Friday, February 25, 2011

Orang Yang Keliru dan Celaru-Coretan 16

Aku anak kampung.Sebagai anak kampung adalah juga sedikit sebanyak aku melakukan analisa terhadap berbagai kerenah dan gelagat orang-orang yang diriku bergaul,perhati dan berkomunikasi.Untuk coretan-coretan ku yang akan datang akan ku kongsi pandangan dengan para pembaca sekalian mengenai berbagai isu berkaitan dengan kerenah, tingkahlaku dan tindaktanduk mereka yang aku berinteraksi dan terlibat ini.Coretanku kali ini akan aku mulakan dengan tajuk ‘orang yang keliru dan celaru’.Coretanku selepas ini juga akan ku tulis dalam format yang sama dengan coretan ini,insyaAllah.

Orang yang keliru dan celaru tidak pernah mengetahui apa yang sebenarnya mereka inginkan dalam hidup.Mereka tiada impian dan halatuju yang jelas dalam menjalani kehidupan seharian.Perasaan bagini berlaku kapada semua gulungan masyarakat baik ianya sebagai pelajar,pekerja,bos,surirumah atau peniaga/usahawan.Kekeliruan menyebabkan mereka tidak berjaya.Kalau pun boleh dikatakan berjaya hanya secara sederhana sahaja.Kekeliruan bermula dari perasaan kurang yakin kapada diri kita sendiri.Ketidakyakinan kapada diri adalah penyakit yang berasal dari perasaan rendah diri,perasaan hanya kita sahaja yang pandai atau lebih, dan selalu menyalahkan diri sendiri dalam setiap tindak tanduk atau keputusan yang kita buat.Secara tidak perasan kita sentiasa mengaku kalah sebelum kita mencuba.Kita takut bersaing.Kita takut mengambil risiko. Kita takut untuk mengambil langkah pertama kita.Kita hanya menjadi pak turut.Apabila kita keliru dan celaru, kita pun tidak mengetahui dengan jelas bagaimana kita hendak ambil dan mulakan langkah pertama kita.


Realiti Dalam Kehidupan

Isu ini sebenarnya wujud dalam kehidupan kita seharian.Sebagai contoh,seorang pelajar mula keliru dan celaru bila beliau tidak dapat mengawal diri dan jelas apa prioriti beliau sebagai pelajar.Beliau mencampurkan soal cinta dan cita-cita.Akhirnya beliau gagal kedua-keduanya sekali dan berakhir dengan kehidupan yang penuh dukacita.Sebagai seorang pekerja di pejabat pula,kadang-kadang kita menyumbang dan turut terbabit dalam menghabis masa kita dengan berbagai meeting yang bersifat round about, berpusing-pusing tiada kesudahan.Mesyuarat banyak menghabiskan masa,resourses dan wang kerajaan atau syarikat.Kebanyakan mesyuarat menyediakan berbagai kemudahan termasuk makanan yang kadang-kadang tidak pun disentuh oleh mereka yang hadir mesyuarat.Kebanyakan mesyuarat juga mengambil masa yang terlalu lama semata-mata untuk berbahas isu yang remeh temeh.Ini berlaku kerana segala-galanya tidak jelas dan tiada fokus.Pada hal sesuatu mesyuarat itu boleh dihabiskan dalam masa 30 minit sahaja dengan hidangan sebotol air mineral,sekiranya ada peserta yang tidak minum,minuman itu dapat disimpan untuk meeting yang lain kerana ianya tidak rosak.Tetapi kerana sebahagian besar peserta adalah keliru maka mesyuarat tersebut hanya selesai setelah 3 jam berlalu.Maka breakfast perlu disediakan, lunch juga perlu disediakan.Ada pula teh tarik and dessert.Makan,makan,makan, menyebabkan kita orang Melayu pun lebih 70% jadi obese.Bila obese kita mudah letih lesu, lambat bertindak dan produktiviti menurun.Dah meeting lama sangat,semua peserta exhausted dan keletihan tidak dapat fokus lagi kapada kerja untuk baki masa kerjanya dihari tersebut. Semua ini berlaku kerana kita keliru dan fikiran kita bercelaru.

Tips

Setiap orang adalah sama.Yang membezakan kita dengan yang lain adalah tahap keyakinan kita.Kita yakin sekiranya kita cukup bersedia dengan berbagai ilmu pengetahuan.Ilmu pengetahuan perlu sentiasa kita cari baik yang berkaitan dengan pelajaran kita,pekerjaan kita,kehidupan sosial kita, agama kita Islam atau berkaitan dengan perniagaan kita.Kita perlu menimba ilmu dengan cara membaca blog,buku,kitab tafsir AlQuran,kitab tafsir AlHadith,berkursus,berseminar,discourse,perbincangan atau mendengar syarahan atau ceramah atau apa sahaja bentuk intelektual interaksi dengan sesiapa sahaja.Ilmu akan menjadikan kita tidak bodoh sombong,akan menjadikan kita sentiasa bersedia,yakin dan berani secara positif pada setiap waktu dan ketika.

Kita perlu mengubah sikap secara sedar bahawa kita juga seorang yang bijak dan boleh berjaya.Kita tiada apa-apa kekurangan berbanding dengan orang lain.Apa yang orang lain berjaya lakukan,kita juga boleh lakukan dengan lebih baik lagi.Kita perlu sentiasa dalam keadaan bersedia dalam menghadapi apa jua isu di hadapan kita.Ini akan memantapkan keyakinan kita dalam menghadapi isu tersebut untuk kita tangani.Ini akan menghapus segala bentuk kekeliruan dan kecelaruan kita,insyaAllah.

No comments:

Post a Comment