Wednesday, January 25, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 14,Strong Heart 2-Coretan 71

Orang yang berilmu,pintar dan bergelar ulamak adalah mereka yang mendapat kedudukkan yang sangat dihormati dalam masyarakat.Setiap apa yang dicakap oleh mereka ini akan ditauladani oleh orang ramai.Setiap gerak geri mereka akan dicontohi oleh orang ramai.Mereka adalah penyampai risalah Islam kapada orang ramai supaya dapat dijadikan amalan dan cara hidup kita umat Islam.

Agensi yang berkaitan dengan agama Islam juga mendapat perhatian dari seluruh masyarakat.Disini terletaknya para ulamak dan cendiakawan muslim yang menjadi rujukan umat Islam.Agensi agama dan para penghuninya dianggap saperti mutiara yang mengeluarkan pancaran dan cahaya yang menjadi panduan jelas kapada setiap permasalahan umat Islam.Itu lah pengharapan dan persepsi umat Islam kapada para ulamak dan agensi agama.

Realiti Dalam Kehidupan

1.Imej penjawat,keluarga,ulamak dan agensi agama dinegara kita sekarang ini tidak mencerminkan keadaan sebenar bagaiamana dinamik nya Islam sebagai agama sarwajagat yang di ridhai oleh Allah SWT.Krisis imej yang negative ini diakui sendiri oleh para pemimpin kanan dalam perkhidmatan awam di negara ini.Sebagai contoh,lambat bertindak dalam menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan oleh para stake holders agensi agama,sedangkan Islam sangat mengutamakan kepentingan time management..

2.Amalan harian penjawat,keluarga dan agensi agama tidak mencerminkan ajaran sebenar agama Islam mengikut yang dipandukan oleh Alquran dan Alhadith.Sebagai contoh,kekotoran dan tidak terurusnya kebanyakkan tandas dikebanyakkan masjid dan surau diseluruh Negara,sedangkan asas kapada semua ibadat adalah kebersihan dan cara hidup yang bersih.Orang mukmin basuh kaki setiap sehari semalam sampai 15 kali,sedangkan umat bukan Islam basuh muka mereka mungkin hanya 2 kali sahaja sehari semalaman.

3..Umat Islam dinegara kita dan diseluruh dunia,adalah gulungan yang paling teruk berpecah belah dan sukar untuk mencapai perpaduan dan kata sepakat.Orang Yahudi,Korean,Cina atau Jepun dalam keadaan sukar bagaimana pun mereka tetap bersatu padu dan tolong menolong diantara satu sama lain.

4.Kreativiti,initiatf dan daya mencuba terhadap perkara dan idea baru dikalangan umat Islam adalah yang paling kurang diberi perhatian dan keutamaan,sedangkan Alquran dan Alhadith sangat menggalakkan umat Islam sentiasa berfikir,mengkaji dan meneroka perkara,alam dan idea-idea baru.

Tips

Seorang professional muslim yang think big dream high dan memilikki strong heart wajib mempertahankan taraf,imej dan prestasi umat dan agensi agama Islam dari terus menerus menghadapi kecaman dan kritikan,dengan mengamalkan sekurang-kurangnya tips-tips berikut;

1.Mengamalkan budaya ‘the culture of immediate action’(CIA).Setiap aktiviti,tindakan dan ibadat yang fardhu,sunat dan digalakkan oleh Islam memberi keutamaan kapada ketepatan masa dan tiada berlaku pembaziran masa.Penangguhan kerja dan kelewatan bertindak adalah tiada kebertanggungjawaban kita terhadap amanah kerjaya kita.Kita selaku orang agama diagensi agama wajib mengamalkan budaya ini bagi menjadi ikutan gulungan professional dan jabatan atau agensi lain.

2. Mengamalkan budaya ‘focus,back to basic and initiative’(FBI).Islam memberi panduan kapada kita supaya sentiasa focus kapada kerja kita.Kita disuruh supaya istiqamah dalam kerja kita,supaya khusuk dalam setiap ibadat kita.Kita disuruh memberi tumpuan kapada Allah SWT dalam setiap sembahyang kita,dalam setiap kerja dan niat kita.

Islam memberi panduan kapada kita supaya sentiasa merujuk dan kembali kapada asas dan hukum apabila kita melakukan sesuatu kerja,tindakan atau keputusan kita.Kita tidak boleh membelakangi syarat dan hukum ini bagi menentukan segala kerja,tindakan dan keputusan kita itu sah dan diterima oleh Allah SWT.Kita perlu sentiasa back to basic.

Banyak surah didalam Alquran menggesa kita umat Islam supaya berfikir dan mengkaji termasuk terhadap kejadian alam semula jadi.Ini jelas membuktikan Islam sangat menggalakkan professional Islam supaya mempunyai initiative dan creative dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawap kita seharian.Kita tidak perlu menunggu arahan bos kita untuk melakukan sesuatu pembaikkan terhadap sistem kerja kita,terhadap pendekatan kerja kita,terhadap assignment kita.Yang menjadi priority kita adalah kepuasan yang dinikmati oleh semua stake holders jabatan atau agensi kita.

3.Memgamalkan budaya ‘kerjasama,gabungan dan bersatu’(KGB).Islam tidak pernah menyeru umatnya supaya bertindak bersendirian dan membelakangi ketua atau arahan ketua.Islam tidak pernah menyeru umatnya bersifat egoistic,aku aku,engkau engkau.Islam tidak pernah menyeru umatnya berpecahbelah.Islam dihormati dan kuat suatu masa dahulu kerana umatnya sentiasa bekerjasama diantara satu dengan lain.Kuatnya Islam kerana kuatnya semangat berpasukan atau team spirit yang menjadi amalan para sahabat nabi SAW.

Kuatnya Islam suatu masa dahulu kerana umatnya yang sentiasa bergabung tenaga,idea dan kepakaran yang masing-masing milikki.Mereka gabungkan segala resources termasuk harta benda demi Islam.

Bersatu senang diungkap,tetapi ianya sesuatu yang paling sukar dilaksanakan selagi manusia itu memilikki hawa nafsu yang tidak terdidek.Asas kapada perpaduan adalah kesediaan kita menerima apa jua bentuk perbezaan pendapat,tetapi kita berjaya mendidek nafsu kita supaya kita ketepikan perbezaan tersebut.Kita didek nafsu kita masing-masing dan menerima hakikat bahawa hanya dengan bersatu kita dapat wujudkan keutuhan seluruh umat.

Umat Islam harus bertekad dan memilikki strong heart supaya kita menjadi seorang yang terdahulu sanggup dan bersedia untuk berkorban demi kekuatan Islam.Kita selaku seorang professional yang think big dream high harus mengamalkan budaya kerja diatas sebagai asas panduan kerja kita.Kita tidak mahu lagi para penjawat,cendikiawan,ulamak serta agensi agama di perlekehkan,diperlemahkan,diperlembabkan.Kita adalah mutiara yang tidak pernah pudar cahaya dan sinarnya.Kita sentiasa bersedia untuk memenuhi harapan dan kepuasan semua stake holders kita.

No comments:

Post a Comment