Monday, May 09, 2011

Seorang Yang Mudah Terpengaruh dan Tertipu Dengan Maklumat -Coretan 37

‘Hai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasid membawa suatu berita maka selidekilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan’ Ayat 6, Surah Al-Hujarat.

Ayat ini diturunkan semasa Nabi Muhammad SAW memerintahkan tentera Islam memerangi kaum Mustaliq yang mengikut Al Walid bin Uqbah berkumpul untuk membunuh beliau.Nabi SAW tanpa pereksa dan selidek mempercayai 100% terhadap apa yang dilaporkan oleh Al Walid terus memberi arahan supaya kaum ini diperangi.Tetapi Allah SWT Maha Mengetahui bahawa laporan itu tidak benar terus menurunkan ayat diatas.Perkara sebenar dalam peristiwa ini ialah kaum Mustaliq berkumpul untuk menyambut kedatangan Al Walid sebagai wakil Nabi SAW untuk memungut zakat.Tetapi tanpa pereksa Al Walid menyangka bahawa kaum tersebut ingin membunuh beliau,lalu terus beliau melaporkan perkara ini kapada Nabi SAW.

Lainnya Nabi kita SAW berbanding dengan kita sekarang ialah,Nabi SAW setelah membuat keputusan yang salah kerana maklumat yang tidak tepat,terus di tegur oleh Allah SWT.Tetapi ini bukan nya bermakna kita perlu dan boleh membuat keputusan yang salah kerana maklumat tidak betul yang kita perolehi.Allah melalui ayat diatas telah mengarahkan dan memberi kita panduan yang cukup jelas supaya kita terlebih dahulu melakukan penyelidekan rapi tentang kebenaran sesuatu maklumat yang kita terima sebelum kita cepat membuat sesuatu keputusan.Lebih-lebih lagi sekiranya keputusan tersebut melibatkan kepentingan ramai.

Realiti Dalam Kehidupan


Dalam keadaan dan kes-kes tertentu kita terlalu mudah melatah dan terlalu cepat membuat keputusan.Sebenarnya ini adalah sesuatu yang baik untuk menjadi amalan kita kerana kita seorang yang decisive.Tetapi ketidaktepatan maklumat boleh menjadikan kita tertipu sehingga menyebabkan kita juga tersalah membuat keputusan.

Sebagai seorang pelajar kita terlalu excited bila diterima memasukki pusat pengajian tinggi setelah kita lulus dengan cemerlang di peringkat SPM atau STPM atau Metrikulasi.Kita sememangnya layak untuk excited.Tetapi banyak kali para pelajar salah membuat keputusan bidang atau major apa yang beliau perlu buat pilihan.Terpengaruh dengan kawan-kawan mungkin kita membuat keputusan untuk mengambil sesuatu major tertentu.Maklumat yang kawan-kawan kita bagitahu kita major inilah senang lulus.Maka kita buat keputusan untuk mengambil major tersebut yang kawan kita cadangkan bersama dengan berbagai alasan yang kita boleh menerimanya.Kita lulus dan menjadi seorang graduan.Tetapi malangnya setelah satu tahun jadi graduan pun kita masih gagal untuk mendapat satu kerjaya yang setabil.Kita terpaksa menjalani hidup kita dengan bekerja walaupun pekerjaan pekeranian dengan gaji rm 1,200 sahaja sebulan.Itu sahaja kerja yang ada untuk kita,prospeknya tidak jelas untuk masa depan kita,lebih-lebih lagi sekiranya kita merancang untuk berumah tangga.Sebab utama kerana pilihan major kita dahulu salah.

Seorang bos dengan maklumat dari para pembodek dan pengampu telah meng cold storaged kan seorang kakitangannya.Kakitangan ini kecewa dan mula bercakap memburukkan bos dan rakan-rakan yang memberi maklumat yang salah kapada bosnya tersebut.Persekitaran pekerjaan di pejabat menggalakkan budaya gossip.Moral,kecekapan dan produktiviti pekerja terjejas dan menurun.Organisasi keseluruhan menjadi tempat yang paling akhir untuk menjadi pilihan para kakitangan untuk bekerja.

Seorang usahawan melabur beratus ribu ringgit dalam satu projek yang mengikut rakan kongsinya sangat menguntungkan.Tiga bulan dah pulang modal kata rakannya.Bulan-bulan seterusnya untung kita,kita boleh jadi jutawan!Beliau percaya,lalu keluarkan segala simpanannya di ASB dan di Tabung Haji.Selepas tiga bulan beliau hilang semua modalnya.Rakan kongsinya juga telah dua bulan tidak dapat dihubungi.Nombor handphone nya juga telah tiada dalam perkhidmatan.

Dalam sektor korporat pun kesalahan membuat keputusan menyebabkan sesebuah syarikat atau konglomerat bertaraf MNC boleh rugi berbillion ringgit.Feasibility study yang dibuat lebih tercondong kapada mengikut selera dan cita rasa CEO atau MD dari keadaan sebenar.Data dan maklumat mungkin sama tetapi cara penganalisaan,manipulasi,interpretasi dan persembahan terhadap data dan maklumat tersebut mungkin berbeza dari seorang analis kapada analis yang lain.Analis yang menjadi favourite CEO akan membuat recommendation mengikut bacaan beliau terhadap apa kehendak bosnya.Penganalisaan,conclusion dan recommendation nya tidak lagi independent dan transparent.Ada sesuatu maklumat tidak di highlight kan malah mungkin di sembunyikan.Maka keputusan Lembaga Pengarah terpengaruh dengan alasan-alasan yang boleh di terima akal,munasabah dan logik yang disampaikan oleh CEO.Setelah projek tersebut berjalan selama tiga tahun,kerugian terkumpulnya telah mencecah 1 billion.Audit luar bertaraf big 4,setelah di lantik oleh Jawatankuasa Audit, masuk dan forensic investigation dijalankan.Mereka mendapati,maklumat yang disampaikan kapada BOD tidak tepat,misrepresentation dan di manipulasikan oleh analis kesayangan CEO.Analis tersebut dibuang kerja tetapi CEO terselamat.Analis tersebut diambil kerja semula oleh CEO tersebut bekerja dengan syarikat milik nomineenya dalam sektor yang sama.Walaupun ada unsur-unsur complict of interest,tetapi tak ada bukti.Walaupun rompakan yang dilakukan di siang hari tetapi oleh kerana bukti yang jelas tidak dapat di establish kan,maka CEO terselamat.

Itu hanya sekadar beberapa contoh bagaimana keputusan yang salah di buat berdasarkan data dan maklumat yang tidak tepat atau yang salah di manipulasi dan interpretasikan.Senario yang sama juga sering berlaku dalam bidang-bidang lain saperti dalam politik,kehidupan harian saperti memilih jodoh,melancong atau membeli rumah,dan lain-lainnya.Kesalahan membuat keputusan dalam politik boleh memecahbelahkan bangsa.Kesalahan membuat keputusan dalam memilih jodoh boleh memecahbelahkan rumahtangga.

Tips

Keputusan terbaik ialah keputusan yang dihormati dan yang bermanafaat kapada stakeholders.Keputusan sedemikian boleh dibuat sekiranya keputusan tersebut telah mengambil kira penyelidekan yang mendalam,telus,benar dan menyeluruh terhadap segala data dan maklumat yang kita perolehi.Semakin bebas,benar dan telus cara kita membuat analisa,interpretasi dan recommendation semakin tepat dan adil kita membuat keputusan.Ayat Al Quran diatas adalah petunjuk yang jelas petapa pentingnya kita perlu amanah,telus dan bertanggungjawap dalam kepimpinan dan pengurusan kita.Pengurusan Barat mencipta konsep accountability,responsibility,transparency dan corporate covernance,tetapi Islam melalui Al Quran dan Hadith telah meletakkan panduan yang jelas dan lebih komprehensif dengan hanya satu perkataan sahaja iaitu AMANAH. Amanah adalah benchmark dan KPI nombor wahid bagi kita orang Islam.Melalui sifat amanah ini kita menjadi seorang yang dapat memikul tanggungjawap kita dengan sempurna dan diberkati.Keputusan kita juga menjadi lebih tepat,adil dan diridhai.Keputusan yang begini yang menyaman,menyeronokkan dan yang memberi makna dalam kehidupan kita.Keputusan yang tidak sekali-kali sentiasa mengejarkan bayang-bayang guilthy consciousness kita.Kita nampak hebat dan gah tetapi hakikatnya kita berserabut setiap masa.Hanya hati kecil kita yang tahu siapa kita yang sebenarnya!Kita boleh tipu dunia,tetapi kita tidak boleh menipu diri kita sendiri.Diri kita selama-lamanya akan menghantui diri kita.Diri kita yang paling mengetahui samada kita bersalah atau kita benar.

No comments:

Post a Comment