Persaingan adalah perlawanan diantara satu pihak dengan pihak lain bagi tujuan mendapat faedah sekiranya menang.Pihak-pihak yang terlibat sememangnya mengetahui dari awal lagi bahawa peluang masing-masing untuk gagal sama banyak dengan peluang untuk berjaya.Kalau saya kalah saya akan kehilangan segala-galanya dan kalau saya berjaya,saya akan mendapat segala-galanya.Ini adalah peraturan yang difahami oleh semua yang ingin bersaing.Persaingan akan bertukar sedikit demi sedikit menjadi permusuhan sengit(hypercompetitiveness) sekiranya masing-masing mengejar keseronokkan,kekayaan,kuasa,kemasyhuran dan prestij.Semua pihak yang terlibat membara ingin mencapai kemenangan tanpa mengira berapa harga atau kos nya.Kesan persaingan ini sangat dasyat dan merosakkan terhadap mana-mana pihak yang kalah.
Aspek lain persaingan adalah berlawan dengan nafsu kita sendiri.Kedua-dua aspek persaingan ini sebenarnya ada perkaitan rapat.Tahap kesengitan persaingan yang pertama dipengaruhi oleh tahap kesengitan persaingan yang kedua.Semakin hebat persaingan kita melawan nafsu maka semakin kurang kesengitan kita untuk bersaing dengan pihak lawan,tetapi sebaliknya kita akan mencuba untuk bekerjasama dengan pihak ini.Tentu sekali apabila berlaku kerjasama kerosakan yang berlaku dapat diminimakan disamping faedah yang diperolehi juga tidaklah semaksimanya.Ia lebih menuju kearah ‘win-win situation’.Untuk mencapai keadaan ini ia juga memerlukan pengorbanan dan kesabaran dari semua pihak yang sepatutnya bersaing.Ia memerlukan jihad untuk membendung dan melawan nafsu sendiri.Ia sebenarnya senang sekiranya kita bersedia untuk membuka pintu hati kita kearah penyatuan,kerjasama dan mengutamakan kejayaan bersama dan bukan hanya milik kita sahaja.
Realiti Dalam Kehidupan
Dalam kehidupan harian kita,sebagai apa sekali pun kita,baik sebagai seorang professional,seorang ahli sukan,seorang pemimpin politik,pemimpin pertubuhan,seorang ahli korporat atau usahawan,seorang penjawat awam,seorang pelajar atau waima sekali pun sebagai rakyat biasa,kita tidak sunyi dari terlibat dalam persaingan,pertandingan atau perlawanan.Apabila kita terlibat,maka matlamat utama kita ialah untuk menang.Asalkan sahaja kita boleh menang,kita tidak kisah sangat bagaimana kemenangan itu kita capai. Bersih ke,kotor ke tektik dan strategi yang kita gunakan kita tidak kisah dan ambil peduli sangat,yang penting kita misti menang.Kenapa kita sentiasa mahukan sangat kemenangan ini?Diantara faktor-faktor penariknya adalah saperti berikut;
1.Disebabkan kurangnya persaingan kita melawan nafsu sendiri,maka kita lebih rela menunjukkan kejantan kita untuk menyaingi pihak lawan.Kita sanggup berpatah arang.Kita sanggup menang jadi arang kalah jadi abu.Nafsu mengawal kita supaya kita terus menerus mengumpul harta tanpa had,terus menerus untuk berkuasa dan meramaikan isteri,anak-anak,saudara mara dan kroni.Dari sudut pandangan nafsu kita,segala ini adalah jaminan untuk kita terus dapat hidup selesa dan bahagia.
2.Kita terlalu mengutamakan kepuasan hati,melayan perasaan gembira dan seronok kita,suka dipertuankan oleh kumpulan kita,suka di bos kan oleh mereka disekeliling kita,tahap perasan dan syok sendiri yang tinggi,yang mana semua ini datang bersekali dan seiringan dengan kemenangan yang diperolehi.Kemenangan yang diperolehi melalui persaingan sengit yang kita rela untuk menghadapinya.
3.Kita terlalu merasa takut dan bimbang yang amat sangat sekiranya kita kalah dalam perlawanan kita.Kita takut dan bimbang kalau-kalau pihak lain yang menang akan menyelongkar segala bentuk kesalahan,penyalahguna kuasa,salah urus,segala kelemahan,cacat cela kita,salah laku kita,semasa kita menang dan berkuasa sebelum persaingan ini.
4.Kita terlalu obsess dan selesa dengan kemenangan demi kemenangan,maka kita tidak boleh sekali-kali menerima keadaan sekiranya kita kalah dalam persaingan.Kita dah biasa dengan orang ramai terpaksa quee sehingga enam bulan baru dapat appointment berjumpa dengan kita,kita dah biasa dijemput merasmi bermacam jenis acara oleh berbagai pihak setiap hari,kita dah biasa dengan liputan utama media massa setiap hari.Kita akan menjadi kaku,menjadi dormant sekiranya kita tidak lagi dikerumuni oleh orang ramai atau kroni setiap hari.Kita akan rasa kesunyian dan diketepikan.Kalau kita kalah,orang ramai mulai lari,kroni mulai menghindar diri dari kita.Kroni kita akan cuba menjual diri menjadi kroni kapada bos yang baru pula.Otak kita seolah-olah tidak boleh berfungsi.Mungkin kita juga akan mudah diserangi berbagai penyakit dan boleh memendekkan umur kita.Kita akan menjadi seorang yang sangat pasif dan lonely.
Tips
1.Surah Attakaatsur tersangat jejas mengingatkan semua umat manusia dan khususnya umat yang beriman supaya kita tidak keterlaluan bersaing diantara satu sama lain untuk mengejar isteri lebih,kuasa dan kekayaan.Apabila kita terlalu ingin mendapatkan kuasa dan mengumpul kekayaan secara umumnya kita menjadi lalai dan alpa terhadap tanggungjawap kita kapada Allah SWT.Semakin kuat keinginan kita untuk bersaing,semakin sengitnya persaingan,maka semakin tinggi pula kemungkinan untuk kita menjadi alpa dan lalai.Kita menjadi terlalu sibuk untuk luangkan masa kita secara bersungguh-sungguh,khusuk dan tawwadu’ bersama dengan Allah SWT.
2.Kealpaan dan kelalaian manusia ini menjustify kan Allah SWT untuk tidak memberi rahmatNya kapada kita.Tanpa rahmatNya bermakna kita tidak akan masuk kedalam syurgaNya,malahan peluang untuk kita dilemparkan oleh Allah SWT kedalam neraka jahanam adalah besar sekali.Keyakinan kita tentang azab Allah SWT semasa itu tidak memberi apa-apa makna lagi kapada kita.Apa makna keyakinan setelah kita dibakar dan ditelan semahunya oleh api neraka.
3.Sebelum terjadinya scenario sedemikian maka kita selaku seorang professional yang think big dream high sepatutnya mulai sekarang lagi yakin dengan pengertian dan pengajaran dari surah Attakaatsur ini.Mulai sekarang yakin dengan kalam Allah SWT ini.Kefahaman kita ini akan menggalakkan diri kita untuk berfikir sebanyak kali yang mungkin sebelum kita membuat sebarang keputusan muktamad untuk terlibat dalam apa jua bentuk persaingan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan mendapatkan keseronokkan,kuasa dan harta benda.Tentunya agak sukar untuk pujuk kehendak hati dan nafsu kita.Kebiasaannya kehendak hati dan nafsu kita terlalu sukar untuk didisiplin dan dikawal.Hanya dengan yakinnya kita tentang hari pembalasan diakhirat,dengan taqwanya kita sahaja,maka nafsu kita ini dapat dipelihara secara disiplin,patuh dan mendengar nasihat kita.Seorang professional yang think big dream high tidak akan sekali-kali terlibat dalam persaingan yang bersifat menang jadi arang kalah jadi abu.
No comments:
Post a Comment