Monday, February 21, 2011

The Follow through Strategy-coretan 15

Aku anak kampung.Sebagai anak kampung disebabkan sedikit sebanyak pengelamanku, ada la juga sekali sekala diri ku di jemput untuk menghadiri berbagai seminar dan discourse mengenai bangsa Melayu(termasuk semua Bumiputra lain).Secara umumnya seminar atau discourse ini bertujuan untuk berbincang mengenai isu-isu bagaimana untuk Melayu menjadi lebih berjaya lagi.Kebanyakkan pembentang kertas kerja saperti biasa lah terdiri dari para cendikiawan-cendikiawan tersohor Melayu yang ada title Tan Sri,Dato atau PhD.Berbagai cadangan dan komen di lontar dan di perdebatkan.Peserta pula memang ghairah memberi komen dan berdebat,baguslah sekurang-kurangnya berbaloi penganjur menyediakan breakfast dan lunch.Kalau tidak bercakap dan menyumbangkan idea nanti orang kata nak datang makan free pula,jadi kena lah bercakap.Bab bercakap banyak ini memang lah kerja kita nombor satu.Bagitu juga dengan para pembentang Tan Sri,Dato, atau PhD ini,setiap kali bentang kertas kerja misti penuh dengan cadangan.Cadang jangan tak cadang.Bagi penganjur pula ramai lah menyediakan para pelapor muda-muda dan cantik-cantik untuk membuat laporan khususnya mengenai resolusi atau rumusan yang di persetujui. Lapor tetap lapor, berkajang-kajang laporan mengenai resolusi, cadangan dan idea-idea baru di buat.Tak buat laporan elok-elok dan kemas bos marah pula.Bila bos terima laporan bos pun tidak tahu nak buat apa,jadi bos pun simpan lah laporan tersebut baik-baik dalam fail sulit.Tidak ada orang boleh jamah laporan ini kerana ianya sulit.Banyak kali juga kerana penganjur nak tunjuk ada class, di print nya laporan ini dengan design nya cantik-cantik.Siapa peserta yang hendakkan laporan ini boleh diambil selebihnya disimpan dalam stor mana-mana di pejabat bos kerana sulit,orang lain tidak boleh baca,nanti terlepas kapada tangan-tangan yang tidak berhak mendapatnya atau yang tidak sealiran, lagi pula laporan ini sulit.Selewat-lewatnya tahun depan penganjur akan mengada satu lagi seminar atau discourse lagi, tentunya dengan thema yang berbeza pula,tetapi jalan cerita dan routine nya tetap sama.Seminar perlu di buat,kalau tidak budget akan di tarik balik,tahun depan budget tidak akan di luluskan lagi.

Sebenarnya semua seminar atau discourse atau kongres adalah sangat penting sekiranya segala resolusi,rumusan dan idea-idea diambil iktibar dan dilaksanakan dengan penuh kommitmen oleh pihak-pihak yang berkaitan.Tanpa idea-idea ini perjalanan hidup kita tidak dinamik,outdated,tidak terbuka dan tidak berkembang.

Dalam permainan golf,ada satu istilah yang terkenal iaitu ‘follow through’.Apabila sekali sekala aku menonton golf channel khususnya ketika Tiger Woods bermain,channel tersebut ada segmen mengajar penonton bermain golf.Dari situ maka aku memahami sedikit sebanyak apa itu follow through.Maknanya mengikut fahaman ku ialah hayunan kayu golf sebelum pukul,semasa memukul dan selepas memukul misti lengkap kira-kira satu setengah pusingan dari mula hayunan untuk memukul sehinggalah ke hayunan yang terhabis maksima selepas dipukul.Tidak betul hayunan sekiranya selepas dipukul hayunan itu berhenti di situ,ia misti meneruskan hayunan lepas sehabis yang mungkin.Hayunan yang ada follow through akan menghasilkan bola golf yang dipukul itu pergi jauh dan lulus menuju sasaran yang dikehendakki.Bukan OB,bukan masuk bunkle atau bukan masuk kolam.Ini lah yang di lakukan oleh pemain-pemain professional golf tersohor dunia saperti Tiger Woods,Michelson,Westwoods,Kymer atau McRoy.

Program yang di lakukan oleh kerajaan sebenarnya terlalu banyak untuk orang Melayu.Begitu juga jumlah peruntukkannya mungkin melebihi RM beratus billion.Walaupun begitu kita masih lagi tidak setanding dan sehebat secara relative berbanding dengan kejayaan dan pencapaian oleh kaum bukan Melayu.Berbagai institusi kewangan telah di wujudkan untuk usahawan Melayu saperti PUNB,PNS,Bank Bumiputra(CIMB),Bank Pembangunan,Bank Rakyat,CGC dan sebagainya. Berbagai program telah dilancarkan oleh kerajaan saperti Usahawan Graduate,Usahawan Tani,Kontraktor Berwibawa,Mentor Mantee,Usahawan Menengah,Konsep Payong,Perkongsian Strategik,Program Vendor,Prosper,Francais dan sebagainya.Semua institusi-institusi dan program-program ini walaupun tidak ekslusif untuk Melayu sahaja, tetapi sememangnya priority ia di wujudkan adalah untuk membantu peniaga dan usahawan Melayu.Ini sekadar contoh sahaja dalam bidang keusahawan, kerana pada hakikatnya kalau kita senaraikan ianya adalah lebih banyak lagi meliputi berbagai bidang lain.Mungkin semua program-program dibawah agensi-agensi berkaitan boleh di bukukan untuk edaran secara meluas dan di ketahui umum.

Kenapa dengan begitu banyak institusi dan program pun kita kommuniti Melayu masih berada ditahap mediocre,masih berada di tahap average,masih berada di bawah masyarakat bukan Melayu,tidak bertaraf lima bintang atau megastar dalam istilah artist.Kita masih tidak mencapai tahap world class.

Secara pandangan umum tanpa imperical study dan bukti-bukti yang kukuh kerana ini semua kerja para ahli akademi,aku merasakan kerajaan melalui agensi-agensi pelaksana terhadap program-program ini tidak mengamalkan strategy follow through saperti dalam permainan golf yang aku sebut diatas.Kita tidak focus,kita tidak konsisten,kita tukar polisi,tukar program ,tukar players,bila Menteri atau Perdana Menteri tukar.Mana-mana players yang tidak sehaluan dengan Menteri atau Perdana Menteri,mereka tidak akan mendapat treatment yang sama saperti sebelum ini,walaupun players tersebut mungkin telah berada di fasa perkembangan.Akibatnya players tersebut mungkin terpaksa tutup kedai atau gulung tikar atau sampai terpaksa berhijrah ke Negara lain.Kita tidak memberi keutamaan dalam tugas dan tanggungjawap kita untuk membantu secara saksama,kita tidak menolong hingga usahawan kita benar-benar mencapai status kejayaan world class.Kita menolong tetapi tidak secara full swing, cara kita menolong seolah-olah secara melepas batuk di tangga sahaja.Sebab itu kita tidak nampak berapa ramai kontraktor di bawah program kontraktor berwibawa dahulu yang telah berjaya sama taraf dengan kontraktor-kontraktor dari China atau Korea yang telah menguasai pasaran pembinaan di Middle East contohnya.Sepatutnya kontraktor Melayu Islam yang boleh menguasai pasaran pembinaan di Negara-negara Islam di Middle East berbanding dengan kontraktor dari China atau dari Korea kerana kita Islam.Sekarang program kontraktor berwibawa ini kita tidak dengar lagi.Bagi saya ianya masih perlu malahan harus diperhebatkan lagi sehingga kita benar-benar berjaya melahirkan sekurang-kurangnya 10 kontraktor bertaraf YTL atau IJM Melayu setahun yang melebarkan perniagaan pembinaan nya ke seluruh dunia.

Semua program-program ini tidak salah dan tidak perlu di berhentikan kerana aku merasakan ianya masih releven,cumanya walaupun kita hendak ubah,ubahlah packagingnya,approachnya,sistemnya atau mungkin jenamanya tetapi fungsi dan matlamatnya harus di pertahanan sehingga bila-bila.Keperluan terhadap program-program ini tetap wujud sampai bila-bila kerana keperluan terhadap usahawan bertaraf dunia ini akan releven setiap masa untuk generasi usahawan seterusnya.

Dalam strategy follow through yang ingin aku kongsi bersama, ianya harus lengkap mengikut fasa-fasa bermula dari fasa pendidikan, fasa penunasan atau nurturing,fasa pembangunan atau growth,fasa pembesaran atau expansion dan sehinggalah kapada fasa perkembangan ke peringkat antarabangsa.Sebagai contoh,aku di fahamkan syarikat-syarikat kontraktor dari Negara China,walaupun tidak kepunyaan kerajaan China, terus menerus mendapat sokongan kerajaan padahal mereka sendiri telah mencapai taraf MNC(Multi National Corporation) dan perniagaannya telah pun sampai ke peringkat antarabangsa.Malahan semasa rundingan untuk mendapat projek pun pihak kerajaan akan bersama melakukan lobby bagi pihak syarikat. Ini bentuk kommitmen kerajaan yang ingin melihat dan memastikan syarikat dari Negara China benar-benar berjaya.Ada sense of belonging and sense of responsibility dan rasa berbangga dengan syarikat-syarikat kepunyaan warganegara mereka sendiri.Ini bentuk kommitmen penuh kerajaan yang sangat-sangat di perlukan oleh para usahawan kita.Usahawan akan bangga dengan peranan kerajaan sebagini,usahawan akan berterima kasih kapada kerajaan sampai bila-bila.Ini sebenarnya inti pati dari polisi Malaysia Inc yang diperkenalkan oleh mantan PM kita YABhg Tun Mahathir satu masa dahulu,yang sekarang ini tidak lagi kedengaran istilah ini.Ia itu satu polisi kerajaan yang sangat friendly,supportive dan facilitating terhadap sektor korporat,para usahawan dan peniaga.

Setiap fasa-fasa ini perlu mendapat sokongan kerajaan walaupun tidak semestinya dalam bentuk kewangan.Sokongan boleh dalam bentuk polisi, latihan,trade mission,pameran perdagangan tempatan atau antarabangsa,sokongan melobi,khidmatnasihat,jaminan kerajaan,kommitmen kerajaan dari segi penerusan program,pembaikkan dan pembaharuan,sokongan ict,promosi,system percukaian yang friendly dan sebagainya. Sebagai contoh di fasa penunasan atau nurturing,ia perlu diberi perhatian supaya usahawan dan business yang terlibat dalam fasa ini perlu mendapat bimbingan dan penelitian pihak kerajaan.Mereka memerlukan sokongan modal,packaging,pembesaran pasaran,latihan,khidmat nasihat dan yang terpenting ialah graduation program.Graduation program ini penting bagi memastikan usahawan ini terkeluar dari skim penunasan dan terus berkembang pesat sehingga sampai ke fasa terakhir iaitu menjadi sebuah MNC yang dapat melebarkan perniagaannya sehingga keperingkat antarabangsa.Apabila ini di lakukan,saperti aku katakan diatas syarikat ini sudah tentu akan terbuka pula pintu hatinya untuk membalas budi dan jasa kerajaan dengan melatih dan mengadakan vendorship program untuk usahawan-usahawan baru di bawah payungnya.Ini bentuk terima kasih yang semestinya di lakukan oleh usahawan yang berjaya ini kapada pihak usahawan baru pula.Apabila usahawan merasakan kerajaan sayang kapadanya,maka usahawan itu sampai bila-bila pun akan sayang kapada kerajaan.Apabila ia berlaku maka disini lah bermula berlaku kesan penggandaannya yang akan mempercepatkan lagi proses pertumbuhan ekonomi Negara kearah mencapai status sebuah Negara maju.


Dalam melaksana strategy follow through ini satu conserted effords oleh berbagai pihak yang berkaitan harus wujud.Kita tidak mahu players kita selalu OB,selalu masuk bunkle atau selalu masuk air kerana tiada pihak yang memandu mereka supaya sentiasa berada pada landasan atau curse yang lulus.Satu database harus dibangun supaya semua maklumat-maklumat mengenai pihak-pihak berkepentingan dapat di simpan dan dikemaskinikan setiap waktu supaya setiasa releven dan tidak outdated. Diantara pihak berkepentingan yang harus di simpan maklumatnya ialah the players themselves,jabatan-jabatan yang bertanggungjawap terhadap pelaksanaan dan pembuat polisi,institusi-institusi berkaitan dan kumpulan pakar rujuk.Kumpulan pakar rujuk ini harus terdiri dari kalangan Islamic Scholars,Prominent Pensioners,Academicians, Historian dan Politicians.Gulungan ini banyak idea-idea yang bernas dan praktikal yang boleh dimunafaatkan untuk kepentingan bangsa kita. Peranan pakar rujuk ini penting kerana mereka seharus secara terus menerus memainkan peranan mereka mengadakan berbagai seminar,kongres atau discourse supaya setiap masa ada resolusi,cadangan dan idea-idea baru demi untuk secara continious pula dapat memperbaharui dan mempertingkatkan prestasi para players yang terlibat.Tetapi semua seminar,kongres dan discourse saperti aku katakan diatas harus dijalankan dengan pendekatan yang lebih dinamik dimana segala resolusi,cadangan dan idea-idea ini hendaklah seboleh mungkin di laksanakan segera dan tidak disimpan secara sulit oleh pihak penganjur lagi.

Kita tidak boleh berputus asa dan kecewa dalam membantu bangsa sendiri.The follow through strategy harus terbuka dan transperen.Kita tidak perlu apologetik.Kita tidak perlu bimbang bangsa lain akan membuat demand yang sama. Ini soal hak dan hakikat.Semua orang tahu bangsa kita mempunyai hak yang sepenuhnya untuk dibantu.Bangsa lain tidak boleh jealous,bangsa lain tidak boleh berdengki,kerana mereka tahu mereka lebih berjaya dari kita.Kita perlu ingatkan mereka bahawa mereka lebih berjaya dalam segala bidang ekonomi dinegara ini dari bangsa kita.Pada hakikatnya dan apa yang sebenarnya berlaku pihak kerajaan membantu taukeh-taukeh bukan bumiputra lebih hebat lagi.Taukeh-taukeh ini sebelum dibantu kerajaan tidak pun menjadi taukeh-taukeh yang hebat.Kita lihat sahaja siapa mulanya Tan Sri Vincent Tan,Tan Sri Ananda Krisnan,Tan Sri Jeffry Chia,Tan Sri Lim Kim Yew,Dato Seri Tony Fernandez,Tan Sri Yong Teo Lay,
Tan Sri Lim Kim Hong dan beratus lagi sebenarnya yang setaraf atau kurang sedikit dari mereka ini.Sebelum ini mereka ini sama sahaja dengan kebanyakkan kita.Tetapi setelah mereka ini mendapat berbagai kemudahan dan sokongan dari kerajaan mereka menjadi super rich.Mereka mendapat berbagai lessen-lesen yang khusus dari kerajaan untuk berbagai perniagaan saperti telekomunikasi,TV swasta,IPP,Airline,perjudian dan berbagai lagi.Ada juga diantara mereka mendapat tanah-tanah yang bukan sedikit malahan beribu ekar di lokasi yang strategik dan utama di Klang Valley.Aku rasa kalau di campur semua nilai harta mereka ini sahaja tidak termasuk beratus nama lain,aku tidak lah ada statistiknya,my guesstimate(chonggak kasar) jumlah nya sudah tentu lebih besar berbanding dengan jumlah harta yang di milikki oleh berjuta orang kampung berbangsa Melayu dan lain-lain kaum Bumiputra saperti aku ini. Kalau di puratakan harta rakyat Malaysia secara per kapita tak pasal-pasal kita juga jadi kaya,tapi kaya yang berangin dan berasap.Kerana harta-harta milik taukeh-taukeh yang super rich ini yang menaikkan purata per kapital kita semua.Sebenarnya mereka ini yang sepatutnya apologetik dan rasa bersalah bukannya kita.Tetapi aku tidak fakir mereka akan melakukan itu kerana sudah tentu mereka akan kata kekayaan mereka adalah hasil dari titik peluh dan kebijaksanaan mereka.Aku tidak persoal kebijaksanaan mereka,yang aku persoalkan ialah bantuan dan sokongan kerajaan yang mereka dapat adalah melebihi dari apa yang bangsa ku dapat.Sedangkan banyak kali sangat ahli-ahli politik bukan Melayu khususnya,NGO bukan Melayu,penulis-penulis dan pengkritik-pengkritik antarangsa masih mengatakan dan menuduh kerajaan terlalu banyak memberi kemudahn,keistimewaan,bantuan,subsidi dan pertolongan kapada Melayu.

Kenapa kita perlu merasa dan berangapan yang kita perlu berhati-hati, was-was, rendah diri,apologetik dan secara bersembunyi pula untuk laksanakan segala agenda untuk membantu bangsa kita ini?Jangan lah lakukan ini semua kapada bangsa kita sendiri.Apabila kita semua dah tinggal di bukit-bukit di pendalaman, baru masa itu kita nak tolong bangsa,masa itu dah terlewat,masa itu kita dah menjadi orang asli kapada bangsa pendatang.Jadi sebelum terlewat elok lah kita sama-sama mengambil tanggungjawap secara sepadu dan kolektif merah otak dan mengadakan berbagai strategy dan program untuk menolong dan terus menerus menolong bangsa sendiri.Kita sebenarnya ada banyak kekuatan,tetapi kita tidak bijak menggunakan segala kekuatan kita.Kenapa kita tidak bijak dalam menggunakan segala resourses yang kita milikki ini? Tidak lain tidak bukan kerana dari segi politik kita berpecah,kita tidak bersatu,kita tidak berpakat sesama kita.Parti politik utama Melayu iaitu Parti Umno dan Parti Pas tidak sehaluan.Kalau pun kita tidak boleh bersatu kerana ideology dan fahaman yang berbeza,kita harus cari jalan untuk bermuafakat,bermuafakat dan bemuafakat.Minda kita sesama kita harus terbuka mencari jalan untuk berpakat,berpakat dan berpakat.Apabila kita bermuafakat dan berpakat saperti yang diwajibkan dalam agama kita sendiri Islam,dengan sendirinya bangsa lain tidak akan selesa untuk membuat demand yang bukan-bukan dan tidak munasabah.Mereka tidak akan terlalu banyak mengkritik bangsa kita secara terbuka saperti sekarang ini.Mereka tidak lagi akan tergamak untuk mempersoalkan soal hak mutlak kita lagi.Sampai soal Perlembagaan,soal Raja pun mereka berani sentuh dan kritik sekarang.Bukan nya kita tidak mahu layan mereka tetapi biar lah segala demand itu munasabah.Kita bukan nak mengkhianati dan menzalimi mana-mana bangsa.Kita hanya hendakkan keadilan untuk bangsa kita.Kita juga ingin hidup mewah saperti bangsa lain yang maju dan hidup mewah.Apabila kita bermuafakat dan berpakat maka aku yakin, seyakin-yakinnya segala agenda kita samada secara open atau hidden akan dapat dilaksanakan dengan selesanya tanpa ragu dan was-was lagi.The follow through strategy and program for our own race akan lebih berjaya dan efektif lagi,insyaAllah.

No comments:

Post a Comment