Monday, September 19, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Keempat Belas,Kepentingan Diri,Kepentingan Awam Dan Kepentingan Allah SWT-Coretan 54

Kepentingan bermaksud faedah atau kebaikkan yang diperolehi oleh sesuatu pihak saperti untuk diri kita sendiri,kumpulan kita,organisasi kita atau untuk awam.Sebenarnya Allah tidak memerlukan dan mengharapkan faedah atau kebaikkan dari maklokNya,segala perkara yang baik yang kita lakukan,faedah dan kepentingannya kembali kapada kita sendiri.

Setiap pihak berhak,perlu menjaga dan perlu mempertahankan kepentingan masing-masing.Tiada siapa boleh persoalkan hak ini.Semua kita berusaha keras untuk melakukan yang terbaik bagi memperolehi faedah dan kebaikkan untuk diri kita atau kumplan kita.Kita bekerja,kita berniaga dan sebagainya untuk mencari rezeki.Segala usaha kita ini merupakan usaha yang murni dan diridhai oleh Allah SWT.

Yang menjadi isu ialah apabila berlaku pertembungan kepentingan,misalnya diantara kepentingan peribadi dengan kepentingan awam,maka sewajibnya lah kepentingan awam mesti di utamakan berbanding dengan kepentingan peribadi.Pertembungan kepentingan berlaku apabila sesaorang penjawat awam contohnya, menggunakan kedudukan beliau secara yang tidak mengikut peraturan jabatan atau secara yang tidak sah dari segi undang-undang untuk mendapat faedah atau kebaikkan bagi diri sendiri yang mengakibatkan hak awam diketepi atau mengalami kerugian setelah terpaksa membayar lebih dari harga yang sepatutnya.Harga terpaksa di mark up untuk membuat bayaran kapada pihak penjawat awam atau nominee-nominee beliau.

Sempadan diantara kepentingan diri dengan kepentingan Allah SWT jelas iaitu buat perkara yang disuruh dan tinggal perkara yang ditegah.Sempadan diantara kepentingan diri dengan kepentingan awam juga jelas iaitu utama dan dahulukan sesuatu faedah atau kebaikkan itu kapada hak awam berbanding untuk faedah diri.Sempadan diantara kepentingan awam dengan kepentingan Allah SWT juga jelas iaitu sesuatu perkara yang dilaksanakan untuk awam hendaklah sesuatu yang tidak melanggar syariat Allah SWT.

Realiti Dalam Kehidupan

‘You will get a part if it’ atau ‘i know how to play my role’ atau ‘just leave it to me,i will look after your family walfare’atau seumpama dengan ini adalah di antara bentuk percakapan yang menjurus kapada adanya elemen pertembungan kepentingan diantara orang yang meluluskan projek dengan kontraktor yang ingin mendapatkan projek.Ia merupakan janji-janji atau kata-kata pelincir untuk mendapat sesuatu projek oleh kontraktor tertentu dari jabatan kerajaan tertentu, tanpa di tender secara terbuka.

Pertembungan kepentingan ini berlaku diantara orang yang terlibat meluluskan projek atau orang yang boleh mempengaruhi keputusan meluluskan projek,dengan kontraktor yang telah dikenalpasti terlebih dahulu untuk ditawarkan projek- projek tertentu.Projek-projek ini biasanya bernilai beratus juta atau berbillion.Ada unsur rasuah dalam kes ini.Orang yang boleh mempengaruhi keputusan untuk meluluskan projek mungkin terdiri dari anak,menantu,suami atau isteri,saudara mara,kawan rapat,kroni,nominee-nominee,protege,atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan pihak yang meluluskan projek.Terdapat juga kes-kes dimana pihak nominee ini mempunyai berbagai akaun bank dalam atau di luar negara bagi pihak isteri,anak,menantu atau kroni orang yang boleh membuat keputusan.

Pertembungan kepentingan juga berlaku dalam parti politik.Ia berlaku semata-mata kerana kejahilan tentang hukum dan hak Allah SWT.Kerenah,tingkahlaku dan kenyataan setengah ahli politik banyak kita dapati bertentangan dengan syariat Islam,memperlekehkan hukum Islam dan tidak menghormati ajaran dari hadith nabi SAW dan Alquran.Perkara ini berlaku kerana setengah ahli politik terlalu gairah membuat kenyataan yang mereka anggap boleh memberi faedah kapada diri mereka atau kumpulan mereka sendiri tanpa mengutamakan kepentingan Allah SWT.

Tips

Seorang professional yang sentiasa think big dream high setiap masa dan ketika harus mengelak sama sekali dari terlibat dalam urusniaga atau aktiviti yang ada unsur-unsur pertembungan kepentingan.Pertembungan kepentingan dapat di elakkan dengan mengambil pendekatan-pendekatan saperti dalam contoh berikut;

1.Dari awal lagi tidak terlibat dalam apa-apa urusniaga yang secara mudah dapat di kesan ada kemungkinan berlaku pertembungan kepentingan.Contoh,tidak menerima pelawaan untuk temujanji diluar pejabat dengan mana-mana pihak yang ada berurusan perniagaan dengan organisasi kita.Atau sekira perjumpaan itu adalah penting,maka sebaiknya ada pihak ketiga.

2.Melakukan peristiharan kedudukan harta secara tahunan untuk semua penjawat yang berkedudukan utama dan strategik dalam sesuatu jabatan atau organisasi.Contoh pengarah urusan,ketua setiausaha kementerian,pengurus belian dan sebagainya,atau kalau mungkin untuk semua kakitangan.

3.Sesiapa yang merasakan wujud pertembungan kepentingan wajib mengeluarkan diri sendiri dari terlibat dalam membuat sesuatu keputusan yang boleh memberi faedah kapada pihak-pihak yang ada perkaitan atau pertalian saudara dengan beliau.Contoh kita terlibat dalam membuat keputusan bagi memilih syarikat yang akan menjadi pembekal kapada organisasi kita,dimana salah satu syarikat ini adalah kepunyaan adek ipar kita atau sepupu kita.

4.Meminta penilaian pihak ketiga yang mahir dalam satu-satu bidang supaya membuat penilaian bebas dan mencadangkan syarikat mana yang benar-benar berkemampuan melaksana dan menyiapkan sesuatu projek yang ingin dibangunkan.Keputusan yang dibuat adalah dengan mengambilkira dan memberi pertimbangan utama kapada penilaian pihak ketiga ini,bukan atas sebab-sebab lain yang boleh disyakki ada pertembungan kepentingan.

5.Mengadakan kod etika yang menjelaskan secara terperinci apa-apa perkara yang boleh dan apa-apa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh setiap penjawat dalam satu-satu organisasi meliputi aspek-aspek pengurusan,agama,pergaulan,kebajikan,kewangan, kaedah sesuatu urusniaga atau aktiviti dilaksanakan termasuk berkaitan dengan faedah dan hukuman.

6.Menolak atau tidak membiarkan diri kita dilantik sebagai samada ahli lembaga pengarah,penjawat atau penasihat yang menerima gaji,kemudahan saperti kereta atau alaun-alaun lain yang lumayan dari mana-mana syarikat yang sebelum ini kita terlibat meluluskan projek atau pelaburan yang besar kapada syarikat tersebut.Contohnya,kita meluluskan pembelian satu bangunan milik syarikat A bernilai katakan RM500 juta,oleh satu agensi yang satu masa kita bertanggungjawap keatasnya dan sekarang selepas kita bersara atau berhenti dari jawatan kita dengan kerajaan,kita terus dilantik selaku pengarah eksekutif dalam syarikat A ini.

7.Mengadakan satu sistem amaran awal,sistem pengawasan dan kaunseling segera, dan penanda aras tentang kedudukan social,cara hidup dan gelagat setiap penjawat dalam sesuatu organisasi.Sistem ini perlu dimaklum secara bertulis sebaik sahaja sesaorang kakitangan itu mula bertugas.Contohnya sekiranya didalam pengetahuan umum seorang kakitangan telah menukar sebuah kereta baru yang agak terkeluar dari kemampuan dan gaji beliau.Ketua jabatan berhak mendapat penjelasan terperinci dari penjawat ini mengenai bagaimana beliau berkemampuan membeli kereta tersebut.

8.Mendalami ilmu agama agar dapat mengawal dan menghilangkan nafsu yang terlalu ghairah terhadap harta benda,perempuan dan wang ringgit.Apabila wujud sahaja peluang untuk menyalahgunakan kuasa,maka semasa itu kita perlu beristighifar,berzikir dan berdoa banyak-banyak supaya Allah SWT menjauhkan diri kita dari terlibat dengan sebarang bentuk rasuah.

9.Mendapat nasihat pakar yang mahir dalam bidang agama sebelum sesaorang ahli politik membuat sesuatu polisi,program atau kenyataan umum yang mungkin ianya ada elemen-elemen yang bertentangan dengan ajaran agama kita Islam.

No comments:

Post a Comment