Tuesday, November 29, 2011

Think Big Dream High Keyakinan 7,Sebenarnya Api Dalam Sekam Pun Boleh DiPadamkan-Coretan 64.

Generasi baru dan juga generasi akan datang tidak mungkin lagi dapat melihat sekam padi.Teknologi modern boleh memproses sekam ini menjadi bahan binaan atau bahan bakar.Padi diproses menjadi beras menggunakan teknologi kisaran samada secara manual atau secara mekanikal.Residual dari proses ini ialah dedak dan sekam padi.Dedak adalah ‘rice bran’ sejenis fiber padi yang sangat baik untuk kesihatan.Kebiasaannya dedak diguna sebagai makanan peliharaan saperti ayam,itik,serati atau angsa.Sebenarnya ia adalah sangat baik untuk kesihatan kita manusia.Manakala sekam pula hanya dibuang begitu sahaja dan timbunannya semakin sehari semakin banyak dan meninggi.Tuan punya kilang padi secara kecil-kecilan ini,biasanya melupus sekam tersebut dengan membakarnya dan abunya dijadikan baja.

Api tidak membakar segala sekam ini sekali gus saperti membakar sampah sarap yang lain.Ianya membakar secara perlahan-lahan saperti penyakit barah yang merebak keseluruh badan pesakit tanpa disedari.Walaupun hujan lebat,api dalam sekam ini tidak akan padam.Ia terus menerus membakar sekam tanpa kita mengetahuinya.Yang nampak cuma asapnya sahaja,itu pun sedikit sahaja,nampak tak nampak.Sekali lihat,api dalam sekam ini macam dah padam,tetapi sebenarnya ia tidak pernah padam.

Analogi api dalam sekam ini sebenarnya dapat kita samakan dengan aspek tertentu cara hidup kita manusia.Kebanyakkan manusia,lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin atau bos selalunya terlalu sedikit masa digunakan untuk melakukan muhasabah terhadap diri sendiri.Sebagai bos tentu sekali kesibukan dengan urusan pejabat atau organisasi akan berada dalam senarai teratas segala bentuk keutamaan.Dalam kesibukkan tersebut bos-bos ini biasanya sedar atau tidak,sengaja atau tidak melakukan banyak dosa-dosa.Dosa-dosa yang dilakukan ini bukan setakat dosa kecil tetapi juga termasuk dosa-dosa besar.Tetapi oleh kerana ia juga merupakan seolah-olah semacam amalan biasa dan budaya bekerja dipejabat,maka bos-bos ini selamba sahaja melakukan segala dosa-dosa ini tanpa sedikit pun merasa bersalah.Dosa-dosa ini sebenarnya sama saperti api dalam sekam,yang bermula dengan kecil dan tidak nampak keganasannya,tetapi akhirnya boleh sedikit demi sedikit meranapkan timbunan sekam yang banyak dan tinggi itu sehingga menjadi abu.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Para pemimpin atau bos-bos terlalu banyak memilikki sifat-sifat saperti bongkak,angkuh,takkabur,bermegah-megah,berbangga,riak dengan kejayaan,kekuasaan atau kekayaan yang dicapai dan dimilikki diri sendiri.Mereka juga berhasad dengki,busuk hati,irihati,tidak selesa dengan kejayaan,kekuasaan atau kekayaan yang dicapai dan dimilikki oleh orang lain atau bos-bos lain.Segala penyakit hati ini tidak pernah mereka rawati.Secara luaran mereka ini nampak begitu ceria seolah-olah tiada langsung dosa-dosa mereka.Oleh itu ianya tidak pernah dirawati,maka ia menjadi sebati dengan cara hidup para pemimpin ini dan menjadi semakin parah hari demi hari.


2.Para pemimpin atau bos-bos terlalu banyak terlibat dalam perbuatan-perbuatan saperti menyindir, memburuk,mencaci,mengata,mencarut,menuduh tanpa bukti,memfitnah,mengumpat,memaki hamun dan seumpamanya kapada pihak-pihak yang tidak sealiran dan sehaluan dengan mereka.Oleh kerana perbuatan ini menjadi amalan harian,maka tanpa disedari ianya menjadi budaya yang sebati dengan cara hidup para pemimpin atau bos-bos ini dan semakin menjadi semacam hobi harian mereka.

3.Para pemimpin atau bos-bos ini sentiasa berikhtiar,merangka,meracang dan melaksanakan program-program atau projek-projek yang secara sengaja mendiskriminasi sesuatu pihak atau gulungan yang tidak sealiran dan sehaluan dengan mereka.Oleh kerana perbuatan ini menjadi amalan harian,maka tanpa disedari ianya menjadi budaya yang sebati dengan cara hidup para pemimpin ini dan menjadi semakin parah hari demi hari.

4.Para pemimpin atau bos-bos ini sentiasa terlibat dengan pergaulan bebas diantara lelaki dengan perempuan yang bukan maharam.Mereka bebas bersalaman tanpa lapik,setengahnya bercium pipi,berjenaka yang biasa tetapi berlebihan atau berjenaka yang ada unsur-unsur sex,ketawa yang berlebihan,berseloroh,gurauan yang berlebihan dan segala macam perbuatan yang boleh memberi hiburan dan kesoronokan kapada mereka.Oleh kerana perbuatan ini menjadi amalan harian,maka tanpa disedari ianya menjadi budaya yang sebati dengan cara hidup para pemimpin ini dan menjadi semakin parah hari demi hari.

5.Para pemimpin atau bos-bos ini sentiasa terlibat dengan berbagai bentuk penyalahgunaan kuasa dari yang sekecil-kecilnya saperti pilih kasih atau mengutamakan kroni dalam kenaikkan pangkat,hingga ke sebesar-besarnya saperti memberi projek yang bernilai ratusan juta kapada nominee yang ditentukan oleh para pemimpin terlibat.Oleh kerana perbuatan ini menjadi amalan harian,maka tanpa disedari ianya menjadi budaya yang sebati dengan cara hidup para pemimpin ini dan menjadi semakin parah hari demi hari.

6.Para pemimpin atau bos-bos yang membelakangi keimanan dan ketaqwaan saperti apa yang pernah berlaku disetengah negara-negara Arab saperti di Iraq,Syria,Yamen,Mesir,Libya,Algeria dan Bahrain,mereka memenjara malahan membunuh musuh-musuh politik mereka.Mereka mengarah tentera mereka untuk menyiksa dan membunuh rakyat mereka mungkin yang tidak bersalah dan berdosa pun. Oleh kerana perbuatan ini menjadi amalan harian,maka tanpa disedari ianya menjadi budaya yang sebati dengan cara hidup para pemimpin ini dan menjadi semakin parah hari demi hari.

Tips


Kita para professional yang think big dream high yang bakal atau telah pun menjadi pemimpin atau bos tidak sekali-kali akan membiarkan diri kita menjadi saperti api dalam sekam.Kita tidak sekali-kali akan membiarkan diri kita berada dalam zon keselesaan dengan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan diatas.Kita perlu aktifkan prosedur-prosedur preventif supaya diri kita tidak diresapi oleh penyakit hati dan penyakit barah pengurusan yang sangat merosak dan jijik ini.

1.Prosedur-prosedur preventif yang wajib kita laksana dan amalkan setiap hari ialah dengan mengekalkan ibadat fardhu ain kita iaitu sembahyang lima waktu dengan penuh kesungguhan dan ikhlas kerana Allah SWT.Sentiasa mengeluarkan zakat atas kesedaran bahawa setiap apa yang kita milikki ada hak orang lain didalamnya.Melaksanakan kewajiban-kewajiban lain selari dengan apa yang dituntut dalam rukun Islam yang lima dan rukun Iman yang enam.

2.Prosedur-prosedur preventif yang sunat kita laksana dan amalkan setiap masa dan ketika ialah berusaha mengubati segala bentuk penyakit hati yang kita hidapi.Banyakkan sembahyang sunat,banyakkan berzikir,banyakkan membaca AlQuran dan AlHadith,banyakkan bersedekah,banyakkan berpuasa sunat dan banyakkan bertaubat.

Kedua-dua prosedur-prosedur preventif ini adalah merupakan immune system badan kita.Semakin bertambah immune system ini semakin kebal lah diri kita.Prosedur-prosedur preventif ini akan menjadikan diri kita sentiasa bersyukur kapada Allah SWT diatas segala nikmat khususnya nikmat Islam dan nikmat iman yang Allah anugerahkan kapada kita.Semua prosedur-prosedur preventif ini adalah perisai kebal diri kita.Yakin lah perisai ini tidak memungkinkan lagi diri kita dapat ditembusi oleh berbagai penyakit saperti penyakit hati dan penyakit barah pengurusan saperti diatas.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sebagai pemimpin mereka harus menyedari bahawa tanggungjawap mereka bukan sahaja memberi kemudahan dan keselesaan hidup di dunia, tetapi juga keselamatan dan kebahagiaan di akhirat.
    Jadi, sesiapa yang bersungguh-sungguh hendak menjadi pemimpin, sewajarnya mereka perlu bermuhasabah..

    Muhasabah diri menjadi amat penting dalam hidup seseorang Islam, supaya hari-hari yang dilalui menjanjikan hari yang lebih baik dari sebelumnya. Saidina Umar berpesan, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan". Demikian sikap orang yang hebat, dia tidak akan menganggap muhasabah diri atau post mortem aktiviti sehariannya sesuatu yang remeh temeh. Maka dia sentiasa bermuhasabah setiap apa yang dilakukan dari awal pagi hingga malam hari, adakah ia selari dengan matlamat hidup bersyariat yang dituntut sebagai seorang pemimpin Islam?

    ReplyDelete
  3. Semuga dirimu sentiasa berada di dalam perlindungan Allah dan di bawah naungan kasih sayangNYA..Amin

    ReplyDelete