Monday, September 26, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Yang Kelima Belas,Jadi lah Seorang Yang Amanah Seamanah-Amanahnya-Coretan 55

Amanah adalah satu sifat yang dimilikki oleh sesaorang yang boleh dipercayai,yang bertanggungjawap,yang ikhlas dan yang jujur sejujur-jujurnya.Apabila kita percayakan seorang jiran untuk menjaga rumah kita semasa kita balik beraya di kampung,beliau menjaganya saperti menjaga rumahnya sendiri.Apabila kita meminta beliau memberi makan kapada kucing dan ikan peliharaan kita,beliau menunaikan tanggungjawap beliau dengan sempurna sehingga kucing kita segar bugar dan tiada ikan dalam kolam kita yang mati.Apabila kita nak bagi sedikit duit upah kapada beliau,beliau menolaknya.Beliau menolong diatas keikhlasan beliau.Malahan diatas kejujuran dan keluhuran hatinya beliau juga bukan setakat menjaga rumah kita tetapi telah membersih rapi kawasan persekitaran rumah kita. Ini lah gambaran seorang yang bersifat amanah.Kita percaya yang jiran kita ini tidak akan mengkhianti,menipu atau mencuri barang-barang dirumah kita.

Jiran kita ini tidak pernah berbangga diri dengan sifat amanah dan kemulian hatinya ini.Kita berkeyakinan beliau selesa dengan sifat-sifat amanah yang beliau milikki ini.Sifat ini sebenarnya telah sebati dengan diri beliau.Beliau tidak perlu mendabik dada mengatakan beliau adalah seorang yang amanah.Beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi kapada diri beliau sendiri.Beliau tidak akan mengkhianati diri beliau sendiri,lebih-lebih lagi diri orang lain.Masyarakat dapat membuat penilaian dan tanggapan bahawa sebenarnya beliau adalah seorang yang benar-benar amanah.

Realiti Dalam Kehidupan


Dari serendah-rendah pangkat seorang jaga akan tidor apabila penyelia beliau tidak melakukan rondaan pemeriksaan,walaupun tugas beliau adalah untuk menjaga keselamatan tempat beliau bertugas.Sehingga lah ke setinggi-tinggi pangkat seorang ketua negara,dimana apabila beliau dijatuhkan,pihak berkuasa selepas itu mendapati beliau telah mengumpulkan berbillion USD asset peribadi dan keluarganya di seluruh dunia khususnya di Eropah.Aset-aset ini tentunya dikumpul secara yang tidak telus dan penuh dengan keraguan tentang halal haram sumbernya.Gaji rasmi beliau sepanjang tempoh beliau menjadi ketua negara tidak memungkinkan beliau mampu mengumpul asset sejumlah itu.Tanggungjawap utama beliau selaku ketua negara adalah untuk menjaga keselamatan negaranya,kesejahteraan hidup rakyatnya dan membangun ekonomi negaranya,bukan untuk mengumpul asset-aset peribadi dan keluarga beliau.Beliau telah mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat negara tersebut kapada nya.

Tips

Kita selaku seorang professional yang berada di kedudukan diantara kedua-dua contoh ekstrim diatas juga sebenarnya mempunyai banyak peluang-peluang untuk melakukan perkara-perkara yang tidak amanah bagi mendapat kesenangan dan kemewahan hidup di dunia ini.

Seorang professional yang think big dream high yang cintakan agama,negara dan bangsanya tidak akan sekali-kali mengorbankan kehidupan akhirat beliau dengan terlibat melakukan perkara-perkara saperti contoh-contoh diatas.Hanya kesedaran,keimanan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan menjadi benteng kerohanian diri kita.Benteng ini akan menghalang diri kita dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak amanah ini.Cara kita bekerja,cara kita berfikir dan cara kita membuat keputusan akan menentukan kemurnian niat kita.Akan menentukan pilihan dan hala tuju kehidupan kita.Tentunya kita bebas memilih diantara kehidupan yang mewah sekarang atau kehidupan yang mewah didunia selepas dunia ini.

Sekiranya kita ketepi dan robohkan segala benteng kerohanian kita tetapi sebaliknya kita utamakan nafsu kita,nafsu anak-anak kita dan nafsu isteri-isteri kita,maka sudah tentu kita juga tergulung dalam gulungan saperti jaga dan ketua negara diatas.Kalau jalan ini yang kita pilih tentu sekali diakhirat kelak kita akan terlalu banyak berdepan dengan soalan-soalan cepumas yang Allah SWT akan tanyakan kapada kita.Tentunya terlalu sukar pula kita boleh memverifikasi dan menjustifikasikan setiap butiran aset-aset kita yang boleh meyakinkan Allah SWT.Yang pasti kita akan sukar memberi jawapan yang betul dan telus selari dengan rekod yang berada dalam simpanan Allah SWT.Kita tidak mungkin boleh membuat penyelarasan yang seimbang diantara akaun kita dengan akaun Allah SWT.Yang pasti kita sudah tentu akan failed dalam pemereksaan Allah SWT ini.

Akibatnya apa?Akibatnya sudah pasti kita akan mengalami kehidupan yang penuh dengan penyesalan dan kekecewaan.Penuh dengan segala macam seksaan dari Allah SWT.Seksaan yang sangat-sangat pedih saperti mana yang terlalu banyak kali Allah peringatkan kita.Terlalu banyak amaran-amaran melalui boleh dikatakan kebanyakkan surah dalam kitab suci Alquran.Tidak jemu-jemu Allah SWT mengingat dan memberi amaran kapada kita supaya kita semasa di dunia ini lagi,perlu bersedia untuk mengelakkan segala ancaman dan seksaan-seksaan yang sangat dahsyat ini.

1 comment:

  1. Orang yang bijaksana akan menguruskan urusannya dengan Qanaah (Bersifat mulia), urusan akhiratnya dengan bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh...

    ReplyDelete