Monday, March 12, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 20,Strong Heart 8,Honesty Is The Best Policy-Coretan 77.

Kejujuran adalah puncak kemurniaan hati sesaorang.It is always better for a professional who think big dream high and has a strong heart to be honest as a way of his life.Kejujuran bukan di ukur dari kata-kata tetapi dari perbuatan harian sesaorang itu.Cara hidup harian kita adalah cermin yang sangat jelas menggambarkan samada kita sebenarnya seorang yang jujur atau pun tidak.

Kita ada pegangan agama.Kita ada syariat agama islam kita yang sentiasa menjadi pedoman kita.Maka kayu pengukur umum terhadap kejujuran sesaorang ialah amalan syariat hariannya.Sekiranya telah menjadi norm bagi beliau melanggar syariat,telah menjadi norm bagi beliau melakukan dengan sengaja perkara yang bertentangan dengan syariat dan telah menjadi norm bagi beliau tidak menasihati atau mencegah orang lain dipersekitarannya yang melanggar syariat,maka sudah tentu beliau adalah seorang yang tidak lagi mempunyai kejujuran dalam hidupnya.Kejujurannya adalah terlalu sangat diragui.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Syukur Alhamdullillah masyarakat islam di Negara kita sekarang ini telah banyak membina kejayaan,telah banyak mencipta kekayaan.

2.Syukur Alhamdullillah masyarakat islam di Negara kita sekarang ini telah banyak memilikki hartanah sapaerti rumah atau condo atau rumah kedai bukan sahaja dinegara ini malahan di luar Negara juga saperti diAfrika Selatan,Mekkah,Dubai,Alexandaria,
Indonesia,London,Australia,Canada,Singapore,Kazastan,Hong Kong dan sebagainya.

3.Syukur Alhamdullillah masyarakat islam di Negara kita sekarang ini telah banyak memilikki gedung perniagaan,kilang atau supermarket atau berbagai syarikat perniagaan,simpanan atau pelaburan diserata bandaraya utama dunia.

4.Syukur Alhamdullillah masyarakat islam di Negara kita sekarang ini telah banyak memilikki kereta-kereta mewah saperti Merz,BMW,Porche,Ferrarri,malahan jet peribadi atau boat mewah.

5.Tetapi persoalan nya,secara jujur,adakah semua bentuk kekayaan diatas kita perolehi dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariat islam?Secara yang tiada unsur-unsur penyalahankuasa?Secara yang tiada dipengaruhi oleh kedudukan dan pengaruh kita?Secara yang tidak seolah-olah saperti kita merompak hak rakyat jelata selaku pembayar cukai?Secara yang tiada berkaitan samada kita sebagai suami,isteri,anak atau manantu kapada orang yang berkuasa?Atau secara yang telus dari hasil usaha dan kudrat,titik peluh kita sendiri?Atau secara yang penuh akauntabiliti dan kebertanggungjawapan kerana kebijaksanaan dan gigihnya usaha kita semata-mata?

Tips

1.Katakanlah segala kekayaan tersebut kita perolehi semasa umur kita telah lanjut sekitar 50han,maka adalah wajar bagi kita bersemuka dengan mana-mana ustaz kita untuk mendapat nasihat beliau tentang peluang kekayaan yang kita baru perolehi itu adakah tidak melanggar syariat islam dan kita mendapat line clear untuk kita ke syurga apabila kita sekitar 30 tahun lagi akan kembali kealam barzah?

2.Katakanlah segala kekayaan tersebut kita perolehi semasa umur kita masih muda remaja sekitar pertengahan 20han,maka wajar bagi kita bersemuka dengan guru quran kita untuk mendapat nasihat beliau tentang peluang kekayaan yang kita baru perolehi itu adakah tidak melanggar syariat islam dan kita mendapat line clear untuk kita ke syurga apabila kita sekitar 50 tahun lagi akan kembali kealam barzah?

3.Keimanan dan ketaqwaan adalah jawapan kapada semua persoalan-persoalan diatas.Dengan keimanan dan ketaqwaan seorang dewasa berumur 50han tidak akan ragu-ragu untuk consult seorang ustaz bagi mendapat nasihat mengenai peluang yang beliau baru perolehi itu samada selari dengan syariat atau pun tidak.Dengan keimanana dan ketaqwaan seorang remaja berumur pertengahan 20han atas kesedaran sendiri akan consult guru qurannya bagi mendapat nasihat mengenai peluang yang beliau baru perolehi itu samaada selari dengan syariat atau pun tidak.

4.Sebenarnya tiada apa-apa kesalahan untuk sesiapa sahaja,pada peringkat umur mana sekali pun untuk memperolehi kejayaan dan kekayaan.Kejujuran kita yang menjadi neraca samaada kita memperolehi semua kejayaan dan kekayaan tersebut secara yang telus dari segi syariat atau pun tidak.Tidak perlu pun kita consult sesiapa,kerana ustaz atau guru quran kita telah berkali-kali mengingatkan kita bahawa apabila kita jujur,kejujuran tersebut akan menjadi benting kapada kita dari terlibat dengan perkara yang tidak sehaluan dengan syariat.Honesty is the best policy adalah falsafah yang sepatutnya menjadi pegangan kita sebagai seorang yang think big dream high dan memilikki strong heart.

No comments:

Post a Comment