Monday, January 09, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 12,We Are In The Waiting List-Coretan 69

Kita yang biasa naik kapal terbang faham dengan istilah ‘waiting list’.Dalam kehidupan harian,kita semua sebenarnya juga sentiasa berada dalam status waiting list.Senarai menuggu kita semua sekarang ini berada ditangan malaikat .Apabila sampai giliran,kita akan dijemput tanpa tangguh lagi oleh oleh petugas setia malaikat Malakul Mawut.Proses ini berlaku setiap saat sebenarnya.Cuma bagi orang yang ada nama dan tersohor akan mendapat liputan media yang meluas dan diziarahi oleh ramai suadara,rakan dan pemimpin.

Semakin kita kerap mendapat berita bahawa sesaorang telah sampai giliran,semakin mengingatkan kita bahawa satu masa giliran tersebut akan sampai kapada kita sendiri.Ini sebenarnya satu motivasi untuk menggandakan persiapan kita supaya kita benar-benar yakin dan bersedia untuk sampai kapada giliran kita nanti.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Kita terlalu leka dan sibuk dengan segala aktiviti kehidupan harian,kerjaya dan profession kita,sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya kita berada dalam waiting list.

2.Kita terlalu gembira dan seronok mendapat segala macam pujian,pujaan,kuasa dan penghormatan oleh ramai pihak dipersekitaran kita,sehingga kita tidak pernah terfikir pun yang nama kita termasuk dalam waiting list.

3.Kita terlalu gembira dan seronok yang amat sangat dengan segala macam harta benda,kekayaan dan kemewahan hidup kita samada yang diperolehi secara sah atau tidak,sehingga kita tidak pernah perasan pun bahawa kita sebenarnya tersenarai dalam waiting list.

4.Kita terlalu gembira dan seronok yang amat sangat dengan segala bentuk keindahan alam sekitar,pelancongan dan hiburan,sehingga kita tidak pernah terbayang sedikit pun bahawa kita sebenarnya tercatat dalam waiting list.

Tips

Seorang professional yang think big dream high tiada kebimbangan,gerun malahan sentiasa bersedia menunggu kedatangan tetamu yang akan menjemput kita mengadap Allah SWT.Kita sesungguhnya menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kita sedang berada dalam waiting list.Kita selaku seorang professional wajib memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut sebagai pedoman dan tips;

1.Islam sangat menggalakkan setiap umatnya bergiat aktif dalam kehidupan,berkerjaya atau berniaga,semua ini adalah ibadat dan diberi imbuhan oleh Allah SWT.Apa yang Islam tegah ialah kita terlalu leka dan sibuk dengan aktiviti kita sehinggakan kita lalai terhadap tanggungjawap kita kapada Allah SWT.

2.Islam sangat menggalakkan setiap umatnya bergiat dalam politik,NGO,menjadi pemimpin,memilikki kuasa,menjadi popular dikalangan orang ramai,semua ini adalah ibadat dan mendapat imbuhan dari Allah SWT.Apa yang Islam tegah ialah kita menyalahgunakan kedudukkan dan kuasa kita yang popular dalam masyarakat untuk kepentingan kita dan keluarga kita sendiri.

3.Islam sangat menggalakkan setiap umatnya mengumpul harta benda dan kekayaan, malahan melalui nya lah umat islam dapat menolong mengembangkan Islam dan segala usaha kita ini akan mendapat imbuhan dari Allah SWT.Apa yang Islam tegah ialah kita tidak pernah sedar tentang adanya hak orang lain dalam setiap harta dan kekayaan yang kita milikki tersebut.Kita tidak langsung membayar zakat dan bersedekah.

4.Islam sangat menggalakkan setiap umatnya melancong,ceria,bergembira dan berhibur,semua ini akan dapat menwujudkan suasana hormoni di kalangan ahli keluarga kita.Apa yang Islam tegah ialah adanya unsur-unsur maksiat dalam setiap aktiviti hiburan tersebut.

5.Islam sangat menggalakkan setiapa umatnya berdoa supaya dipanjangkan umur bagi tujuan untuk membolehkan kita lebih banyak,lama dan sempurna dalam melakukan ibadat kita kapada Allah SWT.

6.Islam sangat menggalakkan kita mengingati bahawa kita berada dalam waiting list tetapi islam melarang kita sama sekali dari meminta disegera atau dipercepatkan waiting list tersebut.

7.Seorang professional yang think big dream high wajib beriman,memahami dan menghayati ayat 8 surah AlJumu’ah berbunyi “Katakan lah,sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya,sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,kemudian kamu akan dikembalikan kapadaNya yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.

2 comments:

  1. WHO I AM ?,WHO HAS CREATED ME,WHO HAS CREATED THIS PERFECT BODY OF MINE ?,WHO HAS CREATED THIS GREAT UNIVERSE WHICH SURROUNDS ME ? WHAT DOES HE WHO HAVE CREATED EVERTHING WANTS FROM ME? , WHAT DOES HE WANT TO SHOW ME ?.

    “And We did not create the heaven and the earth and whatever is between them as a game. If We wished to take a pastime, We would have taken it by Ourselves, if We were to do that at all” (Qur’an - 21:16-17)

    “Do you think that We created you for nothing and that you will not be returned to Us? The true Sovereign is too exalted above that” (Qur’an - 23:115-116)

    ReplyDelete
  2. Salam...Didoakan sentiasa sihat dan dirahmati Allah.
    Kita sedang menunngu giliran...
    Ya! dalam kita menunngu giliran teruskan mencari cinta yang hakiki, iaitu cinta kepada Allah.
    Jika kita mengharapkan cinta berkesinambungan hingga ke syurga, maka pergantungan yang besar harus di letakkan kepadaNYA. Mengharap pada manusia, rasa kecewa akan menjelma apabila jalan2 harapan itu dinodai dengan perlakuan yang tidak terjangka. Akan tetapi, mengantung harapan kepada Allah, walau apa jua berlaku diakhirnya, maka jiwa akan redha dan pasrah atas setiap ketentuanNYA.

    ReplyDelete