Sesiapa yang memilikki kekuatan sejati dalam segala aspek,kebiasaannya akan menjadi juara.Andaian ini benar untuk semua jenis permainan.Nama-nama besar dalam berbagai sukan saperti Tiger Woods dalam golf,Roger Federer dalam tennis,Messi dalam bola sepak,Dato Nicole dalam squash adalah merupakan juara-juara dunia dalam bidang masing-masing. Semua mereka bermain digelanggang yang sama dengan pencabar-pencabar mereka.Tiada keistimewaan atau apa-apa advantages yang khusus untuk para juara ini berbanding dengan pencabar-pencabar mereka.Mereka berjaya semata-mata kerana kemahiran dan kebijaksanaan masing-masing berbanding dengan para pencabar mereka yang lain.Permainan adalah adil.Misalnya dalam permainan tennis,sekiranya pencabar Roger Federer merasa pengadil tidak adil,melalui teknologi canggih pencabar boleh challenge keputusan pengadil,sekiranya terbukti pengadil tersalah membuat keputusan,maka keputusan akan di reverse kan dengan memberi kemenangan kapada pencabar beliau.
Environment yang adil begini tidak pernah wujud dalam permainan politik.Dalam banyak kes orang atau pihak yang berkuasa sentiasa membuli pihak yang lemah demi untuk mengekalkan kuasa.Terkecuali sekiranya pihak yang berkuasa itu terlalu banyak membuat kesilapan sehingga semua rakyat sangat membencikan tindaktanduk mereka,maka akan sampai juga masa yang rakyat akan menjatuhkan mereka.Umumnya berbagai penipuan dibuat untuk mereka terus kekal berkuasa.
Environment yang tidak adil begini pun wujud dalam agama-politik.Islam dan orang yang beriman pada kacamata orang yang tidak beriman adalah segala-galanya tidak baik dan harus dipinggirkan,harus tidak diutamakan.Berbagai lebel negetif diletak pada Islam dan orang yang beriman.Ekstremis,pengganas,puak pelampau,puak memecah belah perpaduan dan lain-lain cap yang semuanya terlalu tidak baik untuk didengar.
Tetapi alhamdullillah orang-orang yang beriman walaupun tidak mempunyai kuasa,dipinggir dan tidak diutamakan,kita tetap dengan keyakinan kita,kita tetap dengan tawakkal kita.Kita ada Allah SWT.Kita ada Rasul SAW.Kita ada AlQuran dan kita ada AlHadith.Ini sebenarnya sudah cukup untuk kita orang-orang yang beriman yang think big drean high,untuk terus menunaikan amanah dan tanggungjawap kita sebagai khalifah dibumi Allah ini.
Realiti Dalam Kehidupan
1.Orang yang tidak beriman bila-bila masa sahaja boleh memporakperandakan Negara umat Islam.Buat sahaja alasan yang Negara ini mempunyai senjata mass destruction,maka pakar-pakar mereka akan mengadakan berbagai bukti yang menjustifiedkan Negara ini untuk diserang dan dibom segila-gilanya.Maka ramai lah manusia yang tidak berdosa dikalangan umat Islam mati dibom.Umat ini tidak mampu mempertahankan diri mereka kerana mereka sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kekuatan khususnya dari segi senjata untuk melawan kerakusan kuasa-kuasa besar yang tidak beriman ini.Padang permainan adalah tidak samarata.
2.Orang yang tidak beriman bila-bila masa sahaja boleh merudum dan menganggu kestabilan ekonomi Negara umat Islam sesuka hati mereka.Mereka sememangnya tamak.Mereka akan mencipta berbagai financial instruments dan stretegi kewangan untuk mengaut keuntungan yang sebanyak mungkin tanpa had.Hedge funds,money markets,laundered money,black money,stock markets,bond markets,mengawal kuantiti stockpile komoditi utama,menurun atau menaikkan harga komoditi utama saperti minyak dan sebagainya akan di guna dan dimanipulasikan secukupnya untuk kepentingan dan memenuhi nafsu tamak mereka yang tidak terbatas.Sekali lagi padang permainan adalah tidak samarata.
Tips
1.Semasa perang Badar, Nabi SAW walaupun hanya dengan 300 orang sahabat sahaja dapat mengalahkan 1000 tentera orang yang tidak beriman.Tidak saperti di Iraq atau di Libya tempat peperangan tersebut adalah pada padang yang samarata.Punca peperangan yang berlaku di Iraq dan di Libya pun sebenarnya angkara segelintir umat Islam sendiri khususnya para pemimpin mereka yang tidak beriman dan membelakangi Allah SWT dan Rasul SAW dalam cara hidup harian mereka.Yakin lah Allah sentiasa bersama orang-orang yang beriman.
2.Bentengi diri kita orang beriman dengan sistem ekonomi-sosial-politik(ESP) Islam.Allah SWT telah membentangkan kapada kita asas yang kukuh dan lengkap mengenai sistem ESP ini didalam AlQuran.Rasul kita Muhammad SAW telah perjelas dan perincikan sistem ESP ini dalam AlHadith.Sekiranya kita merupakan umat Islam yang beriman kita sudah tentu mengamalkan ESP ini sebagai cara hidup kita.InsyaAllah segala instruments kewangan ciptaan orang yang tidak beriman tidak akan dapat merudum dan mengganggu kestabilan kedudukan ekonomi kita.Kekuatan kewangan dan akidah kita tidak akan terjejas.
3.Kita hendaklah yakin bahawa dengan pertolongan Allah SWT umat Islam mampu mempertahankan diri kita dari berbagai senjata canggih termasuk senjata nuklear sekali pun.Tetapi dunia sentiasa menyaksikan sejak dari dahulu hingga sekarang,bagaimana Allah hancurkan orang-orang yang tidak beriman sebenarnya lebih dasyat lagi kesannya berbanding dengan kesan dari senjata modern dan bom nuclear.Contoh-contoh berikut boleh dijadikan renongan kapada kita orang-orang yang beriman;
i.Dalam kitab-kitab Zabur,Taurat,Injil dan Quran Allah menceritakan bagaimana umat-umat yang tidak beriman dahulu dihancurkan dengan berbagai cara saperti banjir besar,gempa bumi,kemarau panjang,hujan batu,batu kecil tetapi berkuasa lebih hebat dari bom nuklear,angin rebut dan sebagainya.
ii.Berbagai krisis ekonomi dunia saperti great depression 1929 hingga 1940,dimana pendapatan perkapita keluarga USA jatuh sebanyak 40%.3 juta kanak-kanak tidak dapat bersekolah, 2juta tiada mempunyai rumah,kebuluran besar dengan nama ‘dust bowl’ melibatkan hampir 1 juta penduduk di Arkansas,Missouri,Texas dan Oklahoma dan lebih USD 40 billion hilang dalam perniagaan pasaran saham.
iii.Semua Negara didunia semasa tempoh great depression telah mengabaikan dan tidak peduli lagi kapada ‘gold standard’ bagi mengeluarkan mata wang.Mereka mencetak wang kertas sebanyak mungkin dan sesuka hati para pemimpin mereka untuk berbelanja.Gold atau emas sebenarnya menjadi matawang kita umat Islam semasa kegemilangan Islam.Dalam tempoh ini juga 40% bank-bank di USA bankrap.Kadar pengangguran melebihi 25%.
iv.Di era kita sekarang pun berbagai kemelesetan ekonomi dunia berlaku.contohnya tahun-tahun 1987-1990 dan tahun-tahun 2008-2011.Tempoh ini berbagai istilah mengenai krisis ekonomi ini tercipta saperti financial crisis,credit crunch,global recession,global financial crisis,liquidity cisis,housing bubble,bank solvency,debt crisis dan sebagainya.Semua ini menyebabkan kerugian dan kemerosotan nilai harta yang berlaku adalah ber trillion USD di USA sahaja dan ber trillion euro pula di seluruh eropah.Dalam tahun 2011 sahaja beberapa negara eurozone saperti Greece,Itali,Ireland,Portugal and Spain menghadapi masalah ekonomi yang sangat serius dan terpaksa di bailed out oleh Bank Pusat Eurozone dan negara-negara berjiran iaitu Germany dan French yang merupakan dua ekonomi terkuat dalam eurozone yang terdiri dari 17 buah negara.United Kingdom ialah ekonomi terkuat di eropah yang tidak termasuk dalam eurozone.
Kerugian-kerugian ini sebenarnya lebih besar dari apa yang dialami oleh umat Islam di Iraq dan di Afghanistan yang dihancurkan oleh senjata-senjata orang-orang yang tidak beriman.Yakin lah Allah SWT setiap saat bersama dengan orang-orang yang beriman.Allah ada cara Allah sendiri untuk menghancurkan orang-orang yang tidak beriman.Kita tidak perlu ragu lagi tentang ini.Peranan kita hanya satu,tetapkan hati dan keyakinan kita kapada Allah SWT dan agamaNya Islam.
No comments:
Post a Comment