Tuesday, December 27, 2011

Think Big Dream High,Keyakinan 10,Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu-Coretan 67

Persaingan adalah perlawanan diantara satu pihak dengan pihak lain bagi tujuan mendapat faedah sekiranya menang.Pihak-pihak yang terlibat sememangnya mengetahui dari awal lagi bahawa peluang masing-masing untuk gagal sama banyak dengan peluang untuk berjaya.Kalau saya kalah saya akan kehilangan segala-galanya dan kalau saya berjaya,saya akan mendapat segala-galanya.Ini adalah peraturan yang difahami oleh semua yang ingin bersaing.Persaingan akan bertukar sedikit demi sedikit menjadi permusuhan sengit(hypercompetitiveness) sekiranya masing-masing mengejar keseronokkan,kekayaan,kuasa,kemasyhuran dan prestij.Semua pihak yang terlibat membara ingin mencapai kemenangan tanpa mengira berapa harga atau kos nya.Kesan persaingan ini sangat dasyat dan merosakkan terhadap mana-mana pihak yang kalah.

Aspek lain persaingan adalah berlawan dengan nafsu kita sendiri.Kedua-dua aspek persaingan ini sebenarnya ada perkaitan rapat.Tahap kesengitan persaingan yang pertama dipengaruhi oleh tahap kesengitan persaingan yang kedua.Semakin hebat persaingan kita melawan nafsu maka semakin kurang kesengitan kita untuk bersaing dengan pihak lawan,tetapi sebaliknya kita akan mencuba untuk bekerjasama dengan pihak ini.Tentu sekali apabila berlaku kerjasama kerosakan yang berlaku dapat diminimakan disamping faedah yang diperolehi juga tidaklah semaksimanya.Ia lebih menuju kearah ‘win-win situation’.Untuk mencapai keadaan ini ia juga memerlukan pengorbanan dan kesabaran dari semua pihak yang sepatutnya bersaing.Ia memerlukan jihad untuk membendung dan melawan nafsu sendiri.Ia sebenarnya senang sekiranya kita bersedia untuk membuka pintu hati kita kearah penyatuan,kerjasama dan mengutamakan kejayaan bersama dan bukan hanya milik kita sahaja.

Realiti Dalam Kehidupan

Dalam kehidupan harian kita,sebagai apa sekali pun kita,baik sebagai seorang professional,seorang ahli sukan,seorang pemimpin politik,pemimpin pertubuhan,seorang ahli korporat atau usahawan,seorang penjawat awam,seorang pelajar atau waima sekali pun sebagai rakyat biasa,kita tidak sunyi dari terlibat dalam persaingan,pertandingan atau perlawanan.Apabila kita terlibat,maka matlamat utama kita ialah untuk menang.Asalkan sahaja kita boleh menang,kita tidak kisah sangat bagaimana kemenangan itu kita capai. Bersih ke,kotor ke tektik dan strategi yang kita gunakan kita tidak kisah dan ambil peduli sangat,yang penting kita misti menang.Kenapa kita sentiasa mahukan sangat kemenangan ini?Diantara faktor-faktor penariknya adalah saperti berikut;

1.Disebabkan kurangnya persaingan kita melawan nafsu sendiri,maka kita lebih rela menunjukkan kejantan kita untuk menyaingi pihak lawan.Kita sanggup berpatah arang.Kita sanggup menang jadi arang kalah jadi abu.Nafsu mengawal kita supaya kita terus menerus mengumpul harta tanpa had,terus menerus untuk berkuasa dan meramaikan isteri,anak-anak,saudara mara dan kroni.Dari sudut pandangan nafsu kita,segala ini adalah jaminan untuk kita terus dapat hidup selesa dan bahagia.

2.Kita terlalu mengutamakan kepuasan hati,melayan perasaan gembira dan seronok kita,suka dipertuankan oleh kumpulan kita,suka di bos kan oleh mereka disekeliling kita,tahap perasan dan syok sendiri yang tinggi,yang mana semua ini datang bersekali dan seiringan dengan kemenangan yang diperolehi.Kemenangan yang diperolehi melalui persaingan sengit yang kita rela untuk menghadapinya.

3.Kita terlalu merasa takut dan bimbang yang amat sangat sekiranya kita kalah dalam perlawanan kita.Kita takut dan bimbang kalau-kalau pihak lain yang menang akan menyelongkar segala bentuk kesalahan,penyalahguna kuasa,salah urus,segala kelemahan,cacat cela kita,salah laku kita,semasa kita menang dan berkuasa sebelum persaingan ini.

4.Kita terlalu obsess dan selesa dengan kemenangan demi kemenangan,maka kita tidak boleh sekali-kali menerima keadaan sekiranya kita kalah dalam persaingan.Kita dah biasa dengan orang ramai terpaksa quee sehingga enam bulan baru dapat appointment berjumpa dengan kita,kita dah biasa dijemput merasmi bermacam jenis acara oleh berbagai pihak setiap hari,kita dah biasa dengan liputan utama media massa setiap hari.Kita akan menjadi kaku,menjadi dormant sekiranya kita tidak lagi dikerumuni oleh orang ramai atau kroni setiap hari.Kita akan rasa kesunyian dan diketepikan.Kalau kita kalah,orang ramai mulai lari,kroni mulai menghindar diri dari kita.Kroni kita akan cuba menjual diri menjadi kroni kapada bos yang baru pula.Otak kita seolah-olah tidak boleh berfungsi.Mungkin kita juga akan mudah diserangi berbagai penyakit dan boleh memendekkan umur kita.Kita akan menjadi seorang yang sangat pasif dan lonely.

Tips

1.Surah Attakaatsur tersangat jejas mengingatkan semua umat manusia dan khususnya umat yang beriman supaya kita tidak keterlaluan bersaing diantara satu sama lain untuk mengejar isteri lebih,kuasa dan kekayaan.Apabila kita terlalu ingin mendapatkan kuasa dan mengumpul kekayaan secara umumnya kita menjadi lalai dan alpa terhadap tanggungjawap kita kapada Allah SWT.Semakin kuat keinginan kita untuk bersaing,semakin sengitnya persaingan,maka semakin tinggi pula kemungkinan untuk kita menjadi alpa dan lalai.Kita menjadi terlalu sibuk untuk luangkan masa kita secara bersungguh-sungguh,khusuk dan tawwadu’ bersama dengan Allah SWT.

2.Kealpaan dan kelalaian manusia ini menjustify kan Allah SWT untuk tidak memberi rahmatNya kapada kita.Tanpa rahmatNya bermakna kita tidak akan masuk kedalam syurgaNya,malahan peluang untuk kita dilemparkan oleh Allah SWT kedalam neraka jahanam adalah besar sekali.Keyakinan kita tentang azab Allah SWT semasa itu tidak memberi apa-apa makna lagi kapada kita.Apa makna keyakinan setelah kita dibakar dan ditelan semahunya oleh api neraka.

3.Sebelum terjadinya scenario sedemikian maka kita selaku seorang professional yang think big dream high sepatutnya mulai sekarang lagi yakin dengan pengertian dan pengajaran dari surah Attakaatsur ini.Mulai sekarang yakin dengan kalam Allah SWT ini.Kefahaman kita ini akan menggalakkan diri kita untuk berfikir sebanyak kali yang mungkin sebelum kita membuat sebarang keputusan muktamad untuk terlibat dalam apa jua bentuk persaingan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan mendapatkan keseronokkan,kuasa dan harta benda.Tentunya agak sukar untuk pujuk kehendak hati dan nafsu kita.Kebiasaannya kehendak hati dan nafsu kita terlalu sukar untuk didisiplin dan dikawal.Hanya dengan yakinnya kita tentang hari pembalasan diakhirat,dengan taqwanya kita sahaja,maka nafsu kita ini dapat dipelihara secara disiplin,patuh dan mendengar nasihat kita.Seorang professional yang think big dream high tidak akan sekali-kali terlibat dalam persaingan yang bersifat menang jadi arang kalah jadi abu.

Monday, December 19, 2011

Think Big Dream High,Keyakinan 9,Kita adalah Saperti Lebah-Coretan 66

Masyarakat lebah adalah satu masyarakat makhlok Allah SWT yang kehidupan mereka adalah paling berdisiplin,harmoni dan lengkap-melengkapi diantara satu sama lain.Satu komuniti lebah berjumlah sampai berpuluh ribu ekor lebah.Mereka melakukan pembahagian tugas dan pengkhususan masing-masing.Mereka patuh dan bersungguh-sungguh menjalan tanggungjawap dan tugas yang diamanahkan.Mereka membuat sarang,membersih sarang,mengumpul makanan,mengumpul bahan untuk buat dan baikki sarang,mengumpul manisan untuk membuat madu,mengumpul royal jelly untuk makanan ratu mereka,mengawal suhu dalam sarang dan mengawal keselamatan sarang.Mereka ada teknologi membuat lubang-lubang berbentuk hexagon yang sama saiz dalam sarang mereka bagi tujuan menyimpan madu,membiak dan berehat.

Sebenarnya terlalu banyak keistimewaan yang dimilikki oleh lebah.Segala-galanya dijadi dan dianugerahkan oleh Allah SWT terhadap makhlok kecil tetapi berfaedah dan penting ini.Ini lah juga sebab kenapa Allah SWT menamakan salah satu surah dalam AlQuran dengan nama surah An-nahl atau surah lebah.

Untuk menghasilkan 1 kilo madu tulin kira-kira 38,000 lebah perlu mengumpul manisan dari kira-kira 20 juta kelopak bunga.Bayangkan berapa banyak pula pokok mendapat munafaat dari proses pendebungaan yang berlaku ini.Berapa banyak pula buah-buahan dapat dihasilkan oleh pokok-pokok ini.Berapa banyak pula makhlok lain dapat menikmati buah-buah ini.Berapa banyak pula benih-benih terhasil dari buah-buah ini dan tersebar ke serata tempat.Dari benih-benih ini berapa banyak pula pokok-pokok baru yang tumbuh.Semuanya ini adalah memberi munafaat bukan sahaja kapada kita manusia tetapi juga kapada makhlok-makhlok Allah yang lainnya saperti binatang.Dari binatang ini pula berapa banyak faedahnya kapada kita manusia.

Realiti Dalam Kehidupan Lebah

1.Lebah menyediakan madu untuk kegunaan mereka sendiri hanya 10% dari jumlah keseluruhan pengeluaran,ini bermakna 90% lagi adalah untuk dizakat dan disedekahkan.Pihak yang mendapat munafaatnya adalah maklok Allah SWT yang lain termasuk manusia.

2.Lebah menolong melakukan pendebungaan kapada pokok-pokok sehingga dapat menolong pokok-pokok ini berbuah dan membiak.Segala perkara yang berkaitan dengan pokok pula saperti buah dapat dimunafaatkan oleh maklok Allah SWT yang lain termasuk manusia.

3.Lebah tidak pernah merosakkan pokok-pokok atau alam sekitar malah mereka menolong menjaga,mengembangkan,kebersihan dan pengeluaran oksigen ke alam sekitar.Mungkin sarang mereka besar tetapi ringan sebenarnya.Itu lah hebatnya teknologi lebah.Sarang ini tidak sampai mematahkan atau merosakkan tempat sarang itu dibina.Lebah lah yang menolong membiakkan lagi pokok-pokok melalui buah-buahan yang terhasil akibat proses pendebungan yang dilakukan oleh mereka.

4.Lebah tidak akan menyerang pihak lain walaupun mereka mempunyai senjata yang boleh membunuh.Mereka tidak sewenangnya menggunakan sengat dan racun tanpa alasan yang kukuh.Alasan kukuh saperti ada pihak yang cerobohkan sarang mereka atau yang menganggu keharmonian kehidupan mereka,baru mereka menyerang dan mungkin membunuh.

5.Lebah mengeluarkan madu yang boleh menjadi ubat dan penawar kapada berbagai jenis penyakit.AlQuran,AlHadith atau R&D dari para saintis banyak menyatakan madu sebagai ubat dan penawar untuk berbagai jenis penyakit.Malahan ratu lebah yang dietnya adalah hanya royal jelly mampu menghasilkan berpuluh ribu zuriat lebah dan boleh menjangkau umur sehingga 8 tahun,berbanding dengan umur lebah biasa yang hanya 3 bulan sahaja.

Realiti Dalam Kehidupan Manusia


1.Kita manusia terlalu bersifat individualistik dan mementingkan diri sendiri.Kita tidak pernah merasa apa yang kita dapat adalah mencukupi.Kita tamak dan haloba.Malahan ada kalanya hak rakyat sebagai pembayar cukai pun kita curi,kita rompak.Kita balun semahunya.Kelakuan dan perangai kita terlalu berbeza berbanding dengan lebah.

2.Kita manusia juga terlalu ramai terlibat dengan proses seakan proses pendebungaan.Hasilnya terlalu ramai anak-anak diluar nikah yang manusia hasilkan diseluruh dunia.Malahan kehidupan yang bebas lepas adalah menjadi budaya kehidupan harian manusia dinegara maju saperti di Eropah dan diUSA.Mereka terus menerus menghasilkan anak-anak diluar nikah.Mungkin satu masa jumlah anak-anak haram yang tidak jelas asal keturunan mereka ini melebihi jumpa anak-anak yang dilahirkan secara halal melalui penikahan yang sah. Kelakuan dan perangai kita terlalu berbeza berbanding dengan lebah.

3.Kita manusia terlalu terlibat dalam melakukan kerosakkan terhadap alam sekitar kita.Hutan pokok-pokok hijau telah diganti dengan hutan batu-batu konkrit.Gas oksigen telah diambil alih oleh gas karbon monoksid.Wangian dari bunga-bungaan diganti dengan busuknya sampah sarap yang tidak terurus.Kita menghasil dan membuang sampah tanpa berhenti.Kelakuan dan perangai kita terlalu berbeza berbanding dengan lebah.

4.Kita manusia tidak jemu-jemu semenjak dari nabi Adam AS sehingga ke zaman modern ini pun,terlibat dengan pembunuhan.Tidak ada alasan kukuh untuk membunuh kita akan cipta berbagai alasan untuk membolehkan pembunuhan dilakukan. Kelakuan dan perangai kita terlalu berbeza berbanding dengan lebah.

5.Kita manusia juga mencipta berbagai penawar dan ubat-ubatan.Tetapi manusia juga tidak berhenti-henti mencipta berbagai racun,bahan kimia,senjata untuk membunuh.Bagi kita mencipta ubat,racun,bahan kimia dan senjata adalah business.Bagi kita wang adalah lebih nilainya dari nyawa.Kelakuan dan perangai kita terlalu berbeza berbanding dengan lebah.

Tips


1.Kita sebagai gulungan professional yang think big dream high mulai sekarang cuba menjadikan diri kita saperti lebah.Yakin lah Allah menjadikan lebah sebenarnya untuk kita contohi.Sistem kehidupan lebah perlu kita contohi.Cara bekerja lebah perlu kita contohi.Sistem kerjasama,muafakat lebah kita perlu contohi.Kaedah mematuhi ketua iaitu ratu lebah,yang diamalkan setiap lebah perlu kita contohi.Kaedah penjagaan alam sekitar lebah perlu kita contohi.Falsafah jihad lebah yang tidak menyerang dahulu perlu kita contohi.Keikhlasan lebah menyediakan ubat dan penawar kapada pihak lain perlu kita contohi.Kaedah lebah yang memberi munafaat kapada pihak lain perlu kita contohi.Segala-galanya tentang lebah perlu kita contohi.

2.Contoh makhlok Allah SWT yang berlawanan dengan sistem kehidupan lebah ialah orang Yahudi.Allah juga jadikan orang Yahudi untuk kita mengambil iktibar dan pengajaran darinya.Allah menghendakki kita supaya tidak mencontohi sistem dan cara kehidupan orang Yahudi.Tentunya mereka adalah manusia yang paling kaya dan paling berjaya didunia ini.Tentunya juga mereka adalah manusia yang paling jahat,ibu segala terrorist,paling merosakkan,paling tidak berhati perut dan zalim.Kita tidak mahu mencontohi perangai dan tingkah laku orang Yahudi.Segala-galanya tentang orang Yahudi tidak perlu kita contohi sama sekali.Allah laknat orang Yahudi,maka kita wajib kutuk orang Yahudi.

3.Allah SWT didalam AlQuran sentiasa memerintahkan kita orang beriman supaya bekerja kuat secara professional dengan penuh tanggungjawap dan penuh akauntibiliti untuk mengumpulkan harta benda dan kekayaan.Dan hanya 2.5% sahaja,bukannya 90% saperti lebah,dari kakayaan ini perlu kita keluarkan sebagai zakat.Sebanyak 88 kali Allah mengingatkan kita didalam AlQuran mengenai keperluan kita manusia supaya berzakat dan bersedekah.Itu pun kurang dari 10% sahaja dari jumlah harta milik umat Islam yang sepatutnya boleh dizakatkan,yang benar-benar dikeluarkan zakat.Ini bermakna hanya 10% sahaja dari jumlah harta umat Islam yang dibersihkan.Kita benar-benar berbeza berbanding dengan lebah.

Tuesday, December 06, 2011

Think Big Dream High,Keyakinan 8,Sememangnya Benang Yang Basah Tidak Boleh Ditegakkan-Coretan 65.

Ruang untuk pihak yang ketinggalan zaman berbohong,memutarbelitkan fakta,menegakkan benang yang basah,menggoreng dan mengkelentung hampir tertutup sekarang.Teknologi maklumat terlalu canggih dan terkemaskini untuk berbuat demikian.Lambat bangat perkara sebenarnya akan terbongkar juga.

Kebanyakkan manusia khususnya yang menganggap diri mereka pandai,contohnya orang politik,terlalu gemar bercakap.Banyak fakta yang dicakapkan tidaklah semuanya betul.Tetapi mereka terus juga bercakap.Tidak henti-henti mereka bercakap.Publik yang mendengar pula sangat seronok mendengar.Mereka tidak kisah sangat soal fakta,yang penting mereka terhibur dengan cakap-cakap orang politik mengenai satu-satu isu tertentu.

Orang politik terlalu banyak kali membuat kenyataan baik dikelayak ramai,dimedia massa atau diblog-blog yang kadang-kadang membelakangi kebijaksanaan publik. Sebenarnya publik semakin sehari semakin berilmu pengetahuan.Publik tidak boleh selama-lamanya diperbodohkan.Publik tidak boleh sentiasa di insult intelligent mereka.

Negara kita telah memasukki era pembangunan yang pesat dan hampir mencapai status negara maju maka para pemimpin dan orang politik juga harus mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang terkemaskini.Setiap perkara yang kita perkatakan,persuratakan,blogkan,laporkan atau didokumenkan hendaklah yang sahih dan benar dan boleh dipertahankan.Sebarang keraguan tentang kebenaran fakta nya harus dihapuskan sama sekali.Research atau kajian rapi perlu dijadikan disiplin sebelum membuat sebarang bentuk kenyataan umum.

Realiti Dalam Kehidupan

1.Lari dari isu sebenar.Isu yang tidak releven menjadi keutamaan,isu utama tenggelam.Banyak terdapat kes-kes di mana ada sesuatu pihak membangkitkan dan membuat laporan kapada pihak berkuasa tertentu tentang sesuatu penyalahan kuasa oleh pihak yang berkuasa.Tetapi disebabkan pihak yang terbabit ada kuasa maka orang yang ikhlas ingin menegakkan kebenaran pula yang disoalsiasat oleh pihak berkuasa tertentu itu.Isu asal terkubur bagitu sahaja,isu yang berkaitan dengan pelapor pula yang dijadikan isu.

2.Pihak media massa memutarbelitkan berita sehingga orang yang bersalah menjadi tidak bersalah dan orang tidak bersalah menjadi bersalah.

3.Sengaja menjadikan diri kebal,penting atau indispensable dengan bersangkut kapada kedudukan sebagai pemimpin untuk menenggelam atau menutup kesalahan yang berbentuk peribadi.Ugutan untuk menarik sokongan dibuat kapada pihak berkuasa atau kumpulan sendiri,sekiranya kes berkaitan dengan pemimpin tersebut tidak digugur atau diketepikan.

4.Kempen diadakan secara bertubi-tubi dan besar-besaran untuk menegakkan benang yang basah.Akhirnya benang tersebut tertegak juga kerana mata publik telah dikaburkan,dikelabukan dari perkara yang sebenar-benarnya benar dengan perkara yang salah sesalah-salahnya.Perkara yang salah nampak benar dimata publik dan perkara yang benar nampak salah.Maka berkuburlah perkara yang benar tersebut.

Tips

1.Mewujudkan ‘the truth squad’.Badan-badan R&D khususnya di pusat-pusat pengajian tinggi awam harus mewujudkan satu jabatan ‘the truth squad’ yang khusus bertindak untuk verify semua maklumat-maklumat yang disampaikan kapada publik oleh mana-mana pihak.Publik dinegara hampir maju ini berhak untuk mendapat maklumat-maklumat yang sebenar-benarnya benar.Jabatan ini harus mengutamakan kebenaran mengatasi segala-gala kepentingan mana-mana pihak berkepentingan tertentu.Pertahankan status ‘the truth squad’ bukan bertukar sedikit demi sedikit menjadi ‘the false squad’ pula demi untuk mendaulatkan kebenaran dan benang yang basah tetap tidak bolej ditegakkan.

2.Berusaha yang berterusan untuk menjadikan diri kita sendiri adalah seorang yang bermaklumat dan maklumat itu adalah benar.Disiplinkan diri kita dengan membuat penyelidekan sendiri.Wujud sahaja keraguan atau ketidakpastian maka kita harus merujuk maklumat tersebut kapada sumber-sumber yang asal dan sahih.Timbul lagi kemusykilan rujuk kapada jabatan ‘the truth squad’ untuk pastikan ianya adalah benar sebenar-benarnya.Apabila setiap kita bermaklumat maka akhirnya seluruh masyarakat kita menjadi masyarakat yang bermaklumat.Masyarakat bermaklumat adalah masyarakat yang paling terdahulu terdedah kapada segala macam peluang yang menguntungkan.Masyarakat bermaklumat adalah masyarakat yang bijak dalam membuat keputusan dan pilihan,termasuk dalam pilihanraya atau pemilihan para pemimpin yang akan menjadi pemimpin-pemimpin kita.

3.Berusaha menjadikan masyarakat kita masyarakat yang sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik dari para pemimpin kita.Pemimpin bukan hamba kita,semua kita adalah hamba Allah SWT,tetapi dengan pilihan yang tepat pemimpin akan menjadi rakan kita yang peka dengan tanggungjawap mereka saperti yang di amanahkan.Mereka puas berkhidmat kapada kita dan kita puas mendapat perkhidmatan daripada mereka.Kita sebagai seorang professional yang think big dream high sudah tentu bila-bila masa sahaja bersedia untuk memilih mereka lagi dengan penuh keridhaan dimasa-masa akan datang.Sesiapa pemimpin yang ada kecenderongan untuk menegakkan benang yang basah,wajib diketepikan.Tiada siapa yang indispensable dalam memberi perkhidmatan kapada kita.Kita tidak boleh terus menerus berkompromi dengan mereka yang tidak lagi mengutamakan kesahihan dan kebenaran.