Monday, February 28, 2011

Orang Yang Tidak Mahu Berubah-Coretan 17

Perubahan positif yang berterusan secara sedar terhadap sikap dan kelakuan kita akan mendekatkan diri kita kapada matlamat,impian dan cita-cita kita dalam hidup.Sikap dan tindak tanduk kita banyak memain peranan dalam menentukan tahap kejayaan yang kita perolehi.Sememangnya di akui setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.Tetapi kebanyakan kita juga sukar untuk menerima dan mengakui kelemahan kita.Kita tidak mahu berubah.Kita seorang yang degil dan keras kepala.Kita pada andaian dan anggapan kita adalah terbaik,tiada kecacatan dan kesalahan.Orang lain semuanya salah dan tidak sebijak kita.Kita tidak boleh terima pendapat orang lain,nasihat orang lain dan kritikan orang lain.Kita juga tahu bahawa dunia sekarang kita perlu banyak mendengar dari hanya mahu kita di dengari.Tapi kita masih menganggap kita tidak perlu mendengar kerana kita adalah tercerdik dan bijaksana.Kita adalah segala-gala nya.Kita tetap dengan pendirian kita untuk tidak berubah.

Realiti Dalam Kehidupan.

Realitinya kita adalah manusia biasa.Kita perlu menerima hakikat samaada kita hendak terima atau tidak, kita sememangnya ada kelemahan.Sepandai-pandai tupai melompat ada kalanya tupai itu jatuh juga ketanah.Yang pasti tupai ini tentunya bukan sekali sekala sahaja ia jatuh ke tanah tetapi banyak kali dalam sepanjang hidup tupai ini.Kenapa tupai ini jatuh? Kita semua tahu tupai sememangnya di jadikan oleh Allah SWT sangat bijak melompat,tetapi sebab tupai pun tahu sebijak mana sekali pun ia pandai melompat,sebagai makluk Allah yang juga ada kelemahan,maka ia juga tetap jatuh ke tanah.Kita manusia mungkin lebih bijak pada kiraan kita dalam bidang kita,dari bijaknya seekor tupai dalam bidang melompat.Tetapi kalau tupai yang bijak melompat pun jatuh tentu sekali walau pun dengan adanya bantuan teknologi tercanggih kita tetap ada kelemahan kita.Apabila kita boleh terima hakikat ini,ada peluang untuk kita menerima apa-apa bentuk perubahan yang kita harus pertimbangkan.

Tips

Fikiran kita selaku makluk Allah SWT yang hidup di melinium baru ini harus terbuka.Kita harus lebih friendly kapada persekitaran kita.Kita harus terdedah kapada berbagai maklumat yang terkini.Sekiranya wajar kita berubah,walaupun mungkin kita tidak mahu berbuat demikian,maka kita harus pertimbangkan kewajaran tersebut dengan maklumat terbaru yang kita terima.Mungkin pengelaman pahit kita di masa lalu menyukarkan kita membuat keputusan untuk berubah,tetapi renungi lah mereka di sekeliling kita.Kalau rasional dan justifikasi yang kuat menghendakki kita berubah maka kita seharusnya akur.Melalui perubahan sahaja dunia disebalik yang asing dan baru bagi kita ,kita akan dapat memahaminya.Selama ini segala yang indah hanya kita rasai terdapat di dunia kita sahaja.Rupa-rupanya setelah berubah dunia yang asing dan baru itu ada lah lebih bersinar dan gemerlapan cahayanya dari dunia kita sendiri.Sekarang kita mengerti bahawa setelah kita memasang dua tingkap cermin kapada tempurung yang menjadi kediaman kita selama ini,rupanya diluar sana dunianya tersangatlah indah.Kita baru mendapat ilham,sekiranya kita tahu yang selama ini kita hanya di dunia kita,sekarang dengan adanya jendela cermin di depan dan di belakang kita,baru kita menyedari bahawa kita sepatutnya dah lama berubah.Kita terasa sangat yang kita menyesal kerana tidak mahu berubah terlebih awal.

No comments:

Post a Comment