang jelas terhadap apa yang kita mahu dan kehendaki.Untuk itu kita bukan sahaja setakat harus,kita wajib think big and dream high.
No comments:
Post a Comment